Abang Long perlukan bantuan.

Err…….. kita cuma nak kalian baca blognya… Novelman.blogspot.

Kiranya ada sesiapa boleh bantu abang long, untuk mendapatkan pekerjan, untuk menyara keluarganya, atau sekurang-kurangnya menyelesaikan bayaran yuran TAHFIZ untuk ketiga-tiga orang anaknya.

Beliau tinggal di Pelabuhan Klang. No phonenya ada tercatat di blognya .

Kalau tak dapat bantu, bagi tips atau nasihat pun tak pe. Kalau boleh, tinggalkan komen di blognya.

Terima kasih kerana meluangkan masa di sini 😛

.

Riang ria di Shah Alam (part 2)

Sebelum kami menjejak tempat jatuh lagi dikenang (UITM), kita singgah di bas stand Sec 17 untuk beli tiket balik KB. Bukan main susah lagi, semuanya guna bas 2 tingkat. Makcik ni penakut. Macam-macam terbayang dalam kepala. Lastly terpaksa juga, tapi kita mintak tingkat bawah.

.

.

Lepas tu drebar kami (anak sulong Aza) bawa kami ke UITM. Yey……..!! Sangat suka! Mula-mula cuba masuk ikut pintu belakang. Tapi tutup lak. Jadi, kita suruh dia buat muka tak salah, drive je ikut pintu depan. Konon-konon (dah siap script) nak jumpa dengan staff kat sana.

.

.

.

Alhamdulillah, pengawal tu tak kisah pun kami masuk. Siap angkat tangan lagi, hahaha…. Lega rasanya. Bila tengok bangunan2 UITM sekarang, memang banyak yang baru, tinggi-tinggi sampai sakit tengkuk kita tengok. Mulut tak henti-henti beri penerangan pada Isha. Kat situlah tempat mama dan ummi (Aza) belajar dan main, hihi….

.

.

.

Kami ke Fakulti Sains Gunaan (dulu dipanggil Kajian Sains Gunaan @ KSG). Termengah-mengah naik tangga. Oleh kerana hari sabtu, keadaan lengang. Okaylah jugak, senang kami nak posing kat situ.

.

.

.

Bila tengok carta tu, hanya sorang je yang kami kenal, bekas lecturer fizik kami, dah jadi Profs…. Kami tumpang bangga!  Dan Isha, mama harap dia  dapat sambung study di sini.  UITM begitu dekat di hati mama… ( Jumpa ayah pun di sini  😛 )

.

.

.

Kami suka lepak di corridor ni, sambil tunggu lecturer masuk kelas…. suka tengok garden kecik tu, dulu ada pokok ara di bawah , tak perasan lak hari tu, tak ada lagi kot.

.

.

.

Library, tempat yang paling kami gemari. Kalau boleh nak tidur sana, haha…. Biasa kami datang awal, cop tempat dulu.  Ruang legar ni dah cantik. Book store tutup lak, ralat rasanya. Souvenir shop pun tutup. Tak dapatlah nak beli t-shirt UITM… sedih gak.

.

.

.

Di sinilah port  kami study separuh mati. Level khas untuk budak-budak engine sebenarnya. Tak kira, kita nak study kat situ jugak! Bila letih, kami tengok gelagat student melalui cermin tu. . Suatu kenangan manis dan pahit buat kami berdua. Kalau nak tulis kisahnya mungkin boleh buat novel… Atau kalau orang baca pun mungkin tak percaya. Kan Aza ?? Ke Aza dah hilang ingatan lagi ?? :mrgreen:

.

.

.

.

Akhir sekali, posing di jejambat kecil menuju ke Fakulti Senibina , Perancangan dan Ukur UITM. Tempat suami Tie  dan teman tapi mesra ,   menimba ilmu  , hahaha…  Kami selalu tumpang dengar lagu yang setiap malam berkumandang sambil study di Fakulti Sains Gunaan (kita berjiran). Itu Aza. Kita buang gambar sendiri… Malu laa… (sorry, edit tak berapa kemas)

.

.

.

* Tak tahu nak akhiri entri ini… Kita masih ingat semuanya, walaupun dah lebih 20 tahun.  Oh…. terasa melancholic lagi…. 😛

.

Bingkisan dari jauh

Flying all the way from  CT ( Black Cardomon Pods), Edinburg, United Kingdom……………..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Terima kasih CT. Kak Tie sangat-sangat terharu. Terlompat-lompat kesukaan macam budak kecik dapat aiskerim, ekekekeke…………….

.

.

.

Oh, ada lagi, bila kita bukak purse tu, jumpa ini…………

.

.

.

.

.

.

Yeah!! Kita dapat duit raya !!! Waakakakaa………… 😆

 

~ Nak tunjuk kat abang. Mintak dia tolong isikan purse tu  apa-apa yang patut! :mrgreen:

Tak nak kawan

Masa kecil-kecil dulu, kita ni kuat merajuk. Kalau ada yang tak kena sikit, terus tak nak kawan. Macamlah kita ni ramai kawan.

Tapi sekarang dah dewasa, dah jadi mak orang. Tak boleh nak merajuk lagi.

Walaupun rasa kecik hati, kena pujuk diri sendiri. Semua orang ada kekurangan diri, termasuk yang menulis ni. Kerana itu, kita maafkan saja. Esok-esok boleh senyum semula…. dan pot pet seperti biasa.

Cuma kekadang macam kita sorang je yang beria-ia nak berkawan. Sedangkan pihak yang satu lagi dalam keadaan suam-suam kuku. So… macam mana ekk ?

Nak teruskan dengan muka tak malu atau slowly berundur dan pergi ? Rasa serba salah gak. Sebab tiap kali Tie berundur, dia pulak datang bermesra semula. Macam tarik tali. Err……. kita ni tak pandai main gitu.

Berbaik sangka ? Oh ! Orang lain boleh kata begitu. Tapi makcik ni dah serik. Kerana berbaik sangka la kita jadi begini. Orang pijak dan tipu hidup-hidup. Ini realiti , bukan alam mimpi. Jangan harap orang sama manis mulut dan hatinya.

Kalau suka katakan suka. Kalau tidak, kita pergi je………….. no heart feelings.

Tie – Just want to clear my mind………….

.

.

.

Petang kelmarin, kita buat roti telur stail mak. Teringin nak makan,  terpaksa buat sendiri sebab memang tak dijual di mana-mana pun. Caranya macam murtabak berlapis (yang bakar dalam oven  tu) tapi Tie masak dalam non-stick pan. 3 lapis je…… Maklumat seterusnya di Kayteeze’s Kitchen. 😛

A song from Kermit

A song from Kermit, to wish you well
To say I hope you’re feeling absolutely swell
A song from Kermit, to send you cheer
To say I miss you and I wish that you were here
It may sound fairly croaky like it’s not the song for you
But with every note there’s a lump in my throat
So I hope you’re listening to
A song from Kermit
To let you see
I hope we’ll always be as close as we can be
And if you like my song from Kermit
Maybe you’ll like me
La la la dee dee, la la ta dum……..
I hope we’ll always be as close as we can be
And if you like my song from Kermit
Maybe you’ll like me

.

.

.

Missing my childhood days……..

Sekeras kerak nasi

Pernah seseorang berkata pada Tie, lebih 20 tahun yang lalu.

” Perempuan ni ibarat kerak nasi. Keras macam mana pun , ia akan jadi lembut bila direndam air. Tapi you ni lain.” Katanya dengan nada yang kecewa.

.

.

.

.

Kepada seseorang yang baru Tie kenal, terima kasih kerana tak putus asa datang dan memberi salam. Tie dah tak marah lagi.

Tak sangka you pandai pujuk I………….. uwaaaaaa……… 😛

.

.

~ Eh ! Kita kawan aje tau !

Asmah dalam kenangan

Suami Tie ada seorang sahabat yang tinggal di JB dulu. Rumahnya jadi transit abang dan keluarga semasa mereka datang untuk meminang Tie. Kedua-dua pasangan itu juga berasal dari Kelantan.

Asmah, isteri sahabat abang tu peramah orangnya. Senyumannya tak pernah lekang terhadap kami. Tapi, walaupun dah lebih 10 tahun berkahwin, mereka masih lagi belum mendapat cahayamata. Asmah selalu keguguran kerana terlalu sensitif.

Asmah selalu mempelawa kami datang kerumahnya. Kekadang makan malam di sana. Suatu hari, ketika Tie datang (masa tu perut dah sarat mengandung anak sulong), dia dengan tiba-tiba mengusap perut Tie. Malu rasanya. Tapi bila teringatkan keinginannya untuk mendapatkan anak, Tie biarkan sahaja (dengan menahan rasa geli, hihi).

Kemudian…. kami berpindah ke daerah lain. Dan setelah beberapa lama, abang beritahu Asmah dah bersalin. Suka sangat bila mendapat berita itu. Kami melawatnya ketika berada di kampung. Seterusnya dia mendapat anak kedua dan ketiga. Alhamdulillah….. betapa gembiranya dia bila Tie datang menziarahnya. Kesabarannya bersama suami mendapat keredhaan Allah.

Lebih kurang 3 tahun yang lepas, kami mendapat berita sedih. Asmah meninggal dunia kerana barah kulit. Menurut seorang sahabat, ia bermula di muka. Tie rasa kesal betul kerana tak teringat untuk melawatnya masa pulang ke kampung. Tak sangka yang dia akan pergi dengan begitu cepat.

Suaminya tentu rindukannya. Apatah lagi, dia sempat memberinya zuriat walaupun mengambil masa yang lama. Tie masih terbayang-bayangkan wajah ceriannya.

Kini suaminya telah pun mendapat pengganti. Bak kata orang , hidup perlu diteruskan. Alfatiha buat Asmah, sahabatku. Semoga dikau aman di sana.

~ Tak tahu la kenapa tetiba rasa nak buat entri ni…………

Cookie lagi

.

.

Dah 2 bulan Cookie jadi ahli keluarga kami. Tie perasan satu perubahan…..  pada Cookie dan emosi anak-anak. Anak-anak Tie ni jenis mudah ‘tersumbat’. Kalau tegur sikit, merajuk atau pamirkan sikap negatif. Tapi sejak ada Cookie, mereka dah berubah.

Kehadiran Cookie menceriakan keadaan. Maklumlah semuanya stress tahun ni. Setiap pagi, masing-masing sibuk melayan dan bersembang dengan Cookie. Siap nak bersalam sebelum ke sekolah. Cookie pula semakin manja.  Setiap hari ada je cerita mengenainya. Cara ia ‘menyikat rambut’ ala-ala the Fonz (Happy Days), atau bila dia tidur terkangkang !

.

.

.

.

Bila anak-anak pulang dari sekolah, dalam keletihan, Cookie juga mereka tegur dulu. Mama pun dah senang hati. Pergaulan anak-anak semakin rapat. Bila mereka bermain dengan Cookie, riuh rendah satu rumah.

Memelihara haiwan kesayangan adalah satu therapi. Mungkin kerana haiwan menerima kita tanpa sebarang prejudis.

Jadi, sesiapa yang agak kesunyian atau stress, dan masih tiada lagi pets, cubalah cari seekor. Ikan pun okay. Tapi kenalah selalu berinteraksi dengannya. Kalau tak, takkan memberi makna pun.

Tie ni malas nak bela ikan, sebab nak cuci aquarium tu leceh. Hamster ni senang je nak bersihkan… budak-budak tu yang buat sendiri, hehe… Sayang betul mereka pada Cookie !

Orang berbudi kita berbahasa

Orang memberi kita merasa, waakakakakaa……………..

Tie banyak sekali terhutang budi dengan beberapa orang teman blogger dan kali ini Tie ingin buat satu penghargaan buat AIN (dan NekPP sebagai dayangnya, hi hi..).

.

.

Muffin cups dari Ain

muffin cups dari Ain

Cantik tak ? Inilah cawan2 baking dari Ain. Tie sekarang dah kemaruk cupcakes dan muffin. Teringin nak buat sendiri dan decor. Tapi kat ganu ni tak jumpa kedai yang jual cawan-cawan comel macam ni. Jadi, dengan bantuan Ain, dia belikan di Johor.

Terima kasih Ain. Kak tie benar-benar terhutang budi. Terutama kerana dapat menjayakan projek perintis kak tie yang lepas.

.

.

Kebetulan antara cawan-cawan cupcakes yang Ain kirimkan tu ada warna yang sesuai untuk theme meja pengantin. Ia kelihatan menarik sampaikan lebih separuh dari yang terhidang tu diambil tanpa kebenaran pihak tuanrumah. Tak pe laa… kami sedekah je, hehehe…

Dan ada juga di antara tetamu yang hadir sempat snap photo cupcakes yang dipamirkan (agaknya bila dah cuci gambar baru sedar decornya senget sana sini, hihihi…).

.

.

Cupcake ni Tie decor khas buat Ain . Dan Tie tolong makan kan, hi hi……Hiasan ising yang paling simple kerana mokcik ni tak lulus lagi kursus decor cupcakes !! Entah kenapa, tangan ni asyik ketar je, he he…….. 😆

.

.

Bingkisan dari Jauh

Alhamdulillah……..

Sungguh tak disangka, persahabatan di alam maya ini benar-benar bermakna buat diri Tie.  Buat pertama kali Tie menerima sesuatu yang manis dari Kedah. Sebenarnya Tie rasa malu dan serba salah. Tak suka menyusahkan sesiapa pun. Namun dia bersungguh-sungguh ingin mengirim buah tangan ini.

Bingkisan dari Zyma

Hmm……. Oleh kerana puasa, Tie cuma dapat belek-belek je laa…he he.. Semuanya Tie suka. Tolak batu dan kayu je, ekekeke…….. Tapi Zyma, kuih bakar (bangkit) ni memang selalu Tie cari-cari tiap kali raya. Selalu pesan kat adik untuk belikan dari Johor. Cakar ayam tu pula mengingatkan Tie semasa kecil-kecil dulu. Selalu beli dan makan bersama kawan baik, Azie ( di kampung Melayu, JB). Terkenang pula kisah lama, hi hi…

Terima kasih Zyma, terima kasih semua, kerana bukan saja menjadi tetamu istimewa di blog ini, tetapi teman-teman yang menyenangkan Tie selama ini. Akan Tie abadikan semuanya di memori ini, insyaallah.

Psst – Mohon maaf kerana tak sempat nak jenjalan ke blog teman-teman. Nak balik kampung 2-3 hari ni.

Previous Older Entries