Home > Makan, sahabat > Tak nak kawan

Tak nak kawan

Masa kecil-kecil dulu, kita ni kuat merajuk. Kalau ada yang tak kena sikit, terus tak nak kawan. Macamlah kita ni ramai kawan.

Tapi sekarang dah dewasa, dah jadi mak orang. Tak boleh nak merajuk lagi.

Walaupun rasa kecik hati, kena pujuk diri sendiri. Semua orang ada kekurangan diri, termasuk yang menulis ni. Kerana itu, kita maafkan saja. Esok-esok boleh senyum semula…. dan pot pet seperti biasa.

Cuma kekadang macam kita sorang je yang beria-ia nak berkawan. Sedangkan pihak yang satu lagi dalam keadaan suam-suam kuku. So… macam mana ekk ?

Nak teruskan dengan muka tak malu atau slowly berundur dan pergi ? Rasa serba salah gak. Sebab tiap kali Tie berundur, dia pulak datang bermesra semula. Macam tarik tali. Err……. kita ni tak pandai main gitu.

Berbaik sangka ? Oh ! Orang lain boleh kata begitu. Tapi makcik ni dah serik. Kerana berbaik sangka la kita jadi begini. Orang pijak dan tipu hidup-hidup. Ini realiti , bukan alam mimpi. Jangan harap orang sama manis mulut dan hatinya.

Kalau suka katakan suka. Kalau tidak, kita pergi je………….. no heart feelings.

Tie – Just want to clear my mind………….

.

.

.

Petang kelmarin, kita buat roti telur stail mak. Teringin nak makan,  terpaksa buat sendiri sebab memang tak dijual di mana-mana pun. Caranya macam murtabak berlapis (yang bakar dalam oven  tu) tapi Tie masak dalam non-stick pan. 3 lapis je…… Maklumat seterusnya di Kayteeze’s Kitchen.😛

Categories: Makan, sahabat Tags: ,
  1. July 27, 2010 at 8:01 am

    Salam kak tie,

    Kadang2 orang kawan dgn kita sbb ada kepentingan walaupun sekecil2 kepentingan. Bukanlah cakap buruk tp itu hakikatnya. Saya pernah merasainya. Mungkin situasi kita berbeza..tapi cara saya masa itu, saya tetap kawan dgn org itu tapi hanya seadanya. kalau org nak kawan, saya pun kawan. masa org tak nak kawan, saya tidak terkejar2. tidak mahu melayan kecil hati pada yg datang dan pergi sesuka hati. tetap berbaik dan tidak bermasam muka utk menjaga hubungan sesama saudara seIslam.

    • Tie
      July 27, 2010 at 8:13 am

      Salam sakinah,

      Kak tie hargai pandangan ini.

      Ya… kak tie pun buat begitu. Memang tidak taksub sangat untuk berkawan. Cuma rasa letih melayan kerenah orang macam ni.

  2. July 27, 2010 at 9:28 am

    Tie
    I rasa nak paste apa yg Tie tulis kat blog I sbb itu juga yang I rasa. Even dlm blog nih pun, kita cuba jadikan orang tu sebagai ‘kenalan’ baru .. masuk blog dia dan komen tapi dia tak reti nak kunjung balas. Memang tak wajib buat kunjung balas, tapi alangkah baik jika tiap waktu kita berhemah .. tak kira dialam realiti atau pun alam siber.

    Just my pendapat..

    • Tie
      July 27, 2010 at 9:39 am

      Kenalan baru ?

      Oh… Tie dah serik laa…

      Biasanya, pengunjung tetap blog ni adalah orang yang pilih Tie. Bukan Tie yang pilih mereka. Kerana itu Tie betul-betul hargai semua yang datang.

      Tak tahulah apa yang orang fikir tentang diri Tie, tapi yang pasti, mereka yang sudi singgah di sini dapat terima perangai tak menentu Tie ni, hihi….

  3. July 27, 2010 at 9:30 am

    sha cuba jugak2 berbaik2…walaupon org tak suka nak salam sha time kenduri, sha masih pergi bersalaman. lantaklah. janji kita dah buat part kita…insyaAllah takde ape lagi yang kita tak tunaikan.

    tp, macam kak tie cakap tuh…kena hati2…

    • Tie
      July 27, 2010 at 11:23 am

      Sha….

      Bab salam tu, ish.. kak tie adalah 2-3 kali bersalam dengan orang yang macam tak nak salam ni… Rasa malu betul. Ye laa.. kita ni bukannya bini orang besor. Cuma badan kita je besor, ekekeke……………

  4. July 27, 2010 at 9:41 am

    Salam Akak Tie….

    Sy ke yg Akak maksudkan tu………….main2 tarik tali gituuuuuuuu !!! Hihihihihi……

    Sy ni bila b`kwn, sy t`lalu m`milih. Sy tak suka b`kwn dgn org yg punya mulut laser, celupar, bawa mulut, ngumpat, kutuk sana sini……..buat ketupat basi la katakan !!!!!

    Siapa kawan kita, itulah diri kita. Sy percaya dgn kata2 cenggini. Sy mmg takde ramai kawan sbb sy ni jenis m`milih & cerewet bangat.

    Jika ada kwn2 yg ajak sy pegi makan. Sy akan tanya di mana nak makan. Jika diaorg cakap nak makan di tepi jalan………sy akan tolak dgn cara baik. Sy mmg m`jaga bab tempat sy makan & apa yg sy makan. Bukan b`lagak atau angkuh, tapi sy mmg tak makan di tepi jalanan. Org akan nampak sy ni angkuh atau sombong, tapi jika org kenal hati budi sy betul2……..pasti diaorg akan tahu yg sy ni jenis m`jaga k`bersihan makanan & lain2.

    Sy tak suka b`kwn dgn org yg suka b`muka2. Dlm erti kata lain, talam 2 muka. Org cenggini susah utk kita detect niat hatinya. Kerna itulah sy t`lalu b`waspada dgn s`siapa shj & di mana2 shj. Sy bukan jenis yg “tangkap muat” dlm m`cari kwn atau sahabat.

    Ada one case recently, ada one girl tu baru sy kenali…..consider my client la. Baru kenal sy, dia dah nak pinjam RM20K. Dia ingat sy ni “otak lemah” kot…..mudah2 nak percaya cakap2 & pujuk rayu muka seposen dia. HUhhhhh……idak la.

    On the dot sy cakap kat dia : ” You ingat I ni banker ke? I tak akan support org yg masih sihat & boleh b`keje mcm you. You baru kenal I, dah nak main pinjam2 duit.”

    Akak Tie, jika ada org yg cenggini, jgn kasi muka. Mara bahaya tau……….

    Jaga diri ye, Akak Tie. 🙂

    • July 27, 2010 at 11:04 am

      wahhh!.. ekau ngato den yo datin?

      UWAKKKKK!!!!!!

    • Tie
      July 27, 2010 at 11:24 am

      Haa……

      Siapa yang tak datang komen kat sini, dia tu la orangnya, waaakakaa……..

      Ish.. tak de laa.. kak tie gurau je. Kang abis semua orang benci kak tie, uwaaa……

      Bab pinjam duit tu, hmm… bukan kawan sebenarnya. Lanun tu. Takut orang macam tu.

  5. July 27, 2010 at 10:27 am

    maksu relax jer…. kalau masih bercakap2, maksu okey jer. tapi kalau tak nak bercakap langsung, malas lah nak layan….. huhuhu

    • Tie
      July 27, 2010 at 11:26 am

      Maksu, kalau orang taknak cakap dengan kita, kita tak kisah.. Ni macam main-main je. Kejab baik, kejap macam musuh gak. Ke orang gini psycho ?

  6. July 27, 2010 at 11:02 am

    larr.. ingatkan roti terlur stail mamak. rupanya mak! heheheheh..

    sekali tersalah baca lah..

    err…

    Kalau Padi katakanlah padi
    tidak hamba tertapi-tapi,
    kalau sudi katankanlah sudi.. ahaks.. gitew
    tidaklah hamba yg itew dan ini ternanti-nanti..

    alahai, chak pung! chak pung!.. hehehhehe

    • Tie
      July 27, 2010 at 11:27 am

      Ooo… ingat lagu gurindam jiwa tadi, hehe…

      Maza….

      Bila nak belanja ayam togel Nara ?😆

      • July 27, 2010 at 5:48 pm

        lorr..ingat lagi ayam togel nara tu ek? hehehehhe

        skrg ni harga minyak masak pun dah naik buat pembakar ayam itew..
        nantilah bila Tie datang KL, calling2 ler… nanti maza belanja Tie ya.. hehehe

        Tie aje tau, anak2 tie dan che abg tie, tie belanja lah sendirik!.
        wakakakkaka

        (maza yg kaki sakat gitew)

        • July 27, 2010 at 9:33 pm

          Ooooooo….ekau nak belanja Kak Tie makan ayam togel Nara ye. Den pun nak jugak tau……..

          Huhuhuhuhuhu……………
          🙂

        • Tie
          July 27, 2010 at 10:11 pm

          Amboi… kalian berdua ni tak tido lagi ? Buat piknik kat sini , ya ?

          Suka ati laa.. kita nak masuk tido ni. Letih laa.. esok kita citer lain pulak!

  7. zareda
    July 27, 2010 at 11:20 am

    kak tie,

    lain orang lain ragamnya. Zar pun dapat sorang kawan yang macam tak sudi nak kawan ngan kiter tapi blog kita dia baca just to know apa kita buat, mana kita pergi, apa kita beli..s engal kan.. tak suka kawan cam ni..

    • Tie
      July 27, 2010 at 11:29 am

      Ooo…..

      Tak bestlah macam tu. Tak nak kawan tapi hal orang nak tahu.

      Tapi kan… itulah ciri-ciri secret admirer tau ! Walaupun nampak macam tak suka, hakikatnya dia tertarik dengan kehidupan Zar….

  8. DrSinga
    July 27, 2010 at 11:56 am

    bukan kita kannn…….
    kita selalu kunjung mengunjung…
    rumah tak de orang yang satu lagi u selalu ter’kunjung’🙂

    • Tie
      July 27, 2010 at 1:04 pm

      Haiipp !

      Shh….. diam-diam aje laa….. hihihi….

  9. BCP
    July 27, 2010 at 2:08 pm

    kak tie,pengalaman kitala,org mcm tu org yg suka ambil kesempatan.kita…terbykla kalilah kena.pasla kita mcm kak tiela..mudah simpati dgn orang yg dtg sengih2 balik.sebelum ni sombong ya amat.kita susah nk buat sombong balik itulah main factor org suka buat kita touch n go n touch.

    kak tie,apa yang pernh kita buat,ignore terus org tu,alhamdulillah lega jiwa kita.pastu buat solat hajat selama 7 hari beserta bacaan yassin selama 7 hari.ahkirnya Allah makbulkan permintaan kita.

    • Tie
      July 27, 2010 at 3:13 pm

      Kawan touch n go ?

      Uwaaa…….. dashyat kan… Tak pe laa… At least kita sedar. Kita pun tak nak jadi kawan touch n go.. takut juga ada yang terasa, bila senang kita datang, bila susah kita tinggalkan.. tak best laa… Kekadang tak sedar perangai sendiri.

      Thanks ct. Rupanya ramai ada pengalaman begini. Makcik ni baru tahu, ekekeke……

  10. July 27, 2010 at 2:44 pm

    sy nampak roti tu……………. yummmy…

    • Tie
      July 27, 2010 at 3:14 pm

      Sedap tau ! Sekejap je abis sepinggan. Tak sempat Tie nak buat ulangan.

  11. ima
    July 27, 2010 at 3:03 pm

    salam kak tie…memang tak de yang suka org macam gini…ima layan je bila ada yang dtg…kalau orang tak suka ima buat hal sendiri….huhuhu,kak tie..dah lama ima tinggal kat sini…tapi semua jiran kat sini seolah segan dgn ima…rupanya dr seorg jiran yg paling dekat dgn ima ni bagi tahu…diaorg ni semua kata ima ni ada standard…sebenarnya ima ni pendiam sikit orgnya…memang tak bnyk bergaul…lari topik ke ni kak tie…hihi

    • Tie
      July 27, 2010 at 3:16 pm

      Alaa…. Ima….

      Senang je nak kawan dengan Ima ni.

      Ima hulur je kek lapis tu sorang sepinggan. Kak tie rasa tak terlayan nanti jiran-jiran datang nak belajar atau saja-saja lepak depan pintu rumah Ima..

      Kalau kak tie jiran Ima, sudah tentu kak tie adalah jiran paling setia, datang bawak pinggan kosong, ekekeke………….

  12. July 27, 2010 at 3:45 pm

    kakpah pun sekarang dalam keadaan macam tu. ada kawan taknak kawan. kita je yang macam hidung tak mancung. kita taknak lah dah tua2 macam ni nak gaduh2..

    • Tie
      July 27, 2010 at 10:05 pm

      Haha… dah tua pun nak buat perangai… kalau budak-budak lagi memang comel je bergaduh. Tapi bila tua macam kita ni buruk pulak rupanya, kan.. sabor aje laa..

  13. July 27, 2010 at 4:26 pm

    penatlah main tarik tali, dahlah tali tu beso, bukan senang nak pegang😛

    • Tie
      July 27, 2010 at 10:06 pm

      Juliet,

      Kak tie tak pernah lagi main tarik tali. Lagipun kak tie tak kuat.. hihi..

  14. July 27, 2010 at 10:01 pm

    Salam Kak Tie… macam2 ragam manusia ni kan… kadang penat nak melayan🙂

    Apopun, roti telur stail mak kak tie tue memang mengancams… kite sekarang tengah tunggu sop ayam siap..lapor tidak terkira…. nampa roti tu pon mcm nak telan jer. hehe🙂

    • Tie
      July 27, 2010 at 10:07 pm

      Salam Ijan,

      baru nak makan ? Kesian…. selamat menikmati makan sop ayam tu… alhamdulillah…

  15. July 27, 2010 at 10:15 pm

    Dah berumur 40 lebih ni, ckLah selalu kata pada diri, nak matang dalam berkawan. Tapi…kekadang terasa masih kurang matang juga. Ya lah, sebagai manusia biasa, kekadang hati tu sukar juga dipujuk dari terasa, terkecil atau tarajuk….

    Apa-apapun…ckLah memang akan beransur berundur diri kalau tahu orang itu berkawan dengan kita sekadar keperluan yang dia perlu saja. Kalau tidak, dia bo layan kita.

    Kita kawan ya…dalam blog!
    🙂

    • Tie
      July 28, 2010 at 6:02 am

      Insyaallah,… kita kawan dalam blog😛

      Tak pernah jumpa, tak pernah kenal pun boleh jadi kawan yang memahami.

  16. July 27, 2010 at 10:19 pm

    sy tak de kawan rapat – luar atau dlm blog
    tapi mgkn juga ramai yg salah anggap setiap tindakan kita
    sebab masing2 memandang dari sudut berbeza
    ‘kadang2 satu2 ayat atau perkataan atau perbuatan akan membuatkan orang mentafsir dgn seribu rasa malah kadang2 kita sendiri mencipta rasa – kalau rasa tidak tenang, tidak ikhlas mulalah memikir org tu org ni…

    • Tie
      July 28, 2010 at 6:07 am

      Jie, sekarang ni Tie tak ada kawan rapat. Dulu ada sorang sebab study. Memang perlukan seseorang untuk teman belajar. Tapi, masing-masing ada commitment tersendiri sekarang. Dia pula jauh di kelang. Dan sesekali ada juga dia baca blog ni dan tinggalkan komen.

      Seronok bila ada seorang kawan rapat. Tie takkan anggap dia sebagai kawan, malah saudara sendiri.

  17. July 28, 2010 at 8:22 am

    kita kawan kann.. kanns

    • Tie
      July 28, 2010 at 8:27 am

      Boleh… insyaallah.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: