Bingkisan dari Jauh

Alhamdulillah……..

Sungguh tak disangka, persahabatan di alam maya ini benar-benar bermakna buat diri Tie.  Buat pertama kali Tie menerima sesuatu yang manis dari Kedah. Sebenarnya Tie rasa malu dan serba salah. Tak suka menyusahkan sesiapa pun. Namun dia bersungguh-sungguh ingin mengirim buah tangan ini.

Bingkisan dari Zyma

Hmm……. Oleh kerana puasa, Tie cuma dapat belek-belek je laa…he he.. Semuanya Tie suka. Tolak batu dan kayu je, ekekeke…….. Tapi Zyma, kuih bakar (bangkit) ni memang selalu Tie cari-cari tiap kali raya. Selalu pesan kat adik untuk belikan dari Johor. Cakar ayam tu pula mengingatkan Tie semasa kecil-kecil dulu. Selalu beli dan makan bersama kawan baik, Azie ( di kampung Melayu, JB). Terkenang pula kisah lama, hi hi…

Terima kasih Zyma, terima kasih semua, kerana bukan saja menjadi tetamu istimewa di blog ini, tetapi teman-teman yang menyenangkan Tie selama ini. Akan Tie abadikan semuanya di memori ini, insyaallah.

Psst – Mohon maaf kerana tak sempat nak jenjalan ke blog teman-teman. Nak balik kampung 2-3 hari ni.