Home > buah > Duku dan Dokong apa bezanya?

Duku dan Dokong apa bezanya?

Tie tak tahu apa bezanya buah duku dan buah dokong. Tengok rupa sama jer. Jadi bila abang kata ni dokong…. Tie pun tanya. Macam mana nak kenal buah duku dan buah dokong. Dan, kenapa pula buah dokong dikatakan lebih sedap…

.

.

.

.

.

Inilah buah dokong. Macam mana nak tahu bezanya ? Haa…… buah dokong masih terlekat pada tangkainya, manakala duku pula mudah terlerai dari tangkai dan kecil sikit. Tapi kalau nak tengok perbezaannya kena ada kedua-duanya. Ada faham tak ? Ekekekeke………

~ Duku Johor pula kulitnya lebih tebal….. Dah lama kita tak makan duku Johor, huhu….

Categories: buah Tags: ,
  1. August 25, 2010 at 11:36 am

    rupa duku lagi ganas skit kot, kan? buka puasa semalam makan duku, heheh, sedap!

    • Tie
      August 25, 2010 at 11:38 am

      Ye ke ?
      Kat sini, hampir setiap hari kawan2 suami suruh ambil duku mereka. Tolong sedekahkan pada sesiapa yang patut… Hari ni kena gi ambil lagi. Dah macam kebun sendiri lak, hihi..

  2. August 25, 2010 at 1:06 pm

    err… maza main bedal aje.. hehehe

    tapi kata worang, duku berbiji besar dan kalau tergigit bijinya itu akan terasa pahit! aderkk

    kalau dokong pula selain manis isinya, biji juga kecil…hehehe
    tapi entahlah….

    • Tie
      August 25, 2010 at 5:33 pm

      Tak perasan pulak tang biji tu….. mungkin betul kot!

      • August 26, 2010 at 3:34 pm

        tak pe, tak perasan biji tu tak pe lagi…

        tapi kalau tak perasan tangan yg comel tu ahaks.. sajer lah tu.. hehehee

        WOW! wink! wink!
        heheheh

        • Tie
          August 26, 2010 at 11:16 pm

          Tangan comel ?

          Ooo… kita tau laa.. tangan kita dah kembang, hari-hari dok basuh pinggan, huhu…

  3. August 25, 2010 at 1:24 pm

    oooooohhhh k.tie…

    sian kat org mcm kita nih..di perantauan…mmg rinduuuuuuuuuuuuu sesangat kat duku/dokong nih….klu kat belah pantai timur..dokongnya mmg manis sensangat.. tapi thn nih dokong menjadik betulll dan murah kan…sekilo jatuh 30sen..dolu2 sekilo sampai 5ringgit!!!

    • Tie
      August 25, 2010 at 5:25 pm

      Betul tu Fiza, dokong sini manis betul. Sedapnya.. hihi…

      Memang sekarang ni kaya dengan dokong. Kak tie dah tak larat nak kunyah dokong ni, kekadang telan je, hahaha…

  4. ain
    August 25, 2010 at 1:34 pm

    saya klu mkn buah dokong, 3 kilo sekali jln pun no hal maa!!!hihi

    • Tie
      August 25, 2010 at 5:26 pm

      Ain, meh lah sini. Bukan setakat 3 kilo… satu tong ikan kak tie boleh bagi, ekekeke….

  5. fndrocka
    August 25, 2010 at 2:03 pm

    sama tapi tak serupa lah kan..tapi kalau tanya aku memg aku tak tahu menahu pun..aku pesen tahi mkn je.huu

    • Tie
      August 25, 2010 at 5:27 pm

      Baguslah tak cerewet. Senang nak beri makan..πŸ˜›

  6. August 25, 2010 at 2:55 pm

    dokong lagi mahal dari duku kan?

    • Tie
      August 25, 2010 at 5:27 pm

      Eh… tak tahu lak kak tie.
      Sebab selama ni orang beri (mentua pun ada pokok dokong).

  7. August 25, 2010 at 3:07 pm

    ada beza eh??

    angie main tibai je..
    hihihi

    .
    .

    .
    .

    .
    .

    ok.. skrg nak nagis..
    uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
    uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
    uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

    dah berapa ari angie ketuk pintu, tp mama tak bukak.. tutup rapat… sampai ati! taknak bagi angie masuk lagi eh??

    p/s: private blog aritu bukan sbb merajuk ngan angie kanπŸ˜€

    • Tie
      August 25, 2010 at 5:30 pm

      Laaa…………..
      Napa tak masuk ikut dapur (kayteeze’s kitchen).
      Mama sekarang sibuk di dapur, siapkan juadah berbuka…
      Tu laa.. lain kali kalau pintu depan kunci, masuk je ikut tingkap dapur. Sure mama ada tengah ketuk-ketuk kuali. Nanti tolong mama cuci pinggan sekali, yek!
      .
      .
      Private blog tu bukan merajuk laa…πŸ˜›

  8. August 25, 2010 at 4:11 pm

    dukong tu campuran duku dan langsat kan?

    apsal diorg tak panggil dulang ek hehe..

    lantaklah nak panggil apa..janji sedap..

    • Tie
      August 25, 2010 at 5:31 pm

      Haha… baguslah Nrina ni.
      Biar apa nama pun, asal sedap, ekk!

  9. August 25, 2010 at 6:19 pm

    Masyallah, ana tidak tahu dokong itu adalah buah. Kalau ente tidak bagitahu, ana cuma tahu dokong baby je…πŸ˜€

    • Tie
      August 25, 2010 at 9:07 pm

      Waaakakakaa…..πŸ˜†

  10. August 25, 2010 at 6:47 pm

    cklah dan suami peminat dokong. Selalu beli makan berdua sorok2, sbb anak2 mudah batuk. Kat sini sekilo biasanya RM5-6. Tapi mlm tadi balik terawikh ronda2 belakang bandar Teluk Intan, umpa gerai buah dh nk tutup…RM2.50 sekilo…fresh lg. Kami borong. Mlm ni kenduri dokonglah kami…

    • Tie
      August 25, 2010 at 9:10 pm

      Makan sorok-sorok ? Ooo…. dashyat! Memang pasangan yang ideal, ekekeke…..

      Rm5-6..? Mahal juga la tu. Tie baru tau ni.

      Oh, ya.. memang kalau kita beli tika gerai nak tutup, depa jual murah. Hendak-hendak lagi di pasar malam atau bazaar ramadhan tu. Anak ada beritahu, kuih diberi lebih sebab nak abiskan…

  11. ima
    August 25, 2010 at 8:58 pm

    hai kak tie…ima lak ikut kata sipenjual je kalau duku katanya dukulah yang ima tahu…hehehe, tapi rasanya dokong kulitnya lebih tebal sikit kot dan tak bergetah…betul ke?…

    • Tie
      August 25, 2010 at 9:11 pm

      Ima pun tak kenal ? Hihi.. samalah dengan kak tie.
      Tang bergetah tu, Tie tak pasti laa.. tapi kulit tak tebal pun. Yang Tie tahu duku Johor berkulit tebal. Pernah makan tak ?

  12. August 25, 2010 at 9:29 pm

    Salam Kak Tie….

    Sabor je la tgk buah dokong yg sedap tu……
    Buah dokong & duku hampir sama ghupernya…….tapi mcm fakta yg Akak tie cakap tu adalah betul.

    Ada lagi tak dokong tu? Nak sikit………..
    πŸ™‚

    • Tie
      August 26, 2010 at 10:08 am

      Ada berlambak kat kebun… kebun orang, ekekeke….πŸ˜†

  13. zareda
    August 25, 2010 at 10:18 pm

    kak tie

    dukong ni dah dihybridkan.. manis kulit nipis dan ada nilai komersil yang tinggi. Duku kulit tebal, isi nipis dan kadangkala masam…

    • Tie
      August 26, 2010 at 10:12 am

      Ya, ya….

      Kak tie baru je baca yang dokong berasal dari Thailand. Hmm.. bila sebut Thailand semua orang tahu teknologi pertaniannya yang canggih. Buah-buah kat Malaysia belum masak lagi, mereka dah eksport ke sini.. Dah boleh makan….

      Mereka ni mahir betul. Nasib baik dokong boleh kita hibridkan.. Tapi bab pauh @ mangga macam mas hitam tu memang kita tak boleh ikut. Cuba tanam dengan bijinya, tapi bijinya kecik sangat… camna nak idup?

      Err….. kak tie dah lari dari topik lak! Ekekeke……..

  14. August 26, 2010 at 7:46 am

    Tie, kita ada tanam dokong…. kalau tengok boleh tahu bezanya
    tapi nak cerita tak pandailah…beza dia tu macam mana
    deria masing2 kot…hehehe

    dulu ulas dia lebih terasing – ulas dia seketul…dokong lebih basah dan lembab
    kulit duku lebih tebal, bila buka dia macam ada ruas2 yang jelas
    dokong tak… kulit dia lebih kepada langsat cuma lebih tebal dari kulit langsat tetapi lebih nipis dari duku.

    • Tie
      August 26, 2010 at 10:16 am

      Jie punya berbuah meriah tak tahun ni ? Kat Kelantan, mentua punya menjadi pulak. Manis betul.Tie tak balik, jadi tak dapat nak snap gambarnya…

      Kat Ganu sampai orang nak jual pun payah nak untung. Sebab banyak sangat…. sampai terpaksa abg kita tolong mereka sedekahkan pada ahli-ahli masjid, sekolah dan lain-lain…

      Tak perasan lak tang ulas dokong ni. Kalau duku Johor tu Tie boleh nampak bezanya. Tapi duku ganu ni macam sama je dengan dokong, kulit nipis dan rasa manis juga. Kot-kot duku dan dokong di ganu ni sama agaknya…πŸ˜›

      • August 26, 2010 at 5:25 pm

        Sbb tu baru2 ni kami tebang pokok rambutan , buah2 tu..tinggal 2-3 pokok je

        tanam getah…bayangkan bila musim rambutan…. harga sekili rm 30 sen je
        dah tu nak cari org petik, panjat susah..tak dak sapa nak buat kerja2 mcm tu

        buah2 rambutan gred A, beli kat MARDI Serdang..sayang juga tapi getah lebih baik harganya

        • Tie
          August 26, 2010 at 11:18 pm

          Memang susah nak cari orang petik. Nak upah lagi, nak jual lagi, macam tak berbaloi je.
          .
          .
          Err…. Jie pandai noreh ke ? Tie tak pernah pegang pisau noreh tu…

  15. pB
    August 26, 2010 at 8:50 am

    salam

    kalau banyok sangat , dekat dekat rayo no , hantar lah ko Kg Salor.
    pB tunggguuuuuuuuuuu ….

    • Tie
      August 26, 2010 at 10:19 am

      Salam,

      Ish… nak antor macam mana, kita naik basikal pun tak lulus. Asyik nak tumbang je, ekekeke….

      Cuba intai kat selising tu, tepi tali air..(opposite rumah atap biru) ada gak sepokok dokong (mentua punya, hihihi..). Mana tau kot kot ada lagi atas pokok tu…:mrgreen:

  16. August 26, 2010 at 1:38 pm

    Salam… ambo pun tak berapa teror tentang perbezaan duku dan dokong ni.. kalau ikut yang ambo pernah tanya penjual kat pasar malam tempohari… dia kata dokong ni kulitnya berbintik-bintik… hmm entahlah….hik3…

    • Tie
      August 26, 2010 at 11:19 pm

      Dokong lebih manis dan berair, kulit lebih nipis. Jangan dengar sangat kata penjual tu. Kekadang saja je dia nak lakukan jualan dia… hehehe..

  17. Nono
    August 26, 2010 at 5:31 pm

    dokong lebih gemok.. kan?πŸ˜€

    • Tie
      August 26, 2010 at 11:20 pm

      Gemok ? Err…. mungkin gak, dan lebih manis dan juicy..πŸ˜›

      • August 28, 2010 at 9:04 pm

        Hee terbalikπŸ˜›

  18. DrSinga
    August 27, 2010 at 11:16 am

    jarang jumpa duku Johor sekarang..
    kita tak suka dokong…
    sebab selalu dapat yang masam..

    • Tie
      August 27, 2010 at 12:36 pm

      Masam ? Eh… biasanya dokong manis. Duku yang sikit masam…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: