Umar lagi

Semalam 4 beranak ni datang rumah. Macam biasa anak cucu kalau tak riuh memang peliklah kan. Kita dah sediakan toys kat rumah supaya cucu tak boring bila datang sini. Masuk je rumah masing2 terus sesuaikan diri termasuk sikecil Ali.

Ali ni pantang tengok tokku dia berdiri atau bangun. Cepat2 hulur tangan minta didukung. Dengan nekmanya dia ajak main jer. Tahu lah tokku dia tu rajin bawa jalan2.

Umar ni bukan setakat petah bercakap, tapi permikiran dia jauh dari umornya. Oleh kerana dia baru jer henti pakai pampers, kami semua kerap jugalah tanya dia samada dia nak gi toilet.. sampaikan dia naik boring.. sudahlah tu, katanya, hahaha.

Bila dedi dia sebut nak balik jer, cepat2 dia kutip toys dia bubuh dlm backpack. Memang tabiat dia asal keluar rumah mesti angkut backpack dia. Semalam perasan dia ada ambil sesuatu sumbat dalam backpack. Bila mami dia tanya, dia kata tak ambil pun toys nekma. Jadi kami malas nak tanya lagi.

Tetiba dia cakap, ” Nekma nanti tido malam jangan ngigau tau sebab cari bulldozer tak jumpa! ” Mami dia terus dapat tangkap… haa.. umar ambil bulldozer nekma..

~ Malam tadi bukan nekma yang ngigau, tapi tokku… hahaha,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: