Home > Pengetahuan > Ungu @ Purple

Ungu @ Purple

najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani plak elektronik sebagai simbolik pelancaran Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini,semalam. Turut kelihatan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor (dua, kiri), Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (dua, kanan) dan Timbalannya Datin Paduka Chiew Mei Fun (kanan). — fotoBERNAMA

Sebenarnya Tie minat warna UNGU. Gambar di atas menarik betul.

UNGU adalah warna-warna sejuk cenderung berpengaruh memberikan perasaan tenang bagi yang melihatnya. Meskipun digunakan sendiri, warna-warna ini memberikan rasa dingin  kepada sipemakainya. Warna UNGU dikatakan mempunyai frekuensi yang tenaga yang tinggi yang amat baik untuk SQ dan EQ (Nahmy pernah beritahu dulu….)

UNGU, warna yang terhasil dari pencampuran warna biru dan merah,  menunjukkan sifat kebangsawanan, kemewahan, kekayaan, kerajaan dan romantisme. UNGU ini adalah warna yang sangat jarang muncul secara semulajadi. Namun, masih terdapat ungu yang boleh kita lihat seperti terung warna ungu, kobis ungu, kacang panjang ungu, tomato, lada, bunga2 dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan am saja :-

  1. Warna ungu digunakan oleh janda Thailand ketika pemakaman suaminya.
  2. Warna ungu adalah warna kegemaran Cleopatra
  3. Ungu digunakan sebagai dekorasi (Purple Heart) tentera Amerika yang cedera atau gugur di medan pertempuran
  4. Leonardo da Vinci percaya bahwa kekuatan meditasi bertambah sepuluh kali ganda ketika dilakukan di dalam pancaran cahaya ungu.
  5. Pada tahun 1999, Reverand Jerry Farwell mengkritik penampilan rancangan kanak-kanak Teletubbies iaitu  Tinky winky, karena penggunaan warna ungu dan simbol segitiga pada antenanya yang merupakan lambang kaum gay. (Ooo…. ye ke ?)

Hmm……. apa-apa pun Tie tetap suka warna Ungu, ekekekeke………..

Sumber dari –

http://mppersonal.com/design-graphic/color-harmony/psikologi-warna-ungu-dan-merah-muda/

.

.

  1. August 26, 2009 at 11:32 am

    Salam kak tie…
    Eh.. ada satu lagi buah yg bijinya warna ungu… err… buah ape ye… lupa namanya. sedap kalau makan cicah garam belacan atau jeruk. tapi masamnya ya Allah… memikirkannya pun boleh kecur air liur…

    Su pun suka warna ungu… tapi kata seorang trainer, kulit su tak sesuai dgn warna ungu. Ia buat su nampak gelap dan lebih tua dari usia sbnr… patut lah kat almari baju su cuma ada 2 helai baju yg warna ungu…

    Tie – Ooo….ye la… kena ikut warna kulit juga, ek. Tapi tak semestinya warna purple sepenuhnya… boleh gabung dengan warna pink, berbunga2 … ungu muda/cair pun okay. Tu buah kundang. Ada dlm blog ni jugak.

    • August 26, 2009 at 2:44 pm

      Buah nona juga ada berwarna ungu gitew. huhuhu

      Tie – Ye ke ? Tak pernah tengok lak.

      • August 26, 2009 at 3:24 pm

        kat kedah ni org tua2 panggil kaler ‘ungu’ tu kaler ‘biji ghemia’ sbb buah rumbia tu bijiknye purple

        Tie – Mak kak tie biasa panggil bijik kundang, ekekeke……..

      • August 27, 2009 at 1:23 pm

        uks.. den tersilap la… hehhehehe

        Tie – Eloklah mengaku !!!

  2. August 26, 2009 at 11:38 am

    “kulihat ungu”..

    rasanya sy tak ada baju warna ungu entah mengapa.. tp bila orng pakai nampak lawa anggunpulak.. tambah datin2 dgn lip lap lip lap

    klu tak salah ada buah biji warna ungu amanya buah “remia”

    Tie – Buah remia tu samalah dengan buah kundang, kan ? Memang bila tengok orang pakai ni nampak lawa je, hihi..

  3. ain
    August 26, 2009 at 12:07 pm

    oooo..tu buah kundang suara..mmg sedap. terus terliur ni ha.hehehe

    kak tie…sy pulak x berapa sgt ngan warna ungu. mcm too vibrant pulak. klu org kulit putih melepak mcm kak tie sesuai la ngan ungu. klu yg hitam manis kureeeng la.

    Tie – Rasanya dah abis kot musim buah kundang ni….. Pilih ungu dalam bentul pastel laa… Kak tie pun tak suka warna yang terlalu terang. Malu, hihi…. Eh, warna kulit kaktie ni kelabu asap laa….ekekeke………..

  4. ROSE PURPLE
    August 26, 2009 at 12:24 pm

    Nak mencelah sket..orang tak jemput pun takpe. sy memang benci purple tapi dalam satu training ramai rose kebetulan saya pinjam baju roomate warna purple so diaorang panggil sy rose purple untuk lebih kenal..sejak tu cuba-cuba pakai warna purple..sekarang ni dlam lemari baru ada dua tiga pasang baju purple.,tu pun light purple..dark purple tak berani lagi..

    buah kundang atau buah star tu orang kelate makan cicah budu dengan gula..ceduk budu dengan buah star yang telah dibuang biji..so budu berkumpul dalam lubang..mesti orang cakap eeiiii apa rasanya..cuba la dulu sedap..blum cuba blum tau

    Tie -Eh……. jemputla…., Tie suka purple lembut2 je. Yang garang tu, memang tak berani nak pakai pun, ekekeke…….
    Buah star@kundang tu, Tie pernah makan, yang manis je. Yang masam tak berapa suka. Tapi, tak pernah pulak tengok orang makan dengan budu, hihi… Biasa tengok ipar2 makan cicah cuka dengan belacan dan garam je… Tu pun tengok je…dah rasa kecur.

    • August 26, 2009 at 2:46 pm

      weiii.. korang jahat betul lah.. bulan2 puasa ni, di tengahari mcm ni korang citer buah kundang lah pulak.. aderkkk……huhuhu

      psst: selain ungu ia juga dikenali sbgi biru kundang .. iaitu sempena buah kundang gak ler. (sekian teori kejam maza)

      Tie – Eh…. Tie dulu panggil bijik kundang laa…. sejak kahwin dengan orang kelantan ni jadi tukar nama butir star, hihi….

  5. August 26, 2009 at 12:25 pm

    i nak carik baju raye ala2 ungu ^_^ tapi hubby kurang setuju last2 pilih je kaler lilac… ade rupe ungu gak hikhik

    Tie – Warna ungu lembut, bunga2 pastel tu cantik tau. Kalau ungu terang macam datin kat atas tu , Tie tak berani laa, hehe…

  6. August 26, 2009 at 1:13 pm

    saya pun suka tengok gambar atas tu…cantik ungu dia…
    saya pun suka juga warna ungu tapi tak banyak baju warna ni …

    Tie – Ye laa…. tengok orang pakai tu nampak cantik lak !

  7. August 26, 2009 at 1:17 pm

    me suker lagu ‘andai ku tahu’ nyanyian Ungu dari indon tewwww.. salam ramadhan kak tie itewww

    Tie – Ooo…… lagu tu pun sedap gak !

  8. August 26, 2009 at 2:09 pm

    Salam Kak..

    Baru ku dapat idea..

    nak cat bilik warna ungu ok kowt..

    thanks kak..

    selama ni ku tercari-cari nak guna cat aper..

    hehe..

    ungu lembut…

    sejuk..

    Tie – Memang cantik tu. Nanti boleh snap gambor dan tepek kat blog, ya, hi hi ….

  9. kutaksempurna
    August 26, 2009 at 2:33 pm

    angie hantam je sume warna…. putih.. hitam.. biru.. merah.. kuning.. purple.. sume layaaaaaaaan..
    tamak la katakan… hihihi
    .
    .
    .

    gambar kekanda yg kat bawah tu mengancam laaa😀

    Tie – Hmmm….. tamak color, ya. Tak pe laa…. asal jangan tamak harta, hihi…
    Haaa………. malam ni jangan pulak mimpikan dia pulak !! Waaakakakaa……..

  10. August 26, 2009 at 2:42 pm

    wani pn suka unggu..dan meminati kumpulan ungu..heheh

    Tie – Ye ke ? Hi hi…..

  11. August 26, 2009 at 2:50 pm

    Zaman 1990 -1992… asal turun aje bandar Kluang, tu dia.. rata2 makhluk melayu bertukar menjadi makhluk unggu. dari Baju, seluar, kain, tudung, kasut, beg sekolah, beg pakaian, sampul buku habis semua dikalarkan ungu..huhuhu

    ada lak tu mamat yg dah tamat sekolah mewarnakan jambul mereka ungu.. sekali mcm ayam belanda lah pulak kanzzz?…

    Kendian zaman tersebut hampir bertaut dgn zaman GQ (Gentlement Qualiy) perkhh… masing2 yg jantan dan betina menunjukkan kemachoannya dan kejelitaan masing2.. aderkkk..

    (psst: maza pernah minta baju ungu dan kasut ungu dengan emak.. huhuhu. akhirnya yg dapat dipiat telinga dan ceramah agama yg tulus, “ko ingat aku ni cop duit ke?” aduhai ibuku!)

    Tie – Eh tak tahu pulak ! Tahun 1993-1097 Tie tinggal di Keluang. Ooo….tak dapat bayangkan Maza pakai serba ungu….Kasut ungu pulak tu ! Waakakakaa……..

    • August 27, 2009 at 1:25 pm

      wei! den tak sompek nak pagai semuo bendo tu ha la,.. huhu

      awal2 laie omak den dah bagi amaran gitew.. huhuhu

      Tie – Mujurlah omak Maza tu tegas, kalau tak entah macam manalah rupanya Maza berungu tu, ekekeke…….

  12. August 26, 2009 at 3:01 pm

    saya ni berkulit sawo matang sangat tidak sesuai pakai ungu,kang tertukar ngan aci plak,huhuhu.

    Tie – Boleh tu, cari warna2 pastel ungu berbunga2 campur warna pink atau cream… cantik tau.

  13. August 26, 2009 at 4:18 pm

    taka berapa suka ungu….gelap
    lebih suka hijau..hahahaha

    Tie – Haa…… dah tau. Jie memang peminat hijau tegar !!

  14. August 26, 2009 at 7:59 pm

    unggu jugak adalah warna tema tempat keje ku…

    Tie – Hi hi…. tak rasa ngantuk ke ?

  15. August 26, 2009 at 9:28 pm

    Salam Kak Tie….

    Ungu is purple
    Purple is ungu…… 🙂

    Bila dok kecek psl warna ungu @ purple…sy ada 2 helai baju kurung pesak yg berwarna ungu. Baju raya last year.

    **Daku mmg pencinta UNGU….lalalalalala.

    Tie – Pencinta UNGU ? Uwaaaa….. dasat ! Kak tie suka tapi tak la tak de la jadi pencinta, ekekeke……….

    • August 27, 2009 at 9:07 am

      Kak Tie….

      Check e-mail ekkkk. 🙂
      Take care…

      Tie – Okay

  16. zareda
    August 27, 2009 at 12:59 am

    Ni gambar sambutan Hari Wanita semalam ek..

    Tie- Betul betul betul !!!

  17. August 27, 2009 at 3:00 am

    ne cerita betul ne…arwah nenek abgdin minat warna ungu ne… mak abgdin yg bagi tau… ” nenek suka warna biru kundang” kenapa? tanya abgdin… mak abgdin kata” entah tak tau, klu tak caya gi tengok baju2 dia mesti ada warna itu” teringat dialog satu ketika dulu…

    Tie – Ha ha…. nenek suka ya… , mak Tie panggil warna bijik kundang.

  18. Blog Resipi
    August 27, 2009 at 6:44 am

    Ade sorang lecturer kt dept dulu minat betul kaler ungu.Beg ungu skirt ungu,pewarna kuku ungu,sepit rambut ungu mujur lipstik je tak ungu. heheh

    Tie – wah…… mesti mata semua orang jadi ungu, ekekeke………

  19. August 27, 2009 at 8:14 am

    Tie, nekcun pun suka gak warna ungu tuh!… in fact nekcun siap ada sedondon lagi ie: baju, kasut dan handbag warna ungu!… lain-lain warna pun nekcun ada juga kerana nekcun ni memang suka sedondon! Kalau pakai warna merah dari atas sampai ke bawah semuanya merah dan kalau hijau pun camtu jugaklah!… sehingga semua staff kat ofis dah tahu perangai nekcun ni… sampai ada yang suka usik2… dalam pulak warna sama ke?… hehehe… Tapi warna ungu memang anggun sangat!…

    Tie – Waaakakakaa……….. Tersenyum Tie sendirian nih !! Memang Nekcun ni bergaya orangnya. Tie pulak simple je… kalau nak pakai sedondon tu malu laa. Hi hi….

  20. August 27, 2009 at 9:59 am

    Asalamualaikum

    Saya telah pun melangan blog ini dan memasukannya kedalam blogrool blog saya, supaya mudah menimba ilmu daripada laman blog yang istimewa ini, bagaimana pun arwah bapa saya berpesan berhati hatilah kepada wanita yang arif tentang warna apatah lagi dia suka memperkata warna unggu. Saya sedang menentukan masa yang sesuai untuk menjelajahi seseluruhi halaman blog ini.

    terima kaseh salam hormat.

    Tie – Langgan ? Ekekeke…… Tie pulak tak pernah langgan blog orang lain. Tie suka lompat2 ke blog2 tu dengan sesuka hati, hihi…

    Ilmu ? Ish… blog ni tak banyak ilmu, mungkin untuk hiburkan hati je.

    Eh.. kenapa pulak kena hati2 dengan wanita yang arif tentang warna ni ? Ungu ? Ada apa2 keburukan ke ? Setahu Tie ungu ni mempunyai frekuensi tenaga yang tinggi. Kalau ada maklumat lain boleh la kongsi di sini, ya….

    Nak jelajah blog ni ? Ooo…. malu laa… rasa nak sorok dalam saji, ekekeke……

  21. syayassir
    August 28, 2009 at 9:56 am

    kak tie….
    saya pun suka warna unggu…
    tapi, mak saya kata, warna unggu tu warna orang kecewa…
    tak tahu lah pulak betul ke tidak..😀

    Tie – Ooo….ye ke ? Agaknya kerana itu janda di Thailand pakai ungu…..

  22. August 28, 2009 at 10:52 am

    Slm kak tie, selamat menyambut ramadhan almubarak ye. moga kak tie sekeluarga beroleh keberkatan dibulan yg mulia ni. lama tul tak jln2 kat sini…penuh kepala otak baca entry kak tie..he he he.

    warna ungu melambangkan kekuasaan betul tak? tapi teman suka purple light jer…mcm tak sesuai pakai baju dark purple, maklumlah daku ni tak secerah kak tie.

    Tie – Milla dah sihat ke ? Lama tak update tu…. Harap2 dah okay.

    Kak tie pun suka light purple. Kulit kak tie ni kelabu asap laa, ekekeke……..

  23. August 28, 2009 at 9:31 pm

    Asalamualaikum

    Kerana anakanda tie tidak melangani blog pakcik mungkin sukar untuk mengikuti perkembangan posnya, pos terbaru ada bersangkutan diantara perangai isteri dan warna yang perlu diketahui seorang suami, nak bagi tau itu aje. terima kaseh salam hormat.

    Tie – Dah bubuh dalam bloglist Tie… Nanti senang Tie pergi tengok.

  24. August 29, 2009 at 12:06 pm

    baru je plan nak meng ungu gak raya ni …walaupon x dapat blk kmpong…….uwaaaaaaaa..sobsob

    Tie – Ooo….ye ke ? Nanti ambil gambor dan tepek kat blog, ya…hehe… Nak tengok gak!

  25. August 30, 2009 at 9:03 pm

    rajin2 la dtg blog sha yg ade kaler purple tuh kak tie…adoi…ungu kaler cemburu…favourite ku! best la topic kak tie nieh…suka sha!

    Tie – Ooo….. okay… kak tie ni ada problem dengan pc. Susah nak komen laa.. kena reload banyak kali.

  26. August 31, 2009 at 10:05 pm

    saya juga merupakan peminat warna ungu .. lembut dan sejuk je color ungu kan especially yang lembut. dan saya pun rs gambar dato’najib kat atas tu menarik!😉

    Tie – He he….. cita rasa kita sama laa…..hi hi…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: