Home > kehidupan, sahabat > Asmah dalam kenangan

Asmah dalam kenangan

Suami Tie ada seorang sahabat yang tinggal di JB dulu. Rumahnya jadi transit abang dan keluarga semasa mereka datang untuk meminang Tie. Kedua-dua pasangan itu juga berasal dari Kelantan.

Asmah, isteri sahabat abang tu peramah orangnya. Senyumannya tak pernah lekang terhadap kami. Tapi, walaupun dah lebih 10 tahun berkahwin, mereka masih lagi belum mendapat cahayamata. Asmah selalu keguguran kerana terlalu sensitif.

Asmah selalu mempelawa kami datang kerumahnya. Kekadang makan malam di sana. Suatu hari, ketika Tie datang (masa tu perut dah sarat mengandung anak sulong), dia dengan tiba-tiba mengusap perut Tie. Malu rasanya. Tapi bila teringatkan keinginannya untuk mendapatkan anak, Tie biarkan sahaja (dengan menahan rasa geli, hihi).

Kemudian…. kami berpindah ke daerah lain. Dan setelah beberapa lama, abang beritahu Asmah dah bersalin. Suka sangat bila mendapat berita itu. Kami melawatnya ketika berada di kampung. Seterusnya dia mendapat anak kedua dan ketiga. Alhamdulillah….. betapa gembiranya dia bila Tie datang menziarahnya. Kesabarannya bersama suami mendapat keredhaan Allah.

Lebih kurang 3 tahun yang lepas, kami mendapat berita sedih. Asmah meninggal dunia kerana barah kulit. Menurut seorang sahabat, ia bermula di muka. Tie rasa kesal betul kerana tak teringat untuk melawatnya masa pulang ke kampung. Tak sangka yang dia akan pergi dengan begitu cepat.

Suaminya tentu rindukannya. Apatah lagi, dia sempat memberinya zuriat walaupun mengambil masa yang lama. Tie masih terbayang-bayangkan wajah ceriannya.

Kini suaminya telah pun mendapat pengganti. Bak kata orang , hidup perlu diteruskan. Alfatiha buat Asmah, sahabatku. Semoga dikau aman di sana.

~ Tak tahu la kenapa tetiba rasa nak buat entri ni…………

Categories: kehidupan, sahabat Tags: ,
  1. March 25, 2010 at 9:10 am

    Al-Fatihah buat arwah Asmah.

    Ada ketikanya kita teringat kenangan2 silam dan org2 yg pernah singgah dlm kehidupan kita. Ada antara mereka telah mendahului kita.

    • Tie
      March 25, 2010 at 5:32 pm

      YB, walaupun hubungan Tie dengannya tidak rapat, kehadiran begitu penting dalam diri Tie.

  2. DrSinga
    March 25, 2010 at 9:49 am

    sedihnya….
    al fatihah…

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:52 am

      Kesal pun ada sebab tak sempat nak mohon maaf darinya.

  3. March 25, 2010 at 9:51 am

    al-fatihah buat arwah…..

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:52 am

      Insyaallah…

  4. ima
    March 25, 2010 at 11:35 am

    alfatihah buat arwah
    yang datang pasti akan pergi
    yang tinggal hanya kenangan…

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:53 am

      Kenangan itulah sentiasa menghantui kita.

  5. March 25, 2010 at 12:55 pm

    alfatihah..
    memang sedih kalau kehilangan antara insan yg terapat dgn kita..huhu

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:53 am

      Rindu pun ada…

  6. March 25, 2010 at 3:23 pm

    elok lah tu terkenangkan sahabat yg lama..
    agaknya cik asmah pun mengingatkan kita utk beramal soleh..

    apa lagi, al fatihah juga utk si asmah!

    huhuhuhu

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:54 am

      Oh ya, kita yang hidup ni jangan asyik dan lalai, kan……

  7. March 25, 2010 at 4:07 pm

    mungkin kaktie merindu saat2 manis bersama arwah.

    • Tie
      March 25, 2010 at 5:34 pm

      Kak tie teringat masa dia gosok-gosok perut kak tie dulu. Alhamdulillah, Tuhan kabulkan keinganan dia untuk dapatkan anak.

  8. March 25, 2010 at 5:03 pm

    Semoga dia berada dalam lingkungan redha Allah dan orang beriman.

    • Tie
      March 25, 2010 at 5:35 pm

      Insyaallah..

  9. March 25, 2010 at 7:57 pm

    Al Fatihah…..semoga aruah aman damai di sana…..

    Pssst: Terima kasih atas komen Tie dlm entri ckLah…..sehari dua ini, ckLah hilang semangat utk berblog…maaf ya Tie…kalau ckLah tak sempat berziarah ke mana-mana…Semoga masa ckLah tak secepat Asmah…agar dapat mendoakan anak-anak yang masih mentah…

    • Tie
      March 25, 2010 at 8:10 pm

      Eh…. Tie tak ambil hati pun jika sesiapa tak komen di sini. Tie ni pun kekadang malas nak kepoh-kepoh sebab agak moody sekarang ni.

      Tapi bila ada yang macam sekuali dengan Tie, rasa macam nak motivate sama. Kita sebagai teman kadangkala saling memerlukan untuk terus hidup, kan….

  10. March 25, 2010 at 8:24 pm

    salam tie. Ada orang lambat dapat anak. Berkat kesabaran Allah kurniakan rezki juga.
    Alfatihah untuk aruah asma.

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:42 am

      Salam Kakpah,

      Ada orang, ada anak pun tak pandai nak didik….. macam mokcik ni… hu hu…

  11. March 25, 2010 at 9:23 pm

    Salam Akak Tie…..

    N3 ni byk pengajaran utk diri sy sendiri……sy tgh cuba muhasabah diri.
    M`perbetulkan mana yg tak betul…..m`perelok mana yg tak elok.

    10 tahun….lama tu menunggu cahaya mata. Segalanya adalah k`tentuan Illahi.

    Semoga roh arwah d`tempatkan d`sisi para solihin. Amin.
    πŸ™‚

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:43 am

      Salam Zyma,

      Pengajaran untuk diri kak tie juga.

  12. March 26, 2010 at 12:04 am

    k tie,

    sedekahkan al Fatihah….. amin.πŸ™‚

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:44 am

      Insyaallah….

  13. March 26, 2010 at 8:41 am

    Alfatihah untuk Asmah, kawan tie tu… itulah adat hidup ini… kita pun pasti akan menurutinya juga kerana yang hidup pasti akan mati, hanya masanya sahaja yang kita tak tahu… Semoga Allah akan sentiasa merahmati kehidupan kita semua… Amin…

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:44 am

      Insyaallah Nekcun.

  14. March 26, 2010 at 9:29 am

    tu yg org kata;
    patah tumbuh hilang berganti kan mama

    .
    .

    al fatihah utk asmah

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:44 am

      Betul tu sayang…..😦

  15. March 28, 2010 at 12:42 am

    Al Fatihah buat sahabat Kak Tie. Moga roh dia tenang disana. Sesungguhnya kita akan menyusul dia..πŸ™‚

    ps. sayu.

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:45 am

      😦

  16. zue
    March 29, 2010 at 11:34 am

    mmg rasa terkilan bila kita x ziarah rumah kwn kita dan tambah sedih bila dpt tahu dia dah meninggal dunia. hanya al-fatihah diiringi.

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:46 am

      Ye la Zue, rasa terkilan sangat..

  17. March 29, 2010 at 12:29 pm

    Kembali kita pd Allah telah dijanjikan. Bila dan bagaimana, hanya Dia yang tahu. Bila masa semakin kehadapan, semakin banyak kenangan yg ditinggalkan. Satu persatu mereka yg dah pergia kan muncul diingatan.
    Su selalu bergenang air mata bila mengingatkan teman-teman yg dah ‘kembali’. Bila giliran su agaknya?

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:47 am

      Bagi Tie, harap-harap takkan menyusahkan sesiapa pun.

  18. nahmy
    March 29, 2010 at 3:53 pm

    itulah pengorbanan seorang isteri…sayu baca entri kak kali ni. semoga rohnya bersama roh para solihin & para muqarrabin. al-fatihah..

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:48 am

      Kerana itu kena hargai isteri ketika dia masih ada di sisi….πŸ™‚

  19. March 30, 2010 at 2:13 am

    Salam Kak Tie,
    Al-Fatihah buat arwah…

    Kak Tie apa habar? lama tak sempat jenguk kak tie nie… harap2 kak tie sihat2 selaluπŸ™‚

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:49 am

      Kak tie macam ni la Ijan…

      Kejap tenggelam, kejap timbul. Macam apa, ek ?

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: