Home > Berita > Budak sekolah : Histeria

Budak sekolah : Histeria

Tengahari tadi, berlaku histeria di sekolah anak Tie (menengah). Dia pulang ke rumah kerana pihak sekolah telah batalkan sesi persekolahan petang dan pagi.

Sebenarnya telah banyak kali berlaku histeria di sekolahnya. Dan ia hanya bermula tahun ini. Ini yang menghairankan. Secara tiba-tiba sahaja beberapa orang pelajar akan terjerit2 dan pengsan. Tengahari tadi adalah kes yang paling teruk. Sekurang-kurangnya 2 orang pelajar perempuan berlari ke hutan berdekatan (dengan memanjat pagar).

( gambar hiasan dari http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm)

Pihak sekolah terpaksa meminta bantuan dari pasukan bomba untuk mencari pelajar-pelajar tersebut. Kejadian itu berlaku ketika pelajar-pelajar berkumpul di kantin sekolah. Salah seorang kelihatan dirasuk, dan sahabatnya cuba menenangkannya dengan membaca surah yasin .  Menurut seorang makcik kantin, tiba-tiba seekor burung besar datang dan pelajar yang dirasuk terus berlari ke arah hutan mengikut burung tersebut. Ini diikuti oleh pelajar yang cuba menolongnya.

Tie tak tahu kisah selanjutnya. Harap-harap semuanya selamat. Sekolah ini kerap adakan program sembahyang hajat, bacaan yassin dan lain-lain. Beberapa orang guru dan ustaz cuba memulihkan kembali keadaan sekolah ini.

Seorang guru pernah menceritakan, kemungkinan histeria berlaku kerana tandas sekolah kotor dan ini menjadikan tempat kegemaran iblis. Menurutnya dia dan beberapa orang guru yang lain pernah pergi meninjau di sekolah ini pada waktu malam. Mereka terdengar satu suara bersahut-sahutan dari arah tandas.

Tie merasa bimbang. Kasihan kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

.

.

.

P/s : Mohon maaf kerana tidak dapat menjawab komen-komen sebelum ini. Ia mungkin akan mengambil sedikit masa.

.

.

Categories: Berita Tags: ,
  1. Kak Long
    August 2, 2009 at 5:27 pm

    Tie,
    Kejadian histeria ni memang selalu berlaku terutama bila dah nak dekat periksa. Kadang-kadang pelik juga. Ada banyak faktor. Kadang-kala hanya tekanan perasaan. Tetapi mungkin juga yang memang ada unsur lain yang mengganggu sebab memang ada makhluk lain daripada manusia di sekeliling kita..Hanya Dia yang mengetahui.
    Semoga mereka semua tu selamat.

    • Tie
      August 2, 2009 at 5:37 pm

      Dulu, kejadian hanya melibatkan dalam sekolah. Ada kelas yang agak keras. Guru-guru mengarahkan supaya mengosongkan kelas tersebut. Tetapi, seorang dua pelajar tu pulak berlari2 naik ke kelas tu. Guru2 dah tak larat nak halang. Jadi, sekarang ni pelajar2 tu belajar di kelas tersebut seperti biasa.

      Itulah , peperiksaan dah dekat. Yang kena pulak pelajar tingkatan 3,4 dan 5. Kasihan mereka.

  2. August 2, 2009 at 5:32 pm

    takutnya…sy doakan hal ni x berpanjangan…moga pihak sekolah dpt mencari penyelesaian…kesian…

    • Tie
      August 2, 2009 at 5:38 pm

      Tadi baru dapat berita terkini. Seorang pelajar telah ditemui. Tetapi yang seorang lagi masih hilang. Harap2 dia cepat2 diselamatkan. Hari dah nak hujan ni di sini.

  3. August 2, 2009 at 6:14 pm

    masa neeza sekolah menengah, ada terjadi kes ni.. neeza takut sangat Kak Tie. Alhamdulillah, Neeza tak kena walaupun Neeza rasa Neeza tak lah kuat semangat. Tapi memang betul pun. Kes histeria ni berkait rapat dengan hantu setan. Ada orang puja setan.. dia datang.. nak suruh dia pergi bukan senang kecuali dengan ayat Quran.. solat selalu dan penuhkan diri dengan amalan2 baik.. kan Kak Tie..

    • Tie
      August 2, 2009 at 6:21 pm

      Betul tu, ni pulak lari masuk hutan. Dah menjadi-jadi. Setiap hari mesti ada sekurang2nya sorang dirasuk. Guru2 dah tak tahu nak buat apa laa… Malam ni nak buat majlis sembahyang hajat di sekolah. Hanya ibubapa dan orang dewasa je boleh hadir. Ada sesuatu di sekolah tu.

  4. August 2, 2009 at 7:01 pm

    Tie,….hujung2 tahun kalau mcm ni susah tau
    kesian cikgu2. nak habiskan schedule, kesian anak2 murid nak study dgn aman…musim peperiksaan tak lama lagi

    harap2 kes ni tak lama

    • Tie
      August 2, 2009 at 7:13 pm

      Memang susah lah. Kejadian ni dah berbulan2 bermula dengan tahun ni… Tak lama lagi puasa, nak tengok laa..samada ada lagi ke histeria di bulan puasa… kalau ada juga, maknanya bukan setan kot.

  5. August 2, 2009 at 8:22 pm

    Kata orang…mereka yang histiria tu ternampakkan hantu ……waduh…. takut tu… kalau chekdee nampak hantu ….agaknyer chekdee pun histiria.

    • Tie
      August 3, 2009 at 6:24 am

      Biasanya begitu laa… Nampak sesuatu yang menakutkan.

  6. ain
    August 2, 2009 at 9:05 pm

    ish…takutnya. mudah2an anak saya dijauhi la dr benda2 cam ni.

    • Tie
      August 3, 2009 at 6:25 am

      Mudah-mudahan…..

  7. August 2, 2009 at 9:33 pm

    Akak Tie…..

    Histeria ni mcm penyakit jiwa jugak,kan?? Ye la….kalau kurang mendekati diri kpd Maha Pencipta may be perkara mcm ni boleh terjadi. Jiwa juga memerlukan makanan yg bernama iman. Zaman sy bersekolah….sy belum pernah berpeluang melihat histeria. Mmg ada, tapi tak berpeluang melihat.

    Yg peliknya, Chinese School or Indian school……takde la pulak Histeria. Tapi Malay school mmg MERIAH dgn histeria,kan. Pelik. Hmmmmmmm……..

    H1N1 belum reda, histeria berterusan. Sampai kapan, ntah la.

    Akak Tie, jg diri ye. Senyum sokmo. 🙂

    • Tie
      August 3, 2009 at 6:34 am

      Tak juga Zyma, yang kena tu ada yang kuat beribadah dan rajin mengaji.Keadaan mereka biasa saja di rumah, ceria seperti pelajar2 normal. Cuma bila sampai di sekolah, mereka berubah jadi ‘orang lain’.

      Kak tie tak pasti tentang histeria. Ada banyak sebab, psikologi dan makhluk halus. Namun, menurut anak kak tie, pelajar yang dirasuk tu terasa begitu berat bila diangkat sungguhpun tubuhnya kecil.

      • August 3, 2009 at 8:47 pm

        Hmmmmm, susah nak tafsir ttg penyakit ni,kan???
        Mcm2 adoooo…..minda dijauhi dari sebarang penyakit seumpama ini. Nauzubillah.

  8. iza
    August 2, 2009 at 11:12 pm

    haaa sekolah adik bongsu iza pun dikejutkan dengan kes histeria beberapa bulan lepas. sampai dia takut nak tidur sorang, ajak mak temankan. sekarang nampak dah ok. sian dia tahun ni SPM.

    • Tie
      August 3, 2009 at 6:35 am

      Harap-harap tiada lagi gangguan sedemikian.

  9. ima
    August 2, 2009 at 11:19 pm

    salam kak tie…kesiannye kat budak yang belum dijumpai tu…
    bagaimanalah perasaan ibubapa mereka disaat ini…ima amat bersimpati.

    histeria ni masa zaman ima sekolah dulu pun dah ada…
    asrama bersebelahan dgn tanah perkuburan…keraslah,
    kalau kita terlalu berseronok(lalai)mudahlah dirasuk,orang kata

    tapi peliklah kenapa histeria sering berlaku kat perempuan ekk…

    • Tie
      August 3, 2009 at 6:36 am

      Orang lelaki pun ada yang kena, tapi tak ramai. Mungkin kerana jiwa orang perempuan lebih halus.

  10. August 3, 2009 at 12:23 am

    itulah bila hal pelik dan misteri ni mesti ada kaitan dgn benda kotor terutama tandas. Nak2 tandas perempuan..biasalah dgn darah kotor yg tak dicuci sebelum dibuang.

    dulu masa kat sekolah saya pun ade jugak. diorg buat tinjauan setiap awal pagi sampah dlm tong sampah kat tandas mesti terbalik dan berselerak. Nak kata anjing..pintu tandas tertutup pulak..hmm seramkan bila dengar..

    harap2 budak yg kene histeria tu tak ape2..

    • Tie
      August 3, 2009 at 6:39 am

      Betul tu Nrina. Benda tu suka berada dalam tandas. Ada beberapa kali berlaku di sebuah tandas sekolah rendah . Kawan anak kak tie ternampak sesuatu. Dia hampir2 pengsan. Kesian betul. Tandas tu mungkin dah tak digunakan sekarang.

  11. kin
    August 3, 2009 at 9:03 am

    tak lama dulu, heboh pasal histeria kat sek kat pahang tuh. harap2 jangan lah jadi besar2an macam gitu lagi.

    • Tie
      August 3, 2009 at 9:05 am

      Kak tie pun harap begitu.

  12. August 3, 2009 at 11:15 am

    hmm apa kata minta tolong org2 Darul Syifa’ kat Bangi, Selangor ni!

    Dato’ Dr. Harun Din punya anak buah tu…

    kot2 boleh pulihkan sekolah tu.. kalau tak boleh pulih gak. hmmm..

    terpaksa lah bersekolah kat Masjid Kristal tu ha
    huhuhu

    • Tie
      August 3, 2009 at 11:22 am

      Guru2 dan ustaz di sekolah tu ada gak ikhtiar… Tengoklah sehari dua ni….

      Yang kena tu pelajar2 yang sama… 2-3 orang . Tie rasa elok mereka yang terlibat bertukar sekolah je… Kesian gak. Kesian kat mereka tu. Semalam pelajar tu boleh lompat pagar yang tinggi tu.. ramai saksi. Mulanya dia nak terbang, mungkin tak cukup kuat. So dia lompat je. Budak2 sekolah rendah nampak, sampai tercengang2, kehairanan…..

      • August 3, 2009 at 1:17 pm

        hmm.. kalau maza ada kat situ, mesti boleh tolongkan?.. huhuhu.. at least tolong pegang budak pompuan yg meronta2 itew.. wink! wink! wink!

        wakakakak

        (psst: pejahat memang selalu cari peluang pong!)
        wakakakaa

  13. ida
    August 8, 2009 at 10:36 pm

    sebenernya sek saya berlaku histeria sejak 3 bln lalu… tiap2 hari

    • Tie
      August 9, 2009 at 6:27 am

      Sama dengan sekolah anak kak tie.

      Tapi sejak hari tu, kak tie buat entry ni, pihak sekolah buat sembahyang hajat besar2ran… Anak kak tie kata, bertabur2 garam kasar dan lada hitam di sekolah. Dan sejak hari tu, tak de pulak histeria lagi…. first time sejak beberapa bulan yang lalu. Kira menjadilah usaha tu.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: