Archive

Archive for the ‘kehidupan’ Category

Hooray utk JeSS

March 14, 2016 Leave a comment

Alhamdulillah

Setelah 2 tahun Isha berjaya dlm SPM nya di JeSS iaitu merupakan salah seorang dari 20 pelajar yg mendapat 9As.

FB_IMG_1457504040267

FB_IMG_1457504092728

Walaupun baru batch ke2 SPM , JeSS berjaya memperoleh keputusan GPS 1.84 dan merupakan tertinggi di Kelantan juga Zon Timur.

Semoga semuanya terus cemerlang , insyaallah.

Advertisements
Categories: Anak, kehidupan, Uncategorized Tags:

Minyak masak menyusul selepas gula?

May 14, 2011 19 comments

Pandai je makcik ni, 😆

Ye la, dulu gula selalu je main sorok-sorok. Tup tup terus naik harga.

2-3 hari lepas, kita perasan, di sini hanya dijual minyak masak yang mahal tu. Yang dari sunflower seeds dan Jagung. Manalah mampu kita beli, adoi laa…. Tapi, kalau mampu pun sayang nak keluar duit. (kita bukan kedekut, cuma cer-mat!)

Adakah kemungkinan harga minyak masak akan naik ? Tempat kalian bagaimana? Ada minyak masak tak?

.

.

.

Cukuplah untuk 2 minggu kot… :mrgreen:

* Menu menjimatkan penggunaan minyak – bakar, kukus dan rebus.

Categories: Berita, kehidupan Tags:

Langkah pertama

May 11, 2011 41 comments

Petang kelmarin  abang balik bawa ini…..

.

.

.

.

.

Kain pasang untuk uniform persatuan kaum ibu….. (selama ni kita pakai baju raya, ekekeke…)

.

.

.

Bagi sesiapa yang kenal, diam-diam tau, hihihi….

Pertama kali setelah 19 tahun berkahwin dan jadi isteri warga **** abang bagi kebenaran (dan dorongan) supaya aktif dalam Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri ****.

Kita bertanya ‘ Kenapa?”

Abang kata ,” Kena bersedia……”

Oh  Tidak !!!

Sebenarnya persatuan tersebut merupakan tulang belakang warga ****. Cuma Tie je yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan ahli-ahlinya.

Orang yang paling kita benci bila bersama mereka ini adalah diri Tie sendiri. Entah kenapa terasa jadi plastik tetiba. I really hate this!

.

.

Tolong lah. Bagaimana nak elakkan  dari  lupa diri ?

.

 Satu lagi, bagaimana nak jadi cool  bila berada di pentas, berucap atau sekadar menyampaikan hadiah ? I’m a nervous freak!!

HELP !!!

.

Categories: Berita, kehidupan

Mengapa tiada rasa belas

May 9, 2011 18 comments

Semalam kita tengok video yang adik share di Fb. Rasa nak nangis.

Kes seorang pelajar perempuan dibuli oleh classmatesnya, digunting rambut dan dijerut leher, ketika gurunya tiada dikelas.

Tak faham, ke manakah perginya sifat kemanusiaan mereka. Pelajar tu tak berdaya nak melawan, hanya menangis je…. Dan tiada seorang pun rakan kelasnya cuba membantu.

.

.

.

Pagi ni keluar berita di Harian Metro, bapanya buat report setelah sedar video mengenai anaknya  keluar dalam youtube dan fb…. Harap benar pembuli-pembuli tersebut menerima akibatnya.

link akhbar di sini :

http://www.hmetro.com.my/articles/Bapamangsabulibuatlaporan/Article

.

.

Categories: Berita, kehidupan Tags:

Riang ria di Shah Alam (part 2)

May 3, 2011 32 comments

Sebelum kami menjejak tempat jatuh lagi dikenang (UITM), kita singgah di bas stand Sec 17 untuk beli tiket balik KB. Bukan main susah lagi, semuanya guna bas 2 tingkat. Makcik ni penakut. Macam-macam terbayang dalam kepala. Lastly terpaksa juga, tapi kita mintak tingkat bawah.

.

.

Lepas tu drebar kami (anak sulong Aza) bawa kami ke UITM. Yey……..!! Sangat suka! Mula-mula cuba masuk ikut pintu belakang. Tapi tutup lak. Jadi, kita suruh dia buat muka tak salah, drive je ikut pintu depan. Konon-konon (dah siap script) nak jumpa dengan staff kat sana.

.

.

.

Alhamdulillah, pengawal tu tak kisah pun kami masuk. Siap angkat tangan lagi, hahaha…. Lega rasanya. Bila tengok bangunan2 UITM sekarang, memang banyak yang baru, tinggi-tinggi sampai sakit tengkuk kita tengok. Mulut tak henti-henti beri penerangan pada Isha. Kat situlah tempat mama dan ummi (Aza) belajar dan main, hihi….

.

.

.

Kami ke Fakulti Sains Gunaan (dulu dipanggil Kajian Sains Gunaan @ KSG). Termengah-mengah naik tangga. Oleh kerana hari sabtu, keadaan lengang. Okaylah jugak, senang kami nak posing kat situ.

.

.

.

Bila tengok carta tu, hanya sorang je yang kami kenal, bekas lecturer fizik kami, dah jadi Profs…. Kami tumpang bangga!  Dan Isha, mama harap dia  dapat sambung study di sini.  UITM begitu dekat di hati mama… ( Jumpa ayah pun di sini  😛 )

.

.

.

Kami suka lepak di corridor ni, sambil tunggu lecturer masuk kelas…. suka tengok garden kecik tu, dulu ada pokok ara di bawah , tak perasan lak hari tu, tak ada lagi kot.

.

.

.

Library, tempat yang paling kami gemari. Kalau boleh nak tidur sana, haha…. Biasa kami datang awal, cop tempat dulu.  Ruang legar ni dah cantik. Book store tutup lak, ralat rasanya. Souvenir shop pun tutup. Tak dapatlah nak beli t-shirt UITM… sedih gak.

.

.

.

Di sinilah port  kami study separuh mati. Level khas untuk budak-budak engine sebenarnya. Tak kira, kita nak study kat situ jugak! Bila letih, kami tengok gelagat student melalui cermin tu. . Suatu kenangan manis dan pahit buat kami berdua. Kalau nak tulis kisahnya mungkin boleh buat novel… Atau kalau orang baca pun mungkin tak percaya. Kan Aza ?? Ke Aza dah hilang ingatan lagi ?? :mrgreen:

.

.

.

.

Akhir sekali, posing di jejambat kecil menuju ke Fakulti Senibina , Perancangan dan Ukur UITM. Tempat suami Tie  dan teman tapi mesra ,   menimba ilmu  , hahaha…  Kami selalu tumpang dengar lagu yang setiap malam berkumandang sambil study di Fakulti Sains Gunaan (kita berjiran). Itu Aza. Kita buang gambar sendiri… Malu laa… (sorry, edit tak berapa kemas)

.

.

.

* Tak tahu nak akhiri entri ini… Kita masih ingat semuanya, walaupun dah lebih 20 tahun.  Oh…. terasa melancholic lagi…. 😛

.

Protected: Kecewa

April 25, 2011 Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Categories: kehidupan

Wek!!

April 17, 2011 30 comments

Adoi laa……………

Entah kenapa, hari ni rasa macam nak marah pada semua orang ( err….ada 3 orang je dalam rumah ni termasuk diri sendiri).

Ada je yang tak kena.

Ada je yang buat kita naik darah!

Ais kerim dah habis. Tak boleh nak sejukkan hati.

Aderk…………. 😦

.

.

.

.

Aaiikk ? Masa bila pulak budak ni makan aiskerim ? (kita jumpa gambar ni dalam folder dia)

.

Categories: kehidupan