PKP

  • Hari ini yang ke 17
  • Nekma dah mula stress
  • Walaupun dah pindah kg, boleh keliling rumah tiap ptg, rasa tertekan tu tetap ada.
  • Biasa keluar ke kedai /supermarket sekurangnya 1 kali seminggu.
  • Ni dah lebih 2 minggu tak dapat belek2 brg di kedai.

Stressnya… Tuhan saja yang tahu perasaan ini. Dahlah tak boleh drive, ronda2 di kedai adalah salah satu terapi seorang nenek.

 

BMF

 Kempen #BMF ini mengingatkan saya betapa sukarnya untuk dapatkan kerja lebih 30 tahun dahulu.

Setiap kali saya buat panggilan talipon, yang menjawabnya akan tanya samada saya boleh speak mandarin atau chinese.
Rasa nak hempas je talipon tu. Dulu tak ada hp, ya.

Akhirnya dapatlah panggilan temuduga. Sebuah kilang , owner singaporean chinese. Memang boss sengaja nakkan melayu, tapi yang boleh berbahasa english. Saya hentam ajelah, janji dpt kerja.

Kerja di sana saya dpt tahu beberapa rahsia. Mula2 saya rasa pelik kenapa produk yg sama tapi ditinkan beberapa jenama, dan ada yg ditinkan sebagai produk premium. Maksudnya lebih mahal lah kan. Lama2 baru faham.. Strategi perniagaan rupanya. Bagi saya ia satu penipuan. Apa boleh buat, masa tu saya tak berapa cerdik. Diam dan tak ambil peduli. Nasib baik bukan produk makanan. Ada juga terfikir, kilang2 lain bagaimana pula. Mereka buat begitu juga kah?

Kerja di makmal ni menarik, tapi kekadang stress. Boss jenis percayakan saya, resepi produk, saya yg simpan dan uruskan. Bila saya nak berhenti kerja, boss pujuk, nak naik gajilah dll. Saya tekad nak cari kerja lain sebab risau hari2 sentuh dan hidu wap bahan kimia. Takut anak2 saya mutant ke apa… Macam2 terbayang2 dlm fikiran. Alhamdulillah semuanya ok, cuma perangai yang sorang tu macam pelik jer.

Dapat kerja di sebuah syarikat jepun, tapi kena pakai skirt. Boss kata boleh pakai stokin panjang, cuma saya tak sanggup, rasa aneh pakai tudung tapi berskirt walaupun skirt labuh sikit dari lutut. Saya buat2 keras kepala (sebenarnya saya penakut) minta nak pakai uniform kemeja dan seluar panjang seperti pekerja admin lain. Padahal kemeja lengan pendek, masa tu masih jahil tentang aurat.

Kerja tak sampai setahun dah nak cari tempat lain. Bukan apa, rasa stress lagi. Tak suka konflik. Kat sana ada ramai boss. Masing2 macam nak jatuhkan sesama sendiri. Jadi pekerja di dept tertentu akan terkait sama. Pantang silap ada lah yang mengadu boss masing2. Dah macam politik. Rasa seperti sedang pijak atas kaca setiap hari. Terus cuba cari kerja di bandar JB.

Syarikat cina ni lagi haru. Ada banyak anak syarikat di bawahnya. Masa datang temuduga seperti biasa saya hentam jer berbahasa English. Bila ditanya boleh guna komputer, saya angguk saja. Lepas tu terkial2 belajar sendiri masa lunch. Asal boleh guna words dan excel boleh senyum dah.

Saya diletak dalam syarikat nama melayu. Bila saya semak, “boss” seorang pakcik yg dah pencen, gaji rm1000 kalau tak silap. Mula2 saya hairan kenapalah pakcik tu selalu lepak kat lobby sembang2 dgn receptionist. Rupa2nya memang tu kerja dia.

Saya dah mula faham, sykt ini sengaja tubuh sebuah sykt bumiputera, untuk dapatkan tender. Semua melayu diletakkan dalam sykt ini. Cuma 5 orang termasuk saya dan cleaner. Yang pakcik dan sorang lagi hanya mandur kat site, walaupun jawatan dalam sykt hebat2 bunyinya.

Agak2 berapa banyakkah syarikat “bumiputera” sekarang, ya? Hmmmm…

Sibuk

Ya, nekma sibuk sikit minggu ni. Ada mesyuarat agung perkep, mesyuarat ajk, teman anak beli barang dan urusan segala sebelum naik sem 7 ni. Sambil tu sibuk buat itu ini..

Nanti senang kita update apa2 yang menarik, ya… sabor je laa

Umar lagi

Semalam 4 beranak ni datang rumah. Macam biasa anak cucu kalau tak riuh memang peliklah kan. Kita dah sediakan toys kat rumah supaya cucu tak boring bila datang sini. Masuk je rumah masing2 terus sesuaikan diri termasuk sikecil Ali.

Ali ni pantang tengok tokku dia berdiri atau bangun. Cepat2 hulur tangan minta didukung. Dengan nekmanya dia ajak main jer. Tahu lah tokku dia tu rajin bawa jalan2.

Umar ni bukan setakat petah bercakap, tapi permikiran dia jauh dari umornya. Oleh kerana dia baru jer henti pakai pampers, kami semua kerap jugalah tanya dia samada dia nak gi toilet.. sampaikan dia naik boring.. sudahlah tu, katanya, hahaha.

Bila dedi dia sebut nak balik jer, cepat2 dia kutip toys dia bubuh dlm backpack. Memang tabiat dia asal keluar rumah mesti angkut backpack dia. Semalam perasan dia ada ambil sesuatu sumbat dalam backpack. Bila mami dia tanya, dia kata tak ambil pun toys nekma. Jadi kami malas nak tanya lagi.

Tetiba dia cakap, ” Nekma nanti tido malam jangan ngigau tau sebab cari bulldozer tak jumpa! ” Mami dia terus dapat tangkap… haa.. umar ambil bulldozer nekma..

~ Malam tadi bukan nekma yang ngigau, tapi tokku… hahaha,

Rendang tak jadi

Sebenarnya dah lama teringin nak masak rendang. Kebetulan tokku beli itik salai, dah buat gulai minggu lepas, ni ada lebih kita buatlah rendang. Wani ada, jadi seronok sikit makan ramai2 (bertiga pun ramai, hik hik).

Tapi bahan tak cukup, malas lak nak ajak wani gi supermarket. Kita memang tak drive, selalu perlukan drebar, bila wani ada panjang kaki sikit. Berbalik kepada rendang itik ni, rasanya macam pelik sikit. Tak pelah, asal boleh makan. Nak tanak pulut pun malas. Apalah nekma ni, makin tua makin malas , sabor je laaa.

Cucu sulong


Alhamdulillah, hari ini genap usia cucu sulong Tuan Nuh Umar, 3 tahun. Rasa bahagia sangat bila dapat melayan kerenah dia. Petah bercakap dan panjang akalnya. Mudah diajar, sekali nekma cakap, dia ingat sampai sekarang.

Nakal dan manja, minat segala kenderaan, dari lori simen ke bulldozer, dari kereta ke kapalterbang. Mainan dia dah macam kat tadika, sampai hampir2 nekma menari shuffle bila terpijak, hik hik hik. Umar..umar… nekma doakan sentiasa selamat, sihat dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Insyaallah.

MAHA 2018

Ni masa kami naik trak di MAHA tahun lepas. Pertama kali ke event ini jadi jakun la kejap. Apa yang kita kesalkan ialah keadaan kesihatan, badan dah tak kuat nak jalan jauh.

Walaupun kami datang awal pagi, tapi kena tunggu juga masa untuk tren bergerak, orang dah semakin ramai barulah bersumbat-sumbat tren jalan.

Banyak tempat yang kami boleh pergi tapi tak sanggup nak singgah sebab kena tunggu tren dengan beratur panjang. Nak sewa teksi kecil tu entah apa namanya punyalah mahal nak mampos !!

Rugilah (bagi peniaga di booth-booth) sebab kami (dan pastinya ramai lagi) tak dapat singgah membeli. Produk-produk semuanya menarik, kami beli mana-mana yang larat pikul jer.

Ni masa singgah di rumah Negeri Sembilan, sempatlah Wanie posing dengan pokcik Ujang… teringat komik gila-gila beliau, 😆

 

Haa ni pulak yang sempat kami rembat… lenguh tangan memikulnya, kalau boleh angkut dengan kereta, tentu lagi seronok kami menyopping. Nasib baik sibongsu tu cerdik pulak dibawanya backpack, jadi separuh kami sumbat dlm tu, hik hik.. Tapi kalau ditanya nak pergi MAHA lagi tak? Tak sanggup nenek, ooii.. kecuali ada kereta khas utk kami 😛

~Maaflah, karangan tunggang langgang, . Dah lama tak bukak blog ni, terpinga2 nekma dibuatnya.

Apa ? Blogging lagi ??

Ali dan Umar, buah hati nekma dan tokku

 

Eh… terkejut ke?

Tetiba je update blog, kan…

Kita pun tak duga sebenarnya

Nak sambung kisah2 yang lama dan baru.

Kraf dah lama kita tinggalkan.

Sekarang teruja dengan perkembangan cucu.

Ya, dulu makcik sekarang nenek. 😁

Anak-anak dah besar panjang.

Yg sulong dah ada anak dua.

Yg kedua di Uitm Shah Alam,

Yg bongsu di MMU cyberjaya

Tahun ni kedua-dua intern..

Tahun depan insyaallah boleh grad.

Tokku (dulu pakcik) pun grad (pencen) tahun depan.

Jadinya nekma ada lebih masa untuk habiskan sisa-sisa hidup untuk diri sendiri.

Semoga Dia masih terima amalan yang tak seberapa ini, 😦

Perjalanan harus diteruskan

Lama sungguh saya tak menulis di sini. Lebih setahun berlalu saya masih ada.. walaupun rohani dan fizikal banyak dah berubah.

Hobi berkraft dah lama saya tinggalkan. Mata dah makin rabun. Semangat pun dah tak ada. Begitulah bila umor dah makin banyak.

Bila menoleh ke belakang, rasa dah cuba buat yang sebaik mungkin. Untuk anak2, suami, dan juga orang2 yang saya hormati.

Mungkin bukan rezeki , apa yang kita idam dan harapkan tak semestinya Dia kabulkan.

Apa pun saya cuba redha dan positifkan diri. Insyaallah , istighfar banyak2 semoga hati terus tenang sementara menunggu pengakhiran yang baik2.

Hooray utk JeSS

Alhamdulillah

Setelah 2 tahun Isha berjaya dlm SPM nya di JeSS iaitu merupakan salah seorang dari 20 pelajar yg mendapat 9As.

FB_IMG_1457504040267

FB_IMG_1457504092728

Walaupun baru batch ke2 SPM , JeSS berjaya memperoleh keputusan GPS 1.84 dan merupakan tertinggi di Kelantan juga Zon Timur.

Semoga semuanya terus cemerlang , insyaallah.

Previous Older Entries