Cookie lagi

February 24, 2010 Leave a comment Go to comments

.

.

Dah 2 bulan Cookie jadi ahli keluarga kami. Tie perasan satu perubahan…..  pada Cookie dan emosi anak-anak. Anak-anak Tie ni jenis mudah ‘tersumbat’. Kalau tegur sikit, merajuk atau pamirkan sikap negatif. Tapi sejak ada Cookie, mereka dah berubah.

Kehadiran Cookie menceriakan keadaan. Maklumlah semuanya stress tahun ni. Setiap pagi, masing-masing sibuk melayan dan bersembang dengan Cookie. Siap nak bersalam sebelum ke sekolah. Cookie pula semakin manja.  Setiap hari ada je cerita mengenainya. Cara ia ‘menyikat rambut’ ala-ala the Fonz (Happy Days), atau bila dia tidur terkangkang !

.

.

.

.

Bila anak-anak pulang dari sekolah, dalam keletihan, Cookie juga mereka tegur dulu. Mama pun dah senang hati. Pergaulan anak-anak semakin rapat. Bila mereka bermain dengan Cookie, riuh rendah satu rumah.

Memelihara haiwan kesayangan adalah satu therapi. Mungkin kerana haiwan menerima kita tanpa sebarang prejudis.

Jadi, sesiapa yang agak kesunyian atau stress, dan masih tiada lagi pets, cubalah cari seekor. Ikan pun okay. Tapi kenalah selalu berinteraksi dengannya. Kalau tak, takkan memberi makna pun.

Tie ni malas nak bela ikan, sebab nak cuci aquarium tu leceh. Hamster ni senang je nak bersihkan… budak-budak tu yang buat sendiri, hehe… Sayang betul mereka pada Cookie !

  1. February 24, 2010 at 10:31 am

    betul2! pets adalah salah satu terapi

    seronok tgk gelagat die… macam aly.. seronok tgk die makin gemuks! hihi

    • Tie
      February 24, 2010 at 11:04 am

      Dulu masa kecil, Tie ada seekor kucing jantan. Bela sejak dia kecil lagi. Dia tu pembersih, suka makan sayur dan pengat labu. Setiap hari dia jaga dapor, halau ayam kalau masuk rumah… semuanya dia buat sendiri, tanpa diajar pun… Sayangnya dia mati sakit tua, tu pun di rumah jiran. Lepas tu Tie tak bela kucing lagi, kerana teringatkannya.

  2. February 24, 2010 at 10:38 am

    bagusnya, saya ada terfikir nak bela ikan, ikan emas ker… sesak2 boleh gadai. basuh akuariaum boleh suruh anak-anak, hehehe. sebab saya takut kat binatang. ikan senang, depa tak perlu sentuhan fizikal belaian manja gitu. tapi entah bila, dok pasang niat jer…. perasaan saya pun kerap down😦

    • Tie
      February 24, 2010 at 11:07 am

      Mak su…. cuba bela kura-kura kecik warna hijau tu… beli je aquarium kecil, senang nak cuci… rasanya RM7 seekor.

      Dulu kami ada bela. Swimmer namanya. Dari sebesar duit 50 sen hinggalah lebih besar tapak tangan… Nakal betul swimmer tu.. laju je jalan, tak macam kura-kura pun… hehe.. sekarang dah tak ada, kami hantar ke air terjun sekayu kerana tak larat nak bela.. dia perlukan aquarium yang lebih besar. Hihi…

  3. February 24, 2010 at 10:50 am

    maza bab bela pets ni agak gembeng sikit la.. huhuhu

    sbb bila pets mati atau hilang jer, mesti hari menjadi rusuh dan lusuh! huhuhu
    remuk semacam.. silap2 seminggu tak makan…ahaks..

    jadinya, baik bela anak2 kat rumah tu.. hehhehehe

    psst: maza teringin nak bela anak kucing.. tapi. kat sini tak dibenarkan.. kalau nak main anak2 kucing, terpaksa lah balik kampung.. uhuks!

    • Tie
      February 24, 2010 at 11:11 am

      Eh… baguslah tu, bila pets mati, maza boleh diet, hehehe…

      Tapi maza, bila kita bela pets, anak-anak akan tahu erti tanggungjawab, belajar bertolak ansur, dan lama-lama faham soal kematian dan dapat mengawal diri ketika itu… Semua benda hidup akhirnya mati, kan…

      Susah-susah, bela je cik kesom, dalam pasu. Hari-hari boleh belai dan sembang dengannya… Lepas tu boleh bubuh dalam gulai, hehe…

  4. February 24, 2010 at 10:52 am

    tie,
    betul tu…
    memula depa bela sekor terrapin…
    lepas tu tambah… jadi 3…
    bela arnab.. 2 ekor… tinggal sekor.
    kucing dtg menyerah diri… 2 ekor…
    ikan dlm kolam dari banyak dah tinggal 3 ekor…
    bila kena beli makanan… terasa…
    tapi… inilah terapi yg baik untuk anak2…

    • Tie
      February 24, 2010 at 11:13 am

      Akak, suami dan anak-anak Tie memang sukakan haiwan. Dah macam-macam Tie bela, burung punai (dari sakit hinggalah boleh terbang bebas ke hutan belakang), pastu kura-kura, ikan, entah apa lagi, tak ingat daa…

  5. February 24, 2010 at 11:20 am

    pernah bela.. cepat sangat membiak sampai tak sempat nak perbesar rumahnya. Best & terhibur tengok mereka bermain.

    • Tie
      February 24, 2010 at 11:25 am

      Tie bela seekor ni je. Bininya Mochi dah jadi arwah, stress lepas beranak. Sekarang siduda Cookie ni jadi anak manja kami, hehe….

  6. ain
    February 24, 2010 at 12:39 pm

    dulu saya ada bela ikan. pas tu ikan tu kiok!!! ingat nak bela ikan koi pulak dlm pond, tapi kolam pulak buat hal. bocoq!!!! aduhhhhh!!!!

    • Tie
      February 24, 2010 at 4:47 pm

      Belum ada rezeki la tu..🙂

  7. February 24, 2010 at 3:24 pm

    cantiknya bungalow cookie.

    • Tie
      February 24, 2010 at 4:47 pm

      Hi hihi…..😛

  8. February 24, 2010 at 9:17 pm

    k tie,

    kelakar pic pertama tu… cookie tengah merajuk hahaha…

    • Tie
      February 25, 2010 at 7:13 am

      Ha ha… dia dah gemuk sikit. Tengok punggungnya besar … 😆

  9. syayassir
    February 24, 2010 at 10:37 pm

    salam kak tie… maaf kak tie, dah lama tak menjenguk…
    rindu dengan blog kak tie ni…
    kak,
    mertua saya kata, orang yang bela binatang kesayangan ni, murah rezeki…🙂
    memang comel la cookie duk dalam rumah tu.. macam rumah mainan anak buah saya je… hehehe

    • Tie
      February 25, 2010 at 7:14 am

      Salam Sya,

      Samalah dengan kak tie… lama tak jengah blog Sya.:mrgreen:

      Murah rezeki ? Insyaallah… mudah-mudahan..

      Tu rumah mainan sibongsu. Dia tak main lagi daa… hehe..

  10. February 25, 2010 at 12:16 am

    masa kecik2 dulu saya ni suke sgt kucing..tapi bila dah duduk rumah sendiri ni bermusuh plak dgn kucing sbb selalu buat hal..kesian kat anak2 yg suke kucing tapi mama protes habis-habisan hehe..(kes malas nak cuci najis..)

    comel rumah dia…nak singgah bleh hehe..dia masih sendiri ke? sian…belum jodoh kot hihi..

    • Tie
      February 25, 2010 at 7:17 am

      Tu laa… Kak tie pun sama, sejak berkeluarga, kak tie tak suka bela kucing. Sebab anak-anak ada asthma.

      Cookie masih sendirian. Dulu dia selalu bergilir-gilir buat massage dengan Mochi. Sekarang ni, kak tie dan anak-anak pula buat. Dia suka digosok perlahan… sampai pejam-pejam mata, hehe..

  11. February 25, 2010 at 10:41 am

    Walau hanya seekor binatang, ia tetap makhluk Allah. Maka, menyayangi makhluk Allah adalah sesuatu yang baik… teruskanlah amalan yang baik itu…

    • Tie
      February 28, 2010 at 8:01 am

      Insyaallah Nekcun… haiwan kesayangan ni dapat juga meredakan ketegangan hidup, kan..

  12. DrSinga
    February 25, 2010 at 1:55 pm

    sunday monday hepi days
    tuesday wensday hepi days..
    thursday friday hepi days
    weekends comes..lalala..

    • Tie
      February 28, 2010 at 8:12 am

      Ha ha….

      Lama tak dengar lagu tu.. !

      Terbayang-bayang Fonzie, Richie dan kawan2nya… serta suasana sebuah keluarga yang melucukan.

  13. February 26, 2010 at 12:13 pm

    Bila tengok cookie ni, teringin juga nak ada pet.
    Tapi bila terfikirkan komitmen nak beri pada pet ni, bimbang juga.
    Tumpang tengok dan bermesara dengan cookie Cik Tie kat blog aje ya!

    • Tie
      February 28, 2010 at 8:15 am

      Hi hi…. tak pe laa… ada masa boleh gak tinjau di Pet shop tu.. tak perlu bela pun.🙂

  14. February 27, 2010 at 2:54 am

    Salam Maulidur Rasul Kak Tie,
    Wah cookie…siap ada rumah banglo lagi tue… cantik betul rumah nye.hehe…🙂

    • Tie
      February 28, 2010 at 8:16 am

      Salam Maulidur Rasul Ijan….😆

  15. nahmy
    February 27, 2010 at 10:00 am

    begitulah berperanannya ‘cookie’ dlm kehidupan kita….bilalah saya nak jd ‘cookie’ pd org lain plak?? ni asyik mkn cookie tak abis-abis…Salam Maulidur Rasul

    • Tie
      February 28, 2010 at 8:16 am

      Salam Maulidur Rasul , Nahmy…

      Jangan makan banyak sangat cookie.. kang sakit gigi, hehe..

  16. February 27, 2010 at 2:03 pm

    nak bela sugar daddy boleh tak??
    eh….. apasal plak nak bela sugar daddy kaaan.

    .
    .

    sugar daddy boleh masuk dlm kategori pets ke mama??

    soalan yg konfirm akan dijawab dgn lemparan kuali oleh ibu… tanya mama, mama tak lempar kuali kaan
    ;D

    hihihi

    • Tie
      February 28, 2010 at 8:17 am

      Aaaa….??

      Sugar daddy ? Nak mama senduk ke ?

      Bela sugar glider tak pe…. hehe…

  17. February 27, 2010 at 10:33 pm

    Kalau anak bongsu saya nampak ni…mesti melompat-lompat…
    Dia nak sangat…tapi saya tak tunaikan lagi…
    Suka sangat binatang…
    Tapi kalau dah dibagi…homework pun dia buat2 lupa…

    • Tie
      February 28, 2010 at 8:21 am

      Anak2 Tie dah bertahun nak bela hamster ni.

      Tapi, satu hari sibujang bawa balik 4 ekor hamster. Tokey pet shop tu sanggup suruh dia bayar kemudian. Pandai betul dia berniaga. Jadi, terpaksalah Tie benarkan dia bela.. tapi suruh dia pulangkan 2 ekor tu. Ambil sepasang je. Cuma lepas si Mochi tu beranak, dia mati, langsung si Cookie tu jadi duda sampai sekarang….

  18. February 28, 2010 at 10:04 am

    cantiknyer rumah kucing…

  19. February 28, 2010 at 10:05 am

    oopps!! silap harmster ya…mata ni..hehehe

  20. February 28, 2010 at 3:25 pm

    Bagus nya si cookie ni.. beri kesan positif pada budak2…
    pinjam??

  21. March 4, 2010 at 2:03 pm

    cantek umah cookie tu..hihi

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: