Home > kehidupan > Jangan bermain lumpur….

Jangan bermain lumpur….

Beberapa tahun yang lepas, seorang pelajar tahun 6 meninggal dunia setelah demam beberapa hari akibat dari jangkitan kuman. Sebelum itu dia mengikuti kem motivasi anjuran sekolahnya.

Menurut ibunya (kami tinggal satu taman), pakaian dalamnya terlalu kotor dengan lumpur hinggakan mustahil untuk mencucinya. Tak tahulah berapa lama dia berendam dalam lumpur. Dia jatuh sakit sebaik sahaja pulang dari kem motivasi tersebut.

Dah beberapa kali Tie dengar kisah mengenai jangkitan kuman dari lumpur atau selut ni. Biasanya dapat sakit dan menemui ajal.  Tie selalu berpesan pada anak-anak agar elakkan dari berendam dalam lumpur, kerana mereka semua  allergik, jadi antibodi tak kuat. Takut juga bila mereka sertai aktiviti-aktiviti lasak .

Baru-baru ini juga seorang pelatih PTD telah melalui nasib yang sama. Walaupun Tie tak pasti punca kematiannya ( dikatakan kerana jangkitan kuman pada paru-paru), tapi dia juga dikerah berendam dalam lumpur (sila perbetulkan jika Tie silap). Menurut laporan sebuah akhbar, pada masa itu dia demam… jadi tentunya keadaan jadi lebih teruk.

Kesimpulannya…. Tie rasa adalah lebih baik kita elakkan aktiviti yang berkaitan dengan lumpur ni. Orang sekarang dah tak lasak macam orang dulu, termasuk mokcik ni.

~ Alfatihah buat Norhashimah Wahid  dan takziah pada keluarganya.

Categories: kehidupan Tags: ,
  1. May 31, 2010 at 9:39 pm

    Macam-macam virus sekarang ni kan Tie..
    Keadaan lumpur zaman sekarang, tak sama macam dulu….
    Kecik2 dulu pun ckLah bermain dengan lumpur dan selut, menggagau ikan dan belut…
    Elok je…kudis pun tak singgah.

    Sekarang ni kesan pencemaran kekadang melampaui batas yang kita jangka…

    Takziah untuk keluarga aruah…

    • Tie
      May 31, 2010 at 9:41 pm

      Betul la CkLah…. banyak pencemaran dan penyakit pun pelik-pelik.

  2. cpj
    May 31, 2010 at 9:46 pm

    Virus paling jahat dalam dunia ialah virus zionis israel dan mereka ni layaknya duduk dalam lumpur paling busuk dan jijik.Mari kita berdoa untuk misi kemanusiaan ke Gaza.Setakat ini 16 terkorban dan 30 cedera.Maaf kerana off topic.

    • Tie
      May 31, 2010 at 9:50 pm

      Salam cikgu, Tie dah baca akhbar dan tengok berita tadi. Memang geram betul. Semoga Allah lindingi saudara-saudara kita yang teraniaya .
      Jahanam yahudi!!

  3. ain
    May 31, 2010 at 10:28 pm

    setuju ngan cklah. lumpur sekrg tak mcm dulu2. dulu2 kita dok berkubang dlm parit ke, lumpur ke, main hujan ke, tak pakai kasut ke, tak de pulak terkena penyakit. now ni, semuanya dh tak boleh. kesannya hingga bawa maut!!

    • Tie
      June 1, 2010 at 7:11 am

      Kak tie dulu setakat pijak pijak je lumpur selut ni. Taklah berkubang macam kerbau, hehehe…

  4. zareda
    May 31, 2010 at 11:31 pm

    memang macam macam penyakit dah sekarang.. makan sedaps edap pun boleh jadi penyakit kalau tak kawal

    • Tie
      June 1, 2010 at 7:14 am

      Bab makan tu memang betul la Zar. Agaknya sebab tu kita sekarang ni mudah benar dapat sakit.

  5. May 31, 2010 at 11:52 pm

    salam tie. takyah lah main dalam lumpur ni. Dulu2 kakpah masuk dalam lumpur sebab cari ikan. sekarang ni aktiviti masuk lumpur ni buat apa ek..

    • Tie
      June 1, 2010 at 7:15 am

      Salam Kakpah,

      Sekarang ni suka sangat buat aktiviti berlumpur ni, dalam training atau kem motivasi. Tulah yang merisaukan.

  6. June 1, 2010 at 12:52 am

    huhuhu..

    bukan semua worang boleh berendam dalam lumpur lorrr…
    kalau tak cukup kuat mcm komando itew, alahaiiiii….

    errr… rasa2nya lahkan, pak tani di tengah bendang tu, selalu jerk berendam dan bergelumang dengan lumpur kanzz, agak2nya mcm lah dia org tu ek?

    hmmm

    • Tie
      June 1, 2010 at 7:18 am

      Sebab tu diperlukan pemeriksaan kesihatan dari pegawai perubatan sebelum masuk training ni.

      Pak tani tu sejak kecik dok bergelumang dalam lumpur. Antibodinya dah cukup kuat. Err… maza boleh ke ?

    • June 10, 2010 at 2:39 pm

      Betul tu. Hidup mati ketentuan ilahi. Dah nasib budak tu mati akibat virus lumpur… sama juga yg mati akibat barah yg dtgnya dari asap rokok dsb. Cuma yg saya ingat time kecik2 dulu… mmg SYOKKK GILER main dalam lumpur!

      • Tie
        June 14, 2010 at 6:42 pm

        Biasalah budak2 lelaki memang suka main kotor.. err.. kita cuma panjat pokok je, heheh…

  7. June 1, 2010 at 1:24 am

    salam kak tie..lama jilang..:)
    lumpur skang bukan lumpur dulu..bersih n natural..
    skang lumpur dah campur dengan pelbagai element yg tidak sepatutnya..
    sbb tu lumpur bukan lagi bahan permainan..kotor ade lah..

    • Tie
      June 1, 2010 at 7:19 am

      Salam Izzah… kak tie ada, dok sibuk berkebun di Fb, hehehe….

      Dulu dan sekarang dah tak sama, ekk….😛

  8. June 1, 2010 at 2:05 am

    Cukuplah lembu, kerbau, gajah dan binatang lain main lumpur. Orang tak payah sibuk main lumpur. Cukuplah orang pergi K.Lumpur. Sana sebelum pergi bersih baju dan hati. Sekali dia balik kampung dah kotor hatinya walau bersih bajunya. Ya tak semua orang bernafas dalam lumpur.

    • Tie
      June 1, 2010 at 7:23 am

      Hahaha…. Dalam maksudnya !

      Tapi Hanz, orang yang tinggal di kampung pun tak semuanya bersih hatinya. Dan orang di bandar tak semua kotor hatinya. Suasana yang berbeza ada negatif dan positifnya. Yang penting minda kita bersih, dan dapat mengawal hati dengan sebaiknya.

  9. June 1, 2010 at 9:24 am

    saspen gaks ni…… kita kena sentiasa beringat2

    • Tie
      June 2, 2010 at 10:54 am

      Sudah tentu maksu!

    • hanz
      June 9, 2010 at 1:26 am

      ya betul kpg pun ada orang yg tak bersih hatinya.

  10. June 1, 2010 at 9:34 am

    Salam Akak Tie…..

    Kita cari xtvt yg lebih b`manfaat ye……m`masak ke, m`jahit ke, m`baca ke.
    Kan lebih b`manfaat…….

    Takziah buat keluarga arwah.

    • Tie
      June 2, 2010 at 10:55 am

      Insyaallah Zyma.

  11. DrSinga
    June 1, 2010 at 1:23 pm

    mud facial ok kannnnn…????🙂

    • Tie
      June 2, 2010 at 10:55 am

      Belum cuba doc!

  12. June 1, 2010 at 2:46 pm

    kena tengok tahap kesihatan peserta juga kan.

    • Tie
      June 2, 2010 at 10:55 am

      Itulah yang sebaik-baiknya.

  13. sya
    June 1, 2010 at 11:28 pm

    hah, anak saya baru je doktor kata kena kuman disebabkan main pasir/tanah..
    ye lah kak tie, lumpur sekarang pun dah tak macam lumpur dulu..
    dulu bersih la lagi, sekarang dah macam2 bahan tercemar dalam lumpur.. tu yang tak elok tu….

    • Tie
      June 2, 2010 at 10:56 am

      Hati-hatilah Sya.. bukan setakat kudis je..

  14. ROSE PURPLE
    June 2, 2010 at 10:06 am

    Mungkin itu lah sebabnyer orang dulu-dulu cipta peribahasa – seekor kerbau membawa lumpur habis semuanyer terpalit..mungkin diaorang dah tau bahaya lumpur ni..in a way la kot…ya la kebanyakkan larangan atau petua orang dulu2 semuanya ada kesan disebaliknya bila kita fikirkan balik..sori merapu meraban plak saya pagi2 ni..hehehe.

    • Tie
      June 2, 2010 at 10:57 am

      Rose, Tie teringin gak nak merapu cuma takut tak ada orang yang sudi melayan, hehehe….

      • ROSE PURPLE
        June 2, 2010 at 11:06 am

        Tie layan I merapu, I pun boleh layan Tie meraban..hehehe

        • Tie
          June 2, 2010 at 7:13 pm

          Hehe.. jangan nyesal lak!😛

  15. zue
    June 2, 2010 at 12:46 pm

    lain kali pihak pengajur kena test dulu keadaan tmpt tersebut…samada berendam lumpur/ panjat pokok ke atau daki bukit. nengok tmpt tu selamat ke tidak. jgn suka2 letak anak2 kita berendam dlm lumpur yg cikgu2 nya dok brtinggek atas tebing.

    • Tie
      June 2, 2010 at 7:16 pm

      Biasanya orang takkan ambil berat kalau tak kena atas batang hidung sendiri. Sebab tu bila ada aktiviti luar (seperti perkhemahan) selalu berpesan… agar lebih hati-hati. Sebab ada guru yang sibuk jaga anak2 sendiri (mereka bawa sekali).

  16. bcp
    June 2, 2010 at 6:07 pm

    kak tie,yang herannya,nape masa demam tu tak ambik peduli..smpi dh teruk bru pegi hospital.mana safety first ni??pdnla dulu mak kita tak bg kita join any activities kt school yang outdoor.kita memang tak pernh join camping2 ni.nmpknya pasni terpaksa menerusikan legasi mak kita

    • Tie
      June 2, 2010 at 7:20 pm

      Entahlah CT, rasa ralat, kan… Semuanya ada hikmahnya.

      Kak tie pun tak berapa suka bila anak-anak nak ikut aktiviti perkhemahan ni.. risau laa.. Tapi kalau tak bagi, ada pulak yang moncong.

  17. June 2, 2010 at 10:28 pm

    Memang lumpur tu tak elok untuk kesihatan… kalau tak, tak adalah orang kata “seperti bernafas dalam lumpur!” Tapi kami yang kerja kat Kuala Lumpur ni… hari-hari bernafas di Lumpur!… hehehe…

    • June 5, 2010 at 1:09 am

      tapikan nekcun, jika kita kena santau, atau termakan racun berbisa… petua atau sebenarnya ubat segera paling mujarab ialah memakan sedikit lumpur atau tanah itu…

      hmmm… kendian gi ler hospital, insyallah selamat dan mujarab!

  18. June 2, 2010 at 11:28 pm

    k tie risaunya… klu kena ank2 p plkn mesti aktiviti tu termasuk…

    • Tie
      June 14, 2010 at 6:44 pm

      Kena selalu ingatkan anak-anak…

  19. June 3, 2010 at 2:51 pm

    aiyyyooookkk… camane ni mama??
    angie mmg ari2 main kat lumpur

    .
    .

    .
    .

    errr… kat KUALA LUMPUR… sama ke tak lumpur nya😀

    • Tie
      June 14, 2010 at 6:44 pm

      Kuala Lumpur lain pulak virusnya, hehehe…

  20. June 4, 2010 at 9:50 am

    lumpur memang kotor dan tempat bersarang bermacam-macam organisma halus (dan makhluk halus). Jadi adalah suatu yang kurang afdal bergelumang dengan lumpur dan menjadi satu aktiviti tetap program. Walaupun ajal itu sudah menjadi ketentuan, namun kita mempunyai pilihan.

    • Tie
      June 14, 2010 at 6:45 pm

      Betul betul betul !!!

  21. June 5, 2010 at 1:08 am

    uiks.. lama botul blog ni bersomak samun…huhuhu
    tak do ko niat nak membersihkannyo ni ha.. hehehehe

    • Tie
      June 14, 2010 at 6:45 pm

      Sekarang ni tuannya kena virus Malas…….

  22. June 5, 2010 at 8:24 am

    uish!
    plkn kena masuk lumpur ke?
    sy xkena plkn haha

    • Tie
      June 14, 2010 at 6:46 pm

      Tak pasti tentang Plkn ni… Tapi kak tie nak buat excuse untuk anak-anak nanti sebab mereka ada asthma.

  23. June 5, 2010 at 8:32 pm

    salam tie..takut ya bila membaca n3vti ni..yalah budak2 kalau ikut kem motivasi mesti ikut arahan guru2 kan..oleh itu guru2 mestilah berwaspada dan berhemahlah agar perkara seperti itu tak akan berlaku..

    • Tie
      June 14, 2010 at 6:47 pm

      Dulu, selalu buat aktiviti mandi di laut.. tapi sejak berlaku kematian (lemas), aktiviti tu dah dilarang. Tie pun rasa lega sikit.

  24. nahmy
    June 10, 2010 at 10:34 pm

    salam…mmg aktiviti rendam-remdam dlm lumpur ni elok dimansuhkan je. byk aktiviti mencabar yg lain yg boleh difikirkan..

    • Tie
      June 14, 2010 at 6:47 pm

      Salam,

      Harap-harap begitu laa..

  25. June 11, 2010 at 8:14 pm

    Innalillah.

    Saya jugak setuju. Tak perlu la main2 lumpur nie. Banyak lagi physical test lain yang boleh buat selain main lumpur.

    • Tie
      June 14, 2010 at 6:48 pm

      Hah.. Nono.. lama tak dengar khabar..😛

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: