Home > Berita, Hobi, kehidupan, Makan, Rezeki, sahabat, Ucapan > Orang berbudi kita berbahasa

Orang berbudi kita berbahasa

December 23, 2009 Leave a comment Go to comments

Orang memberi kita merasa, waakakakakaa……………..

Tie banyak sekali terhutang budi dengan beberapa orang teman blogger dan kali ini Tie ingin buat satu penghargaan buat AIN (dan NekPP sebagai dayangnya, hi hi..).

.

.

Muffin cups dari Ain

muffin cups dari Ain

Cantik tak ? Inilah cawan2 baking dari Ain. Tie sekarang dah kemaruk cupcakes dan muffin. Teringin nak buat sendiri dan decor. Tapi kat ganu ni tak jumpa kedai yang jual cawan-cawan comel macam ni. Jadi, dengan bantuan Ain, dia belikan di Johor.

Terima kasih Ain. Kak tie benar-benar terhutang budi. Terutama kerana dapat menjayakan projek perintis kak tie yang lepas.

.

.

Kebetulan antara cawan-cawan cupcakes yang Ain kirimkan tu ada warna yang sesuai untuk theme meja pengantin. Ia kelihatan menarik sampaikan lebih separuh dari yang terhidang tu diambil tanpa kebenaran pihak tuanrumah. Tak pe laa… kami sedekah je, hehehe…

Dan ada juga di antara tetamu yang hadir sempat snap photo cupcakes yang dipamirkan (agaknya bila dah cuci gambar baru sedar decornya senget sana sini, hihihi…).

.

.

Cupcake ni Tie decor khas buat Ain . Dan Tie tolong makan kan, hi hi……Hiasan ising yang paling simple kerana mokcik ni tak lulus lagi kursus decor cupcakes !! Entah kenapa, tangan ni asyik ketar je, he he……..😆

.

.

  1. December 23, 2009 at 10:46 am

    wahhh ktika melihat blogg ini saya teringat akan makanan favorit saya es krimm…menggiurkan..hehehe

    salam knal ya

    • Tie
      December 23, 2009 at 4:23 pm

      Es krim ? Ooo…. memang best !

      Kena cari es krim dalam peti sejuk… teringin nak makan pulak!

  2. December 23, 2009 at 11:33 am

    wahhh….Tie
    mesti seronok bila hasil kerja tangan kita dihargai mcm tu sekali
    rasa puas dpt kenyangkan perut org ye..hehehe

    • Tie
      December 23, 2009 at 4:24 pm

      Rasa lega, Jie… hilang segala penat lelah tu..😛

  3. December 23, 2009 at 11:47 am

    wah cantiknya decor cupcake tu. Kalau nak minta saya tolong makankan bagi pihak ain lain kali sila roger saya.

    • Tie
      December 23, 2009 at 4:25 pm

      Cantik ? Err… rasa macam budak-budak tadika yang buat.

      Nak makan kan ? Ooo… dah abis laaa…….

  4. December 23, 2009 at 12:06 pm

    Jeles nih! Macam mana nak pandai wat cupcake ya?

    • Tie
      December 23, 2009 at 4:27 pm

      Senang je. Kalau boleh buat kek, tentu boleh buat cupcake.. Pastu tenyeh je atasnya dengan krim dan tabur apa-apa yang ada, hehehe..

  5. December 23, 2009 at 12:37 pm

    rajinnya kaktie, cantik pulak tuh. mahal tau cupcakes gini.

    • Tie
      December 23, 2009 at 4:31 pm

      Rajin….?

      Mekasih…!! Bertuah hari ni bila ada orang puji rajin, ekekeke……..

      Mahal ? Tak tahu pulak ! Agak-agak berapa juta ? Waakakaka…….

  6. December 23, 2009 at 12:48 pm

    kelihatan menarik pula cupcakes tersebut. teringin nak belajar buat cupcakes. makanan kategori kek ni saya kurang makan tapi suka design mendesign (ha3).

    • Tie
      December 23, 2009 at 4:44 pm

      Ha ha..

      Kalau gitu, beli je kek cawan pisang kat kedai. Pastu belajarlah dekor dan makan, hehe..

  7. December 23, 2009 at 1:51 pm

    menjadi tangan kaktie…dah ok dah ni…comel.

    *** kaktie..sejuk betul bila masuk blog kaktie ni…baru perasan snowwww turun.

    • Tie
      December 23, 2009 at 4:45 pm

      Ehehehe…….

      Lain kali pakai winter caps sebelum datang sini, ekk!

  8. December 23, 2009 at 2:29 pm

    huhu..kak tie..nanti syd kawin tlg buatkan cupcakes gak..haha~nak warna warni..

    • Tie
      December 23, 2009 at 4:47 pm

      Amboi…

      Dah berangan nak kahwin pulak ?

      Warna warni ? Waaakakakaa….. suka hati laa… Sayyid ooii !!!

  9. December 23, 2009 at 2:58 pm

    salam….jeles ler kak tie…nak belajar gak buat cupkek..kat tempat saya ni belum ada kedai kek melayu yg ada semuanya cina…kalau dapat memecahkan tradisi ni boleh buat duit tu…cupkek pun belum ada kedai yang jual…kak tie leh tak tunjukkan resepi.

    • Tie
      December 23, 2009 at 4:48 pm

      Ilyn,

      Senang je , ambil kursus kat youtube tu. Kak tie yang tak berseni pun menjadi juga hasilnya.

      Resepi ? Pun berlambak kat sini.. google je laa…

  10. ain
    December 23, 2009 at 4:01 pm

    aduh kak tie…segan seh!! happy kak tie like it!! cantik muffin2 yg kak tie buat tu!! siap jd hiasan meja pengantin lagi!! saya lum rasmikan wlu satu pun muffin cup tu!!! malas tgh melanda!! thank you anyway for the delicious muffin!! saya dh ngap ngapp masuk mulut ni!!hihi….tq kakkkk!!!!

    • Tie
      December 23, 2009 at 4:52 pm

      Kak tie buat tu kerana nak cuba-cuba je. Mentua dan adik-adik ipar semuanya suka, hehe..

      First time kat kampung tu kenduri kahwin buat meja pengantin gitu. Muffin cup pemberian Ain tu memang menarik. Dan yang tibai semua cupcakes tu pun berbaju oren semuanya. Satu kenangan manis bercampur kelat!

      Kak tie sayang nak guna muffin cups tu.. sekarang ni buat perhiasan di dapur dulu, hi hi…

  11. Tirana
    December 23, 2009 at 4:04 pm

    Tak lulus lagi pun, cantik gak decoration tu..Kalau saya agaknya tak nampak rupa bunga..jadi satu layer bercampur baur..hahahah

    • Tie
      December 23, 2009 at 4:53 pm

      Alaa… Tie tak pandai laa..

      Tu pun entah berapa kali praktis. Masih senget jugak!

  12. December 23, 2009 at 4:17 pm

    Salam tie,

    Waduh…melihatkan cup kek tu….terliur gak…… nampak sedap dan cantek. Sure puas hati kalau kita dapat buat cupkek yang cantek cam tu kan,

    • Tie
      December 23, 2009 at 4:54 pm

      Chekdee,

      Boleh buat bersama-sama dengan anak-anak tu. Memang seronok main dengan aising ni…😛

  13. December 23, 2009 at 4:56 pm

    wahhhhh….cantik!!!

    mesti cake nyer pun sedap2🙂

    • Tie
      December 23, 2009 at 9:34 pm

      Sedap gitu-gitu je mak su, he he he..

  14. ima
    December 23, 2009 at 5:30 pm

    salam Kak Tie,
    ima pun teringin nak buat cup kek ni tapi belum belajar lagi, jeles betul tengok cupcake kak tie yg mengamcam tu.

    • Tie
      December 23, 2009 at 9:35 pm

      Alaa…

      Kalau ima buat mesti lagi cantik! Kak tie geram kek lapis ima tu.

  15. December 23, 2009 at 5:32 pm

    bab membuat memang iza tak lulus, bab makan lulus sokmo😀
    ok dah tu kak tie, kalau kak tie kata baru belajar -lulus dengan cemerlang dah tu, kalau comey ter-over sayang pulak nak makan huhu

    • Tie
      December 23, 2009 at 9:35 pm

      Ye tak ye jugak kan..

      Kalau dah comel sangat, tentu sayang nak makan. Bagus tu idea Iza, hehehe…

  16. December 23, 2009 at 7:24 pm

    fuuh..mmg cantek ah..
    agak2 sy kawen nanti bole tempah tak??
    diskaun le siket..hihi

    • Tie
      December 23, 2009 at 9:36 pm

      Diskaun ? err…. sekarang ni belanja mahal la Irfat.

      Kak tie buatkan boleh, Irfat keluar modal, he he…

  17. December 23, 2009 at 10:17 pm

    cupcakes tu smua cantik comel tak jemu di pandang bak puan yg membuatnya😉

    • Tie
      December 24, 2009 at 6:53 am

      Err…. kita comel jugak ke ???

      Waaakakakakaa…….

  18. zareda
    December 23, 2009 at 10:43 pm

    wah.. saya pun nak merasa juhak.. ehehhehe

    • Tie
      December 24, 2009 at 6:54 am

      Ehehehe…. rasa biasa je…

  19. December 23, 2009 at 11:10 pm

    Salam Akak Tie….

    Wahhhhh, chantekk nyer. Kreatif sungguh tangan Akak Tie ni.😉 bagus…bagus.

    • Tie
      December 24, 2009 at 6:55 am

      Mekasih !

      Tangan ketar-ketar pun dikatakan kreatif !!😆

  20. December 23, 2009 at 11:20 pm

    orang berbudi kita berbahasa
    orang memberi kita merasa.

    beruntunglah siapa yang bersuamikan tie ni,
    suami ni kalau dijaga makan minumnya, tak banyaklah ceritanya.
    Orang yang selalu suami tergadai, kerana biar suami selalu makan di kedai.
    janganlah ada yang terasa hati pula, cuma bergurau.

    • Tie
      December 24, 2009 at 6:56 am

      Tie yang bertuah bersuamikan abang tu…

      Jenis tidak berkira dan beri Tie kebebasan dalam rumah (tapi tak boleh keluar rumah tau!)

  21. cpj
    December 23, 2009 at 11:50 pm

    untunglah orang ada ain…kihkihkih, cpj tak der ain tapi ada ainun!…ada dua lagi…ekekekekeeee.

    • Tie
      December 24, 2009 at 6:57 am

      Cikgu carilah sorang ‘Ain’, hi hi…..

  22. December 23, 2009 at 11:51 pm

    k tie,

    bila pulak k tie nak makan saya punya bagian cupcake…. biar badan k tie naik naik naik dan naik… wha haha.. cupcake tuk saya ada ke….

    • Tie
      December 24, 2009 at 6:57 am

      Jangan sebut-sebut badan naik, Izan oooiii…!!

      Sensitip tu!!!

  23. nekPP
    December 24, 2009 at 10:41 am

    pewwwitttt…cantikkkkkkk ;)))
    nak geks tau mokcik cc tuh!!
    tompang sipi2 sebody..wahaha

    • Tie
      December 24, 2009 at 10:46 am

      ha ha ha…

      Kemana pulak nekPP ni, aaaa ??

      Tetiba menjelma je… terkejut mokcik!!

  24. ijan
    December 24, 2009 at 8:39 pm

    Memang cantik cantik bekas cup cakes tue.. lepas ni kak Ain boleh jadi pengedar lah pulak… msti ramai yang berminat tue… susah juga nak cari bekas cantik macm ni… mcm yg kak tie buat utk majlis kawin tu memang sesuai sangat… tu yang cepat lesap tuh.kihkihkih

    • Tie
      December 24, 2009 at 9:05 pm

      Ijan,

      Kat Finland tu mesti ada bekas comel-comel kan…? Nanti tayanglah.. kak tie minat betul ni!!

  25. December 26, 2009 at 6:21 pm

    org memberi abgdin merasa…. abgdin tunggu ne nak merasa….hehehe..

    • Tie
      December 26, 2009 at 6:25 pm

      Ha ha… Nanti laa… sampai je ganu bunyi hon, ya… pon pon….!!

  26. Norizan Omar
    December 29, 2009 at 3:43 pm

    Kak tik….good job sis…!! izan tak berani lagi amik tempahan..walaupun dah pergi kelas….tak konfiden laa…! buat utk suka2 je…zan selalu pergi kedai barang2 kek…kalau kak tik nak kirim edible image ke? papercup ke? bole izan poskan…!


    Kak Tik – Eh…!! Izan ke ni ? He he….. malu je kak tik ! Kak tik pun tak berani ambik tempahan. Hari tu saja nak buat untuk wedding adik ipar. Keluarga mentua tu memang tak tahu menahu pasal cupcake ni. Jadi, kak tik buat senget-senget pun still nampak cantik!
    Wah.. bestnya dapat pergi ke kedai barang2 kek tu… rasa ngidam nak pergi.. kat ganu ni haram tak nampak! muffin cup tu berlambak lagi, sebenarnya sayang nak guna.. asyik belek-belek je. Yang kak tik nak nozzle untuk aising tu.. cari jenis untuk buat bunga rose, yang kecil dan besar.. Kalau beli satu set mahal…. Kalau ada yang satu-satu tu boleh gak belikan…

  27. Norizan Omar
    December 30, 2009 at 7:57 am

    Norizan Omar :
    Kak tik….good job sis…!! izan tak berani lagi amik tempahan..walaupun dah pergi kelas….tak konfiden laa…! buat utk suka2 je…zan selalu pergi kedai barang2 kek…kalau kak tik nak kirim edible image ke? papercup ke? bole izan poskan…!


    Kak Tik – Eh…!! Izan ke ni ? He he….. malu je kak tik ! Kak tik pun tak berani ambik tempahan. Hari tu saja nak buat untuk wedding adik ipar. Keluarga mentua tu memang tak tahu menahu pasal cupcake ni. Jadi, kak tik buat senget-senget pun still nampak cantik!
    Wah.. bestnya dapat pergi ke kedai barang2 kek tu… rasa ngidam nak pergi.. kat ganu ni haram tak nampak! muffin cup tu berlambak lagi, sebenarnya sayang nak guna.. asyik belek-belek je. Yang kak tik nak nozzle untuk aising tu.. cari jenis untuk buat bunga rose, yang kecil dan besar.. Kalau beli satu set mahal…. Kalau ada yang satu-satu tu boleh gak belikan…

    kak tie…insyallah…nanti izan usahakan. tahun 2010 mungkin nak buat projek baru….meniaga cheese cake..maybe..tgk la cammna.
    nozel set tu izan ada…beli dengan cikgu kek…macam2 bentuk bole deco. kalau ada yg satu2…nanti zan belikan.


    Wah… cheese cake ! Kak Tik minat betul… boleh makan sorang je, hehe.. Tapi tak pernah buat, takut tak menjadi, maklumlah bahannya mahal…

    Pandai Izan bahagi masa, antara kerja dan baking ni.. dengan anak-anak yang masih kecil. Kalau dah meniaga tu, buatlah blog… senang orang nak tempah. Kak tik boleh promosi kat sini…

  28. yatie
    February 11, 2010 at 4:04 pm

    salam kak,
    kita senasib susah nak cari bekas cup cake. Boleh tak akak tolong beli atau jual kat yatie. yatie nak setiap jenis 10pcs. akak ada 6 jeniskan boleh ya kak. please. email saya ya.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: