Home > Jenjalan, kehidupan, sahabat, Terkenang > Riang ria di Shah Alam (part 2)

Riang ria di Shah Alam (part 2)

Sebelum kami menjejak tempat jatuh lagi dikenang (UITM), kita singgah di bas stand Sec 17 untuk beli tiket balik KB. Bukan main susah lagi, semuanya guna bas 2 tingkat. Makcik ni penakut. Macam-macam terbayang dalam kepala. Lastly terpaksa juga, tapi kita mintak tingkat bawah.

.

.

Lepas tu drebar kami (anak sulong Aza) bawa kami ke UITM. Yey……..!! Sangat suka! Mula-mula cuba masuk ikut pintu belakang. Tapi tutup lak. Jadi, kita suruh dia buat muka tak salah, drive je ikut pintu depan. Konon-konon (dah siap script) nak jumpa dengan staff kat sana.

.

.

.

Alhamdulillah, pengawal tu tak kisah pun kami masuk. Siap angkat tangan lagi, hahaha…. Lega rasanya. Bila tengok bangunan2 UITM sekarang, memang banyak yang baru, tinggi-tinggi sampai sakit tengkuk kita tengok. Mulut tak henti-henti beri penerangan pada Isha. Kat situlah tempat mama dan ummi (Aza) belajar dan main, hihi….

.

.

.

Kami ke Fakulti Sains Gunaan (dulu dipanggil Kajian Sains Gunaan @ KSG). Termengah-mengah naik tangga. Oleh kerana hari sabtu, keadaan lengang. Okaylah jugak, senang kami nak posing kat situ.

.

.

.

Bila tengok carta tu, hanya sorang je yang kami kenal, bekas lecturer fizik kami, dah jadi Profs…. Kami tumpang bangga!  Dan Isha, mama harap dia  dapat sambung study di sini.  UITM begitu dekat di hati mama… ( Jumpa ayah pun di sini 😛 )

.

.

.

Kami suka lepak di corridor ni, sambil tunggu lecturer masuk kelas…. suka tengok garden kecik tu, dulu ada pokok ara di bawah , tak perasan lak hari tu, tak ada lagi kot.

.

.

.

Library, tempat yang paling kami gemari. Kalau boleh nak tidur sana, haha…. Biasa kami datang awal, cop tempat dulu.  Ruang legar ni dah cantik. Book store tutup lak, ralat rasanya. Souvenir shop pun tutup. Tak dapatlah nak beli t-shirt UITM… sedih gak.

.

.

.

Di sinilah port  kami study separuh mati. Level khas untuk budak-budak engine sebenarnya. Tak kira, kita nak study kat situ jugak! Bila letih, kami tengok gelagat student melalui cermin tu. . Suatu kenangan manis dan pahit buat kami berdua. Kalau nak tulis kisahnya mungkin boleh buat novel… Atau kalau orang baca pun mungkin tak percaya. Kan Aza ?? Ke Aza dah hilang ingatan lagi ??:mrgreen:

.

.

.

.

Akhir sekali, posing di jejambat kecil menuju ke Fakulti Senibina , Perancangan dan Ukur UITM. Tempat suami Tie  dan teman tapi mesra ,   menimba ilmu  , hahaha…  Kami selalu tumpang dengar lagu yang setiap malam berkumandang sambil study di Fakulti Sains Gunaan (kita berjiran). Itu Aza. Kita buang gambar sendiri… Malu laa… (sorry, edit tak berapa kemas)

.

.

.

* Tak tahu nak akhiri entri ini… Kita masih ingat semuanya, walaupun dah lebih 20 tahun.  Oh…. terasa melancholic lagi….😛

.

  1. May 3, 2011 at 9:22 am

    Salam K’Tie..

    Datang Shah Alam tak bagitahu pun🙂
    Kalau tidak boleh jumpa hehe…nie kira berjalan2 smbil mengimbas kenangan lame lah nie🙂

    Uish tak sangka sungguh K’Tie budak sains gunaan..sure teror nie

    • Tie
      May 3, 2011 at 9:32 am

      Budak sains gunaan teror ke ? Kak tie tak tahu pun…

      Yang kak tie tahu, kak tie teror bab makan, ekekeke….😛

  2. May 3, 2011 at 10:25 am

    dah cerita kat isha tak macam mana ayah ngorat mamanya dulu?😀

    • Tie
      May 3, 2011 at 5:45 pm

      Haha, pernah cerita kat budak2 tu, mereka ketawa jer…

  3. May 3, 2011 at 10:34 am

    oh tempat dating dan main mata tak der ke?

    ahaks. ahaks. ahaks..

    jhahahahhaah

    • Tie
      May 3, 2011 at 5:45 pm

      Kat kelas, tapi tak boleh bukak. Entah kenapa kelas tu dikunci.

  4. May 3, 2011 at 10:39 am

    assalam tie..kenangan mengusik jiwa ye..

    • Tie
      May 3, 2011 at 5:46 pm

      Assalam Kak Erna,

      Memang mengusik jiwa gak!

  5. May 3, 2011 at 11:40 am

    Tie
    Jalan belakang masih boleh digunakan tapi kena buat U-turn lebih kurang beberapa meter pastu pusing kekiri. Jgn terlajak plak nanti terus kehighway pulak.

    Wah.. buat lawatan sambil mengimbau kenangan lampau nampaknya.

    • Tie
      May 3, 2011 at 5:47 pm

      Itulah, dah pergi tengok tapi tutup, tak boleh masuk, tu yang pusing semula ke pintu utama. Nasib baik boleh masuk.😛

  6. ima
    May 3, 2011 at 1:05 pm

    wahhh kak tie dah mula mengimbau kenangan manis…segala2nya ada kat situ…seronoknya boleh nampak sampai kat sini…hihihi

    • Tie
      May 3, 2011 at 5:49 pm

      Ima, dah lama kak tie teringin nak jejakkan kaki ke sana. Rindukan suasana study dulu….

  7. DrSinga
    May 3, 2011 at 1:08 pm

    ingatkan ada hantu sebelah Aza!!🙂

    • Tie
      May 3, 2011 at 5:50 pm

      Ehehehe…… kalau ada pun tak per, kita lari dulu….:mrgreen:

  8. zue
    May 3, 2011 at 2:54 pm

    tempat jatuh lagi dikenang..inikan pulak tempat mendapat jodoh..hehehe.

    • Tie
      May 3, 2011 at 5:50 pm

      Haha, betul tu Zue !

  9. May 3, 2011 at 4:38 pm

    saya takot bas 2 tingkat kak tie..!! ohh jupe abe kat situ…

    • Tie
      May 3, 2011 at 5:52 pm

      Kak tie naik lenguh cari bas setingkat. Lastly, naik juga yang dua tingkat tu, tapi bila duduk di bawah, tak terasa apa2 perbezaan pun, malah lagi selesa sebab kat bawah orang tak ramai…..😛

  10. May 3, 2011 at 5:20 pm

    nostalgia kanns.. uhuhu

    • Tie
      May 3, 2011 at 5:55 pm

      Betul tu.

      .
      .
      komen kat blog pekak:
      Adoi…. ada ke amik gambor tak pakai seluar? Nasib baik tak ada amoi yang nampak. Kalau tak tentu tembel mata dia, kah kah..
      Rezeki masih ada, jumpa wallet juga. Alhamdulillah…..😛

      • May 3, 2011 at 9:10 pm

        sikit lagik nk jadik blog 18SX kanns.. ahaha

        • Tie
          May 3, 2011 at 9:20 pm

          Tak pe, kita baca sipi-sipi jer,😆

  11. May 3, 2011 at 10:30 pm

    UiTM Shah Alam.. wah kenangan ni.. he he.. Dulu selalu kawe pergi sana lawat Kakak. Masa kawe 2nd year, dia pun kuar sambung belajar tempat lain… So sendiri lah kawe kat KL tanpa sedara mara..😀
    Tgk gambar di atas, mcm tak banyak berubah jer…?

    • Tie
      May 4, 2011 at 6:55 am

      Tahun bila tu? Kak tie dari tahun 85-87, jadi memang banyak perubahan dalam masa lebih 20 tahun tu.

      • May 4, 2011 at 10:14 am

        Saya kat UM tahun 1993 – 1997.. So kakak saya buat advance dip. di UITM maybe 91 – 93 (dua tahun aje). Maybe kalau pi sana nampak kot perubahan tu kot. Tgk dalam gambar kaler-kaler dia yg kelabu tu nampak sama je mcm dulu😀😀

        • Tie
          May 4, 2011 at 4:23 pm

          Bagi kak tie yang dah lama tak ke sana memang nampak perubahan. Dulu tak de la bangunan tinggi tu, terutama di pintu masuk. Pintu gerbang pun tak de.

      • May 4, 2011 at 4:17 pm

        oh 85-87, maza masih darjah 5-6… hahahhaah

        • Tie
          May 4, 2011 at 4:26 pm

          Ye laa… Kita dah tua ..

  12. aza
    May 4, 2011 at 9:29 pm

    kenangan terindah kat uitm kan tie..rasa macam nak sambung study lagi..wat advance sains guna guna lak..dan tie wat advance hotel n catering sbb tie suka masak..disinilah kita ditemukan..huhuhu

    • Tie
      May 4, 2011 at 9:33 pm

      Sains guna-guna ? Waakakakaa…… Aza layak tu, hihihi….

      Tie nyesal tak amik hotcat dulu. Memang suka masak2 tapi tak larat nak diri lama2.

  13. May 9, 2011 at 2:04 am

    Seronok mengimbas kembali. Tengok gambar ni, teringat cerita lama di beberapa kawasan yang sama. Bila lalu Shah Alam, jarang lalu area ni. Bila lalu, banyak kenangan terindah di sana.

  14. Tie
    May 9, 2011 at 6:15 am

    Kak Long dulu study di sana, ekk? Kenangan tu walaupun dulunya pahit tetap manis bagi Tie sekarang.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: