Home > Pengetahuan, Santai, Terkenang > Rahsiaku terbongkar

Rahsiaku terbongkar

Sebenarnya  tak pernah terfikir ianya satu rahsia. Malah rasanya ramai yang tahu mengenainya. Namun, kerana mentua dan ipar2  hanya tinggal di kampung, bagi mereka ianya suatu perkara yang hebat!

Adik ipar Tie allergic terhadap belacan. Setiap kali dia makan, mesti bersin tak henti. Jadi, dia cuba elakkan dari makan belacan. Dan Tie pun elakkan dari menambah belacan dalam masakan.

belacan

Suatu hari, mentua  talipon. Katanya dia nak ‘pinjam’ belacan  (dari rumah atap biru tu), ketika itu Tie di Ganu. Dia nak buat laksa. Biasalah laksa /laksam kelantan (dan ganu) ada ramuan belacan (dibubuh seketul kecil) bersama ulam2 lain. Sambalnya tiada belacan.

Malam harinya, mentua  talipon lagi. Katanya belacan Tie sedap. Semua orang puji (termasuk ipar2 dan besannya), dan yang allergic pun boleh makan tanpa ada masalah gatal atau bersin. Suami terus berkata, “Tu belacan special, nanti masuk buku hutang, ya… ” sambil bergurau.

Selang beberapa minggu, mentua talipon lagi. Dia nak ‘pinjam’ belacan  lagi. Katanya adik ipar Tie nak masak asam pedas tapi tak boleh guna belacan lain kerana asyik bersin dan gatal2. Lalu mentua bertanya, “Kenapa belacan Tie sedap ?” Dan anak bongsunya tak ada masalah makan ?

Suami  pun kata, ” Tie bakar belacan tu laa….. ” Waaakakakaaa………….

Baru Tie sedar, selama ini (17 tahun jadi menantu) mereka makan belacan ‘mentah’ . Patutlah gatal2. Walaupun ada jenis yang siap dibakar, Tie akan bakar belacan hingga garing  (atas api atau  atas arang) dan baunya harum semerbak satu rumah, hehe… Kuman pun tentu terus kojol !

Satu lagi, Tie ni cerewet bila beli belacan. Selalu pastikan ianya bersih, tiada pewarna dan halal laa… (buatan orang Islam). Belacan yang biasa mentua beli tu dalam kotak kertas kecil ( sebesar kotak mancis), warnanya hitam, err…. tak sanggup  nak guna.

~ Nasib la kamu semua baca kisah belacan Tie ni, waaaaakakakaa…………:mrgreen:

.

.

.

Edit : Kad Hari Jadi dari Suzi

.selamat-hari-jadi-ekad

Tie baru je terima kad ini dari SUZI. Terharu sangat-sangat. Terima kasih, ya Suzi. You’re so sweet!

Categories: Pengetahuan, Santai, Terkenang Tags: ,
  1. October 12, 2009 at 12:07 pm

    sy pun tk mkn belacannn…aaaccccuuuuuummmmm!!!

    • Tie
      October 12, 2009 at 3:17 pm

      Laa…… ruginya! hi hi….

    • October 20, 2009 at 7:24 am

      ni mesti ade resdung ni. hehehe. sian, hilang satu nikmat dunia

  2. ima
    October 12, 2009 at 12:11 pm

    laa…mula2 tengok ingatkan kek buah bakar…bila baca citer baru tahu…rupanya belacan bakar…nasib baik belum sempat makan,kalau tak terus pengsan…dek belacan seketul…kihkihkih

    p/s..klu kat kg ima…nak buat sambal belacan mesti bakar dulu belacan tu…barulah sambal lebih ommp…

    • Tie
      October 12, 2009 at 3:19 pm

      Waakakaa……… Ima ni asyik ingat kek je. Kak tie ni dah lama tak buat kek. Merajuk sebab dapur ni tak friendly.

      Memang belacan ni seharusnya dibakar. Belacan baru memang best. Tapi, kalau belacan lama, bila dibakar, baunya boleh buat orang masuk ICU….ekekeke…..

  3. October 12, 2009 at 12:11 pm

    semlm balik kg bawa balik 5 ketul belacan kola perlis.. mak kata sedap…

    issshhh ….>> masa belacan tu dibakar memang boleh tersumpat hidung harum 1 kampung..

    • Tie
      October 12, 2009 at 3:25 pm

      Ooo…best gak dapat belacan baru. Ada sekali cik abang beli belacan dari kedah. Memang best. Tak berbau pun. Tu yang mentua asyik ‘pinjam’… sampai habis…

      ~ Tie tak boleh bukak blog Kuina… loading lambat betul.

  4. October 12, 2009 at 12:12 pm

    kak tie ngan sha mmg sama. sha pon suka tgk betul2 bila beli belacan. sha suka belacan kepal (yang jumpa kat melaka tuh). warna belacan pulak mesti ada macam pink sikit (macam geragau) tak taulah kalau apa yang sha suka sama ngan org, tp sha suka yang itu.bila dah beli…mula buat projek membakar….ehehe..

    * kalau tak bakar belacan tuh…maunye rasa makanan pon tengik…urghh…

    • Tie
      October 12, 2009 at 3:28 pm

      Hi hi… Sha ni… belacan sebenarnya tak berwarna pink. Warnanya brownish sebab dah ditumbuk dan dijemur. (Mak kak tie pernah buat belacan, kes ayah beli udang geragau banyak sangat.)

      Warna merah2 tu mesti dibubuh pewarna. Dan warna kehitaman dan kuat baunya tu menunjukkan ianya dah lama.

      Kak tie pun suka bakar belacan ni… , lepas tu bakar ikan kering sekali.. hu hu..boleh terus pitam!

  5. iza
    October 12, 2009 at 12:13 pm

    laaa ingatkan rahsia apa tadi…huhuhu..
    kat umahmak iza pun mak bakar dulu belacan sblm guna.. semerbak bau menerjah keseluruh pelusuk rumah bau dia ahaha😀

    • Tie
      October 12, 2009 at 3:32 pm

      Hi hi… kak tie dah abis modal nak cerita… buat cerita belacan pulak!

  6. October 12, 2009 at 12:33 pm

    hehe. dulu saye pon ade allergic belacan.

    sejak pakai belacan yang mertua kakak saya buat. alhamdulillah ok

    pastu plak mmg sejak dulu mak ajar wat sambal belacan ke ape2 yang berkaitan belacan, bakar dulu… baruu best!!🙂

    • Tie
      October 12, 2009 at 3:37 pm

      Tu laa… sebenarnya belacan yang buat gatal2 tu tak bersih. Entah macam mana agaknya dibuat, ya.. Tak tertelan rasanya.

      Ooo…sambal belacan memang boleh buat kak tie tambah nasi…

  7. ain
    October 12, 2009 at 12:35 pm

    laaa…ingatkan kek tadi!! upernya belacannnn!!! selama ni, yg sy tahu belacan mmg kena bakar dulu, upernya ada gak yg mkn mentah2 gitu. nasib baik ada kak tie!!!hehe

    • Tie
      October 12, 2009 at 3:39 pm

      Haha… ni lagi sorang teringatkan kek!

      Kak tie pun baru tahu ada yang tak tahu tentang belacan bakar ni, hehe… Tu la bertuah dapat menantu orang jauh…

  8. October 12, 2009 at 12:53 pm

    Dear Kak,
    Mujur ku tak allergic makan belacan.

    Sedap woooooooo..

    • Tie
      October 12, 2009 at 3:40 pm

      Memang beruntunglah. Rugi kalau tak makan belacan.😛

  9. October 12, 2009 at 1:00 pm

    Tie, kadang2 sy goreng je belacan tu

    Tie..kita org rumah, entri pn pasal kehidupan yg biasa2 je ,kan..ngeh…share apa yg kita rasa…

    • Tie
      October 12, 2009 at 3:42 pm

      Ooo..ye ke ? Tie ni selalu nak jimat minyak. Ikan kering pun kalau boleh nak bakar je.

      Entry ni memang untuk orang rumah macam kita. Lagipun tak pandai nak buat entry canggih2 tu…

  10. October 12, 2009 at 1:20 pm

    belacan ni penting utk sambal tumis hehe..
    tapi saya pun tak penah bakar sbb dah tumis dgn bawang kira kojol gak ler kot kuman hehe..

    tak tahan ler bau belacan di bakar…

    • Tie
      October 13, 2009 at 11:06 am

      Alaa….cubalah bakar sekali. Tentu anak2 Nrina terus tanya, “Bau apa tu mama ?” Jangan ada yang pengsan, sudah laa….

  11. October 12, 2009 at 1:29 pm

    dulu2 mak maza selalu bakar belacan tu di atas dapur kayu kat rumah.. baunyer memang mengasyikan.. huhuhu..

    kekadang belacan bakar itu dimakan begitu sahaja… adakalanya ikan kering gelama atau ikan kering dibakar.. pun menaikkan selera yg amat! hehehehhe

    tapi kat bandar ni, jangan buat hal tak tentu arah nak bakar2 mcm tu? karang ada lak yg kena maki dengan jiran2 sebelah menyebelah… terutama yg bukan melayu atau mereka yg terlalu asing dgn bahan makan tradisi melayu ini! hehehhee

    • Tie
      October 13, 2009 at 11:08 am

      Haa…Tie suka bakar ikan kering, terutama yang baru tu. Memang best betul makan dengan nasi panas2…

  12. October 12, 2009 at 1:55 pm

    Wah Kak tie, jadi tauke belacan pulak ker… hihihihi. Kami pun tak pernah beli belacan biasa yg jual kat kedai tu.. selalu mak yang supplykan.. beli direct dgn pembuat belacan melayu kat kampung… kalau di bakar lagi sedap!!!

    • Tie
      October 13, 2009 at 11:09 am

      Baguslah ada sumber halal dan bersih. Beruntung tu…..

  13. October 12, 2009 at 2:10 pm

    hehehe, ooo… itu rahsianya. maklumat ni kakchik nak simpanlah kot-kot satu masa nanti nak guna belacan. buat masa ni takde masalah dgn belacan ni sebab kami sekeluarga tak suka belacan, bukan sebab alergi ke apa, tapi saja tak suka. tapi ilmu tetap ilmu kan, mana tahu balik kampung mertua, mak nak masak guna belacan, bolehlah cuba rahsia kaktie ni.

    apapun, terima kasih kaktie kerana berkongsi rahsia.

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:43 pm

      Sebenarnya tak de rahsia pun. Cuma, tak semua orang tahu belacan ni seharusnya dibakar. Beli yang baru dibuat, bakar hingga garing, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Lebih baik simpan dlm peti sejuk jika jarang guna. Ianya tidak akan berbau dan sentiasa segar.

  14. kutaksempurna
    October 12, 2009 at 2:25 pm

    private and confidential (PnC)

    biarlah rahsia…
    hihihi..

    .
    .
    .

    angie bukan stkt bersin, mata ni terus merah n bengkak klu makan mknn yg ada belacan…
    tp mmg takleh tahan klu tgk sambal belacan… zasss gak… tp lepas tu cpt2 makan pil… kurangkan skit kesannya.. huhuhu😦

    sedapnya smbl belacan….

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:44 pm

      Tu mesti termakan belacan tak bersih atau belacan dah expired.

      Err…meh tolong mama tumbuk sambal belacan. Laporlah pulak!

  15. October 12, 2009 at 2:27 pm

    Tp klw kita tgk org buat belacan dipijak2nya..tak lalu gak nak makan. Klw nak buat sambal belacan tu tgk mak bakar belancannya..tp klw wat masak sayur ke apa main bubuh je belacan mentah. takde bakar2 dah..

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:45 pm

      Ada ke orang kita pijak2 masa buat belacan tu ? Boleh termuntah laa….

      Adoi….apa la punya manusia ni ?

  16. October 12, 2009 at 2:54 pm

    kak tie nak pinjam belacan…..kihkih
    belacan kt KL ni semua xsedap.

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:46 pm

      Belacan kak tie dah nak abis stok.

      Mentua dah perhabiskan, hehe…

  17. October 12, 2009 at 3:11 pm

    k tie,

    camane buleh makan mentah2 tanpa bakar dulu … tak sedapkan lembab. kalau dibakar dulu lagi sedap. kenapa k tie tak bg tau formula tu dari awal… mesti mereka tak kena sakit bersin2.

    tak apa… k tie dah bagi ilmu yang berfaedah kepada mereka yang kurang berpengetahuan.

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:47 pm

      Kak tie ingat mereka sengaja malas nak bakar belacan. Rupa2nya mereka tak tahu… Lagipun mereka jarang guna belacan kecuali bila nak buat laksa je…

  18. zareda
    October 12, 2009 at 3:20 pm

    zar pun cerewet beli belacan, hanya belacan terpilih aje zar beli.. eekkekekk

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:47 pm

      Elok la tu. Memang menggelikan bila tengok belacan hitam dan berbau…loya la pulak!

  19. October 12, 2009 at 3:36 pm

    saam… ooo macam tu petuanya sy suka masak letak belacan tapi sejak dua menjak ni sy dah mula mengalami alahan macam risdung pulak asik bersen tak berhenti terutama waktu pagi mungkin kena kurangkan makan belacan kot tapi kalau tak letak belacan rasa tak sedap pulak ada tak benda lain yang boleh digantikan dengan belacan atau mungkin boleh cuba petua kak tie.

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:49 pm

      Ilyn kena beli belacan lain la tu.. Cari belacan yang lebih baru, kurang berbau, dan nampak bersih. Pandai2lah Ilyn belek, ya…. Dan jangan lupa bakar , baru mati kuman2 tu…

  20. October 12, 2009 at 4:29 pm

    maksu tak makan belacan… memang tak makan…

    tapi MIL akan bakar belacan dulu kebiasaannya

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:49 pm

      Alaa…maksu ni, rugi la….. hehe..

  21. October 12, 2009 at 5:34 pm

    oooo mcm tu
    sy pun allergic kat blacan
    mkn sket.. perghhhhh.. merana idup haha
    tp sedap!!

    mcm ni nak kene gi umah kak tie la time mkn hihihiihih😛
    boleh ke?

    • October 13, 2009 at 2:52 am

      tu mungkin ada resdung tu..

      elok pi perubat cepat. sebelum hidung mancung jadi pesek. sebelum ada hidung yg hilang karang!

      • Tie
        October 13, 2009 at 1:51 pm

        Laa…pokcik carilah ubat untuk Adila tu…

        Kata suka…ekekeke…..

        • October 13, 2009 at 7:52 pm

          alahai Tie, janganlah pecahkan rahsia kami di sini! Kami malu ah!

          kanzz.. adila kanzzz..

          wakakakaa

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:50 pm

      Mai la rumah…. kak tie boleh masak2 untuk Adila. Tapi jangan pakai hooded jacket tu. Kak tie takut….uwaaaa……….

  22. October 12, 2009 at 6:15 pm

    kak tie, belacan pun belacanlah….ilmu juga, ilmu org dapur. tapi milla mmg bakar atau goreng dulu belacan tu sebelum guna, tapi belacan yg beli kat kedai2 mmg tak sedap, baunya boleh pitam. selalu kirim beli dgn mak mertua jer, dia beli yg fresh org kat kg hubby buat!

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:52 pm

      Hehe….

      Beruntunglah Milla senang nak dapat stok belacan tu. Yang fresh memang best. Bila bakar… boleh senyum sampai ke telinga… bau yang membahagiakan, ekekeke…

  23. October 12, 2009 at 7:27 pm

    nick name sy dulu masa chating adalah CIK BELACAN….hehehe
    idup ini sungguh indah dgn belacan..gatai idung belakang kira…
    janji rasa nikmat pemakanan ..hehe

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:53 pm

      Uwaaa….. cik Belacan !!

      Tak pe, gatal idung boleh garu….hehe..

  24. October 12, 2009 at 7:42 pm

    Tie,
    Akak beli belacan selalunya dari melaka. Tak da pewarna dan memang sedap… Bukan beli dengan peraih tapi dengan tokey yang buat sendiri belacan tu…
    Kalau yang hitam tu dalam kotak tu (Setau akaklah) cina punya. Depa buat hitam…

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:54 pm

      Oooo…buatan cina, ya ? Nanti bila Tie balik, nak check mentua punya. Kalau mereka tahu mesti terus campak ke cik tong sam pah!

  25. October 12, 2009 at 8:16 pm

    aah kak tie. mak sy pun mmg bakar dulu belacan tu. tp sy xdela tau plak apa beza yg bakar ngan tak masa tu..hehe baru tau nih…

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:55 pm

      Hmm…eloklah Fatrina start berlatih bakar belacan sendiri. Esok2 dah duduk rumah sendiri , tentu senang nak pikat hubby dan mentua, hehe..

  26. October 12, 2009 at 8:52 pm

    Wahhhhhh, ada belacan bakar kat sini.
    Harumnyerrrr…..sampai Kedah. Best gituuuuu…

    Belacan Kedah mmg best….. 🙂

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:56 pm

      Ooooo…selain dari belacan Sarawak, kak tie pun suka belacan Kedah, jenis yang sebuku 4 segi besar. Kak tie potong2 macam kuih, dan bakar sampai gelembung… bestnya…bau harum!

  27. cpj
    October 12, 2009 at 9:42 pm

    patutla bila buka blog kak tie kali ini ada bau!….ekekekekekee

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:57 pm

      Uwaaaaa……….

      Mana ada…!!

  28. syayassir
    October 12, 2009 at 9:50 pm

    kak tie, bakar terus atas api ye?
    nak try lah…
    selama ni saya goreng dengan minyak belacan tu..
    hmm, ni yang tak sabar nak buat sambal belacan esok!😛

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:58 pm

      Bakar atas api kecil. Cari jaringan besi. Jangan sampai ia pecah. Kang susah nak bersihkan dapor… satu rumah harum semerbak!

  29. Tirana
    October 13, 2009 at 2:01 am

    Saya pun bakar belacan sebelum digunakan dalam masakan sebab ibu di kampung dah biasa buat macam tu dulu..Bila bakar belacan siap la satu kondo ni boleh bau..hehehe

    • Tie
      October 13, 2009 at 1:59 pm

      Ha ha ha…. nasiblah jiran2 Tirana tu….😛

  30. October 13, 2009 at 8:45 am

    Walau rupamu coklat tompok-tompok hitam…tapi baumu tetap menjadi pooojaaaannnn hatikhu! hehehheh

    Tahniah, ini kira HEBAT kerana belacan pengerat silaturahim..kan ek?

    • Tie
      October 13, 2009 at 2:00 pm

      Mentua dan ipar semakin sayang kerana belacan !

      Waaaakakaaa……..:mrgreen:

  31. October 13, 2009 at 12:43 pm

    Dear Kak Tie,
    Kak Tie emailkan alamat Kak Tie kat email LOL k.

    rekhapearls@yahoo.com

    happy day Kak..

    • Tie
      October 13, 2009 at 2:00 pm

      No problem..

  32. October 13, 2009 at 2:46 pm

    ingatkan gamba ape tadi kak tie..blachen rupernya….sedappp..hahhaa

    • October 13, 2009 at 2:50 pm

      belacan kalau bakar mmg harum kan kak tie..tingat masa stay albania dulu rumah member ground floor dan dapurnya ditambah kedepan dr rumah org diatas. biler dia bakar belacan@buat sambal tumis org tgkt atas rumahnya akan curah air banyk2 kat atap rumah beliau…vruuuuuuuuuuu…hahhahaha..nasebla org itu kan kak tie.., kite makan sedap je….kekkekeke

      • Tie
        October 13, 2009 at 8:06 pm

        Uwaaaa……..gitu ke ?

        Kalau kak tie dok situ, tentu hari2 basah lencun dibuatnya, ekekeke……

    • Tie
      October 13, 2009 at 8:05 pm

      Hehe… kalau kak tie katakan kuih pun ada orang percaya!

  33. October 13, 2009 at 7:31 pm

    Salam kenal tuan rumah…..

    Sambal tumis tanpa belacan…….bagai lagu tanpa irama.
    Cerita yang menarik…

    • Tie
      October 13, 2009 at 8:07 pm

      Selamat datang… (Sambil bentang karpet merah!)

      Hmm… baru je buat sambal tumis udang, yum yum..

    • October 14, 2009 at 12:08 am

      xiiinam a.k.a CkLah….

      Kan sy dah ckp…..blog Kak Tie ni mmg best. Ada magnet yg dpt menarik kita ke sini…..mcm aroma belacan bakar tu. Harum je…..

      See…siap bentang karpet mearh gituuuuu…….. 🙂

  34. nahmy
    October 13, 2009 at 10:13 pm

    salam..
    org umah pun slalu gak bakar belacan tuh…dia punya bau…masyaAllah gugur 13-14 helai bulu idung. tp bila makan lps tu…tumbuh bulu idung baru la plakk..

    • Tie
      October 14, 2009 at 8:47 am

      Amboi….!!

      Banyak betul bulu idung….uwaaaaaa………….

  35. October 14, 2009 at 12:15 am

    Kalau balik kampung ayahanda, sedap betul makan masakan yang ada belacan ni.
    Kalau sendiri yang masak, tak reti pulak bubuh belacan.
    Dalam resepi yang ada kat blog Tie tu, tak ada pun yang letak belacan…owhh, berahsia selama ni rupanya.

    • Tie
      October 14, 2009 at 8:49 am

      Tie jarang bubuh belacan dalam masakan. Biasa dalam sambal je. Tak tahu laa… tak suka dan tak pandai kot!

      Tapi, kalau buat nasi goreng kampung, bubuh belacan sikit, perut kenyang terus lapar bila bau tumisan tu, hihi..

  36. October 14, 2009 at 12:54 am

    buat sambal belacan memang sodap hehe

    • Tie
      October 14, 2009 at 8:49 am

      Sudah tentu !!

  37. October 14, 2009 at 12:57 am

    Kalau makan dekat luar mesti minta kangkung atau kailan goreng belacan…best rasanya…

    • Tie
      October 14, 2009 at 8:50 am

      Uwaaaa………..

      Lama tak masak kangkung belacan. Mekasih kerana bagi idea ni, hehe…

  38. October 14, 2009 at 8:08 am

    Kak Tie, terima kasih atas mesej akak dalam blog saya. Sesungguhnya kalau kita percaya ada ramai orang yang memberi dan menikmati pemberian mereka, maka keyakinan itu sahaja sudah cukup menjana lebih manusia yang memberi.

    PS sy suka dengan belacan jugak!

    • Tie
      October 14, 2009 at 8:56 am

      Wah…. Bila tengok nama Chew tu terus teringat kat office mate dulu. Rindu kat dia. Dia tu suka make-up Tie masa lunch. Kegemaran dia make-up2 mi, dan Tie dilantiknya jadi model tak berbayar, hi hi…

      Ooo…makan belacan jugak ? Boss Tie yang Chinese dulu siap makan dengan petai lagi!

  39. October 14, 2009 at 1:06 pm

    Salam ziarah dari Pak Karamu

    • Tie
      October 14, 2009 at 1:35 pm

      Salam…

      Err… ini singamaraja atau pak karamu ? Orang yang sama ke ? Tetiba jadi bengong la pulak !

  40. October 14, 2009 at 10:28 pm

    bagus la kak tie nie. rajin..🙂

    nanti if berkesempatan gi ganu nak la rs belacan kak tie hehe

    • Tie
      October 15, 2009 at 9:25 am

      Mai laa…. Kak Tie masak sambal tumis, ya…hehe..

  41. October 16, 2009 at 11:04 am

    Gitu ke? ni baru betul2 rahsia terbongkar. Saya pun tak tahu depa makan mentah2. Kita di Johor makan memang bakar dulu.. dan my wife family kat sini pun they all pun bakar juga. Tak sangka di sana – enaknya di makan begitu saja!

    • Tie
      October 19, 2009 at 6:08 pm

      Ha ha…. mungkin sebab mereka ni tak pandai buat dan makan sambal belacan. Mereka makan budu. Jadi ilmunya kuranglah sikit, hehe..

  42. October 20, 2009 at 7:26 am

    haah… bakar belacan! ibu pernah wat dulu. lpe plak nk ikut cara ibu.. itu rupenye rahsianye.. mm.. kak tie, bakar atas dapur api aci x? berapa lama nk bkr ek?

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:37 am

      Bakar atas api pun boleh.. jangan sampai serpihannya bertabur, kena bersihkan. Kang tiap kali nak masak, harum semerbak pulak rumah tu. Bakar api kecil, sampai garing dan isinya kembung sikit. Jangan sampai hangus macam kak tie buat tu, ya, hihi…

  43. kin
    October 20, 2009 at 7:53 pm

    Ooo…belacan bakar boleh kurangkan kesan allergic tu ye..tak tau la pulak saya. Saya guna belacan bila buat sambal belacan je, masakan lain saya tak suka guna belacan.

    • Tie
      October 20, 2009 at 8:26 pm

      Kak tie rasa gitu laa… kalau alahan tak teruk sangat. Mungkin kerana bakar belacan tu dapat bunuh kuman2 yang bersarang dlm belacan sekian lama… Kak tie pun guna belacan dalam sambal je. Malas nak bubuh dalam masakan, nanti jadi harum satu rumah!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: