Home > Terkenang > Malam Pertama

Malam Pertama

Malam pertama,

.

.

Shhhhhhhhh………………….😳

.

.

.

Malam pertama di rumah mentua laa………….ekekekeke…….

Teringat dulu masa mula-mula menjejakkan kaki di Kelantan. Tidor di rumah yang amat asing lagi. Ipar-ipar, biras dan mentua semuanya ada. Rasa malu bukan kepalang. Nak cakap pun malu, errr….. bahasa tak sama, ekekekeke…………….

Sentiasa control je, sepatah orang tanya, sepatahlah Tie jawab. Nak cakap lebih, kadang-kadang takut silap faham. Semua orang kecek kelate!!

Yang lucunya, mentua….buat pertama kali pula bertutur dalam Bahasa Malaysia standard. Takut menantunya tak faham kot! Ye laa… Tie ni satu-satunya menantunya dari luar Kelantan. Mesti glamour tetiba, kih kih…

Malam tu, Tie tolong cuci pinggan. Memang bertambun dalam sink tu. Dah biasa buat di rumah. Walaupun mentua dan ipar-ipar tak bagi, Tie tolong juga mana2 yang terlarat.  Tapi….. tak sangka pulak, dapor Mek tu rupa-rupanya jadi dapor Tie.

Dalam ramai-ramai menantunya, Tie sorang yang suka meriahkan dapornya dengan pelbagai masakan dari Johor. Agaknya mereka semua teruja, selama ini hanya makan singgang dan gulai je, hehe….. Menantu lain , ada yang pandai jahit dan ada yang pandai hias2 dan gubah2. Mujurlah Tie boleh gak ketuk2 kuali dan periuk ni. Kalau tak tentu lagilah malu, hu hu….

Bilik tidur ? Hmm……..cantik juga dihias. Adik ipar Tie yang hias, rasa-rasanya laa………… Sebab dia yang kecoh bab-bab gini. Bilik tidur tu sempit. Muat2 katil je. Dan ada kelambu ! Err…. tak suka kelambu. Rasa lemas………… Tapi terpaksa laa, sebab nyamuk banyak.


Rupanya lebih kurang macam ni laa… tapi warna kuning lembut. Alamak………!!  Tak suka katil gini, susah nak lari, waaaakakakakaa……………..😀 (gambar dari http://travel.webshots.com/photo/1141787847034262689sPapaI)

Bayangkan orang bandar masuk kampung. Jadi jakun tak terkira. Masa tu telaga tak ada engine air, jadi terpaksa guna tali, nak cebok air. Tapi Tie tak pernah lulus. Setiap kali baling baldi besi tu, air tak nak masuk. Jadi mentualah susah payah ambilkan air… bila dah penuh sebesen baru boleh mandi…. Nak mintak tolong cik abang malu pulak. Takut orang kata mengada-ngada….hi hi….

Sekarang ni dah canggih . Ada mesin pam air. Jadi, petik suis dan bukak paip je. Tak perlu susah2 baling baldi besi tu lagi,  he he he………….

Hmm………… dah hampir 17 tahun jadi menantu. Banyak perkara yang telah Tie pelajari.  Bukan sahaja berlainan bahasa dan budaya. Cara pemikiran pun berbeza.

Adoi……… sabar aje laa…….:mrgreen:

.

.

Tie baru je terima sesuatu dari Chekdenoor. Terima kasih daun keladi, hi hi…..

.

.

Life is nothing without friendship. Everyone needs a friend. kalau tak tentu sunyi……..😀
.
.
.
.
.
.
c28
BaruBaru dapat rose dari Kuina…. sekali dengan kucing dia ,     ekekekeke…………….
Terima kasih banyak-banyak. Kalau ada lagi, jangan segan-segan laa….hi hi…
.
.

Err

Categories: Terkenang Tags: , ,
  1. July 20, 2009 at 8:23 am

    ‘Tak suka katil gini, susah nak lari,’

    Hahahahaha … kenapa hendak lari. RELAKAN SAHAJA. Hahahahaha ….

    • Tie
      July 20, 2009 at 8:29 am

      Uwaaa………lajunya datang komen !!!

    • July 21, 2009 at 4:30 pm

      katanya.. takut kena digigit semua merah la abg long.. tak pun pacat punya gigitan pun bahaya..

      wakakakka

      • Tie
        July 21, 2009 at 9:12 pm

        Tentulah takut!!

        Kita kan innocent lagi…ekekekeke….

    • October 31, 2009 at 6:12 am

      hish… apsal ngn caps lock tu? kak tie ni, lawak la. tajuk da hangat je… btw,org klate baik2 j kan? ^^”

  2. July 20, 2009 at 8:54 am

    he..23x cam kite dah besa dah di rumah bakal mertua… sembang je pe2 sume leh masuk..wat koje pun boleh… mane x nye klu setahun 6-7x dtg rumah kan he..23x 9dah cam rumah ke2 pulak)

    out of topic–> ops rindu ek…
    cam kite pun kekdg rindu gak he..23x tp tue sume cite lame he..23x

    • Tie
      July 20, 2009 at 4:16 pm

      Oooo…..eksyennya, hi hi….

      Mesti pandai bodek ni, hi hi…

  3. July 20, 2009 at 9:11 am

    moga terus jd menantu yg baik.

    katil besi mcm tu ada lagi tak erkk.. mesti antik.

    • Tie
      July 20, 2009 at 4:17 pm

      Katil besi tu modern je…. cuma herannya macam kandang baby je…..hehe….

  4. ima
    July 20, 2009 at 9:22 am

    wah kak tie!!!kenangan lampau…ima dulu sama gak ngan kak tie…gi umah suami kekok nak cebok air pakai tali ni…sebab dah lama sgt dah tak guna…hihihi
    nak mandi terpaksa suamilah yg cebokkan dan kadang2 mandikan terus…manja betul…hahaha,sampai sekarang manja tu lebih dr anak…hehehe

    bila mertua tahu dialah yg sediakan air untuk masak dan sebagainya….tapi sekarang dah pakai paip…tak payahlah nak susahkan sesiapa lagi….

    ni mesti menantu kesayangan…sebab rajin turun ke dapur…

    • Tie
      July 20, 2009 at 4:18 pm

      Mentua sayang semua menantu sama rata….

      Rajin turun dapur sebab rajin makan, ekekekeke……

  5. July 20, 2009 at 9:59 am

    salam kak tie.. hehe, kenangan malam pertama.. sama la kita, kak.. malam pertama di rumah mertua.. tapi jarak rumah mak ngan mak mertua dulu tak jauh.. cuma selang 5,6 biji rumah jer.. hehe.. senang nak lari balik rumah mak..

    • Tie
      July 20, 2009 at 4:19 pm

      Dekatnya……!!

      Ni mesti kes main kenyit-kenyit mata kan…..? Waakakakaka…..

      • July 22, 2009 at 3:59 pm

        kak, hehe.. kalau saya cerita mesti akak tak caya.. sebelum bertunang, saya tak kenal langsung ngan bakal suami tu.. walaupun setaman.. anak dara sunti betul saya dulu, kak.. hehe..

        • Tie
          July 22, 2009 at 4:17 pm

          Uwaaaa……..Innocent gitu!!!😀

  6. July 20, 2009 at 11:22 am

    maza sempat merasa air telaga bertimbakan timba besi…. huhuhu

    memula tu memang tak pandai.. tapi berkat kesabaran dan melihat teknik2 yg diajarkan oleh emak ayah.. maka maza mampu menggunakannya… termasuklah gunakan upih utk dijadikan timba.. hehhehe

    perkh! air telaga mesti sejuk kan?! heheheheh

    • Tie
      July 20, 2009 at 4:20 pm

      Eh… pasal timba upih tu, Tie pernah nampak…. comel je sebab dikormesialkan..

      Memang sejuk air telaga tu. Bila musim hujan, rasa nak nangis bila mandi pagi. Gigi terus mengeletar…. hu hu….

      • July 20, 2009 at 7:45 pm

        tu bila dikisahkan masa kecik2.. pagi2 subuh dan sebelum subuh kena paksa mandi air pergi wooo…

        tubuh yg mongel itu terpaksa menahan asakan kedingin beku yg menzalimi ke tulang sum-sum.. huhuhu

        masa tu nak mandi air panas! ‘mintak maaf.. tak kuasa aku nak melayan’, kata emak. huhuhu

        • Tie
          July 20, 2009 at 8:37 pm

          Tie sekarang, kalau sejuk, pandai2lah masak air….. air paip kat rumah ni pun dah cukup sejuk!! Kalau mandi air telaga mesti terus beku, hehe….

        • July 21, 2009 at 3:45 pm

          eh! ingatkan mintak en. abg lap kan.. hehehehhee

          wink! wink! wink! gitew

        • Tie
          July 21, 2009 at 9:13 pm

          Ooitt!!

          Maza biasa buat gitu ke ??

  7. July 20, 2009 at 11:41 am

    kena cuci pinggan…kesian kak tie.

    • Tie
      July 20, 2009 at 4:21 pm

      Memang dah tugas kita… orang perempuan …😀

      • July 21, 2009 at 3:49 pm

        untungkan kena cuci pinggan aje.. kot2 kena kapak kayu kat bawah rumah, lagi negeri seh! hehehehe

        • Tie
          July 21, 2009 at 9:14 pm

          Kita buat dengan rela hati laa….

          Menantu contoh tau !! Waakakakaa…..

  8. July 20, 2009 at 11:41 am

    terkejut bace tajuk…nasib recover balik:P

    cantiknye kalo dapat katil cenggitu…jeles nye sha:)

    • Tie
      July 20, 2009 at 4:23 pm

      Hi hi…. janganlah gitu….

      Esok-esok kena juga lalui malam pertama, ekekekeke……….

      Cantik ? Suka ke kena kurung ??

  9. July 20, 2009 at 12:15 pm

    amboi kak tie mengimbau malam pertama hihihi…
    hubby saya pun mcm kak tie…org tanya sepatah jawab sepatah…sbb kurang faham bahasa trg. dan ianya sampai sekarang tau!…kalau cakap cepat2 lagilah dia tak faham kadang2 saya kena alih bahasa hihihi…

    • Tie
      July 20, 2009 at 4:26 pm

      Eh…. kecek terengganu yang ulu tu lagi kak tie tak faham… Rasa pening bila dengar. Bahasa kelantan masih belum lulus lagi. Kalau kecek dalam talipon dengan mentua, mesti silap faham punya.

  10. July 20, 2009 at 1:58 pm

    Tie… tengok tajuk tu suspen jer!… hehehe… nekcun pun dulu camtu gak bila mula-mula tidor umah mentua!… tapi nasib baiklah umah mentua semua dah moden, bilik air dah ada paip, so tak payah nak susah2 pakai baldi ceduk air dari telaga!… dan nasib baik pulak nekcun ni menantu bungsu, kesayangan mentua!…. hehehe… (perasannya nenek ni!…) maka masa malam pertama tu, semuanya sudah tersedia!… Alhamdulillah!… itulah untungnya kalau kahwin dengan lelaki yang nak sangat kat kita, sampai macam kena kawin paksa plak!… (kita pun sayang gak kat dia, lepas kawin ler!… hehehe…)

    • Tie
      July 20, 2009 at 4:32 pm

      Hi hi…..nekcun beruntunglah, jadi menantu yang disayangi. Tapi mesti nekcun pandai ambil hati, kan…?

      Betul tu, biarlah orang betul-betul hendakkan kita, baru dia benar-benar hargai kehadiran kita. Kalau kita sorang yang tergila-gilakan dia, takut lain pula jadinya. Samalah dengan Tie, mula sayang selepas kahwin….

  11. July 20, 2009 at 2:28 pm

    ekekek camtu la pulak ye

    tajuk kak tie ni ishh.. xtau nak click ke tak tadi HAHAHA

    • Tie
      July 20, 2009 at 4:33 pm

      Adila ni…… takkan tak kenal kak tie yang pemalu, ekekekeke……

      Lain kali, toksah takut2 nak click! Adila pun kena tau jugak!

    • July 21, 2009 at 3:43 pm

      alahai! malu lak dia..

      erk! kalau termasuk a.k.a terjengah, terintai kat sini, mesti kes terklik lah tu … kononnya ler tu. wakakakkaa

      maza: kaki sakat

      • July 21, 2009 at 5:17 pm

        ehh saje je menyakat😛

        sy kan dah bulih tgk citer yg 18sx😛
        WAKAKAKAKAKA😛
        tp kena usya line la.. kang tetiba pulak adik yg xcukup umo tu join skali.. haaaa😛

        issskkkkkk maza ni.. kasi chance la sy nak jadik innocent😛 wakakakaka

  12. July 20, 2009 at 2:49 pm

    Kak tie…tajuknye pun ada 1001 makna tu, tapi rasanya majoriti peminat kak tie terbayang makna yg satu tu je :-p (btul tak kwn2..) Kelakar baca komen pasal katil tu, susah nk lari terjun ajeeee

    • Tie
      July 20, 2009 at 4:35 pm

      Err….. ada ke peminat mokcik ni ?? Uwaaaa……… takut pulak!!

      Terjun ? Eh…… tak boleh laa… lantai bilik tu berbunyi, dan macam dah reput je. Kang silap2 terus berlobang lantai tu, hu hu….

  13. ain
    July 20, 2009 at 4:10 pm

    saya pulak menantu bongsu..so lebih byk melihat, mendengar dpd nak tunjuk terer bab ke dapur ke, kemas2 ke. pas tu abg ipo sekeluarga dok ngan mak mertua. lg2 la tok leh nak mandai2. kena hormat tuan rumah.hihihihi

    psst…sy suka katil ada kelambu..privacy sikit.kihkihkihhhh

    • Tie
      July 20, 2009 at 4:38 pm

      Oooo….. menantu bongsu…,

      Kak tie ni memang jenis pendiam. Tapi, rasa terpaksa nak sibukkan diri sebab rasa tak selesa bila tengok je. Kalau kak tie diam, mentua pun diam. Untuk ‘break the ice’ kak tie kena ramah tanya itu ini…..

      Amboi…. Ain ni…. dalam bilik pun nak privacy lagi ke ?? Waaakakakaa…….

  14. July 20, 2009 at 4:28 pm

    kak tie ni ada jer idea nak cerita, kenangan yg manis….masa mula2 kahwin dulu tak berani nak lebih2 tau kak tie, maklumlah kita org luar….sekarang ni pun kalau diorang cakap laju2 mmg kantoiii…melopong jelah makcik ni. he he he ….

    • Tie
      July 20, 2009 at 4:42 pm

      Ye laa… kita ni orang luar. Kena pandai ambil hati, Milla….

      Kalau kak tie setakat tengok je, orang akan kata sombong. Kak tie ni dah lalui pelbagai ragam manusia. Orang selalu buruk sangka pada orang yang tidak dikenali. Kak tie kena rajin-rajinkan diri, kerana bukan nama kak tie je yang terbabit, tapi nama mak, ayah dan orang Johor juga…. Lagipun, kita sebagai menantu kena anggap mentua kita seperti ibu kita juga, walaupun dia tidak suka.

      • July 22, 2009 at 3:05 pm

        hu hu hu….milla ni dahlah org luar, bukan menantu pilihan pulak tu. ada jer lah yg tak berkenan, tapi takpelah kak tie oiiii…sabo jelah. Pandai2lah kita jaga nama kita, keluarga kita….

        • Tie
          July 22, 2009 at 4:17 pm

          Betul betul betul !!!

  15. July 20, 2009 at 7:58 pm

    alahai tajuk..saspen ajer!!!

    • Tie
      July 20, 2009 at 8:31 pm

      Ni mesti ingat lain, waakakakaa….

  16. July 20, 2009 at 8:05 pm

    hehe..tengok title cepat2 je klik (adila tipoo je tu)..hehehe

    katil kat rumah syd tu mak dah tukar pesen yng ada tiang tu..sampai2 bilik anak teruna dia pun mcm bilik pengantin gak..hahaha..

    kalau mandi pakai telaga alamatnya sampai isyak pun x habis2 la..penah cuba di telaga mahsuri dulu waktu kecik2..tapi xpernah pass..hahaaha

    • Tie
      July 20, 2009 at 8:35 pm

      Katil bertiang ? Senang nak bubuh kelambu glamour kot! Ni mesti mak sayyid tak sabor nak dapat menantu, ekekekekee………😀

      Kak tie kalau mandi air telaga ketika musim hujan tu, mesti termenung dulu…. sejuk macam air ais laa….

    • July 21, 2009 at 3:51 pm

      aku setuju sayyid.. adila tipooo aje tu.. hehehe

      wink! wink! wink!

      wakakakkaka

  17. irfat
    July 20, 2009 at 11:22 pm

    waaa,,,
    cool ah entry nih,,
    hihihi,,,

    tajok bkan main lagi ye,,
    hehehehe,,

    fuuhh,,
    mcm best je bunyinye,,
    ni yg tak sabo ni,,
    kui3,,
    =)

    nati nak bli katil yg sekelilingnye ade penghadang la,,
    mcm boxing gitu,,muahahaha,,uuppss,,
    (”,)

    • Tie
      July 21, 2009 at 8:38 am

      Tak sabor apa pulak ?

      Tu kena abiskan study,
      cari kerja dulu,
      kumpul duit….
      baru boleh fikir pasal malam pertama tu, ekekekeke…..

      Ooo…memang lelaki suka katil gitu, ekk? Senang nak gusti, ke ?? Waaakakakaka…..:mrgreen:

      • July 21, 2009 at 3:41 pm

        kalau den tak kuasa nak berpagar sakan.. rimas la.. hehhehe

        pakat serah diri, mcm surrender udah ler..penat nak lari sana, lari sini… ngabiskan tenaga aje… tak bawak pekdah kaedahnya gitew!

        hehehe kalau tak nak serah diri, angkat tangan.. iyea udah, tak nak sudah! huhuhu…. den cari yang nak gitew!

        wakakakak

        • Tie
          July 21, 2009 at 9:17 pm

          Alaaa…….

          Seronok apa… main2 belon acah atas katil!!

          Waakakakaa…..

        • July 22, 2009 at 1:00 am

          roboh woii roboh! tak pasal2 keesokan hari ada yg masuk spital!

          bila org tanya, pengantin baru tertolan besi kato eh!

          wakakakak

  18. July 21, 2009 at 12:03 am

    mm,bestlah cerita kak tie.. mm,saye pun menantu dr luar jugak..family suami org besut so kecek kelate gakla..tp yg bestnye sib baik diorang nak cakap melayu biase ngan kita..hehe..

    jd menantu bongsu kire bertuah jugakla.. banyak diberi tunjuk ajar.. macam2 lah kisah lucu terkantoi bab masak memasak ni ngan mak mentua..hehe, tp adatla.. lame2 mesti kite dgn sendirinya boleh masak n nguruskan umah dgn baik kan..? : )

    • Tie
      July 21, 2009 at 8:41 am

      Baguslah , Nadine diterima dengan baik sebagai sebahagian dari keluarga mentua. Moga2 hidup bahagia sepanjang hayat.

  19. July 21, 2009 at 12:10 am

    Wahhhh Kak Tie…..

    Betul ke apa yg sy baca dan lihat di sini…..
    MALAM PERTAMA……1st NIGHT gitu!!!
    Cool sungguh Akak Tie ni….mlm pertama kene cuci pinggan mangkok.

    Katil mcm tu mmg klasik and antik…..sy suka sgt.
    Hihihihi…..

    • Tie
      July 21, 2009 at 8:42 am

      Haaa…… lagi sorang suka katil gini…!!

      Boleh cari laa…hehe…

  20. July 21, 2009 at 12:50 am

    mcm2 kisah 17thn yg lalu.
    bila diingat2 balik mesti fun..
    sekarang Kak Tie dh fasih kecek kelate ar..?
    hehe…

    • Tie
      July 21, 2009 at 8:43 am

      Taklah fasih, Pearls…….

      Tapi, dah faham sikit-sikit. Ada lagi perkataan yang kak tie masih blur lagi, hi hi..

  21. kin
    July 21, 2009 at 7:46 am

    Saspen je la tajuk entri ni kak tie..hehhe…

    rupa2nya kenangan awal2 jadi menantu… nasib baik manis2 je kenangan tu, kan😉.

    • Tie
      July 21, 2009 at 8:44 am

      Ingat yang manis-manis je Kin……

      Yang pahit tu Kak tie telan je……

  22. July 21, 2009 at 9:46 am

    malam pertama mestilah malam yang tak dapt dilupakan seumur hidup.

    • Tie
      July 21, 2009 at 9:18 pm

      Tentu sekali.

      Masih segar diingatan😀

  23. kutaksempurna
    July 21, 2009 at 2:50 pm

    alamak!!!

    takut la angie klu dpt cik abg org kampung..

    mama tak pe la.. gheti gak ketuk2 kuali… angie ni, ketuk pinggan pun tak lepas lagi…

    hihihihi..

    errr… mesti sejuk mandi air perigi kan..
    mujur mak mertua baik😀

    psssttt… kenapa nak main lari2 kat katil?? errr… hihihi… kurang paham😛😛

    • July 21, 2009 at 3:39 pm

      nak faham, nikah dulu..

      wakakakaa

    • Tie
      July 21, 2009 at 9:23 pm

      Tu laaa…….

      Masa kecik2 tak nak main pondok2…

      Asyik main power rangers dengan CC tu je….

      .
      .
      Mama memang suka main acah2 kat katil. Papa pun suka, ekekekeke….. Bagi panaskan engine dulu, waakakakaa……..

      • July 22, 2009 at 1:01 am

        aik! itu macam ka? barulah den faham muslihat eh!

        wakakkakaka

  24. July 21, 2009 at 4:26 pm

    Rentetan cerita malam pertama ini, maza pun nak buat cerita malam pertama maza…hehehhe

    versi best2 gitew..
    yg real punya…

    ada berani jom ke gubuk maza itew.. di http://www.mazaaida.blogspot.com

    jangan lupa, baca sekali cerita ‘Kelab Jiwa Luka” wakakakkaa

    • July 21, 2009 at 9:09 pm

      Wahhhh Maza, siap promote citer “Kelab Jiwa Luka” kat sini. Famous amos sungguh. Mcm biskut Famous Amos gituuu!! Syabas… kembangkan sayap ke merata pelusuk.
      🙂

      • July 22, 2009 at 1:03 am

        Den belajar dari ekau gak lah gitew! hehehehe.

        promote salon den kek blog, apolah salahnya kan? kan!? kan!?

        hehhehehe

    • Tie
      July 21, 2009 at 9:24 pm

      Tie dah baca laa…

      Amboi… siap promo kat sini lagik!

      Ni kena bagi komisyen tau !!

      • July 22, 2009 at 1:03 am

        aik! den dah bagi dah ekau komisyen… paragraph pertamo laie den sobutkan tu ha..

        wakakkakaka

  25. July 21, 2009 at 4:36 pm

    uiks.. post den dah ilang lagi.. aderkkk

    makcik Tie, den punyo komen dah ilang,. ado iklan ponting tu ha… wink! wink! wink!

    • Tie
      July 21, 2009 at 9:26 pm

      Dah termasuk dalam Spam!!

      Tu laa…. pandai sangat promo kat sini… terus ditapis oleh En Askimet!!

  26. July 21, 2009 at 5:08 pm

    Hehe…
    Sabar je la kak tie nih. tergelak sendiri su baca entry kak tie nih.

    Dah 17 thn, mesti dah boleh kecek kelate dgn fasihnya. Kan…?

    • Tie
      July 21, 2009 at 9:27 pm

      Boleh kecek sikit-sikit je…hi hi…

  27. Kak Long
    July 21, 2009 at 6:00 pm

    Tie,
    Sekarang ni bila jengah bilik pengantin, tengok orang dah pakat nak pakai katil fesyen dolu-dolu pulak.
    Kalau katil antik Tie tu nak jual, mesti hangat di pasaran. Wakakaka….

    • Tie
      July 21, 2009 at 9:28 pm

      He he he…..

      Kelakor laa…. zaman makin moden tapi nak jugak yang dulu-dulu, ya…hi hi…

    • July 22, 2009 at 1:05 am

      Kalau Tie juallah katil dio tu kak long, alamat maza sogan nak bolikan..

      apo tidak eh! takut malam-malam lak si Tie skodeng den tengoh buek an terlontang gayo kuak kupu2.. ah! malu ah!

      hehehehe

  28. July 21, 2009 at 10:02 pm

    Salam Tie.

    Lama tak ‘jumpa’…browsing tengok tajuk bukan main gempar…

    • Tie
      July 22, 2009 at 7:36 am

      Salam kak!!

      Hi hi…. Tie ni dah nanyuk betul!! Terlupa nak bubuh blog akak dalam bloglist tu…. sebab tu tak rempit ke situ… sorrylah….

  29. July 22, 2009 at 1:37 am

    hehe..lawak je bila teringat balik..
    saya tak kuar bilik pun lepas dah penat2 basuh periuk belanga siang hari. Makan malam pun tak..punyelah malu nak kuar bilik malam tu. Terpaksalah hubby hantarkan makanan dlm bilik hihi..

    Keluarga mertua pun tak kata ape sbb dia tau saya ni mmg pemalu gimau orgnye hehe…alhamdulillah diorg semua memahami perasaan saya masa tu..amik masa nak mesra gitu..

    Yg kelakarnye malam tu sejuk tapi nak peluk segan pasal hubby dah tido mati hehe..tapi bila dia terjaga dia tanya nape berselubung ni..saya katalah sejuk..barulah dia peluk huhuhu…tapi tak selesa lak sbb rasa janggal je hihi..

    Saya ni jadi menantu yg terlampau manja gitu. Dah ler takde kepandaian ape pun..takat ngadap komputer ni retilah hehe..memasak hmm..hubby tak kasi pasal dia nak rasa masakan mak dia bila balik kg sekali sekala tu jadi saya takat tlg sikit2 je ler..yg lebihnye tido hihi..

    • Tie
      July 22, 2009 at 7:49 am

      Uwaaa…….. lucunya nrina ni…. :p

      Bab peluk-peluk ni…ekekekeke…… kak tie dari kecik lagi memang tak jauh dari bantal peluk/golek. Sampai sekarang pun bantal peluk tu mesti kak tie chop dulu.

      Amboi…. menantu manja rupanya. Kalau jadi menantu mentua kak tie dah tentu awal2 lagi kena balik dengan kuali!!! Waakakakaa………..

      Menantu di kelantan ni (tak tahulah negeri lain), macam dihina sikit. Selalu dan sentiasa dianggap menantu (sampai mati kot), walau baik macam mana pun seorang menantu, macam ada buruk sangka je… meranalah sikit.

      Tapi kak tie tolak tepi perasaan tu…. sebab yang penting suami kita sayang dan percayakan kita. Kisah hitam tu sentiasa segar dalam ingatan. Kak tie cuba nak lupakan dan maafkan… tapi, kerana sentiasa dicurigai, kak tie akan teringat semula. Mentua pernah puji kak tie… ya laa… kita sampai dari johor, dengan pinggang separuh reput, pun kena masuk dapur masak untuk semua orang…

      Kak tie menangis dalam hati je. Tak mengadu pun pada abang, sebab kak tie tau, mesti abang marah kat mak dia. Kak tie tak suka konflik, jadi makan hati je laa…..

      Tapi Nrina, ada satu peristiwa yang buat mentua rasa terharu . Satu hari, dia sakit, tak boleh bangun pun. Tie tak dapat balik cepat…. dah 4-5 hari dia sakit, baru suami dapat cuti. Masa Tie jumpa dia tu, Tie sentuh dia, belai dia… Tie nampak airmatanya mengalir…. Lepas itu, barulah dia berubah sikit, dan nampak selesa dengan Tie. Agaknya dia mula sedar, yang menantu hodoh dia ni manusia biasa je….hu hu…

      Err….napalah Kak tie luahkan perasaan di sini, ekk? Dah buang tebiat, kot!!

      • July 22, 2009 at 4:07 pm

        no komen!

        nak komen menantu dan mertua org kelantan ni, terpaksalah maza cari gadis dari sana! hmm any one?

        hehehhee

        • Tie
          July 22, 2009 at 4:21 pm

          Maza ooii…!!

          Janganlah nak berangan!!

          Jagalah yang sorang tu baik2…!! Jangan cari bala pulak!!

  30. July 22, 2009 at 7:22 am

    Tajuknya bahaya juga..

    Apapun hati-hati ya.

    • Tie
      July 22, 2009 at 7:51 am

      Ooo….jangan bimbanglah Farid.

      Kak tie cuba berhati-hati dalam menulis. Cuma, kekadang, terasa sangat untuk luahkan sesuatu. Biarlah ada orang kutuk pun, kak tie redha. Kalau orang tak suka, kak tie lagi tak suka. Kak tie dah letih puaskan hati semua orang.

      Alamak! Hari ni teremo lagi…..hu hu…

  31. July 22, 2009 at 8:16 am

    tie….masa chekdee kawin dulu….. chekdee study lagi …so… malam pertama…tak ada katil cantek…tak ada bilek romantik…… ukhussss….. kami bersama dirumah maksaudara hubby……menunpang sehari dua dibilik bujang….. tapi alhamdulillah….sekarang usia perkahwinan dah nak masuk 24 tahun……. alhamdulillah….

    • Tie
      July 22, 2009 at 4:22 pm

      Ooo…ye ke ?

      Boleh juga gitu, ekk? Tentu susah nak urus rumahtangga dan nak study lag….

      Moga2 terus kekal bahagia… :p

  32. Tirana
    July 22, 2009 at 9:03 am

    Di blog Maza pun cerita kisah malam pertama…hehehe..Adehhh..macam2 pengalaman malam pertama ye..Tapi yang ketaranya memang “malu”..malu dengan semua orang..ekekeke

    • Tie
      July 22, 2009 at 4:28 pm

      Pokcik tu jeles kat entry ni, hi hi…..

      Memang malu…….. maklum laa, pertama kali…ekekeke…

  33. cpj
    July 22, 2009 at 10:54 am

    tajuk n3 kak tie sungguh mendebarkan dada saya…duk..dak..duk..dak..duk..dak..ekekekekeee nasib baik bukan cerita pasal katil yang berhias tu….ekekekekee…

    • Tie
      July 22, 2009 at 4:35 pm

      Alaaa…… janganlah pura-pura debar….ekekeke…..

      Kot-kot, excited terlebih!!

      Cikgu bila lagi ? Teringin gak nak tahu kisah malam pertama cikgu…di rumah mertua laa…hi hi…

  34. nekPP
    July 22, 2009 at 8:25 pm

    ktie..hanghat n3 nihh..nekpp tak mo ketinggalan jugakkk wakaka

    suka ayat nihh..TAK SUKA KATIL BEGINI, SUSAH NAK LARII..ekeke
    kontrol macho ooo ktieee katil cam itewww ahaks..tiang 4 tuhhh!!;)))

    • Tie
      July 22, 2009 at 10:16 pm

      Eeeeehihihi…..

      Memang rasa terkejut tengok katil begini..!!

      Macam nak dera je, ekekeke…. dasat!!

  35. July 24, 2009 at 9:59 am

    kak tie hehe..baru baca balasan tu..

    tak sangka kak tie ada pengalaman pahit jadi menantu ni..
    ingatkan dlm ibu mertuaku je hehe..

    agaknya kalau menantu tu org kelantan jugak..dia tak buat camtu kot..agaknyelah..sbb kat kg saya ada satu keluarga dia dari kelantan tapi tinggal kat melaka..anak2 dia diwajibkan cari menantu kelantan jugak..kalau ade dari negeri lain..mesti tak mengaku anak agaknye..tapi dok melaka..hampeh je hehe..

    alhamdulillah saya dapat org melaka jugak jadi senang nak balik raya dan penerimaan keluarga mertua amatlah baik pada saya walaupun saya tak tau ape2 hehe..mungkin pasal suami saya yg paling berjaya dlm keluarga jadi diorg tutup mata kot hehe tapi saya pun bukanlah jenis amik kesempatan..pandai amik hati jugak hehe..takat ni sy jadi menantu yg huru harakan rumah dgn anak2 hehe..

    • Tie
      July 27, 2009 at 6:00 pm

      Ooo……maaflah Nrina. Kak tie tak sengaja nak cerita keburukan orang di sini. Cuma, kekadang tak dapat nak menahan luahan hati… Kita ambil pengajaran laa… Esok2 bila kita jadi mertua, jangan pandang serong pada menantu. Kebetulan Nrina tu bakal dapat 3 menantu perempuan pulak tu…ekekeke…..

  36. July 28, 2009 at 8:39 pm

    Bak kata perpatah…masuk kandang kambing kita mengembekkkk…masuk kandang hrimau kita mengaummm….dan lain padang lain belalangnya…Yang penting bagaiman kita ingin mensesuaikan diri..Ini semua dtg dari attitude kita yang sediada..

    bye n salam

    • Tie
      July 29, 2009 at 8:51 am

      Memang kena menyesuaikan diri. Cuma pemikiran mereka tu lain macam sikit. Kita pulak jadi penasihat, tak suka dengar yang buruk2. Kena selalu fikir yang positif je….

  37. Blog Resipi
    August 6, 2009 at 12:00 pm

    Katil palang susah nak lari? akak nak lari pegi mane? hehehehhee

    • Tie
      August 6, 2009 at 12:21 pm

      Malu laa….ekekeke…..

  38. August 24, 2009 at 12:36 pm

    uwaaaaaa… scary gak! if turn saya nanti macam mana agaknya.. =((( hehehe… tapi pasal katil susah nak lari tu kelakau la kak tie! ;P

    Kak Tie – Sabor …….. Nanti bila dah lalui malam pertama tu, boleh cerita kat kak tie, ekekeke……

  39. wani
    December 19, 2009 at 4:14 pm

    tgok tajuk “malam prtma”! fuh terus excited n click! Nk tgok jgk ape isinye.tp okeyla cos bertapis hahaha….Sya ni kecik g kak tie, bwu nak msuk umo 21 thn .Ehmmm, tk sbar jgk nk hdapi detik2 mendebarkan tu, huahuahua…Ntah mcm mana nanti.Emm, lambat lgi kot tk taw ble…Sabarje la menunggu..huhu

    • Tie
      December 23, 2009 at 7:41 am

      Amboi… suka ya cerita malam pertama, hehe..

      Muda lagi tu. Ada banyak masa untuk belajar. Perkahwinan ni satu ibadah dan tanggungjawab. Terutama kita kaum wanita, nak jaga diri, jaga suami, anak2 dan rumah lagi. Kira manager sepenuh masa laa…

  40. April 29, 2014 at 10:19 pm

    Good day! Do you use Twitter? I’d like to follow you if that would be ok.
    I’m absolutely enjoying your blog and look forward to new posts.

  41. April 29, 2014 at 10:20 pm

    I am sure this article has touched all the internet users, its really really good paragraph on building up new blog.

  1. December 23, 2009 at 12:05 am

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: