BMF

 Kempen #BMF ini mengingatkan saya betapa sukarnya untuk dapatkan kerja lebih 30 tahun dahulu.

Setiap kali saya buat panggilan talipon, yang menjawabnya akan tanya samada saya boleh speak mandarin atau chinese.
Rasa nak hempas je talipon tu. Dulu tak ada hp, ya.

Akhirnya dapatlah panggilan temuduga. Sebuah kilang , owner singaporean chinese. Memang boss sengaja nakkan melayu, tapi yang boleh berbahasa english. Saya hentam ajelah, janji dpt kerja.

Kerja di sana saya dpt tahu beberapa rahsia. Mula2 saya rasa pelik kenapa produk yg sama tapi ditinkan beberapa jenama, dan ada yg ditinkan sebagai produk premium. Maksudnya lebih mahal lah kan. Lama2 baru faham.. Strategi perniagaan rupanya. Bagi saya ia satu penipuan. Apa boleh buat, masa tu saya tak berapa cerdik. Diam dan tak ambil peduli. Nasib baik bukan produk makanan. Ada juga terfikir, kilang2 lain bagaimana pula. Mereka buat begitu juga kah?

Kerja di makmal ni menarik, tapi kekadang stress. Boss jenis percayakan saya, resepi produk, saya yg simpan dan uruskan. Bila saya nak berhenti kerja, boss pujuk, nak naik gajilah dll. Saya tekad nak cari kerja lain sebab risau hari2 sentuh dan hidu wap bahan kimia. Takut anak2 saya mutant ke apa… Macam2 terbayang2 dlm fikiran. Alhamdulillah semuanya ok, cuma perangai yang sorang tu macam pelik jer.

Dapat kerja di sebuah syarikat jepun, tapi kena pakai skirt. Boss kata boleh pakai stokin panjang, cuma saya tak sanggup, rasa aneh pakai tudung tapi berskirt walaupun skirt labuh sikit dari lutut. Saya buat2 keras kepala (sebenarnya saya penakut) minta nak pakai uniform kemeja dan seluar panjang seperti pekerja admin lain. Padahal kemeja lengan pendek, masa tu masih jahil tentang aurat.

Kerja tak sampai setahun dah nak cari tempat lain. Bukan apa, rasa stress lagi. Tak suka konflik. Kat sana ada ramai boss. Masing2 macam nak jatuhkan sesama sendiri. Jadi pekerja di dept tertentu akan terkait sama. Pantang silap ada lah yang mengadu boss masing2. Dah macam politik. Rasa seperti sedang pijak atas kaca setiap hari. Terus cuba cari kerja di bandar JB.

Syarikat cina ni lagi haru. Ada banyak anak syarikat di bawahnya. Masa datang temuduga seperti biasa saya hentam jer berbahasa English. Bila ditanya boleh guna komputer, saya angguk saja. Lepas tu terkial2 belajar sendiri masa lunch. Asal boleh guna words dan excel boleh senyum dah.

Saya diletak dalam syarikat nama melayu. Bila saya semak, “boss” seorang pakcik yg dah pencen, gaji rm1000 kalau tak silap. Mula2 saya hairan kenapalah pakcik tu selalu lepak kat lobby sembang2 dgn receptionist. Rupa2nya memang tu kerja dia.

Saya dah mula faham, sykt ini sengaja tubuh sebuah sykt bumiputera, untuk dapatkan tender. Semua melayu diletakkan dalam sykt ini. Cuma 5 orang termasuk saya dan cleaner. Yang pakcik dan sorang lagi hanya mandur kat site, walaupun jawatan dalam sykt hebat2 bunyinya.

Agak2 berapa banyakkah syarikat “bumiputera” sekarang, ya? Hmmmm…

Leave a comment