Satu masalah

Err… bukan kecurian wang tapi tang ular tu. Suka sangat masuk rumah ni. Baru je petang tadi abang kita perasan ada ular dok berbelit di tangga atas. Adoi laa… macam duduk dalam zoo lak! Yang kita ni molek je naik tangga terkedek-kedek tanpa sedar kehadiran ular tu.

Entahlah sejak bila ular tu ada di situ pun Tie tak tahu. Tapi malam tadi ada dengar sangkar cookie(the hamster) tu bergegar macam nak roboh, cuma Tie malas nak check sebab dulu pernah tengok dia gigit pagar besi tu macam kena sawan. Pastu dia tidur semula. Agaknya ular tu nak ngap siCookie kot. Hmm…. Cookie ni pun satu, kalau boleh cakap kan senang… huhu…

Masalahnya bila halau ular tadi, ia terus je masuk dalam stor. Haru betul. Stor tu dah macam tongkang pecah. Gelap gelita tanpa lampu. Macam mana lak nak suruh ular tu keluar, ekk?

Sekarang ni Tie cuma sendal bawah pintu tu dengan harapan ular tu tak keluar merayap malam karang. Boleh ke kita kurung ular tu sampai mati ? Setahu Tie jangka hayat ular ni tanpa makan atau minum agak lama, berbulan-bulan.

Atau ada ke sesiapa sanggup masuk dalam stor tu cari ular tu. Nak panggil orang pun serba salah. Takut kalau apa-apa terjadi, kita pulak yang kesal.

Boleh ke kita perangkap ular, ekk? Macam perangkap tikus tu.. Tapi nak guna umpan apa ?

Ooo….. bila tengok Cookie, ada juga terfikir, ekekekeke….. Ish.. tak de la, kita tak kan jadikan Cookie kita sebagai umpan. 😛

 

 

Tak sempat nak snap gambar ular tadi. Jadi kita paksa cookie posing kejap!

 

Bukan jelmaan toyol

Oktober 8, 2010

Tie pernah menceritakan kisah kehilangan wang sebelum ini. Pelbagai reaksi Tie terima. Ada yang bersimpati, ada yang memberi bermacam saranan untuk mengatasinya dan ada juga yang memandang rendah terhadap Tie sekeluarga. Ye laa… seolah-olah kami ni tidak mengamalkan ibadah dengan sempurna. Siapalah kita, kan….

Buat pengetahuan semua, bukan kami sekeluarga sahaja yang mengalami masalah begini. Ada yang jauh lebih alim dan warak lagi (dari pandangan Tie ) pun kecurian. Ada juga yang tak berani bersuara kerana takut ahli keluarga sendiri dituduh melakukannya..

Begitulah sifat manusia, bila ada orang dalam kesulitan, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkannya, bukannya membantu. Dan lebih sedih lagi, sampai huru hara anak-anak  dipukul,  kerana disangkanya mencuri wang ibubapanya.

Setelah beberapa lama, kami selidik dengan bantuan seseorang, juga dengan ikhtiar sendiri, barulah Tie tahu. Yang mencuri wang kami bukannya Jin yang menjelmakan dirinya sebagai toyol (budak kecil bogel yang berwarna hijau tu).

Jin yang diarahkan mencuri wang kami adalah kepunyaan seorang wanita yang tinggal berdekatan. Tak tahulah samada dalam quarters ni, tapi yang pasti, dia mulakan operasinya lebih kurang 2 tahun yang lepas.

Jin yang dibelanya ini ada 2 ekor. Ia boleh mengubah rupa bentuknya kepada anak-anak kita  dan kadang kala dalam bentuk dirinya yang hodoh (malas agaknya).

Jin ada banyak kelemahan. Jadi, janganlah kita terlalu takut padanya. Yang penting kita kena yakin yang Allah sentiasa membantu kita yang dalam kesulitan.

Mula-mula untuk mengelakkan wang dari dicuri, Tie ikat getah dahulu. Masukkan dalam sampul, simpan dalam tempat tertutup, dalam peti ais.. dan entah apa lagi.. Tapi setahu Tie, toyol hanya mencuri sebahagian wang , bukan semuanya seperti yang Tie alami. Kerana itu Tie yakin Jin kepunyaan makcik keparat ni lebih teruk dari Jin Toyol.

Kali terakhir kami kecurian ketika bulan puasa yang lepas. Wang sebanyak RM200 lenyap di siang hari, kemudian RM300 hari kemudiannya. Not RM10 dan RM5 pun dicurinya. Tak pasti lak tentang not RM1…. Dalam poket seluar atau baju yang kita pakai pun boleh lesap.

Satu hari Tie tergerak hati untuk menggunakan jarum. Tie pinkan jarum kepada wang dan dompet seperti di bawah. Kekadang Tie pinkan pada bantal kecil, atau apa-apa benda pun. Semua not Rm100. Rm 50 , Rm10 dan Rm5.

.

.

 

Haa… nampak kelakar kan. Tapi setakat ini  kami tidak kecurian lagi. Syukur Alhamdulillah. Kami dah tahu kelemahannya. Ia tidak boleh ambil wang yang ‘dilekatkan’ pada sesuatu yang tidak boleh dibawa pulang ke tuannya. Cuma satu je keburukan cara begini. Duit Tie semuanya ada lubang kecil dan dompet Tie semakin buruk, ekekeke…….

Suami lagilah kelakor. Tiap kali balik dari tugas dia akan keluarkan not bernilai RM10 ke atas dan pinkan pada langsir rumah. Bila dia nak keluar barulah dia simpan dalam wallet.  Dia tak sanggup nak cucuk jarum tu dalam wallet dia, sebab punggungnya tercucuk jarum dulu, hihi..

Mesti kalian hairan, mengapa Tie simpan banyak duit, kan ? Sebenarnya tak banyak pun, dalam 2-3 ratus je. Tie dah terbiasa ada duit di rumah ni, suami jarang ada, anak-anak masih bersekolah. Jadi, kenalah sediakan wang untuk kecemasan.

Sekarang ni masalah wang sudah selesai. Harap-harap kami sekeluarga sentiasa dilindungiNya. Kami tahu, makcik jin keparat tu sedar usaha kami tapi kami tetap akan melawan dengan cara kami tersendiri dengan bantuan Allah.

Antaranya ialah sentiasa berzikir. Makhluk ni halus, jadi ia boleh meresap dalam tubuh kita. Tie sentiasa berzikir terutama sebelum tidur dan sambil berehat.

Jin suka menyerupai ular, dan pernah datang ke rumah kami beberapa kali. Macam mana nak tahu ular itu jelmaan jin ? Senang je. Kalau ular itu lari bila dihalau, menunjukkan ia adalah jin. Kalau ia melawan, menunjukkan ia adalah haiwan.

Jin ni patuh pada peraturan. Ia akan masuk rumah melalui pintu. Kalau kita pulang lewat malam, bacalah ayat kursi 3 atau 7 kali sebelum masuk. Kalau tak ia akan turut sama masuk rumah. Tujuan kena baca berkali-kali adalah kerana ia suka datang berulang. Jadi bila dah baca banyak kali, ia akan boring dan beredar… hihi..

Ada banyak lagi kisah yang akan Tie kongsikan di sini. Insyaallah, tujuannya untuk memberi sedikit pengajaran kepada diri sendiri.

~Oh ya, sebaik-baiknya amalkan pembacaan surah albaqarah ……

 

 

Damia dah besar

Masih ingat tak anak sedara Tie yang latest tu… Damia ?

Ketika berumor beberapa hari tahun lepas…..

Dan sekarang, setelah setahun lebih…..

.

.

.

 

Rezeki lagi

Cuba kalian bayangkan dapat ikan sebesar ini sebanyak 3-4 ekor. Kalau dibedung dan dikendong sebesar baby la jugak! Macam nak  pitam makcik ni  menyiang!

Kalau tak silap, ini ikan kaci……… orang pulau gelar ikan mandi abu. Lupa lak nak menimbangnya. Tapi memanglah penat  membersihkannya. Sampai luka-luka jari jemari adek!

 

 

 

Alhamdulillah, dah lama kita mengidam nak makan ikan segar (walaupun dah 3 hari dalam peti, mereka export melalui feri) . Dapat juga merasa. Duk hulu ni susah nak dapatkan ikan segar. Mujurlah ada teman-teman yang bermurah hati di Pulau Redang tu. Mudah-mudahan rezeki mereka juga bertambah.

~ Kita kelabukan bahagian tu sebab gelang kita sampai ke siku, ekekeke………. Takut ada pulak yang tak tidur malam ni nak ajak abang masing-masing ke Habib Jewels. Eh! Percaya ke ? Jangan laa………. kita gurau je.   😛

# Salam Aidil Adha buat semua. Selamat menunaikan ibadah korban kepada yang berpeluang dan hati-hatilah di jalan raya. Tie akan balik Klate pada petang raya (abe kita ada kerja lak!) . Mohon maaf zahir dan batin.

Tidur ayam

Tie ni ada tabiat pelik sejak kecil lagi. Tie jarang sekali tidur nyenyak melainkan terlalu penat. Tak tahulah kenapa, tapi selalunya akan terjaga pukul 12 malam dan pukul 3 atau 4 pagi.

Kalau dulu masa sekolah rendah lagi, bila tersedar, Tie akan mundar mandir jalan dalam gelap, ke toilet , intai lubang tingkap atau cuba dengar macam ada suara dari bawah lantai rumah (rumah quarters kerajaan bertiang zaman dulu…).

Bila dah bersuami pun gitu. Jadi memang tiada masalah nak bukak pintu tika suami balik dari kerja tengah malam atau awal pagi. Kekadang rasa segar lalu terpaksa layan mata dengan menonton tv pukul 3 pagi!

Ia dah jadi satu kebiasaan hinggalah Tie sedar sekarang. Adakah Tie ni tak normal ? Adakah ini satu penyakit ? Walaupun ia tidak memudaratkan diri Tie (setakat ini laa… walaupun dah bertahun) . tapi… tapi….. kekadang tabiat ini menyusahkan diri Tie .

Kenapa ?

Sebab , tiap malam Tie mesti nak bangun, intai keadaan anak, check samada mereka semua ada di tempat tidur masing-masing, atau check pintu dan tingkap atau dapur (siap buat air lagi , ekekeke……). Kalau Tie tak buat gitu, Tie takkan dapat teruskan tidur (rasa tak sedap hati laa…).

Agaknya bila dah tinggal berdua nanti (atau bersendirian, kalau panjang umor), adakah kita masih lagi buat ‘rondaan’ malam……. ?

Hmm……..

macam-macam kan makcik ni  . :mrgreen:

~ Kalian macam mana ? Senasib ke ?

 

Keputusan UPSR 2010

Alhamdulillah……….

Isha berjaya dengan cemerlang bersama  27 orang teman-teman sekolahnya.

Terima kasih kepada semua guru-guru SKSB yang banyak menghabiskan masa dan tenaga.

# Tunggu dia balik baru boleh tahu keputusan keseluruhan negeri Terengganu.

.

.

.

Tahniah kepada semua yang berjaya.

~ Terengganu berjaya sekali lagi. Selama 10 tahun berturut-turut pelajar-pelajar di negeri Terengganu berjaya mencatatkan keputusan cemerlang. Dan daerah Hulu Terengganu merupakan daerah terbaik dalam keputusan UPSR tersebut. Pertama kali lak tu, hehehe….

~ Err…. kita bangga jadi orang Hulu, ekekekekeke………….. Datok Ahmad Said mesti tunaikan janjinya…. (guru-guru yang berkenaan dapat bercuti ke oversea lagik! )

Kisah anak jagung

Musim jagung lepas, kita memang tak termakan jagung. Sampaikan tercicir 2-3 tongkol, lupa nak proses.

Jadi kita letaklah tongkol-tongkol jagung yang tak bernasib baik tu di luar…, kena hujan dan panas.

Kemudian…. selang beberapa minggu,

.

.

.

.

.

.

 

Tetiba tumbuhlah pucuk-pucuk yang comel. Lalu keluarlah dialog manja sepasang suami isteri , hihihi…….

“Abang, boleh tak adik tanam anak jagung tu? Nak cuba je, mana tahu hidup dan berbuah. Teringin nak makan jagung hibrid tanaman sendiri…. 😆 “

“Tak payahlah dek! Buat penat je. Jagung hibrid ni ditanam dengan benih khas.”

Hmm………

Hmm………

Tapi, sayang lak nak buang anak-anak jagung comel ni.

Err….

Aci tak kalau kita tanam sorok-sorok di belakang pokok serai tu . Agak-agak abang kita perasan tak? Boleh ke sorok pokok jagung ?

~Sepokok hanya boleh hasilkan 1 tongkol jagung (yang lainnya dibuang atau diambil sebagai baby corn). Dan satu tongkol jagung hibrid harganya RM1. Lupa lak harga benihnya… tapi agak mahal gak.

 

Berita tergempar !

Ooo….. Kita sangat suka!

Kek kita tak bantat pun!

 

 

Tapi….

Tapi….

Sebenarnya Tie ngelat sikit, hihi.. Kek yang Tie buat ni ialah kek chiffon, kek yang pertama Tie buat sejak tingkatan satu dulu, ekekeke…. Kira dah expert pun. Cuma dah lama tak buat.

Dulu , kek ni la antara cara-cara membodek mentua. Tiap kali balik kampung mesti bakar kek ni untuknya. Kekadang tak sempat, jadiTie beli je, tapi mentua ingat Tie buat sendiri, waaakakakaa. Shhhhhh…..

Kek yang Tie tak pandai buat ialah kek yang guna tepung gandum dan minyak. Kalau guna dengan butter, tiada masalah.

Walaubagaimana pun, kek chiffon ni Tie guna SRF yang Tie buat sendiri ( tepung gandum+baking powder+baking soda), sebab SRF yang biasa Tie guna dah habis. Kira first time juga la ni. Lepas ni tak perlu beli SRF yang mahal tu, hihi….

Resepinya akan Tie update di Kayteeze’s Kitchen. Sekarang ni nak masak lak!