Beras nasi dagang

Tie mula-mula diperkenalkan nasi dagang ni ketika pertama kali menjejaki negeri Kelantan, pada tahun 1992. Masa tu mak dan ayah hantar Tie sebagai menantu keempat Mek dan kami bermalam di rumah mak saudara suami. Pagi tu, kami dihidangkan nasi dagang berlaukkan gulai ikan aya (tongkol). Sedap juga. Malu-malu pun makan menambah, hi hi hi……

.

.

Inilah rupa beras nasi dagang yang kebiasaannya penduduk kelantan guna.  Berwarna keperangan, tidak melekit dan cantik sekali . Nasi dagang orang Terengganu guna beras siam @ beras jasmine yang dicampurkan dengan sedikit beras pulut. Boleh google sendiri, ya… hehe..

Cara memasaknya sama sahaja dengan cara masak nasi dagang putih. Rendam dahulu beras ni beberapa jam. Kemudian kukuslah hingga separuh atau 3/4 masak. Sementara menunggu nasi itu dikukus, Sediakan santan pekat, serai dititik, sedikit halba, hirisan bawang merah, halia dan bawang putih. Kesemuanya dimasak perlahan dan ditambahkan garam.

Nasi yang telah dikukus tadi digaul rata dengan santan tadi, jangan pulak sampai berair. Kukus buat kali kedua hingga betul-betul masak. Angkat dan hidangkan. Nasi dagang yang enak agak berderai nasinya dan tidak melekit. Tie biasa buat kari ayam kerana kurang gemar ikan  tongkol. Dan selalunya buat acar dan rebus telur itik sebagai sampingan.

Tie makan sikit je.. sebab selalunya rasa mengantuk, dan bantal tu memanggil-manggil la pulak, ekekeke…………..

.

.

.

.

Inilah nasi dagang paling ringkas.

Biasa nasi dagang Kelantan tak ada acar. Tie saja buat acar kerana ianya mudah muak. Ikan tongkol tak ada, ayam pun tak ada, daging korban ada lagi, err.. masaklah apa yang ada. Malas nak ke pasar, hihi…

.

.

~ Beras nasi dagang ni boleh dipelbagaikan….. ada yang buat serimuka guna beras jenis ni. Seperti juga beras pulut hitam yang digunakan untuk membuat ketupat daun palas.

.

.

74 Comments (+add yours?)

  1. en_me
    Dec 22, 2009 @ 09:20:00

    jap, me first kahh..

    Reply

  2. en_me
    Dec 22, 2009 @ 09:20:40

    nasi dagang ikan tongkol memang best gilerrr.. kaanns

    Reply

  3. akak
    Dec 22, 2009 @ 09:39:17

    tie,
    kirim beras nasi dagang sekampit….

    Reply

  4. hajah nafisah
    Dec 22, 2009 @ 09:47:42

    Tie,
    Nasi dagang memang sedap, blh dimakan waktu pagi, tengahari atau malam. Akak kalau nak beri kwn2 sek makan… Nasi daganglah akak buat. Sblm pergi Mesir dulu, akak hidangkan mrk nasi dagang. Maklumlah kesian mrk kena ganti kelas akak slama 4 hari cuti krn pergi Mesir. Upah… He he he.

    Reply

    • Tie
      Dec 22, 2009 @ 10:34:37

      Rajinnya Kak Hajah ni… Leceh tau nak kukus nasi… Tie ni jarang buat. Sejak tinggal di Ganu hampir 10 tahun ni barulah buat sekali ni, hehe..(sebenarnya suami tu selalu beli je kat gerai, tu yang jadi malas). Masa dok Johor dulu bukan main rajin lagi.

      Reply

  5. tedi
    Dec 22, 2009 @ 10:26:19

    jiran org ganu.. selalu buat nasi dage…
    tapi kita x reti nak makan.. ekekekeke

    Reply

  6. kaktiny
    Dec 22, 2009 @ 11:24:48

    laparla plak.. terasa cam nk makan nasi dagang kat restoran rasa timur ler tengahari nih.. hehehhe…

    Reply

    • Tie
      Dec 22, 2009 @ 14:49:51

      Tiny, kalau makan nasi dagang tengahari ni, eloklah sediakan bantal di pejabat tu.. senang nak tido, hi hi..

      Reply

  7. ima
    Dec 22, 2009 @ 11:27:29

    nasi dagang berlaukkan ikan aya memang fav ima dan cik abe…suka sgt…kebiasaannya klu raya puasa kat umah mak ima kami suka masak nasi dagang…tapi tukang buatnya adik ima lah…kalau dia masak nasi dagang memang berderai..itu yg ima suka,klu beli kt kedai kebanyakannya melekit je…hehe

    Reply

    • Tie
      Dec 22, 2009 @ 14:51:09

      Tu laa…. kak tie dah lama tak masak nasi dagang ni. Rasa kekok la pulak! Mentua Kak tie pun dah lama tak buat. Dulu tiap kali raya dia buat, tapi sejak bermenantukan orang johor ni, dah pandai makan rendang, jadi dia rajin buat ketupat daun palas tu, hehe..

      Reply

  8. maza
    Dec 22, 2009 @ 11:35:03

    rasanya hari ini nak makan nasi dagang ler. heheh

    rupa2nya, nasi dagang punya variety tersendiri.. kat Kelantan lain, Terengganu pun berbeza, kat Johor lagi ler.. huhuhu

    tapi kat Selangor dan KL ini, ramai yg tukang rasa dari bikinnyer.. heehhee

    Reply

    • Tie
      Dec 22, 2009 @ 14:54:18

      Nasi dagang Kelantan dan Ganu berbeze dari segi nasinya, lauk ikan tongkol ganu lagi sedap, hehe… Dulu biasa makan kat bandar ganu. Ada banyak gerai nasi dagang, tak terpilih…. Tapi sejak pindah ke hulu ni dah tak berpeluang lagi. Selalu makan roti canai je.. Tu pun berbeza dengan di Johor @ KL.

      Reply

  9. nazilyn
    Dec 22, 2009 @ 13:07:00

    salam…lama tak makan nasi dagang..dulu masa duduk kat mersing selalu sarap nasi dagang…lepas tu cari bantal…..zzzzzzzz

    Reply

  10. ain
    Dec 22, 2009 @ 13:51:55

    lamanya tak mkn ns dagang, 1st n last mkn 3 tahun dulu masa hantar anak sedara hubby kawin ngan org sana. since then…x merasa lg ns dagang!!!

    Reply

  11. kuina
    Dec 22, 2009 @ 14:37:31

    tie.. sy tak pernah masak nasi dagang nie walaupun sy dok berdagang..so tak berkenalan lagi la dgn beras nie… asyik dok makan kat pasar malam aja. Nanti bila ringan tangan nak masak sy pesan kat tie ya…

    Reply

    • Tie
      Dec 22, 2009 @ 15:00:27

      Laa… cubalah cari kat kedai makan . Eh, lupa lak, kuina di kedah, ekk? Kalau di Selangor atau KL memang banyak kedai makan masakan dari sini…

      Reply

  12. BudakMisteri.
    Dec 22, 2009 @ 15:30:04

    @slkm tuan n puan,wah lain dari yg lain blog,i ske,but nak ajak sesape ke blog sye ni di http://mysterygraphy.blogspot.com ,ok bye,,,

    Reply

  13. juliet
    Dec 22, 2009 @ 16:23:57

    tak mahal ke beras yg kaler perang2 tu?

    Reply

  14. iza~de~bintang
    Dec 22, 2009 @ 18:06:03

    waaa nampak menarik tu kak tie.. tak pernah jumpa nasi dagang lauk ayam… sedap tu sebab iza memang pemakan lauk ayam 😀

    Reply

    • Tie
      Dec 22, 2009 @ 19:47:06

      Lauk apa pun bpleh, Iza… Gulai udang pun okay. Cuma rempah gulainya istimewa sedikit. Rasa asamnya dan pedas.

      Reply

  15. ROSE PURPLE
    Dec 22, 2009 @ 18:20:34

    Tie, saya pun suka lauk ganu sebab kurang muak tapi makan dengan nasi kelate..acar taruk cili api kasi pedas..telur rebus tak leh tinggal, makan dengan gulai udang lagi sedap tapi masa masak kuah tu campur kari ikan sket kasi nampak cam gulai ganu..tambah plak dengan sambal ikan dengan kelapa..fuhhhh…dah telan air liur ni!

    Reply

    • Tie
      Dec 22, 2009 @ 19:49:47

      Oh ya.. lupa pulak.

      Memang bubuh cili api dalam gulai tu. Tie terlupa nak bubuh. Gulai ikan aya Terengganu ni memang sedap. Tie tak pandai nak tiru, hihi….

      Err…. pasal sambal ikan dengan kelapa tu, Tie tak pernah jumpa laa. Tak pernah pulak mentua buat gitu. Agaknya leceh, kot.

      Reply

  16. ummumishkah
    Dec 22, 2009 @ 18:22:45

    best tu kak tie! Kami kalau buat nasi dagang guna beras wangi.. tak payah campur pulut bagai.. hasil nyer sama jer dgn nasi dagang biasa tu..

    Reply

    • Tie
      Dec 22, 2009 @ 19:51:38

      Oh.. biasa orang ganu guna beras wangi. Kalau tak campur pulut, kuranglah rasa muak, ekk. Orang kata kena pandai ara nasi tu. Kak tie memang tak reti. Kukus dan ara macam buat pulut kuning tu… janji boleh makan, hehe..

      Reply

  17. pakcikli00
    Dec 22, 2009 @ 19:35:23

    Kalau weblog Pakcik sarat dengan kesah asmaradananya, weblog tie sarat dengan kesah pemakanannya. Makan untuk zahir, asmara untuk batin. Bila hariraya baru teringat zahir dan batin.

    Reply

    • Tie
      Dec 22, 2009 @ 19:54:39

      He he….

      Tie memang minat makan. Tapi tak la bermakna makan tak henti. Cuma minat segalanya tentang makan.. gambar, petua, resepi dan lain-lain yang berkaitan dengan makanan.

      Reply

  18. Zymazara
    Dec 22, 2009 @ 19:52:14

    Salam Kak Tie…..

    Sy pernah makan nasi dagang dari beras jenis ni. My friend masakan masa kiatorg di rumah sewa. Hihihihi…..

    😉

    Reply

    • Tie
      Dec 22, 2009 @ 19:56:51

      Ye ke ?

      Bertuah la tu. Beras jenis ni tak mudah didapati di luar kelantan. Kak tie tak perasan pulak di Ganu ni… Hari tu singgah pasar di Pasir Puteh, Kelantan.. Memang sengaja nak beli sebab dah lama tak buat.

      Reply

  19. somuffins
    Dec 22, 2009 @ 20:42:56

    Tie, baca tak my entry pasal beras nasi dagang yg I buang sebab dah berkepam. Sedih taw.. Sumpah terlepas pandang..

    Reply

    • Tie
      Dec 22, 2009 @ 21:46:31

      Oo… Tie ada baca, sayang… lain kali sumbat dalam fridge. Tahan lama.. Tie dulu simpan beras bario berbulan-bulan, masih okay lagi…

      Reply

  20. kenari
    Dec 22, 2009 @ 20:46:05

    knp namanya nasi dagang?
    knp mesti kaler putih dan perang?
    knp lauknya bukan ikan parang?
    knp tie selalu terliurkan orang?
    wakakakakaa 🙂

    sy suka layout baru ni….ada falling snow
    atau komet?

    Reply

    • Tie
      Dec 22, 2009 @ 22:01:17

      Jawapan :-
      . Sebab untuk orang berdagang kot, he he…
      . beras nasi dagang kelantan je yang campur color perang. Tie tak dapat google laa..
      . Nasi dagang asalnya dari Terengganu. Kat sini ikan aya (tongkol) digemari.. ikan parang banyak tulang laa….
      . Terliur ? Waaakakakaa…… Tie sendiri pun terliur tengok gambor tu, ekekeke….

      ~ Sekarang musim dingin. WordPress bagi pinjam snow sampai Jan nanti… Sejuk laa.. tu yang asyik makan, je…. hi hi.. 😆

      Reply

  21. megat
    Dec 22, 2009 @ 21:32:58

    oh dah lama betul tidak merasa nasi dagang pure buatan kelantan. tiba-tiba baunya menyingkap memori.

    Reply

    • Tie
      Dec 22, 2009 @ 22:04:54

      Hmm… tak semua orang pandai buat. Sebab leceh dan kena ada skill ‘mengara’. Nak buat kuahnya pun kena pandai rasa.

      Reply

  22. terapimasayu
    Dec 22, 2009 @ 22:54:34

    Apasal disebut nasi dagang ?

    Reply

  23. zareda
    Dec 22, 2009 @ 22:56:24

    tak berapa suka nasi dagang sebab zar tak makan ikan tongkol.. ehheh tapi kalau gu dengan ayam.. laju jugak

    Reply

    • Tie
      Dec 23, 2009 @ 09:53:52

      Tie pun kurang gemar ikan tongkol ni. Tapi, kalau orang pandai masak, memang sedap gulai nasi dagang. Ikan tongkol tu dikukus dulu dengan asam gelugor (asam keping) dan garam… Dalam gulai tu ditambah lada kering mesin dan lada kecil. Pedas tapi sedap.

      Reply

  24. Kak Long
    Dec 23, 2009 @ 01:39:05

    Tiba-tiba je malam ni teringin nak makan nasi dagang.
    Tapi kalau dapat pergi terengganu makan kat rumah Tie lagi sedap….

    Reply

  25. ijan
    Dec 23, 2009 @ 05:18:19

    Salam Kak Tie,
    Cedapnye nasi dagang… kt rumah mak kite, nasi dagang ni muncul sekali setahun time raya jer.hehehe 😀

    Reply

  26. izan
    Dec 23, 2009 @ 06:45:04

    k tie,

    zan pun sebab diajar makan bila dah dewasa… memang susah nak jadikan kegemaran. cuma sesakli ada yang membuatnya zan sekadar merasa tapi tak boleh nak menambah sebab rasa muak tu…

    tapi nak buat tuk hidangan memang susahlar… sebab takda beras sebaik dikelantan.. gred kat sini biasa2 aje… suka gak nak belajar buat nasi ni.. bahan je yang tak ada.

    Reply

  27. ROSE PURPLE
    Dec 23, 2009 @ 10:06:28

    Pagi tadi otw to office radio sinar pasang lagu nasi dagang nyanyian rosmaria..dalam lagu tu kata “Asal usul dinamakan dagang – gulai satu dan tak berlebihan”. Smalam baca entry tie pasal nasi dagang, pagi ni dengar lagu nasi dagang..memang sah cuti krismas ni kena pegi cari kedai kelantan yang jual nasi dagang tapi kat KL ni nasi dagang dia lembik. Kami panggil “pecah perut” nak makan banyak tak boleh cepat muak..saya suka yang berderai boleh makan bertambah.

    Reply

    • Tie
      Dec 23, 2009 @ 10:27:28

      Ooo… ye ke ?

      Dah lama tak dengar laa. Tadi bukak youtube tengok video clip rosmaria nyanyi lagu tu. He he.. kelakar pulak.

      Tu laa.. tak ramai yang pandai masak walaupun bukak kedai makan. Kami ni kalau nak makan di luar, kena hati-hati. Silap-silap masakan yang dihidangkan lebih teruk dari masakan kita sendiri. Entah macam mana mereka boleh berniaga begitu. Anak Tie langsung tak nak beli nasi di kantin sekolah. Katanya tak sedap. Pandai pulak rasa budak tu..

      Tie rasa, mereka tu tanak nasi, bukan kukus. Sebab tu melekit dan tak berderai. Kadang-kadang orang berniaga kedai makan ni main tiru-tiru je.. tak pandai masak pun.

      Reply

  28. nahmy
    Dec 23, 2009 @ 10:27:22

    saaahhh!!….esok pagi memang kena cari nasi dagang buat breakfast…adusss

    Reply

  29. KakChik
    Dec 23, 2009 @ 11:31:23

    salam kak tie.
    hari ni kakchik sekeluarga berjamu nasi dagang.
    kami tanak nasi guna beras putih je tapi jenis utk nasi dagang juga sebab beras merah dah habis.

    Reply

    • Tie
      Dec 23, 2009 @ 11:33:44

      Kak tie beli beras tu di Pasir puteh, dalam perjalanan balik Ganu. Nampak juga beras putih nasi dagang… saja nak guna beras ni.

      Tapi kan, gulai nasi dagang ganu, kak tie rasa lebih sedap laa.. KakChik pernah rasa tak?

      Reply

  30. cpj
    Dec 23, 2009 @ 23:40:01

    cpj suka makan dengan lauk ikan tongkol(ikan kayu).Suuurrrpp!…sedapnya.

    Reply

  31. Anyss
    Dec 24, 2009 @ 11:51:59

    Salam,
    Tetiba je teringin nak makan nasi dagang. Kena balik kelate ke ni? Alahaiiiiii

    Reply

  32. Abg Din
    Dec 26, 2009 @ 18:26:18

    bukan rosmaria ke yg kenalkan nasi dagang ne…

    Reply

    • Tie
      Dec 26, 2009 @ 18:30:39

      Betul tu. Nasi dagang semakin popular bila Rosmaria dendangkan lagu tu… Tie pun mula tahu hal nasi dagang ni kerana tu.

      Reply

  33. nadinezuharra
    Dec 27, 2009 @ 10:03:27

    emm,sedap kan kak tie nasi dagang..mujur mentua kite pun orang ganu jadi merasa lah makan pagi yang sedap2 setiap kali balik sini.. 🙂

    Reply

  34. kin
    Jan 05, 2010 @ 06:34:55

    baru pagi tadi makan nasi dagang. yum yum…hasben, anak2 seme suka. seronok..hehhe.. antara ilmu bes yg saya dapat sepanjang duduk sini; belajar buat nasi dagang sendiri..hehehh..

    Reply

    • Tie
      Jan 05, 2010 @ 07:18:27

      Wah…. kin pandai buat nasi dagang, ya.. kak tie tak berapa pandai, mungkin kerana tak boleh makan banyak. Cepat ngantuk laa..

      Reply

  35. zaharim bin rajab
    Apr 08, 2010 @ 12:48:27

    kalau orang kelantan nasi nye beras nasi dagang dia pakai…kalau belah ganu banyak pakai beras wangi….masing – masing ada kelebihan sendiri….

    Reply

  36. zaharim bin rajab
    Apr 08, 2010 @ 12:51:43

    yang penting ikan aya tu rebus dulu campur nisan keret dll. ikan jgn keras dan manis sikit…betul x?

    Reply

    • Tie
      Apr 08, 2010 @ 13:19:39

      Haa… memang mentua ajor gitu. Dia orang klate. Namun gulai nasi dagang ikan aya dari ganu juga yang menawan hatiku, ekekeke…….

      Reply

  37. osama
    Feb 12, 2012 @ 01:28:44

    buat tie..i tau buat nasi dagang…hehehehehe resepi turun temurun bukit besar terengganu…hihihihihi…rempah buat sendiri…tp i nasihatkn jgn bljar buat nasi dagang very the rumit…huhuhuhuhu…semua brg kt dapur nk kena cukup termasuk kukusan…pandai kuah..nasi plk nk santan on time..perah kelapa terus arongkn..huhuhuh..sapa nk bgun kul 3 pg nk mesin nyor…huhuhuhuh

    Reply

    • Tie Ganu
      Feb 12, 2012 @ 06:04:33

      Itulah, nampak je senang, tapi kena betul2 mahir baru terasa kesedapan nasi dagang. Ada kawan hubby sanggup import nasi dagang dari Ganu (siap tempah dari seorang makcik kat chendering kalau tak silap), pastu naik flight terus ke KL… nak buat open house kat ofis,

      Nasi dagang asal harga rm200 jadi rm1000 sebab tambang pergi balik utk 2 org menghantarnya.. aderk!

      Reply

Leave a comment