Home > cookie, haiwan, Hamster > Satu masalah

Satu masalah

November 30, 2010 Leave a comment Go to comments

Err… bukan kecurian wang tapi tang ular tu. Suka sangat masuk rumah ni. Baru je petang tadi abang kita perasan ada ular dok berbelit di tangga atas. Adoi laa… macam duduk dalam zoo lak! Yang kita ni molek je naik tangga terkedek-kedek tanpa sedar kehadiran ular tu.

Entahlah sejak bila ular tu ada di situ pun Tie tak tahu. Tapi malam tadi ada dengar sangkar cookie(the hamster) tu bergegar macam nak roboh, cuma Tie malas nak check sebab dulu pernah tengok dia gigit pagar besi tu macam kena sawan. Pastu dia tidur semula. Agaknya ular tu nak ngap siCookie kot. Hmm…. Cookie ni pun satu, kalau boleh cakap kan senang… huhu…

Masalahnya bila halau ular tadi, ia terus je masuk dalam stor. Haru betul. Stor tu dah macam tongkang pecah. Gelap gelita tanpa lampu. Macam mana lak nak suruh ular tu keluar, ekk?

Sekarang ni Tie cuma sendal bawah pintu tu dengan harapan ular tu tak keluar merayap malam karang. Boleh ke kita kurung ular tu sampai mati ? Setahu Tie jangka hayat ular ni tanpa makan atau minum agak lama, berbulan-bulan.

Atau ada ke sesiapa sanggup masuk dalam stor tu cari ular tu. Nak panggil orang pun serba salah. Takut kalau apa-apa terjadi, kita pulak yang kesal.

Boleh ke kita perangkap ular, ekk? Macam perangkap tikus tu.. Tapi nak guna umpan apa ?

Ooo….. bila tengok Cookie, ada juga terfikir, ekekekeke….. Ish.. tak de la, kita tak kan jadikan Cookie kita sebagai umpan.😛

 

 

Tak sempat nak snap gambar ular tadi. Jadi kita paksa cookie posing kejap!

 

  1. November 30, 2010 at 6:10 pm

    panggil bomba laa…..or pertahanan awam…nak buat macam mana..bukan nya ada penangkap ular macam kat tv tu kat keliling kita ni….

    baik baik tau…ala..geli laa kalau dengan ular ni….

    • Tie
      November 30, 2010 at 6:56 pm

      Kalau ular jenis berbisa macam tedung atau senduk tu dah lama kita halloo kat bomba, tapi ular tu jenis apa entah….. nanti kita bincang dgn abang.

      Err… ni boyfriend kak ezza ke??

      • November 30, 2010 at 9:45 pm

        tak boyfriend lady gaga… wakaka..😀

  2. November 30, 2010 at 6:29 pm

    oh fikiran yang sangat kejam, hehehe. spray je stor tu dengan ridsect banyak2 kasi ulor tu pening, boleh?

    • Tie
      November 30, 2010 at 6:57 pm

      Hmmm…… kasi spray, ekk?
      .
      .
      Tapi… tapi… kita nak bukak pintu bilik stor tu pun dah takut! Lagipun bilik stor tu besar jugak, entah berapa botol spray nak guna, ekk….

  3. November 30, 2010 at 9:47 pm

    Tak kira ular apa pun, kawe pun takut jugak wlpn diri ini bernama lelaki. Selalu kalau ada ular kawe ambik air panas dan siram.. mati terus ditempat kejadian. Kalau takde air panas tu yg masaalah. Terpaksalah guard depan rumah, sampai ular tu pi tempat lain..😀

    • Tie
      December 1, 2010 at 9:21 pm

      Air panas ? Issh… ngeri lak tengok ia mati gelepar gitu…

      Ular ni bila dah masuk dalam rumah tu yang susah. Kalau di luar memang mudah nak halau.

      • December 5, 2010 at 3:14 pm

        mana lebih penting kak? nyawa sendiri atau nyawa ular yg mungkin beracun tu? kawe tak berani pukul dia.. nanti miss, org tua2 cakap ular pandai buat revenge of the fallen..😀

  4. November 30, 2010 at 10:28 pm

    jangan ular jelmaan sudah kak..

    hee…seram..

    comelnya si cookie tu…
    nasib baik tak jadi umpan.. hehe.

    • Tie
      December 1, 2010 at 9:23 pm

      Entahlah, yang herannya kenapa kak tie tengok warna ular itu hitam sedangkan abang dan anak-anak tengok warnanya hijau kekuningan. Adakah kak tie ni buta warna ? Issh…. risau lak.

  5. kak ct
    November 30, 2010 at 10:38 pm

    Salam Tie

    siang-siang je nampak cm ular..

    entah-entah bila malam jadi jejaka tampan cam djs…

    • Tie
      December 1, 2010 at 9:26 pm

      Waakakakaa……. Kalau jadi jejaka tampan, kita seram juga. Tapi kita bimbang kalau ular tu bukan ular biasa. Sebab nya ia macam taknak keluar ke.. Dulu dia masuk dalam dapur terus hilang gitu je.. Jangan-jangan ular ni dah lama dok dalam dapur, huhu…

  6. November 30, 2010 at 10:43 pm

    call bomba kak tie…x kisah la ular jenis apa2 pun yg penting ular…mesti dorang dtg punya..diorg bukan sibuk sgt kalau x de emergency…huhuuhuhu

    • Tie
      December 1, 2010 at 9:28 pm

      Abang kata nak uruskan sendiri. Tunggu dia free ….

      Bukan tak nak panggil bomba, kat kawasan ni memang kerap ular masuk rumah, dah jadi perkara biasa. Lagipun kalau panggil bomba sure ramai orang datang tengok, kita malu laa.. Ular tu jenis tak berbisa kot… abg kata jenis ular lidi tapi besar juga macam tali pinggang.

  7. Sakinah
    November 30, 2010 at 10:44 pm

    Salam kak tie..

    uishh bahayanya..semoga ular itu cepat keluar..geram la dgn ular tu..apasal la di masuk rumah orang.

    • Tie
      December 1, 2010 at 9:30 pm

      Salam Sakinah.

      Rumah jiran sebelah pun pernah juga dimasukki ular. Kawasan ni ada sarang ular, tapi tak tahu di mana. Sekarang ni musim hujan, mungkin sarangnya banjir kot.

  8. ima
    December 1, 2010 at 11:06 am

    salam kak tie…adoi takutnya ima klu tahu ular tu ada dlm umah…moga ular tu cepat2 keluar dari umah kak tie tu…

    • Tie
      December 1, 2010 at 9:31 pm

      Salam Ima,

      Harap-harap kami dapat halau ular tu secepat mungkin. Sekarang ni rasa takut juga. Tapi bawah pintu stor tu kak tie dah tutup jadi ia terkurung dalamnya.

  9. December 1, 2010 at 4:57 pm

    lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    .
    .

    errr… sebut nama binatang tu je pun dah cukup menggerunkan..

    syoh syoh.. jgn dtg lagi

    • Tie
      December 1, 2010 at 9:32 pm

      Angie tau, malam tadi mama sampai termimpi-mimpi cekik ular tu sampai mati, hehe…. macam berani je. Masih terasa lehernya mama cekik, sampai berdarah tau, haha..

  10. December 1, 2010 at 10:14 pm

    Boleh panggil mak ckLah (entri masa raya haji lalu ada gambar mak ckLah bunuh ular sawa panjang 2 meter)

    • Tie
      December 4, 2010 at 8:08 am

      Laa…. kalau dekat dah tentu Tie panggil dia, hehehe….. Agak-agak berapa upahnya, ekk?

  11. December 2, 2010 at 2:28 pm

    bubuh belerang kat keliling sangkar dia utk elakkan binatang buas

    • Tie
      December 4, 2010 at 8:09 am

      Tie rasa kena bubuh belerang keliling rumah lagi… sekarang ni musim ular. Hujan tak henti lak.

  12. December 3, 2010 at 1:09 pm

    erkkk.. gunakan parang panjang, satu kali zappp sudah.. hehehe

    • Tie
      December 4, 2010 at 8:10 am

      Err…. Maza tolong laa..
      Tie tak sampai hati nak bunuh binatang ni. Rasa ngeri laa….

      • December 5, 2010 at 10:10 am

        gulp!.. tengok ayam disembelih pun dah meleleh air mata ni.. ni kan pulak surah maza zappp! aderkkkkk….

  13. nahmy
    December 3, 2010 at 10:50 pm

    salam.cuba amik seruling…tiup-tiup sikit. mungkin ular tu boleh kuar kot

    • Tie
      December 4, 2010 at 8:11 am

      Amboi……..

      Ingat kita ni snake charmer ke ? Waaakakakaa……………

  14. December 5, 2010 at 1:27 am

    kena panggil yang pakar untuk halau ular tu..jangan biarkan je. bahaya la

    • Tie
      December 5, 2010 at 9:33 am

      Tak pe… kita nak bela dia kejap, hehe….

      Nanti abang kita nak tangkap. Sekarang ni busy sikit.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: