Home > Bincang, Makan > Tolong…tolong…!!

Tolong…tolong…!!

Baru je sebentar tadi seorang jiran beri Tie beberapa jenis sayur. Tapi ada satu jenis ni agak pelik lak. Pernah tengok kat supermarket tapi tak pernah beli atau makan. Tak teringat lak nak belek labelnya.

Ni nak tunjuk gambor……

.

.

Ni la rupanya.

.

.

.

Ini pulak gambor close-up.

.

.

Sesiapa yang cerdik tu boleh tak beritahu Tie….

  1. Apakah nama benda alah ni…..
  2. Nak masak macam mana ?
  3. Atau buat ulam ??

Mokcik ni jakun sikit. Mula-mula ingat macam kacang peas, tapi bila selak tengok ada filamen… rupa-rupanya pucuk pokok (eh.. kudup bunga ) apa entah………

Err…. cepat-cepatlah beritahu, ekk ! Tie nak masak ni. Tak sabor nak makan, hehehe…………

.

.

Edit – 1. 40pm

Setelah puas menggoogle… Tie dah dapat tahu benda alah tu. Tapi masih nak beri peluang orang lain beritahu nama sayur tu. Ianya  biasa dimasak oleh masyarakat Tionghua. Cara masaknya goreng seperti sayur kacang. Nanti bila dah masak, Tie akan tunjukkan di sini, ya… Tunggu…….. 😆

Edit lagi – 4.45 pm

Nampak gaya Kak Ezza telah selesaikan kisah sayur misteri ni. Namanya  Kincam (lily bud) . Orang kata kincam sedap , goreng sekejap je bersama cendawan, udang  atau apa saja. Nanti Tie nak cuba buat.

.

.

  1. January 31, 2010 at 11:22 am

    huhuhu makcik ni pun 2 x 5 makcik tie
    tak tau dan tak penah tengok kacang / sayur tu

    • Tie
      January 31, 2010 at 11:34 am

      Tu laaa…. sekarang ni zaman moden, sayur pun moden. Tie cuma kenal pucuk ubi dan pucuk paku… pucuk ni entah apa pulak.

  2. January 31, 2010 at 12:00 pm

    laaa…pi la tanya jiran yg bagi tadi..

    • Tie
      January 31, 2010 at 12:05 pm

      Ooo…. tak boleh, dia tak de rumah, bibik dia yang bagi. Bibik dia pun tak tahu gak!

      • January 31, 2010 at 5:19 pm

        jangan-jangan.. bibik seluduk keluar tak?

        hmm

        hehehe

        • Tie
          February 1, 2010 at 10:10 am

          Ish… tak de laa.. hehe..

  3. Tirana
    January 31, 2010 at 12:58 pm

    Ni first time tengok sayur ni so sahih la tak tau nama dan macam mana nak masak..hehehe..

    • Tie
      January 31, 2010 at 1:37 pm

      Tak pe, kita beri peluang orang lain pulak😛

  4. January 31, 2010 at 1:07 pm

    tulun..tulun… kita pun baru tengok… tak penah jumpa lagi… k tie macam bunga cempaka pula kan… tapi ijau kaler dia.

    kalau dah masak jgn lupa tunjuk ye… camane agak rasanya ye.. nak tau ni…

    • Tie
      January 31, 2010 at 1:38 pm

      Nanti kak tie tunjuk, ekk..!

  5. January 31, 2010 at 2:07 pm

    Tie,
    kalau tak silaplah mata akak melihat..ini macam apa tu…kalau kita beli fucuk/soon kadang2 dalam tu ada benda ni yang sudah dikeringkan… apa ke namanyer…
    ye tak?…

    • Tie
      January 31, 2010 at 2:38 pm

      Mungkin juga la akak. Tapi dulu, teringat mak panggil bunga pisang… Macam yang dalam jantung pisang tu.. tapi tak tahu la , Tie tak pasti.

      Cuma yang kat atas tu memang Tie dah tahu namanya.. saja nak bagi kalian suspen, hihihi…

  6. January 31, 2010 at 3:33 pm

    Sejenis sayur + ulam + kekacang.. hehe.

    • Tie
      January 31, 2010 at 4:43 pm

      Hehe…. ni main tembak je..😛

  7. ima
    January 31, 2010 at 4:06 pm

    alahai kak tie…pertama kali tengok ni,tak dapatlah nak teka…hihihi,

    • Tie
      January 31, 2010 at 4:43 pm

      Tak pe… nanti kak tie buat announcement !

  8. January 31, 2010 at 4:37 pm

    ni kincam..kalau biar kan kat pokok nanti dia kembang cantik warna kining… selalu kita masak yang dah kering punye bersama2 fucuk,suun,,,,kalau pergi cameron highland, pokok ni tumbuh liar kat bukit bukit..kuning jer permandangan dia….brtul tak tie….

  9. Tie
    January 31, 2010 at 4:46 pm

    Uwaaa…….

    Betul tu Kak Ezza !! Tie baru tahu yang ianya sama dengan yang kering tu.

    Rasa cerdik sikit hari ni !!😛

    Mekasih kak ezza.

  10. January 31, 2010 at 4:53 pm

    Salam,

    Waduh…macam kudup bunga jer rupa nyer ……..hmmm…pelik….memang tak pernah dilihat sebelum ni……..

    • Tie
      January 31, 2010 at 4:55 pm

      Memang kudup bunga chekdee…. Kudup bunga Lily. Dari cameron higland ni. Ada dijual di hypermarket.

  11. January 31, 2010 at 6:29 pm

    kincam. kat cameron highland ni banyak tie. goreng je tapi jangan lama2 sangat. balik2 pastu angkat.

    • Tie
      February 1, 2010 at 10:12 am

      Tie tak pernah gi cameron higland laa.. memang sah kita ni mokcik jakun, hehe..

      Ooo.. akan kuturuti panduan itu, hihi..

  12. ain
    January 31, 2010 at 9:33 pm

    saya pun baru 1st time nmpak sayur gaya ni. hehe

    • Tie
      February 1, 2010 at 10:12 am

      Salam Ain,

      Tak pe, nanti Kak tie tolong makankan..

  13. January 31, 2010 at 10:03 pm

    Salam Kak Tie,
    Tak pernah makan lagi sayur nie… hehehe😀

    • Tie
      February 1, 2010 at 10:27 am

      Salam Ijan, Kak Tie ni baru nak cuba masak dan makan la… hehe..

  14. January 31, 2010 at 11:05 pm

    salam kak tie, saya pun tk pernah masak sayur ni tp namanya kudup bunga lily. selalu ada kat cameron highlands. kalau buat goreng belacan pun sedap. bila goreng tu, kudup dia kembang sikit..ada satu blogger ni pernah review sayur ni sedap..saya tk ingat la pulak dia punya blog link tu..kalau akak tengok blog saya ada link nama lady leisure…ada resepi skali kat situ..:)

    • Tie
      February 1, 2010 at 10:28 am

      OOO…. mekasih kerana beritahu. nanti kak tie rempit ke sana, ekk.

  15. February 1, 2010 at 1:01 am

    kincam ek… tetiba terasa cam sedap plak tgk sayur tue… cam ragup je, nmpak cam kacang buncis… nnt kak tie masak makan kak tie gtau laa ragup ke tak ek…

    • Tie
      February 1, 2010 at 10:29 am

      Okay.. jangan bimbang. Kak tie ni bila bab makan memang pandai, ekekeke……….

  16. dyg
    February 1, 2010 at 2:26 am

    kak tie, betul2, sayur ni bunga lili yg tak kembang lg, pernah tgk kat program tv cina (ho chak) pasal masyarakat cina masak sayur ni, rasenye kalau masak campur cendawan mesti best. manis2 cendawan gitu…hehe

    • Tie
      February 1, 2010 at 10:30 am

      Ye betul !!

      Biasa chinese goreng dengan cendawan. Malangnya cendawan kak tie dah abis. Kena tunggu ia tumbuh kat belakang rumah lak, ekekeke……..

      • dyg
        February 1, 2010 at 11:52 am

        haha leh pulak nak tunggu cendawan belakang rumah tumbuh…..hahaha

  17. DrSinga
    February 1, 2010 at 10:23 am

    kihkihkih…
    kincam rupa2nya…
    kata seorang yang bukan penggemar sayur..
    kincam kering kita kenallah…

    • Tie
      February 1, 2010 at 10:32 am

      Aaaiikk ? Tak suka sayur ? Macam mana nak suruh anak makan ?

      Tie baru tahu yang kering tu namanya kincam.. biasa mak panggil bunga pisang je.. hehe.. nanti balik nak beritahu mak…

  18. nekPP
    February 1, 2010 at 11:20 am

    laaaa baru nak rescue!! ekeke..terlambat ler pulokkkk…
    nak mintakkk sure abih doh!! menciii menciii..

    • Tie
      February 1, 2010 at 12:06 pm

      Err… Tie baru je masak ni.. mehlah rasa, hehe..

  19. husna
    January 31, 2011 at 4:21 pm

    ni kudup bunga lily kak… ad jual kat cameron… wt goreng mcm syur goreng bese… penah jumpa, tp x pernah cube mkn…. (karang tetibe je bau wangi mulut mcm bunga lily, hehehe)

    • Tie
      February 1, 2011 at 7:39 am

      Sedap tau husna, dah lama tak makan ni. Dah teringin nak makan lagi.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: