Home > kehidupan, tumbuhan > Menumpang

Menumpang

Tanduk Rusa – Asalnya di hutan, tapi sekarang dah jadi hiasan di rumah kediaman. Ia merupakan sejenis paku pakis yang menumpang di dahan pokok besar bagi mendapatkan cahaya matahari. Batangnya berupa rizom dengan sisik-sisik yang tebal,  berdaun dwimorf. Daun pakis ini adalah tebal dan berwarna hijau. Sorusnya menutupi hujung-hujung daun fertil, dan sporanya halus seperti serbuk.

Pakis Tanduk Rusa dapat digunakan untuk mengubati bengkak-bengkak pada anggota badan, iaitu daunnya dihaluskan bersama campuran “adus, pulasari” serta bawang merah, dan kemudian terus ditampalkan pada bahagian yang bengkak. Err…. kalau bengkak di hati bagaimana ya ?

Link (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pakis_Tanduk_Rusa)

.

.

Psst ~ Ada masanya, sedang kita sibuk mengejar masa, mengurus anak-anak, rumahtangga dan kerja, kita terlupa…………….. yang hidup kita ni sekadar sementara je kan…? Menumpang dengan ihsan yang Maha Kuasa………..😛

.

.

  1. January 11, 2010 at 10:33 am

    salam kak tie.

    seronoknya baca entri ni sebab rasa macam kembali belajar sains spt masa di sek dulu. subjek yg paling kakchik suka.

    ya betul kak, ayat terakhir tu adalah kebenarannya. kita hanya menumpang bumi Allah, kejap lagi bakal dipanggil pulang.

    • Tie
      January 11, 2010 at 1:36 pm

      Kita sama la Kakchik, suka subjek sains. Tapi kak tie sekarang dah berkarat, hehe…

  2. January 11, 2010 at 10:43 am

    tie,
    SIL yg pernah menunjukkan pokok tanduk rusa ni…
    cantik jugak.. nak cuba tanam lah..
    nota di bawah tu, mengingatkan kehidupan kita yg tak pasti…
    sebab tu akak gunakan masa yg masih berbaki ini sebaik mungkin….
    teragak nak makan apa, terus buat…
    nak jalan2 dah tak larat sangat…

    • Tie
      January 11, 2010 at 1:37 pm

      Senang je nak ‘tanam’. Ikat je ia kat mana2 pokok besar. Nanti ia mula selesakan diri, hehehe….

      Kita tak tahu selama mana kita di sini, kan akak…

  3. January 11, 2010 at 11:00 am

    haah kita menumpang. Bila2 aje kita boleh dijemput pulang huhuhu

    • Tie
      January 11, 2010 at 1:38 pm

      Harap2 kita cukup bersedia dikala itu.

  4. January 11, 2010 at 12:33 pm

    masa dulu2.. ayah maza selalu marah dan benci kat pokok nan satu itew..
    sbbnya, boleh membunuh pokok getah belaan beliau… huhuhu

    dahulu, pokok itew tidak bernilai dan dipandang sepi..

    hari ini, penuh dgn nilai2 komersial lagi.. ahaks.. kanzzz

    • Tie
      January 11, 2010 at 1:39 pm

      Maza, balik nanti gi kutip pokok tanduk rusa tu… boleh jual ditepi jalan. Adalah berpuluh2 harganya. Lepas gak duit lampin pakai buang atau cloth diaper tu (CD)….

  5. January 11, 2010 at 12:39 pm

    menumpang kasih pd yg sayang..?..hehehe

    • Tie
      January 11, 2010 at 1:39 pm

      Err……

      Kalau yang sayang, tak pe la gak.

      Tapi kalau yang dah tak sayang…. tragis laa…😦

  6. January 11, 2010 at 1:27 pm

    klu bengkak di hati just rebut daun pokok nie… n minum seperti minuman biasa… sure hati xleh pakai terus.. selamat xmencuba ek

    out of topic–> he..23x tudung die mmg nmpk aneh gitew kak

    • Tie
      January 11, 2010 at 1:40 pm

      Kalau ikut nasihat ni memang sure terus padam punya, hehehe…😆

  7. ima
    January 11, 2010 at 2:03 pm

    betullah tu kak tie…hidup ini hanya sementara,

    p/s..ima suka pokok tu..cantik! tapi sampai sekarang tak dapat nak memilikinya…

    • Tie
      January 11, 2010 at 2:12 pm

      Ima nak ke ?

      Meh la sini… nanti kak tie cungkilkan dari pokok tu……

      Err….. muat tak masuk kereta ?

  8. DrSinga
    January 11, 2010 at 2:08 pm

    ada kawan kita…
    jumpa pakis tanduk rusa pinggir hutan..
    bawak balik..
    letak kat pokok kat rmah..
    malam2 nampak jeng jeng jeng.. kat bawah pokok tu..

    • Tie
      January 11, 2010 at 2:13 pm

      Waaakakakaa……….

      Benda tu nak tumpang sama, ekk ??

      Adoi laa………:mrgreen:

  9. Norizan Omar
    January 11, 2010 at 2:46 pm

    Psst ~ Ada masanya, sedang kita sibuk mengejar masa, mengurus anak-anak, rumahtangga dan kerja, kita terlupa…………….. yang hidup kita ni sekadar sementara je kan…? Menumpang dengan ihsan yang Maha Kuasa………..😛

    Kak tik, mmg kdg2 kita lalai..sentiasalah bersyukur,dan berdoa agar dikurniakan kesihatan yg bagus,murah rezeki dan dijauhkan dari mala petaka…Amin!!

    ***Bulan 6 ni cadang nak pi umah Kak Tik,konvoi dgn mamat dan Zul..sudi ke Kak Tik menerima kehadiran kami..?(ceewahh, berkias2 pulak izan ni)!

    • Tie
      January 11, 2010 at 4:22 pm

      Oooiitt !!

      Ye ke ? Kena beritahu awal2 dulu… time cuti ni kak tik selalu balik klate. Tapi kalau dah confirm, kak tik mesti ready dari awal lagi, he he…

      Datanglah… nanti boleh gak kak tik bawak gi tasik kenyir (macam tak nak bagi dok kat rumah jerk, bunyinya..)

      Err… nanti kak tik nak kira bantal, ekk. Gebor tu boleh ganti dengan kain batik dan kain pelikat….hi hi hi…

  10. January 11, 2010 at 7:26 pm

    boleh buat ubat batu karang tak..hehe

    • Tie
      January 11, 2010 at 9:07 pm

      Ubat batu karang ?

      Alamak ! Tak kot… ada banyak herba untuk merawat batu karang.. tapi kena tanya pakar dulu la . Kak tie ni cuma mokcik kantin je, hehe..

  11. January 11, 2010 at 7:53 pm

    Kura kura dalam perahu pulak’

    bengkak dihati, ubatnya tentulahlah tanduk rasa.

    • Tie
      January 11, 2010 at 9:07 pm

      Errk !!

      Hi hi hi…. 😆

  12. January 11, 2010 at 9:01 pm

    Salam Akak Tie….

    Ni 1st time sy tgk pokok ni.
    Inilah untungnya berblogging nihhhh……dpt baca mcm2 artikel ttg segala ciptaan ALLAH. Thanks 4 the info, Kak Tie.

    HIhihihihi…..😉

    • Tie
      January 11, 2010 at 9:08 pm

      Ye ke ?

      Nanti belanja kak tie aiskerim tau !!:mrgreen:

  13. sya
    January 11, 2010 at 10:31 pm

    betul kak..
    kita ni menumpang aje..
    tapi, kadang2 perasan buat macam ‘hak’ sendiri je…
    huhuhu….
    dunia ni kan bagai jambatan untuk kita ke ‘sana’…

    • Tie
      January 12, 2010 at 4:45 pm

      Tu la , kan…

      Terlupa.. macam rasa dunia ni dia yang punya, hehe..

  14. January 11, 2010 at 11:07 pm

    k tie,

    saya rasa nak ketawa tegolek2 tengok tetiba kat tepi pengomen ada nama saya pastu.. hahaha… gmbrnya awatlar tekengkeng gitu… haruuu….

    k tie…. saya nak mintak tumpang lalu buleh…
    saya suka pokok2 camni … satu lagi pokok tumpang “pokok langsuyar”… adik ipar saya takut tul… dia kata malam2 nanti langsuyar datang duduk kat tengah2.

    k tie ada biji janggus tak… izan tanam dah dapat 4 jengkal tetiba lak mati… zan dapat makan pucuk nya pun cukup lar… dulu dapat pun masa pi kuantan… kat teluk mak nik tu ada satu pokok besar…. time beli kopok kat situ selalu duk bawah pokok tu… dapat sebiji dua jadiklar… zan nak tanam balik.

    • Tie
      January 12, 2010 at 4:50 pm

      Adoi Zan……..

      Kak tie pun rasa lucu tengok monster tu terkangkang, hehe…

      Gajus ? Ooo…. kak tie pun nak tanam pokok tu kat rumah atap biru tu. Dah serahkan tugas tu pada mentua. Rasanya belum ada lagi anak gajus (ketereh). Memang pucuknya sedap dibuat ulam. Kak tie first time makan setelah suami perkenalkan.

      Nanti laa.. kalau ada bijinya, kak tie akan email dan mintak alamat. Boleh la pos ke rumah Izan. Tapi… jangan harap sangat. Kena tanya mentua dulu ada tak benihnya.

  15. January 11, 2010 at 11:11 pm

    ishh… ingat kan saya punya nama… kembar tak serupa lar rupanya… sowii…

    • Tie
      January 12, 2010 at 4:51 pm

      Zan…

      Sebenarnya dia ialah sepupu kak tie. Baru je jumpa kat FB, lalu dia terjah blog kak tie ni, hi hi…

  16. cpj
    January 12, 2010 at 9:39 pm

    Baik kalau kita sedar kita menumpang, pandai-pandailah kita membawa diri.Jangan sampai bila kita diberi kelebihan sikit, kita rasa yang kita tumpang itu menumpang kita pulak.Jadi terbalik gitu…bagusnya n3 ini.

    • Tie
      January 12, 2010 at 9:42 pm

      Ha ha… betul tu cikgu.

      Sesiapa yang menumpang tu… sedarlah diri sikit, ekk !

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: