Home > kehidupan > Tidur ayam

Tidur ayam

November 12, 2010 Leave a comment Go to comments

Tie ni ada tabiat pelik sejak kecil lagi. Tie jarang sekali tidur nyenyak melainkan terlalu penat. Tak tahulah kenapa, tapi selalunya akan terjaga pukul 12 malam dan pukul 3 atau 4 pagi.

Kalau dulu masa sekolah rendah lagi, bila tersedar, Tie akan mundar mandir jalan dalam gelap, ke toilet , intai lubang tingkap atau cuba dengar macam ada suara dari bawah lantai rumah (rumah quarters kerajaan bertiang zaman dulu…).

Bila dah bersuami pun gitu. Jadi memang tiada masalah nak bukak pintu tika suami balik dari kerja tengah malam atau awal pagi. Kekadang rasa segar lalu terpaksa layan mata dengan menonton tv pukul 3 pagi!

Ia dah jadi satu kebiasaan hinggalah Tie sedar sekarang. Adakah Tie ni tak normal ? Adakah ini satu penyakit ? Walaupun ia tidak memudaratkan diri Tie (setakat ini laa… walaupun dah bertahun) . tapi… tapi….. kekadang tabiat ini menyusahkan diri Tie .

Kenapa ?

Sebab , tiap malam Tie mesti nak bangun, intai keadaan anak, check samada mereka semua ada di tempat tidur masing-masing, atau check pintu dan tingkap atau dapur (siap buat air lagi , ekekeke……). Kalau Tie tak buat gitu, Tie takkan dapat teruskan tidur (rasa tak sedap hati laa…).

Agaknya bila dah tinggal berdua nanti (atau bersendirian, kalau panjang umor), adakah kita masih lagi buat ‘rondaan’ malam……. ?

Hmm……..

macam-macam kan makcik ni Β .:mrgreen:

~ Kalian macam mana ? Senasib ke ?

 

Categories: kehidupan Tags:
  1. November 12, 2010 at 10:43 pm

    kekadang terjaga kul 3-4 pagi, tapi tak bangun buat rondaan. tapi kalau terjaga sbb terdengar sesuatu baru bangun utk check. biasanya mak yg buat rondaan tiap2 malam nie

    • Tie
      November 12, 2010 at 10:48 pm

      Ooooo……. gitu, ekk.
      Agaknya memang dah tugas mak la tu, hihi hihi….
      Err… sesekali cubalah jadi partner mak, sambil buat rondaan boleh gak makan sandwich atau teguk kopi panas, hehe…

  2. November 12, 2010 at 11:13 pm

    Saya pun ada masaalah tido jugak. Maybe sebab terlalu banyak berpikir.. Ya lah malam2 blog walking pun membuatkan otak berpikir (termasuk apa nak komen). So, terbawa-bawa ke dalam tido.πŸ˜€

    • Tie
      November 13, 2010 at 7:07 am

      Terlalu banyak berfikir…….. mungkin betul la….
      Tie ni kuat berfikir. Kekadang tak tahu macam mana nak stop atau kawal. Ada ketika terasa macam Florence Nightingale lak…. minus the lamp.

  3. November 13, 2010 at 12:00 am

    salam, hi kak tie, hehehe….
    wex baru perasan patern tidur wex… selalu nye kalau tak set loceng jam, penat camne wex skali pn, mesti lepas 5jam tidur, wex akan terjaga, pastu depend laaa, slalu nye tertidur balik… ooopppss
    so, selalu weekend, wex akan kira, tidur kul 12 gerenti kul 5 bgn, klu nak bgn kul 4, tidur kul 11… hahaha tak pyah set jam.

    • Tie
      November 13, 2010 at 7:11 am

      Haha….. mungkin tubuh Wex hanya perlukan 5 jam masa tidur berkualiti. kira baguslah tu. Senang nak bangun sahur dan solat subuh, kan….. Kak tie pun tak perlu set alarm untuk bangun. Tapi still buat, sebab masih tak percayakan diri sendiri, hehe…..

  4. November 13, 2010 at 1:39 am

    mak maza pernah mengalami keadaan sama…. kekadang terperanjat juga dibuatnya tiba2 tersembul kepala di balik pintu bilik menjengah memerhati anaknya..

    kata doktor itu adalah satu penyakit susah tidur..
    tapi entahlah..

    mungkin ada rahmat disebalik perkara ini..
    mungkin jenis org yg selalu suka beribadah tengah malam…
    hmmm

    • Tie
      November 13, 2010 at 7:21 am

      Uwaaaaaa…………πŸ˜†

      Maza tau tak, masa anak-anak Tie kecil lagi, Tie bukan saja menjengah mereka tapi siap check napas, takut tetiba tak bernyawa… teruk betul kan. Memang ada ketika mereka terjaga dan terkejut tengok mamanya sedang scan…. hihi..

      Dan kalau nampak mereka agak nyenyak lena, sempat juga Tie jampi-jampi supaya mereka jadi anak-anak yang baik, waaakakakaa………. (bisik-bisik ke telinga mereka macam hipnotize gitu)

      Mungkin Maza pernah dijampi oleh mak Maza…..hihihi…

      • November 15, 2010 at 10:22 am

        entahnya pernah kena jampi atau tidak…

        tapi seingat maza yg selalu terniang di telinga tatkala tidur, atau mimpi (ahaks mimpi dibaca bukan basah) ialah ‘Nak Jadi Kaya.. Nak Jadi Kaya… Nak jadi Kaya.. Nak jadi Kaya..’

        macam mana ni?!
        uhuk!

        • Tie
          November 15, 2010 at 5:11 pm

          Haha……
          Kelakorlah Maza ni.πŸ™‚

  5. November 13, 2010 at 2:33 am

    dulu sy takde tabiat macam ni.. tp sejak husband bertugas diluar dan jarang berada dirumah.. selalu terjaga malam. buat rutin mcm kak Tie juga.. rondaan

    • Tie
      November 13, 2010 at 7:22 am

      OOoo……. dan bila dah ada anak, lagi hebat rondaannya, kan ?

  6. bcp
    November 13, 2010 at 4:39 am

    kak tie!!alangkah bagusnya kalau saya da masalah tidur mcm kak tie.senang saya nk bgun solat tahajud.selalunya terlepas sokmo…dh bantai tidur,berat beto nk bgun.huhuhu..pastu mata asyik nk tidur jahhh..huhuhu

    • Tie
      November 13, 2010 at 7:27 am

      Ct, sebenarnya kak tie rasa bertuah juga punya habit ni. Memang tak ada alasan nak skip dari beribadah malam hari, hehe….

      Mungkin, ct boleh cuba teknik kak tie…. set in mind sebelum tidor supaya nak bangun pada waktu tertentu.. ulang kata kata tu dalam hati selepas berzikir sampailah terlelap. Kalau tak menjadi pun jangan putus asa… lama-lama tubuh akan dengar dan ikut arahan otak.

  7. November 13, 2010 at 2:42 pm

    bagusnya kak tie.. saya pulak klu dah dapat bantal.. puff!! hilang terus!!

    • Tie
      November 14, 2010 at 9:34 pm

      Agaknya terlalu penat dengan kerja di pejabat tu…. Kak tie ni lain sikit. Boleh mengulor kat rumah, hehe…..

  8. November 13, 2010 at 7:49 pm

    ckLah ada masala nak bangun pagi….kadang-kadang!

    …..kata mak ckLah, kalau susah nak tidur, baca ya Latif Ya Latif Ya latif…sampai terlelap! Tie dah cuba…mana tahu boleh membantu.

    • Tie
      November 14, 2010 at 9:37 pm

      CkLah….
      Dulu Tie pun susah nak bangun pagi, lebih-lebih lagi masa ada baby sebab tidur tak lena… budak tu asyik nak nenen je….
      Tapi, sejak Tie amalkan zikir sebelum tidur, badan rasa ringan waktu pagi. Tu yang rajin buat sarapan dan bekal anak sekolah…..

      Hm……. petua utk mudah lena tu akan Tie cuba amalkan bila susah nak tidur. Terima kasih laa…..

  9. November 13, 2010 at 7:49 pm

    Tahniah untuk anak Tie…tahniah juga untuk maknya!

    • Tie
      November 14, 2010 at 9:38 pm

      Rezeki dia… terima kasih la ckLah.

  10. November 14, 2010 at 11:41 am

    Salam.

    Menarik tabiat kak tie ni..πŸ™‚

    • Tie
      November 14, 2010 at 9:41 pm

      Salam Sakinah,

      Begitu lah…. haha…..

  11. zareda
    November 14, 2010 at 12:25 pm

    tie
    selagi tak memudaratkan kesihatan badan dan orang lain.. teruskan aje.. at least boleh juga check safety rumah masa tu kan..

    • Tie
      November 14, 2010 at 9:43 pm

      Zar,

      Memang kerja Tie check pintu, tingkap dan lain-lain…. Dah macam security guard lak..

  12. dyg
    November 14, 2010 at 6:00 pm

    hehe kalau sy pula, malam bila roomate ade jarang terjaga tgh malam. tapi bile member xde otomatiknya terjaga tgh malam, tapi buat2 xde ape, bangun pasang lampu, minum air dan baring tutup mata, sebab takut tido bilik sorg2…hihi

    • Tie
      November 14, 2010 at 9:54 pm

      OOOoooo…. ye laa….

      Kalau sorang-sorang, kak tie pun jadi macam bengang. Telinga rasa berdengung sebab sunyi sangat. Masa di asrama pun gitu gak. Tidur pasang lampu , takut juga… kot tetiba ada orang ketuk tingkap, huhu..

      Dulu ada jer budak-budak nampak kepala terbang-terbang terutama time exam. Kak tie tutup langsir rapat-rapat, roomate lak jenis suka tidur dengan geng2 dia.. Tinggallah kak tie sorang-sorang…..

      Eh… lari dari topik lak makcik nih!! Hihi…….

  13. November 14, 2010 at 7:47 pm

    Tie

    U R not alone, hehe. I cam tu jugak. Ada kalanya menyapu rumah pukul 3pagi, hantar sms (dgn kakak/kawan yg sekepala) tak kira masa. Pendek kata macam2 benda yg kita buat. Yg bestnya takde siapa marah sbb ‘kita dah besar’, wakaka (selama berkahwin, my hubby kerja on shift so indirectly kita pun work on shift). Since dah tak kerja, bila ngantok waktu siangnya, takde masalah to catch that 40 or 80 winksπŸ˜‰

    • Tie
      November 14, 2010 at 10:09 pm

      Laaa……. menyapu kul 3 pagi? Tie pernah gak lipat kain tengah malam….. haha.. Tapi, menyapu belum lagi. Idea yang baik tu.

      Oh, memang ngantuk time siang, tapi tiada masalah nak qada’ , hehe…. Tu yang untungnya tinggal di rumah sendiri kan….πŸ˜›

  14. November 14, 2010 at 10:41 pm

    Kak Tie,

    saya pun dah biasa berJAGA malam.. TIdur pukul 1-2 lebih pagi ; pukul 5 bangun siap2kan apa yang patut utk anak sebelum ke ofis.

    Kengkadang ada masa di ofis SANGAP memanjang… hehe.. nak hilangkan masuk BLOG… gerenti !

    • Tie
      November 15, 2010 at 8:19 am

      Haha….
      Memang gerenti segar mata bila bukak blog, kan…πŸ˜›

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: