Home > buah, tumbuhan > Kisah anak jagung

Kisah anak jagung

Musim jagung lepas, kita memang tak termakan jagung. Sampaikan tercicir 2-3 tongkol, lupa nak proses.

Jadi kita letaklah tongkol-tongkol jagung yang tak bernasib baik tu di luar…, kena hujan dan panas.

Kemudian…. selang beberapa minggu,

.

.

.

.

.

.

 

Tetiba tumbuhlah pucuk-pucuk yang comel. Lalu keluarlah dialog manja sepasang suami isteri , hihihi…….

“Abang, boleh tak adik tanam anak jagung tu? Nak cuba je, mana tahu hidup dan berbuah. Teringin nak makan jagung hibrid tanaman sendiri….πŸ˜† “

“Tak payahlah dek! Buat penat je. Jagung hibrid ni ditanam dengan benih khas.”

Hmm………

Hmm………

Tapi, sayang lak nak buang anak-anak jagung comel ni.

Err….

Aci tak kalau kita tanam sorok-sorok di belakang pokok serai tu . Agak-agak abang kita perasan tak? Boleh ke sorok pokok jagung ?

~Sepokok hanya boleh hasilkan 1 tongkol jagung (yang lainnya dibuang atau diambil sebagai baby corn). Dan satu tongkol jagung hibrid harganya RM1. Lupa lak harga benihnya… tapi agak mahal gak.

 

Categories: buah, tumbuhan Tags:
  1. November 3, 2010 at 11:20 am

    camtu rupanya benih jagung eh.. (wahhh.. first time tengok nih.. hihihi).

    tanam ler kaktie.. best tuuh…
    (syoknya buleh tanam sendiri.. nak skit.. nanti dh, bg tau eh, nk terjah umah kaktie.. kehkehkeh).

    • Tie
      November 3, 2010 at 1:45 pm

      Err… kak tie tanam la nih…
      Nanti kalau menjadi kak tie tunjuk, ekk!

  2. November 3, 2010 at 11:32 am

    vah vah vahh.. leh bisnes jagong nih..

    • Tie
      November 3, 2010 at 1:45 pm

      Oopps!

      Baru anak jagung jer, hehe…

  3. November 3, 2010 at 11:59 am

    kena cari jagung mutiara lah ni..

    • Tie
      November 3, 2010 at 1:46 pm

      Jagung mutiara ?

      Tak pernah dengor pon!

      • November 4, 2010 at 8:59 pm

        jagung manis dari cameron highland kak..

  4. November 3, 2010 at 12:04 pm

    hmm apa kata kalau tie buat resepi baru dgn rendamkan anak2 jagung itew dan masak sup!

    barangkali en.abg tak marah kot.. hahahhaha

    • Tie
      November 3, 2010 at 1:48 pm

      Oooiittt!

      Tak pasal-pasal kang kita kena denda lak!

  5. November 3, 2010 at 3:27 pm

    laa, kalau tak bagitau ingatkan rumput, heheπŸ™‚

    • Tie
      November 6, 2010 at 5:19 pm

      Ooo… ye laa…
      Memang macam rumput pon!

  6. November 3, 2010 at 8:12 pm

    Itu pokok jagung rupanya… laaaa.. Malu ehhh.. dah tua-tua baru tengok pokok jagung he he… Mungkin ada tengok dulu kot tapi tak minat. Minat lebih pada pokok rambutan apek sebelah rumah.. oppsss…πŸ˜€

    • Tie
      November 6, 2010 at 5:20 pm

      Tie pun baru kenal pokok jagung ni sejak tinggal di sini.
      Bila jenjalan dalam kebun jagung tu teringat cerita omputeh ‘Jeepers Creepers”.. Ooo.. takut lak.

  7. November 4, 2010 at 2:36 am

    Assalamualaikum..

    Kak tie,

    jagung tu boleh tumbuh benih dia kat badan jagung tu ek?
    igtkan org tanam sebutir jagung tu di tanah…
    banyak ilmu pertanian yang saya perolehi di sini.Toche2πŸ˜€

    • Tie
      November 6, 2010 at 5:21 pm

      Haha…
      Dear ni lagi innocent dari Kak Tie!

      Memanglah orang tanam benih jagung. Kak tie punya ni tongkol jagung yang dibiarkan di luar, sampailah tumbuh akar reramai… hahaha….

  8. November 4, 2010 at 3:01 pm

    angie pernah tanam jagung….
    .
    .

    subjek elektifπŸ˜€

    skrg dah tak ingat camane dah.. hihihi

    • Tie
      November 6, 2010 at 5:22 pm

      Ooo… gitu ke ?

      Tanam 2-3 biji benih jagung dalam satu lubang, pastu tumbuh lah………….

      pokok jagung!!:mrgreen:

  9. ROSE PURPLE
    November 4, 2010 at 3:16 pm

    sorry Rose x expose dgn penanaman jd macam terkejut dan tersenyum bila tgk 1 ketul jagung tu cam boleh buat 1ladang ek. kalau tumbuh semuanya..

    agaknyer itu la sbb pepatah slalu ckp balik kg tanam jagung lg baik..xde sebut tanaman lain..kut jagung senang nak tanam kan?????

    • Tie
      November 6, 2010 at 5:24 pm

      Ish, Rose ni, Tie bukannya sengaja nak tanam jagung.

      Ni adalah tongkol jagang yang Tie terlupa nak proses. Sebab tersorok kat ceruk dinding. (Nampak benor kita ni malas nak ngemas!!)

      Caranya ialah bubuh 2-3 biji benih jagung dalam satu lubang. Macam tanam tanaman lain gak.

  10. November 4, 2010 at 5:55 pm

    Comel je rupa dia!πŸ˜€

    • Tie
      November 6, 2010 at 5:25 pm

      Mesti laa…… hehehe…

  11. November 6, 2010 at 10:43 am

    Salam Tie

    Ni komen ‘kada’ kekdahnya nih..

    1. Pandai Tie buat kek chiffon tu. I suka kek tu tapi tak pernah nak cuba buat sebab ‘guna kuantiti telur yg banyak dan putihnya kena putar berasingan’. Tu yang tak rajin tu, hehe.
    2. I pun suka hijau lumur. Berkarekter gituπŸ™‚
    3. Tie tanam pokok jagung tu; dapat berapa pokok??

    • Tie
      November 6, 2010 at 5:30 pm

      Hahaha….. ada juga komen kada !

      Tie taklah berapa pandai buat kek chiffon tu, tapi disebabkan banyak kali buat, jadi…. agak mahir juga laa…

      Resepi ada di Kayteeze’s Kitchen, Tie dah olah dengan guna 3 biji telur je… cukup-cukuplah untuk sekeluarga, dan mungkin boleh dibawa bekal ke ofis atau ke sekolah.

      Tie pun malas nak buat kek dengan pukul putih telur berasingan, tapi, kalau nak buat, pakat-pakat lah dengan anak, jadi sorang pukul putih telur, sorang lagi buat adunan kuning telor tu.

      Cubalah… Tie ada bagi tips kat blog tu. Kalau tak jadi pun, jangan putus asa… Buat sampai pandai tau!!

      Hijau lumut ?
      Ooo.. samalah tu. Warna hijau lumut ni menyejukkan mata dan hati, kan….

      Tang pokok jagung tu, Tie kena pergi check dulu… Hari tu tanam kelam kabut, ambil 4-5 anak pokok jer.. kes malas nak gali sebab tanah kat quarters ni keras macam batu. Nantilah esok, kat sini sekarang asyik hujan.

  12. November 6, 2010 at 10:45 am

    Tie

    Ada ke ‘hijau lumuR’? .. kah3 .. jari jemari nih ngada taw.. I mean hijau lumuT tentunya, haha.

    • Tie
      November 6, 2010 at 5:31 pm

      Hehehe…… biasalah,
      Jari pun terpelecok juga!

  13. nahmy
    November 9, 2010 at 12:29 pm

    salam…bila dah ada ladang jagung esok, jgn lupa jemput kitaorg dtg…mkn2 jagung bakar ke rebus ke..

    • Tie
      November 11, 2010 at 7:12 am

      Hehe…
      Tak tahu la menjadi ke tidak.
      Tengok macam malu je anak-anak jagung tu.

  14. November 9, 2010 at 2:08 pm

    salam kak tie,

    dah tumbuh tu…trylah tanam. manalah tahu kot2 hidup subur. eksperimen….

    • Tie
      November 11, 2010 at 7:13 am

      Kak tie dah tanam, seekor dua.. ekekeke….

      Tapi, ingat tak berapa nak hidup sebab tanah kat sini keras… dan bercampur dengan tanah liat. Jagung suka tanah berpasir sikit.

  15. zul
    November 9, 2010 at 6:14 pm

    tanamla.. tanamla.. nk tgk dalam pasu… hihihi

    • Tie
      November 11, 2010 at 7:14 am

      Dalam pasu ?
      Waakakakaa…….πŸ˜†

  16. dyg
    November 10, 2010 at 3:07 am

    ohh mcm tu rupenye mula2 jagung tumbuh…hihi sy ni jakun sket bab2 ni…anyway, thank kak byk share info baru kat sy..hihi

    • Tie
      November 11, 2010 at 7:15 am

      Hehehe….
      Kak tie dah tak jakun sebab mentua ada tanam dulu kat rumah kak tie di klate.. balik hari tu dapatlah kutip sendiri, hihihi…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: