Home > kehidupan > Bukan jelmaan toyol

Bukan jelmaan toyol

November 29, 2010 Leave a comment Go to comments

Oktober 8, 2010

Tie pernah menceritakan kisah kehilangan wang sebelum ini. Pelbagai reaksi Tie terima. Ada yang bersimpati, ada yang memberi bermacam saranan untuk mengatasinya dan ada juga yang memandang rendah terhadap Tie sekeluarga. Ye laa… seolah-olah kami ni tidak mengamalkan ibadah dengan sempurna. Siapalah kita, kan….

Buat pengetahuan semua, bukan kami sekeluarga sahaja yang mengalami masalah begini. Ada yang jauh lebih alim dan warak lagi (dari pandangan Tie ) pun kecurian. Ada juga yang tak berani bersuara kerana takut ahli keluarga sendiri dituduh melakukannya..

Begitulah sifat manusia, bila ada orang dalam kesulitan, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkannya, bukannya membantu. Dan lebih sedih lagi, sampai huru hara anak-anak  dipukul,  kerana disangkanya mencuri wang ibubapanya.

Setelah beberapa lama, kami selidik dengan bantuan seseorang, juga dengan ikhtiar sendiri, barulah Tie tahu. Yang mencuri wang kami bukannya Jin yang menjelmakan dirinya sebagai toyol (budak kecil bogel yang berwarna hijau tu).

Jin yang diarahkan mencuri wang kami adalah kepunyaan seorang wanita yang tinggal berdekatan. Tak tahulah samada dalam quarters ni, tapi yang pasti, dia mulakan operasinya lebih kurang 2 tahun yang lepas.

Jin yang dibelanya ini ada 2 ekor. Ia boleh mengubah rupa bentuknya kepada anak-anak kita  dan kadang kala dalam bentuk dirinya yang hodoh (malas agaknya).

Jin ada banyak kelemahan. Jadi, janganlah kita terlalu takut padanya. Yang penting kita kena yakin yang Allah sentiasa membantu kita yang dalam kesulitan.

Mula-mula untuk mengelakkan wang dari dicuri, Tie ikat getah dahulu. Masukkan dalam sampul, simpan dalam tempat tertutup, dalam peti ais.. dan entah apa lagi.. Tapi setahu Tie, toyol hanya mencuri sebahagian wang , bukan semuanya seperti yang Tie alami. Kerana itu Tie yakin Jin kepunyaan makcik keparat ni lebih teruk dari Jin Toyol.

Kali terakhir kami kecurian ketika bulan puasa yang lepas. Wang sebanyak RM200 lenyap di siang hari, kemudian RM300 hari kemudiannya. Not RM10 dan RM5 pun dicurinya. Tak pasti lak tentang not RM1…. Dalam poket seluar atau baju yang kita pakai pun boleh lesap.

Satu hari Tie tergerak hati untuk menggunakan jarum. Tie pinkan jarum kepada wang dan dompet seperti di bawah. Kekadang Tie pinkan pada bantal kecil, atau apa-apa benda pun. Semua not Rm100. Rm 50 , Rm10 dan Rm5.

.

.

 

Haa… nampak kelakar kan. Tapi setakat ini  kami tidak kecurian lagi. Syukur Alhamdulillah. Kami dah tahu kelemahannya. Ia tidak boleh ambil wang yang ‘dilekatkan’ pada sesuatu yang tidak boleh dibawa pulang ke tuannya. Cuma satu je keburukan cara begini. Duit Tie semuanya ada lubang kecil dan dompet Tie semakin buruk, ekekeke…….

Suami lagilah kelakor. Tiap kali balik dari tugas dia akan keluarkan not bernilai RM10 ke atas dan pinkan pada langsir rumah. Bila dia nak keluar barulah dia simpan dalam wallet.  Dia tak sanggup nak cucuk jarum tu dalam wallet dia, sebab punggungnya tercucuk jarum dulu, hihi..

Mesti kalian hairan, mengapa Tie simpan banyak duit, kan ? Sebenarnya tak banyak pun, dalam 2-3 ratus je. Tie dah terbiasa ada duit di rumah ni, suami jarang ada, anak-anak masih bersekolah. Jadi, kenalah sediakan wang untuk kecemasan.

Sekarang ni masalah wang sudah selesai. Harap-harap kami sekeluarga sentiasa dilindungiNya. Kami tahu, makcik jin keparat tu sedar usaha kami tapi kami tetap akan melawan dengan cara kami tersendiri dengan bantuan Allah.

Antaranya ialah sentiasa berzikir. Makhluk ni halus, jadi ia boleh meresap dalam tubuh kita. Tie sentiasa berzikir terutama sebelum tidur dan sambil berehat.

Jin suka menyerupai ular, dan pernah datang ke rumah kami beberapa kali. Macam mana nak tahu ular itu jelmaan jin ? Senang je. Kalau ular itu lari bila dihalau, menunjukkan ia adalah jin. Kalau ia melawan, menunjukkan ia adalah haiwan.

Jin ni patuh pada peraturan. Ia akan masuk rumah melalui pintu. Kalau kita pulang lewat malam, bacalah ayat kursi 3 atau 7 kali sebelum masuk. Kalau tak ia akan turut sama masuk rumah. Tujuan kena baca berkali-kali adalah kerana ia suka datang berulang. Jadi bila dah baca banyak kali, ia akan boring dan beredar… hihi..

Ada banyak lagi kisah yang akan Tie kongsikan di sini. Insyaallah, tujuannya untuk memberi sedikit pengajaran kepada diri sendiri.

~Oh ya, sebaik-baiknya amalkan pembacaan surah albaqarah ……

 

 

Categories: kehidupan Tags: ,
  1. November 29, 2010 at 10:48 am

    wah, ingatkan toyol je, sekarang jin pulak curi duit (ye la dia anak beranak setan jugak semua kan)… duit berlubang, kedai terima kan?

    • Tie
      November 29, 2010 at 10:51 am

      Lubangnya kecil jer, dulu kita guna stapler, tapi payah pulak nanti.

      Ramai orang suka bela Jin sekarang ni, nak cepat kaya….

  2. November 29, 2010 at 11:01 am

    Salam Kak Tie,

    tak sangka zaman sekarang ni ada yg buat macam ni lagi untuk kesenangan sendiri..

    seram pulak..

    hehe.. gelak jugak tengok kepala pin tu.. akak takde jarum peniti ek..?

    • Tie
      November 30, 2010 at 3:47 pm

      Jarum peniti ada, tapi lebih mudah guna jarum kepala besar ni.

  3. November 29, 2010 at 2:22 pm

    duit n dompet buruk takpe kak tie.. janji ada duitnya….hihi

    • Tie
      November 30, 2010 at 3:47 pm

      Betul tu, hihihi……

  4. November 29, 2010 at 3:26 pm

    kita susah payah keje cari duit dia senang2 je ambik, potong tangan baru tau😀

    • Tie
      November 30, 2010 at 3:48 pm

      Err….. kak tie rasa nak pi bakar je dia tu. Geram gak, ramai yang susah kerana dia.

  5. November 29, 2010 at 6:29 pm

    hehehe…
    cayalah.. akhirnya tewas juga ko jin ya. hehehe

    seronok membaca cerita ini.. maza bagi A volley? hahahha

    • November 29, 2010 at 9:59 pm

      Volley konon?… jangan lariii lak nanti..😀

    • Tie
      November 30, 2010 at 3:51 pm

      @ Maza,
      Bunyinya macam cerita pak pandir, kan…?
      Tapi ia benar. Rimas betul tinggal di sini. Kena sentiasa hati-hati, baru je tadi ular dok belingkar di tangga. Entah sejak bila tak sedar pun.

  6. November 29, 2010 at 9:58 pm

    Ni dah kira X-Files.. susah sikit nak komen sebab saya tak pernah alami benda2 cam ni (setakat ni..alhamdullilah). Tapi pernah dengar cite2 dari mereka yang dah kena. Takut juga dengan penyangak ni semua. Baru2 ni ada penjual sate dkt rumah kena ilmu. Tgh berjual sate, ada penyangak dtg, dia bagi aje duit sama penyangak tu semua… Handal2 betul diaorg ni semua. Wallahualam….

    • Tie
      November 30, 2010 at 3:54 pm

      Dulu, Tie fikir benda-benda gini macam tak masuk akal, (tang duit hilang tu). Tapi bila dah terkena pada diri sendiri, baru sedar.

      Oh ya, hati-hati laa.. risau juga pada anak-anak. Sekarang ni orang senang-senang tepuk bahu kita dan angkut pulang wang dan barang berharga.

  7. November 30, 2010 at 8:25 am

    Tie

    Perilaku toyol/jin nih memang dahsyat ek? Dalam bulan puasa pun masih aktif mencuri.

    Thanks for sharing (ada info berguna).

    • Tie
      November 30, 2010 at 3:57 pm

      Som, masa bulan ramadan dulu, ingatkan boleh relax, rupa-rupanya makin menjadi-jadi. Ramai yang kena. Sekarang ni, dah boleh senyum sikit, duit tak hilang lagi.. alhamdulillah. Kalau tak nak simpan rm30 dalam rumah pun risau… tetiba boleh lesap tau!

  8. November 30, 2010 at 9:57 am

    tips yg bgs ni

    .
    .

    tapi kesian kat duit tu… berlubang2.. dah tak jelita lagi.. ihihihi

    • Tie
      November 30, 2010 at 3:58 pm

      Haa…. kalau angie belek-belek duit dan tengok ada lubang jarum tu, kemungkinan besar mama telah pinkan duit tu, hehehe….

  9. November 30, 2010 at 11:53 am

    ada juga ye toyol moden rupanya.. 4 hari lepas ada ular di tepi pintu sliding rumah sy.. bila sy arahkan pergi dgn tgn ular tu lari keluar pagar.. besar juga. yg peliknya ular tu seolah menjengah2 ke dalam rumah dan bertentang mata dgn kami agak lama.

    • Tie
      November 30, 2010 at 4:02 pm

      Aida, tak tahu laa.. sekarang ni musim hujan, ada kemungkinan ular biasa. Tapi, ular biasa atau ular jelmaan sama-sama bahaya. Hati-hati laa.. Boleh ingatkan anak-anak tu.

  10. November 30, 2010 at 4:18 pm

    Macam-macam ya Tie..cerita orang nak senang.

    • Tie
      November 30, 2010 at 5:23 pm

      Begitulah ckLah. Orang dah tak takut Tuhan lagi daa…..

  11. December 16, 2010 at 9:21 pm

    Dapat gak saya ilmu untuk mengatasi masalah nie….selisihlah malaikat 44..janganlah ada yang mengamalkan benda nie kat kawasan den tinggal..

    bye n salam

    • Tie
      December 31, 2010 at 8:35 am

      Entahlah Zoff…. tetiba macam masalah tu berulang lak. Dah pening dibuatnya.

  12. DrSinga
    December 30, 2010 at 1:50 pm

    pin kan kat sofa gedabak tu!!!
    padan muka dia!!
    mengah2 try nak angkat!!

    • Tie
      December 31, 2010 at 8:36 am

      Ye ye… nanti kita cuba! Sakit jiwa bila di rumah sendiri pun tak rasa selamat!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: