Home > Pengetahuan > Dah jumpa

Dah jumpa

Dah berbulan kita cari benda ni.

Tapi, dengan tidak disangka-sangka, kita jumpa di kedai biasa di sini😛

.

.

.

.

.

.

.

Err…. bukan untuk  kuku tau. Tapi untuk cantikkan kerongsang dan dapat buatkan ia lebih tahan lama. Maklumlah kerongsang murah, hehehe….

Selain dari itu, Clear Nail Varnish ni ada banyak lagi kegunaannya.

Antaranya:

  1. Menambahkan jangka hayat dan mengilatkan barang perhiasan seperti manik2, batu permata pada accessories (subang, cincin, rantai tangan, kerongsang),
  2. Boleh lekatkan sampul surat  (kalau tak ada gam.)
  3. Memudahkan benang dimasukkan dalam jarum, dengan menitiskan varnish ni, kemudian gentel hujung benang hingga ia mengeras.
  4. Menjadikan belt buckles  dan butang baju  sentiasa berkilat dan baru. (mengelakkan oxidation)
  5. Sapukan pada benang butang baju, mengelakkannya dari tanggal atau putus.
  6. Sapu pada hujung tali kasut, ia akan buatkan nya tahan lama
  7. Sapukan pada bahan logam contohnya butang, screw (penutup mangkuk tandas) atau pemegang zip pada bag.. supaya ia tidak berkarat atau pudar warna, atau tidak tercabut (screw). Sapu screw cermin mata pun bagus supaya ia tidak longgar.
  8. Sapukan pada labels terutama bekas-bekas di dapur, supaya ianya kalis air atau  sapukan pada alamat sampul surat yang penting terutama musim hujan.

dan banyak lagi, jika kalian kreatif.

Antara kerongsang ‘mahal’ kita…….😆

.

* Info di atas kita cilok dari sini .

.

  1. April 16, 2011 at 8:46 am

    bersinar2 la jadi nya lopeh cuci hehe

    • Tie
      April 16, 2011 at 9:02 am

      Tak yah cuci, Zino, cuma catkan varnish tu jer…

  2. April 16, 2011 at 1:45 pm

    aik cam ne nak komen ni? betul2 topik wanita hari ini.. he he.. Cantik keronsang tu. Kalau kasi si dia tu.. sure suka punya..😀

    • Tie
      April 16, 2011 at 5:41 pm

      Ismail, bukan untuk wanita jer. Boleh guna untuk mana2 skru (supaya tak longgar atau karat), terutama cermin mata.

      • April 17, 2011 at 11:03 am

        Errr kalau screw kepala ok ke?😀

  3. April 16, 2011 at 2:15 pm

    terimakasih tip-tip menarik tu tie. oleh kerana tidak pernah berinteraksi sangat dengan varnish tu tak berpeluang pula mencuba ‘aplikasi’ selain dari kuku🙂

    p/s: tolong email alamat tie jika berminat menyertai projek tu ya. tq

    • Tie
      April 16, 2011 at 5:43 pm

      Haha… kena ada sebotol. Boleh bubuh kat butang logam pada beg atau jeans..

      .
      .
      .
      Tak sabor lak nak kutip air hujan, kah kah…!!

  4. April 16, 2011 at 2:33 pm

    errkkk…kalau dibuat menegangkan kulit mokcik dan nenek menegang dan berkilat lagi volleh?… hahahhaha

    • Tie
      April 16, 2011 at 5:45 pm

      Cuba sapu kat pipi Maza yang berkedut tu.. Kalau menjadi bagitau, ekk!

      • April 16, 2011 at 9:03 pm

        uik.. kita budak sekolah lah. confirm tegang2 bagai.. hahahha

  5. April 16, 2011 at 3:36 pm

    ohh… gitu cara nya… tqs kak tie kongsi ilmu..

    • Tie
      April 16, 2011 at 5:46 pm

      You’re welcome!

  6. April 16, 2011 at 4:22 pm

    ehhhh xpnah sy tau pun psl ni
    mnarik! thanks utk info ni kak tie!😉

    • Tie
      April 16, 2011 at 5:47 pm

      Adilla, kalau nail polish yang berwarna tu boleh guna untuk tandakan sesuatu (guna macam cat, jer…) .

  7. April 16, 2011 at 4:45 pm

    Tie..kat mana jumpa tu..nak beli jugak la..akak pun nak cantik kan keronsang.
    tapi lambat tau la tie..kalau tidak agaknya selamat cermin akak..

    • Tie
      April 16, 2011 at 5:49 pm

      Kak Erna, biasa dijual bersama pewarna kuku yang pelbagai warna tu, kat shopping complex… atau kedai2 alat solek ni. Err.. kalau cermin calar atau retak sikit boleh sapu jugak.

  8. April 16, 2011 at 6:56 pm

    Dulu masa sibuk dengan brooch dari Korea tu, memang sentiasa guna benda ni. Sekarang dah jadi semakin malas pulak sebab kalau dah tercabut, ada peluanglah nak tukar yang baru.

    • April 16, 2011 at 9:05 pm

      sekarang ni ada yg murah2 aje kan..hehehehhe

      tapi yg lama tetap berharga tau kak long.. hehehe

      • Tie
        April 17, 2011 at 10:39 am

        Maza, belikan untuk Darling banyak-banyak… tak rugi, boleh simpan lama. Nanti dapat princess boleh kongsi guna.

        .
        .
        .
        Bila nak start projek baru ??😆

    • Tie
      April 17, 2011 at 10:37 am

      @ Kak Long….

      Brooch Korea ? Oo… Tie cuma ada brooch local jer..😆

  9. April 17, 2011 at 11:48 am

    wahh bagus la kak Tie.. nail varnis jenis lain pun boleh guna ke..

    • Tie
      April 17, 2011 at 1:16 pm

      Ada banyak jenama. Tie beli jenis ni sebab tiada pilihan. Beli yang clear, pastu beli polish remover sekali, senang nak cuci kalau terkena pada kuku.

  10. April 19, 2011 at 4:06 am

    Salam Kak Tie,
    Suka baca tips pasal nail varnis tu.. especially bab letak kat benang tu… macihhh…mmuahhh!🙂

    • Tie
      April 19, 2011 at 5:41 pm

      Ijan pun rabun jugak ke ? Hehe….😆

  11. Zakiah humaira
    March 12, 2012 at 12:25 pm

    benda tu boleh kilatkan semula keronsang? Dah cuba…. tak mau pun,guna yang mahal punye ke?

    • March 12, 2012 at 1:11 pm

      Zakiah, ia sebenarnya sejenis cat clear. Kalau asalnya kerongsang tu dah kusam, tak bolehlah nak kilatkan. Sebaiknya utk keronsang baru, utk kekalkan sinarnya sahaja. macam spray cat kereta yang clear tu.

  12. azlina
    December 8, 2014 at 9:33 pm

    As Salam Sis. Tksh jmpe juga info ni… cuma nak tau jika sapu pd batu brooch nnt batu shinning tak… takut jadi kusam sbb dia cam gam kan… tksh

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: