Produk dari utara

Beberapa hari ni kita sibuk membelek ‘jajan’ yang abang beli dari Langkawi hari tu. Yang ini tak ada dalam senarai, tapi menarik juga. Kalau bab-bab makan ni, kita tak pernah tolak. Kalau tak sesuai dengan tekak, kita ubah suai sendiri.

.

.

.

Acar Limau

Mula-mula ingat acar jeruk buah tu. Nak terlompat kesukaan. Teringat tiap kali musim orang kahwin di Johor. Mesti ada acar buah. Biasa kita kokot sampai licin šŸ˜›

Rupa-rupanya acar limau. Kita makan sikit dengan nasi. Sedap juga. Hmm…. rasa macam ada asam kecut, atau limau yang telah kecut?

.

.

.

.

Perencah Kuey Teow

 

Uwaaaa…………… Baru tahu ada produk ini. Senang juga. Semuanya ada. Kandungannya terdiri dari cili kering, sos cili, sos tiram, sos lada hitam, kicap pekat dan kicap cair. Terus beli kuey teow tadi. Esok-esok boleh masak cara baru, haha.

Kita suka produk-produk sebegini kerana rasa yakin akan kesuciannya. Di pantai timur ni pun ada banyak produk-produk IKS (industri kecil dan sederhana). Nanti bila kelapangan (memang selalu pun) kita akan share di sini.

Oh ya, lupa nak beritahu. Di sana ada disediakan troli untuk di sewa. Jadi taklah penat angkut barang berplastik-plastik dan berkotak-kotak.Ā  Ini tiketnya……

.

.

 

Tiket Troli

 

 

~ Lepas google tadi, baru sedar yang perencah kuey teow ni dah lama ada di pasaran. Makcik ni ketinggalan zaman laa…..kah kah kah..!!

Jom ke Langkawi

Alhamdulillah. Abang kita dah selamat sampai malam tadi. Bawa balik rezeki untuk adeknya, hehehe… Mujur tak bawa balik kedai!

Di sini kita nak kongsi beberapa keping gambar, khas untuk kalian yang belum berkesempatan ke sana, macam kita laa…..

.

.

.

Selamat Datang ke Langkawi...... yeh yeh!!

.

.

.

Okay, cepat naik! Siapa lambat kena tinggal!

.

.

.

Haa..... dah sampai pun tempat shopping. Jangan segan-segan ya...

Terima kasih pada Kenari kerana bagi idea untuk melabur beberapa RM di sini šŸ™‚ Abang kita terkejut bila dapat senarai ‘pendek’ hari tu, ekekekeke………….. Sebenarnya banyak lagi kedai, tapi gambar tak lawa (guna hp), jadi kita tepek gambar ni je.

.

.

Ini buah apa ? Ini buah kelubi, ya anak-anak..... Kita baru kenal, hihihi...

.

.

.

 

Rasa macam pernah tengok. Oh ya. Baru je keluar di TV3 , hehehe....

.

.

.

 

Hmmm…… ini tempat suami dan yang lain-lain bermalam selama 4 hari yang lepas.

 

Gambar jajan kita tak tergamak nak pamirkan. Kita takut ada yang pitam lak !! Maaflah ya. Pada Zareda, terima kasih kerana beri cadangan beli cokelat Celebrations tu…Ā  Memang sodap! Habislah rancangan kita nak slim!!

Oh, segala minyak gamat, krim , balm, sabun, kain batik, danĀ  cadar serta beg beroda tu (cadangan dari Kenari) pun ada. Beg tu murah, tau ! Pendek kata, semua yang ada dalam senarai. Sudu dan senduk yang tak ada dalam senarai pun abang kita belikan.

Abang kata, kalau nak pergi (dari Ganu ni), lebih baik naik bas… sebab letih driving. Dari pagi, sampai malam. Tu pun sampai Kuala Perlis. Keesokannya baru ke Jeti.

Jadi, kalau sesiapa belum berminat nak ke sana, fikirlah lagi. Kalau ada peluang, pergilah melabur di Langkawi di samping melawat ke tempat-tempat bersejarah. Abang kita tak sempat nak pergi. Siang malam sibuk dengan kelas dan seminar.

 

 

Anak kita lembut ?

Err…………

Janganlah terkejut. Bukan anak kita, tapi anak orang. Tapi kira anak kita juga , kan…..Ā  ya laa… semua anak-anak harus dianggap seperti anak kita. Ke , kalian dah confuse ni ?

Kisahnya begini. Sibongsu tu sibuk menceritakan kisah classmatenya yang lembut. Siap ada nama glamour lagi. Baru tingkatan satu laa…. Guru-gurunya dah hilang ikhtiar. Tegur dan marah pun dia tetap dengan gayanya bagaikan puteri.

.

.

(Isha, sempat posing ketika mamanya sibuk menggeledah dalam kedai pinggan mangkuk di Pengkalan Kubor hari tu )

 

Kita marah juga kat sibongsu tu. Jangan panggil nama tu. Panggil nama jantan dia. Kita tak suka memberi galakan negatif. Takut dia terus bangga dan suka jadi ‘puteri’. Tapi, sibongsu tu kata, dia tu garang, walaupun lembut. Nanti dia marah… Aderk!

Kita ni kasihan juga pada budak tu dan ibubapanya. Macam manalah perasaan seorang ibu, bila anak jantannya berkelakuan seperti perempuan. Tentu kecewa, kan. Lebih-lebih lagi bila menghadapi masyarakat sekeliling.

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, pantaulah anak-anak kita. Tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Janganlah sampai yang lelaki jadi puteri dan yang perempuan pula jadiĀ  ganas macam lelaki.

 

*Sekarang ni golongan lembut ni dah menjadi-jadi. Baru di peringkat sekolah je tu. Di IPTA@IPTS tu tok sah kata laa…. Kalau setakat lembut, rajin masak atau menjahit tu tak de hal. Ni kita takut lembut sampai menggadai maruah diri jer……………..

 

Jangan Pandai-Pandai

Haa, itu lah. Perasan pandai sangat.

Kita cemburu tengok kuih bahulu rose Ima tu. Jadi kita pun print lah resepinya dan gantung di tempat biasa.

.

.

.

.

.

Tapi, masa tengah buat, rasa macam tepung tu banyak sangat. Jadi kita kurangkanĀ  dekatĀ  1/2 cawan, ekekekeke…………… Bukan main confident lagi makcik ni.

Ni, cuba tengok hasilnya!

.

.

.

.

.

Dahlah melekit, bila dah naik cantik, tetiba ia merajuk terus meniarap! Aderk! Menyesal lak kita memandai-mandai. Tak ada rupa bahulu pun.Ā  Rasa nak pulas telinga sendiri, hihihi…………………

Dan adunan selebihnya kita bubuh choc emulco, konon nak kreatif la tu. Bubuh dalam acuan empat segi.

.

.

.

.

Nasib baik ada la rupa kek. Kalau bentat, tentu kita tak tepek gambarnya di sini.

Jadi, anak-anak semua…………….

Apa yang kita belajar hari ini ???

.

.

.

.

.

JANGAN PANDAI-PANDAI !!! :mrgreen:

.

.

~ Sebenarnya ada yang rentung (kita guna acuan kuih bahulu@ cara) Garing macam sekut. Haha…

Si Panjang Lagi

Kita baru jeĀ  buang seekor lagi katak ke longkang depan , dalam perjalanan balik baru perasan ada pulak sipanjang ni sedang menjalar…….

.

.

.

Ish….. mujur tak terpijak tadi. Macam manalah boleh tak perasan, ekk! Ular ni kecik tapi panjanglah jugak. Bila kita kuis-kuis dengan batang penyapu (ingatkan ia dah mati), tetiba mulutnya ternganga luas! Uwaaa………….. terkejut kita!

Cepat-cepatĀ  panggil sibujang tu suruh halauĀ  ular ni jauh-jauh. Tapi bila sibujang cuba halau, ular ni melawan lak. Ia nganga lagi mulutnya dan menjelirkan lidahnya. Ā  Akhir sekali, kena pelangkonglah jawabnya. Dah nasib. Siapa suruh datang rumah kita ?

Agak-agak dah berapa ekor ular yang bertandang ke rumah kita ni ekk ? Banyak sangat. Mungkin sebab tuĀ  katak-katak menyorokkan diri di sini…. Kes takut ular la ni.

Oh ya, sila abaikan lantai porch yang kotor tu. Belum menyapu pagi tadi. šŸ˜†

Psst !… kita sempat lari masuk dalam ambil kamera sebelum panggil sibujang tu, ekekeke…….

Ketukan misteri

Kami ada sedikit masalah peribadi (bukan masalah rumahtangga tau!) jadi kita talipon mak (di Johor ) untuk mendapatkan pandangan di sampingĀ  meluahkan perasaan yang terbuku.

Petang tu, ayah called, suruh sediakan satu jag air dan letak di ruang tamu. Kita guna satu balang besar air minuman yang 18 litre tu, hehe……… Kebetulan malam tu malam Jumaat. Ayah and the geng (orang masjid)Ā  baca yassin dan khatam quran beramai-ramai setiap malam Jumaat. Kebiasaannya ayah berdoa dan menyebut nama kami seorang-seorang (juga adik-adik yang lain).

Selepas beberapa lama ayah talipon lagi,Ā  suruh kami sekeluarga minum air tu, dan renjis keliling rumah sambil berselawat dan memohon perlindungan dariNya. Err…….. kita dah buat malam tu juga, dengan perasaan berdebar-debar.

Hati kita dah lega, dan setelah seminggu berlalu,Ā  satu perkara yang mengejutkan kami berlaku semalam.

Beberapa ketukan yang menggegarkan pintu rumah membuatkan kami tak tentu arah. Tiada suara beri salam dan bila kita intai di tingkap, tak nampak pun kehadiran motor atau kereta di luar. Rumah jiran sebelah masih lagi terang benderang.

.

.

Tiba-tiba pintu rumah bergegar lagi (masa kita menaip ni laa…) . Jantung kita bagaikan terhenti. Oh… teringatkan anak-anak yang baru keluar untuk ke sekolah. Mungkin salah seorang tertinggal sesuatu (memang selalu gitu).

Bila buka pintu, terkejut lagi! Rupanya Cikgu N, datang bawa nasi berkat (lauknya bau harum, hihi…) . Katanya semalam dia ketuk pintu kuat-kuat , dia ingat semua dah tidur, jadi dia simpan dalam petisejuknya dulu.

Laa…… kita ingat Jin mana la yang marah sebab tak boleh masuk rumah, kah kah kah!! Petang nanti nak cerita kat Wanie. Sebab muka dia pucat lesi malam tadi kerana takutkan bunyi ketukan tu, ekekekeke…………..

.

.

.

~ Err…… hari ni kita off ! Alhamdulillah….. rezeki ! :mrgreen:

Herba Ubatan

Err……..

Malas nak layan putera-putera katak tu. Baru je kita sergah empat ekor katak tadika, sebaya pulak tu tengah dok mesyuarat kat ceruk dapur. Tambah lagi beberapa ekor bolehlah kita tubuhkan pasukan bola sepak putera katak !!

 

Ni saja nak tunjuk kalian buku yang abang kita belikan. Dah lama……. tapi kita belum habis mentelaah lagi.Ā  :mrgreen:Ā  (Tu bekas MBĀ  Dato Idris Jusoh )

Buku ini mencatat segala tumbuhan herba yang terdapat di seluruh Malaysia, khasiat ubatan, habitat, ciri-ciri istimewa dan kaedah pembiakan. Abang kita memang minat benda-benda gini.

Kalau boleh nak tanam semua tumbuh-tumbuhan herba ni di rumah atap biru tu. Kebiasaannya orang sana lebih suka buat rawatan sendiri menggunakan herba-herba bila sakit.

Ada bermacam jenis dan spesis tumbuhan herba ni. Kita jadi rambang mata lak. Tapi kita amat tertarik dengan tumbuhan di bawah ni.

 

Tumbuhan Celaka Merah ni (ada Celaka Biru), amatlah berbahaya. Sesetengah bidan (zaman dulu laa….) menggunakannya untuk menggugurkan kandungan seseorang.Takut lak kita! Nama lainnya Nyonya Makan Sirih.

.

.

.

.

Ni pokok ati-ati. Biasanya kita buat perhiasan di taman. Sebenarnya pokok ati-ati ada khasiatnya. Air rebusan campuran pokok ini (sampai 1/3 kering) ditapis dan diminum untuk mengubati sakit jantung, demam, merancang keluarga dan sakit perut. Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal pada bisul…. Err……. ada bisul ke ?

* Lagi 3 hari abang kita balik. Ingat nak buat surprise,tapi …… tapi…… nak surprise apa ekk??

 

Bagaimana nak menghalau katak?

Sekarang ni dah gamat.

Mula-mula ada sepasang anak katak sebesar kuku di dalam bilik air. Kita berjaya membuangnya nun jauh di tengah-tengah padang belakang dapur ni.

Yang menjadi masalah ada sepasang lagi katak sebesar ibu kaki. Aderk! Abang dah buang seekor tapi tetiba Wanie pekik sebab nampak 3 ekor pula.

Haish! Dari mana pula datangnya 2 ekor tu ? Kita punyalah susah nak buang, sebab dia main sorok-sorok di ceruk dapur.

Adakah itu katak yang sama ? Atau sepupunya datang menziarah ?

Kalian ada petua tak ? Macam mana nak hapuskan katak-katak ni ?

Berjaya snap gambar seekor ni je. Tengoklah betapa gemuknya dia, kah kah!! Eee….. macam mana nak buang ? Abang dah pergi. Kita geli !!

Walaupun kita tutup rapat pintu dapur tu , masih lagi ada katak yang suka bermalam di dapur kita.

Dan baru je malam tadi datang pula katak pisang (jenis yang boleh lompat tinggi) duduk dalam bilik air. Abang kata kecik je, tapi kita tetap tak suka, huhu… Macam mana nak relax dalam tandas kalau tetiba je ia terjah, kan……

~ Agak-agak katak tu ada GPS ke ? Sebab seolah-olah ia datang balik walaupun kita dah buang jauh-jauh…….. Adoi laa…….

 

Ada idea tak?

Salam sejahtera semua,

Abang kita nak ke Langkawi dalam 2-3 hari ni. So, dia tanya, “Adek nak kirim apa?” Alamak! Kita tak tahu lak, sebab tak pernah ke sana (punyalah jakun!)

Jadi, kalian ada tak apa-apa suggestion? Barang-barang murah je laa… Bukannya dia bawa RM seguni. Orang kerja Gomen ni pitih tak banyak. Setakat cukup makan jer.

Kita nak kirim cokelat. Tapi jenis apa yang halal? Pastu, kita nak kirim krim gamat dan segala suku sakatnya. Nanti dia nak singgah Kedah. Jadi kita nak kirim ikan bilis (yang dah dikopek tu….. betapa rajin isterinya, hihi…) , belacan (untuk mak dan mentua, kita punya banyak lagi), dan apa lagi, ekk?

Cubalah beri cadangan, kita dah buntu ni (macamlah penting sangat!). Maklumlah bukannya senang nak ke sana, tapi disebabkan dia ada seminar, dapatlah peluang dia untuk melabur beberapa keping RM…Ā  šŸ˜†

 

Sila buat spotcheck terhadap anak-anak anda di Taska

Sekarang ni dah heboh mengenai kes sebuah Taska di sini dan salah seorang ibu mangsanya di sini. Ada ramai lagi. Silalah belek gambar-gambar tersebut. Manalah tahu anak anda adalah salah seorang dari mangsanya.

Kepada Eida dan MamaAsya, kak tie mintak maaf kerana bubuh link kalian tanpa kebenaran. Tak mengapa kan….. niat hanya untuk menghebahkan kisah ini supaya lebih ramai lagi ibubapa yang sedar.

Oleh kerana itu, rajin-rajinkan diri buat spotcheck di Taska anak-anak masing-masing sebelum terlambat. Wang dan harta boleh dicari, tapi anak kita ni memanglah tak boleh diganti.

Sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, munculkan diri di waktu yang tidak disangka-sangka, atau jika terlalu sibuk, minta tolong saudara yang dipercayai.

Sekiranya ada di antara kalian merasakan ada sesuatu yang tidak kena, jangan buat tak tahu je. Naluri ibu biasanya benar. Jangan memberikan kepercayaan 100% terhadap orang yang menjaga anak kita, samada di Taska mahupun pengasuh di rumah.

Biarlah kita penat sedikit, asalkan keselamatan anak-anak kita terjamin.

Akhir sekali, selalulah belek-belek tubuh badan sikecil. Yang dah pandai bercakap tu, rajin-rajinkan tanya atau galakkannya buat report tentang aktivitinya di Taska/Tadika (atau bersama pengasuh). Ada ketika kita perlu bersifat curiga.

 

Previous Older Entries