Home > Uncategorized > Sila buat spotcheck terhadap anak-anak anda di Taska

Sila buat spotcheck terhadap anak-anak anda di Taska

January 17, 2011

Sekarang ni dah heboh mengenai kes sebuah Taska di sini dan salah seorang ibu mangsanya di sini. Ada ramai lagi. Silalah belek gambar-gambar tersebut. Manalah tahu anak anda adalah salah seorang dari mangsanya.

Kepada Eida dan MamaAsya, kak tie mintak maaf kerana bubuh link kalian tanpa kebenaran. Tak mengapa kan….. niat hanya untuk menghebahkan kisah ini supaya lebih ramai lagi ibubapa yang sedar.

Oleh kerana itu, rajin-rajinkan diri buat spotcheck di Taska anak-anak masing-masing sebelum terlambat. Wang dan harta boleh dicari, tapi anak kita ni memanglah tak boleh diganti.

Sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, munculkan diri di waktu yang tidak disangka-sangka, atau jika terlalu sibuk, minta tolong saudara yang dipercayai.

Sekiranya ada di antara kalian merasakan ada sesuatu yang tidak kena, jangan buat tak tahu je. Naluri ibu biasanya benar. Jangan memberikan kepercayaan 100% terhadap orang yang menjaga anak kita, samada di Taska mahupun pengasuh di rumah.

Biarlah kita penat sedikit, asalkan keselamatan anak-anak kita terjamin.

Akhir sekali, selalulah belek-belek tubuh badan sikecil. Yang dah pandai bercakap tu, rajin-rajinkan tanya atau galakkannya buat report tentang aktivitinya di Taska/Tadika (atau bersama pengasuh). Ada ketika kita perlu bersifat curiga.

 

Categories: Uncategorized Tags:
  1. January 17, 2011 at 11:00 am

    masyaAllah! kejam betul pengusaha tuuu

    dahla cekik darah..

    nak bagi anak orang mati pulak tu!

    • Tie
      January 17, 2011 at 9:08 pm

      Kak tie tengok pun terkejut!

      Ada dua kemungkinan sebenarnya.
      Samada pekerja yang prihatin atau pekerja yang sengaja nak menjatuhkan Taska tersebut(mungkin pengusaha Taska bayar gaji ciput). Apa-apa pun yang menjadi mangsa adalah anak-anak tu.

  2. January 17, 2011 at 11:08 am

    OMG, this is terrible! Dah report ke kak???

    Pity the kids! Kalau taktau nak kendali taska, baik jangan try! Haishhh…

    This is why I quit my job, so that I could take care of my kids…trust nobody when it comes to your kids!

    • Tie
      January 17, 2011 at 9:09 pm

      Ada ibubapa yang dah buat report.. harap-harap dah pun diambil tindakan.

  3. January 17, 2011 at 3:32 pm

    byk dgr cerita taska bagi ubat tido dlm susu baby.

    • Tie
      January 17, 2011 at 9:13 pm

      Kerana itu ibubapa kena siasat dulu sebelum menghantar anak mereka ke taska berkenaan.

  1. No trackbacks yet.
Comments are closed.
%d bloggers like this: