Home > Makan > Produk dari utara

Produk dari utara

Beberapa hari ni kita sibuk membelek ‘jajan’ yang abang beli dari Langkawi hari tu. Yang ini tak ada dalam senarai, tapi menarik juga. Kalau bab-bab makan ni, kita tak pernah tolak. Kalau tak sesuai dengan tekak, kita ubah suai sendiri.

.

.

.

Acar Limau

Mula-mula ingat acar jeruk buah tu. Nak terlompat kesukaan. Teringat tiap kali musim orang kahwin di Johor. Mesti ada acar buah. Biasa kita kokot sampai licin๐Ÿ˜›

Rupa-rupanya acar limau. Kita makan sikit dengan nasi. Sedap juga. Hmm…. rasa macam ada asam kecut, atau limau yang telah kecut?

.

.

.

.

Perencah Kuey Teow

 

Uwaaaa…………… Baru tahu ada produk ini. Senang juga. Semuanya ada. Kandungannya terdiri dari cili kering, sos cili, sos tiram, sos lada hitam, kicap pekat dan kicap cair. Terus beli kuey teow tadi. Esok-esok boleh masak cara baru, haha.

Kita suka produk-produk sebegini kerana rasa yakin akan kesuciannya. Di pantai timur ni pun ada banyak produk-produk IKS (industri kecil dan sederhana). Nanti bila kelapangan (memang selalu pun) kita akan share di sini.

Oh ya, lupa nak beritahu. Di sana ada disediakan troli untuk di sewa. Jadi taklah penat angkut barang berplastik-plastik dan berkotak-kotak.ย  Ini tiketnya……

.

.

 

Tiket Troli

 

 

~ Lepas google tadi, baru sedar yang perencah kuey teow ni dah lama ada di pasaran. Makcik ni ketinggalan zaman laa…..kah kah kah..!!

Categories: Makan Tags: ,
  1. January 30, 2011 at 4:27 pm

    byk jajan tu.. kuah rojak mak bee tu pun selalu org suka.. sy tk pernah beli pulak. kt jhr mcm tk pernah nampak la..

    • Tie
      January 30, 2011 at 7:57 pm

      Kuah rojak tu memang selalu ada, sebab kekadang anak buah abang beri. Tapi Tie selalu guna kuah rojak Agro Mas. Sedap jugak. Kat Johor tak perasan laa..

  2. pB
    January 30, 2011 at 5:03 pm

    Salam Kak Tie

    nak tanya sikit lah …
    pasal gambar n3 sebelum nie

    Macam pernah pB lihat jer tempat penginapan tu…
    Sri Intan …
    Betul ker ???

    • Tie
      January 30, 2011 at 7:59 pm

      Salam pB,

      Abang kita kata itu tempat penginapan kakitangan kerajaan untuk jabatan ***.
      Bukan Sri Intan. Pernah ke Langkawi, ekk?

  3. January 30, 2011 at 5:43 pm

    oohh kak tie…!!! jeles ni… sedap sungguh nyoping brg makanan tu.. meleleh2 ni..

    • Tie
      January 30, 2011 at 7:59 pm

      Ohh, kak tie lagi jeles sebab abang kita yang nyopping tu.

  4. January 30, 2011 at 5:44 pm

    Pandai che abang Tie memborong ye. Kuah rojak Mak Bee tu mmg lah tersangat famous. Ya betul di jeti Kuah dan Kuala Perlis (dan juga jeti Kuala Kedah) ada disediakan troli utk disewa, nak mengangkut barang ke dalam bot dan keluar dari bot tu yg tak laratnya, org ramai berasak2 kalau masa cuti.

    • Tie
      January 30, 2011 at 8:06 pm

      Ehehehe…..

      Kuah rojak tu memang famous, kan ? Entah dah berapa bekas Tie buat rojak. Biasa orang beri, cuma kali ini abg belikan.

      Memang senang ada troli. Memggalakkan kita membeli banyak-banyak, hahaha…

  5. January 30, 2011 at 6:01 pm

    Kuah Rojak Mak Bee tu best!
    Sentiasa ada stok. Kirim kat adik ipar -orang kedah.
    Beli yang tong besar tu kak tie… hehehe.

    errr..kak tie,
    alas meja tu cam sama aje ngan kita punya..
    dari China eh ? heeeee..

    • Tie
      January 30, 2011 at 8:09 pm

      Aaiik ?

      Ada tong besar ? Besar mana tu ?

      .
      .
      Alas meja ? Ooo…. itu alas meja murah je Reen. Kak tie beli kat kedai sini, dlm rm3-rm4 kot. Tak ingat pulak. Tapi tak pasti buatan China. Mungkin kot sebab biasanya banyak barang2 gini buatan China.

  6. January 30, 2011 at 6:35 pm

    amboi2..shopping sakan..ade jajan utk sy tak๐Ÿ™‚

    Ezan sekeluarga pun akan ke Langkawi jugak bln 5. lagi tak sabar tgk gmbr K’Tie memborong hehe

    • Tie
      January 30, 2011 at 8:12 pm

      Abang kak tie yang shopping, kak tie tak ikut laa… tak ada dalam senarai, hihihi…

      Kalau nak jajan kena datang sini. Kak tie tak pandai nak ngepos ni. Nak naik basikal pun tak lulus. Selalu je tumbang.๐Ÿ˜›

      Ezan nak ke Langkawi ? Waaa…. kak tie dah jeles nih! Nanti jangan lupa tulis barang-barang yang nak diborong. Kang rugi kalau tertinggal nanti, ekekeke…

  7. ima
    January 30, 2011 at 6:40 pm

    ohhh kak tie..semua produk2 yang best…senanglah kak tie nak masak kuey teow…nnt ajar ima sekali masak kuey teow ekk..

    • Tie
      January 30, 2011 at 8:13 pm

      Alaaa.. Ima ni, kak tie ni masak main campak-campak je.

      Janji boleh makan. Hihi…

  8. January 30, 2011 at 8:02 pm

    mata akak terus nampak kuah rojak mak bee..he he..

    • Tie
      January 30, 2011 at 8:14 pm

      Oh, ramai juga peminat rojak mak bee, ya…. haha..

  9. January 30, 2011 at 9:36 pm

    testing komen…

    • Tie
      January 31, 2011 at 8:16 am

      Oooiitt ???

  10. January 30, 2011 at 9:37 pm

    erk.. dah berjaya dah..
    boleh komen selalu kat sini..

    bila sebut acar limau tu, terus ada rembesan air lir terasa. hahha

    lapar ar pulak..

    adeh..

    • Tie
      January 31, 2011 at 8:17 am

      Haha… kak tie pun heran, macam mana tak boleh komen.

      Sedap juga acar limau tu Dearie, makan dengan nasi panas-panas. Makan dengan nasi minyak @ Briani lagi best!!

  11. January 30, 2011 at 9:38 pm

    nak komen lagi lah.. saja nak menyemak.
    ni nk lepas gian ar nie. beberapa kali testing hari tu tak lepas2..

    hah, ni komen ke-3..
    hehehe..

    maaf kak..
    saja nak testing komen.

    akhirnya berjaya..
    yeay!

    • Tie
      January 31, 2011 at 8:17 am

      Tak pe, buatlah macam blog sendiri, ekekekeke…………

  12. January 30, 2011 at 10:52 pm

    Salam.
    Alamak..,dah lama tak amkan acar limau tu….
    Sedap tu makan dengan nasi. Kuah rojak mak bee tu, beli kat mana ni?

    • Tie
      January 31, 2011 at 8:18 am

      Kuah rojak mak bee tu berlambak di Kedah, Perlis, Langkawi dan Pulau Pinang kot….

  13. January 30, 2011 at 11:51 pm

    kitapun ketinggalan kete api gak,.,agaknya perencah KT tu tak yah tumis bagai ek,terus gaul terus kot..yum..yum..sedapnya ….phew…waiting list menu nih.hihihi

    • Tie
      January 31, 2011 at 8:19 am

      Tak tahulah CT, tapi kak tie ni suka tumis. Tumis bawang putih dan bawang besar, serta cili kering sket. Baru bubuh yang dalam botol tu. Kak tie ni rasa tak sah kalau tak tumis bila masak.

  14. January 31, 2011 at 12:39 am

    kak tie. tambah sedikit lagi dgn kerang perkhhh tontu terangkat char kuey teaw weiii… (kuey teaw kerang wallah)

    • January 31, 2011 at 12:44 am

      alamakk… sodapnyaaaaa….

      terasa nak suruh darling bikin satu besen mee kuey teaw lorrr.. aderkkkk

      • Tie
        January 31, 2011 at 8:22 am

        Amboi….

        Sebesen !

        Kesian Darling, jenuh nak mengacaunya..!!

        Err… kalau tak abis, jangan segan-segan kirim kat kita, ekk!!:mrgreen:

    • Tie
      January 31, 2011 at 8:20 am

      @ Aida,
      Err….
      Ni betul-betul empunya diri atau nyamor ??

      Kak tie jarang beli kerang, tengok musim laa… Payah sangat kak tie campak udang je..๐Ÿ˜›

      • January 31, 2011 at 10:35 am

        tersalah guna log in lah..a derkkkk

  15. January 31, 2011 at 9:05 am

    aduh… belum rasa baru tengok pic .. da kecur er liur k tie… terbayangkan kesedapannya makan ngan sambal belacan atau ikan masih … menusuk perasaan. errr.. yang sebenarnya tak pernah rasa pun… tapi mesti sedap kan…

    • Tie
      February 1, 2011 at 7:40 am

      Tentulah sedap, Izan.
      Tengok je dah tahu, hehe… Sabor aje laa…

  16. January 31, 2011 at 11:08 am

    terer betullah suami kak tie beli brg…mmg bagus sgt..harapkan suami saya..dia bawa balik badan dia je hmm..x reti nak beli brg katanya.

    Eh bestlah ada perencah char kue tiaw tu…kat sini xde jual ke ek?

    • Tie
      February 1, 2011 at 7:41 am

      Nrina, kak tie buat senarai, siap ada harga lagi. Terkejut boss dia tengok, ekekeke….

      Perencah char kuey teow tu, tak pernah lak nampak di kedai.. Cubalah survey, mana tau ada kat Melaka tu.

  17. January 31, 2011 at 1:19 pm

    Cakap pasal produk IKS,Kalau ke Pantai Timur, cklah nak cari sejenis minuman (tak tau apa namanya). Berupa limau kasturi yang dijerukkan bersama asam boi…..sedap dan segar sungguh rasanya…Di sini tak ada jual.

    • Tie
      February 1, 2011 at 7:49 am

      Ooooo…… baru teringat. Jus limau kasturi jeruk + asam boi……..

      Ada sekali (ke 2 kali ?), Tie pernah minum di restoran kat sini… hmm… on the way ke Tasik Kenyir. Abang selalu order air tu. Kita minum first time dulu rasa pelik sikit, pastu rasa sedap pulak, hihi…

      Tapi, belum nampak lagi yang dikomersialkan..Yang kita nampak kat kedai tu dalam balang besar. Nantilah Tie cuba cari. Kalau ada Tie buat entry kat sini.

  18. January 31, 2011 at 3:46 pm

    maknanya, neeza lagi lah ketinggalan zaman. Neeza pun tak tahu ada jual perencah kuey teow tu.. balik nanti boleh lah cari.. heheheh..๐Ÿ˜‰

    • Tie
      February 1, 2011 at 7:49 am

      Hehe, nampaknya kita ni sekuali la, ekk!

      Balik nanti, cari la … atau ada ke kat sana ?

  19. January 31, 2011 at 4:53 pm

    aik. ramai gak yg nampak kuah rojak mak bee tu… sedap cicah dgn buah kuini muda ni
    ๐Ÿ˜€

    .
    .
    klu mama tak tau. angie lagi la tak tau ada perencah char kuey teow. hihihi

    • Tie
      February 1, 2011 at 7:50 am

      Err….

      Angie tau ke masak kuey teow goreng tu ?:mrgreen:

  20. January 31, 2011 at 9:48 pm

    sesekali dapat jajan dari selera, boleh tukar selera…

  21. January 31, 2011 at 9:48 pm

    opps silap taip…nak cakap jajan dari Utara๐Ÿ™‚

    • Tie
      February 1, 2011 at 7:50 am

      Hehehe…. biasalah, kita lagi banyak kali silap!๐Ÿ˜†

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: