Home > haiwan > Si Panjang Lagi

Si Panjang Lagi

Kita baru je  buang seekor lagi katak ke longkang depan , dalam perjalanan balik baru perasan ada pulak sipanjang ni sedang menjalar…….

.

.

.

Ish….. mujur tak terpijak tadi. Macam manalah boleh tak perasan, ekk! Ular ni kecik tapi panjanglah jugak. Bila kita kuis-kuis dengan batang penyapu (ingatkan ia dah mati), tetiba mulutnya ternganga luas! Uwaaa………….. terkejut kita!

Cepat-cepat  panggil sibujang tu suruh halau  ular ni jauh-jauh. Tapi bila sibujang cuba halau, ular ni melawan lak. Ia nganga lagi mulutnya dan menjelirkan lidahnya.   Akhir sekali, kena pelangkonglah jawabnya. Dah nasib. Siapa suruh datang rumah kita ?

Agak-agak dah berapa ekor ular yang bertandang ke rumah kita ni ekk ? Banyak sangat. Mungkin sebab tu  katak-katak menyorokkan diri di sini…. Kes takut ular la ni.

Oh ya, sila abaikan lantai porch yang kotor tu. Belum menyapu pagi tadi.😆

Psst !… kita sempat lari masuk dalam ambil kamera sebelum panggil sibujang tu, ekekeke…….

Categories: haiwan Tags:
  1. January 27, 2011 at 9:02 am

    kak Tie.. apasal ular tu bengkok2 ye.. br sekali ni nampak ular spesis camtu.

    • Tie
      January 27, 2011 at 9:13 am

      Tu lar, sebab tu kak tie kuis-kuis dengan kayu, ingat dah mati.Saje dia je nak tunjuk bodynya yang boleh dipelbagai.

  2. ima
    January 27, 2011 at 9:12 am

    assalam kak tie…banyak betullah haiwan yang suka kerumah kak tie…ni mungkin kak tie ni terlalu baik hati kot…hehe

    • Tie
      January 27, 2011 at 9:16 am

      W’salam.

      Err… kak tie tak kisahlah kalau binatang lain, ni ular… eee… takut la Ima. Kawasan kak tie ni dekat dengan hutan. Babi hutan pun ada tau. Sebab tu kena selalu tutup pintu. Takut kang menjengol je muncung dia kat dapur tu, huhu…

  3. zareda
    January 27, 2011 at 9:25 am

    kalau ular masuk umah ni bahaya jugak.. tambah melawan pulak bila kita halau…

    • Tie
      January 27, 2011 at 10:37 am

      Ish… susah betul tinggal di sini la Zar. Selalu kena awas sebab memang selalu sangat ular datang. Jiran-jiran pun kena juga.

  4. January 27, 2011 at 9:29 am

    OPOCOT!!!!!

    .
    .
    .

    .
    .

    klu putera katak, angie ok lagi. klu si panjang ni….. errrr….

    lariiiiiiiiiiiiiiiikkksss

    jantung mama kuat lagi?😀

    • Tie
      January 27, 2011 at 10:38 am

      Ambooiii…..
      Melatah pulak anak dara ni !!
      .
      .
      .
      Mama dah expert tang ular dan katak ni.

      Jantung masih kuat lagi. Cuma napas je laju,:mrgreen:

  5. January 27, 2011 at 10:14 am

    erkkkk!!!!
    rumah sy slalu jgak ada ular sblm ni
    musang pun ada nyorok kat atas bumbung
    ada time dia main kejar2 kat atas tu, klo tak pun bunyi anak2 dia hihi

    slalu klo ada ular, kitorg panggil bomba sukarela psl port bomba tu selang beberapa buah rumah je haha
    diorg amik ular tu, lps tu jual kot? ntah la kan~

    • Tie
      January 27, 2011 at 10:40 am

      Kak tie malaslah nak panggil bomba sebab memang selalu sangat, jiran-jiran pun tak pernah panggil bomba.. Kang depa ketawakan kita lak!

      Mungkin kalau ular tu besor sangat, baru panggil kot. Harap-harap tak ada le atok ular datang sini.

  6. January 27, 2011 at 10:24 am

    kak tie kenapa dibunuhnya ular itu…kesian dia tau…

    patutnya dgn katak dan ular2 itu, kak tie sudah boleh bikin bisnes.. bikin zoo!
    hahahha

    • Tie
      January 27, 2011 at 10:41 am

      Aa.. aa…. baguslah tu.

      Maza jadi tukang jual tiket, ya.

      Kita upah sehari 2 ketul kopok lekor!😆

  7. January 27, 2011 at 10:55 am

    waa…. gelinya tengok ular tu. dulu2 rumah kat kg selalu juga didatangi ular. bukan atas lantai dia duduk, kat atas tingkap, celah2 atap. tak boleh dikenangkanlah.

    ps, thanks kak tie sudi jengah ke blog saya.🙂

    • Tie
      January 27, 2011 at 1:56 pm

      Ish.. kalau dah tergantung sana sini tu memanglah menjadi-jadi gelinya. Ni pun dah berdiri bulu roma, hihihi…

  8. January 27, 2011 at 11:00 am

    Ke sbb dia tau banyak katak kat dapur kak tie. ish bahaya ni kak tie.. halau la katak2 tu.. nanti banyak plak ular.. scary..

    • Tie
      January 27, 2011 at 1:59 pm

      Kat sini memang ada banyak ular. Dulu masa mula-mula pindah lagi selalu terserempak dengan ular.

      Jiran-jiran sebelah tu siap terjerit-jerit, ada juga ular sawa besar, hampir2 masuk dalam rumah. Nasib baik jiran nampak, dia call kak tie, bila kak tie keluar ular tu lari entah ke mana…..

      • January 28, 2011 at 1:13 pm

        mesti ular itu terperanjat, sbb takut kena pijak.. lagipun punca getaran hentakan lantai dari dlm rumah sudah pun tahu betapa remuknya tulang belulang itu nanti..

        “gilo ko, gergasi datang pijak, mau berterabur gigi dan sisik-sisik ni.. cabut!” kata sang batik sawa sambil meliang lentuk menyembunyikan diri… hahahah

        errk… tetiba aje, boleh bikin derama utk anak2 ni.. hahaha

  9. January 27, 2011 at 11:28 am

    bdan ular tu mcm ada lok keris😀

    • Tie
      January 27, 2011 at 1:59 pm

      Memang pun. Ia eksyen je tu Juliet. Ia boleh luruskan badannya….

  10. zue
    January 27, 2011 at 12:06 pm

    spjg hidup zue ni belum pernah trsermpak dgn ular mcm tie ni. selisih malaikat 44..

    nengok rupa mcm ular lidi je..

    • Tie
      January 27, 2011 at 2:00 pm

      Bukan ular lidi la Zue…. ular lidi tak melawan, dan tak merbahaya.

      Ular ni garang sungguhpun ia kecik. Dah jadi arwah pun.

  11. January 27, 2011 at 1:41 pm

    Klu Ezan lah terjumpa ular nie, mahu menjerit dulu
    tak kiralah kecik pun🙂

    K’Tie boleh pulak ambik gmbr dulu yer hehe

    • Tie
      January 27, 2011 at 2:01 pm

      Hehe…..

      Kak tie dah expert tang ular ni. Kekadang sampai kena marah oleh abang sebab sibuk nak ambik gambar, ekekeke…..

  12. January 27, 2011 at 6:23 pm

    Mak oii beraninya camerawoman ni ambik gambar ular. Ni kira kategori wildlife photographer dah nie.. bukan calang2 ehh…
    rumah saya pun kadang2 si panjang dtg lawat.. ramai betul kerabat diorg ni.

    • Tie
      January 28, 2011 at 7:49 am

      Kita dah expert la Ismail…. Kat sini banyak ular.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: