Home > kehidupan, Rezeki > Ketukan misteri

Ketukan misteri

Kami ada sedikit masalah peribadi (bukan masalah rumahtangga tau!) jadi kita talipon mak (di Johor ) untuk mendapatkan pandangan di samping  meluahkan perasaan yang terbuku.

Petang tu, ayah called, suruh sediakan satu jag air dan letak di ruang tamu. Kita guna satu balang besar air minuman yang 18 litre tu, hehe……… Kebetulan malam tu malam Jumaat. Ayah and the geng (orang masjid)  baca yassin dan khatam quran beramai-ramai setiap malam Jumaat. Kebiasaannya ayah berdoa dan menyebut nama kami seorang-seorang (juga adik-adik yang lain).

Selepas beberapa lama ayah talipon lagi,  suruh kami sekeluarga minum air tu, dan renjis keliling rumah sambil berselawat dan memohon perlindungan dariNya. Err…….. kita dah buat malam tu juga, dengan perasaan berdebar-debar.

Hati kita dah lega, dan setelah seminggu berlalu,  satu perkara yang mengejutkan kami berlaku semalam.

Beberapa ketukan yang menggegarkan pintu rumah membuatkan kami tak tentu arah. Tiada suara beri salam dan bila kita intai di tingkap, tak nampak pun kehadiran motor atau kereta di luar. Rumah jiran sebelah masih lagi terang benderang.

.

.

Tiba-tiba pintu rumah bergegar lagi (masa kita menaip ni laa…) . Jantung kita bagaikan terhenti. Oh… teringatkan anak-anak yang baru keluar untuk ke sekolah. Mungkin salah seorang tertinggal sesuatu (memang selalu gitu).

Bila buka pintu, terkejut lagi! Rupanya Cikgu N, datang bawa nasi berkat (lauknya bau harum, hihi…) . Katanya semalam dia ketuk pintu kuat-kuat , dia ingat semua dah tidur, jadi dia simpan dalam petisejuknya dulu.

Laa…… kita ingat Jin mana la yang marah sebab tak boleh masuk rumah, kah kah kah!! Petang nanti nak cerita kat Wanie. Sebab muka dia pucat lesi malam tadi kerana takutkan bunyi ketukan tu, ekekekeke…………..

.

.

.

~ Err…… hari ni kita off ! Alhamdulillah….. rezeki !:mrgreen:

Categories: kehidupan, Rezeki Tags: ,
  1. January 26, 2011 at 8:22 am

    fuhhh… menakutkan. ingatkan siapa la ye.. nasib baik yg mengetuk tu wujud heheh…

    • Tie
      January 26, 2011 at 9:31 am

      Itu laa….
      Subuh tadi kita survey kat porch tu, mana tahu ada tanda-tanda tertentu, ekekeke…..

  2. January 26, 2011 at 8:38 am

    hahaha tu lah…rezeki datang bukan nya hantu jin setan yang datang….yang cikgu tu..nape tak bagi salam..dia pun satu hal!

    • Tie
      January 26, 2011 at 9:32 am

      Laaa….. Kak Ezza, itulah buatkan kami takut.

      Biasanya orang beri salam, baru kita dapat cam siapa di luar.

  3. January 26, 2011 at 9:18 am

    ekekekekeke

    kesian wanie😆
    .
    .

    nampak benar mama n wanie ni seorang yg BERANI! ekekeke

    • Tie
      January 26, 2011 at 9:34 am

      Err…….
      Mama memang berani. Wanie yang penakut, hihihi……

      Kalau Angie ada masa tu, rasanya Angie terus sorok dalam selimut. Bunyi gegaran pintu tu boleh buatkan mama luruh jantung tau!!

  4. January 26, 2011 at 9:23 am

    rasa seram dah td. ni citer betul kan??

    • Tie
      January 26, 2011 at 9:35 am

      Eh…. citer betul laa…..

      Takkan nak tipu lak!😆

  5. January 26, 2011 at 9:25 am

    Hahaha…this is really good!!!🙂

    • Tie
      January 26, 2011 at 9:36 am

      Hahaha…..😛

  6. January 26, 2011 at 9:31 am

    kak tie, suspen je…dah berdebar2 sy tunggu kesudahan cerita…

    • Tie
      January 26, 2011 at 9:37 am

      Kak tie tengah asyik mengarang, barulah misteri ketukan pintu tu terungkai, kah kah..!

  7. January 26, 2011 at 9:37 am

    HAHAHA… buat saspen je.. anyway nasi berkat tu apa kak tie?

    • Tie
      January 26, 2011 at 9:41 am

      Laa…..
      Malam semalam orang surau ada buat doa kesyukuran untuk err….. malas nak citer laa.. hehe…

      Suami kak tie ada kongsi (kak tie baru tahu lak!), jadi biasanya bila ada kenduri @ majlis tu nasi dan lauk yang berlebihan (memang sengaja masak lebih)diagih2kan pada orang ramai… Kita panggil nasi berkat.

  8. January 26, 2011 at 9:40 am

    wah! sudah pandai buat trick ya? *muka merah sambil cekak pinggang bersaiz 33′

    hampeh! terkeno den… aderkkkkkk….

    • Tie
      January 26, 2011 at 9:44 am

      Aderk!

      Terkejut tengok muka Maza lepas balas komen dari Nono tu, ekekekeke…..

      .
      .
      .
      Eh.. betul ke pinggang saiz 33″ ?
      .
      .

      Bukan ke darling baru ukur hari tu saiz 43″ ??

      Ni pagi-pagi dah ngulor, boss tak de ke?? Waakakaka……

      • January 26, 2011 at 12:17 pm

        sebenarnya boss ajak maza sama ke bilik dia…

        penat berbincang, dia hidangkan cerita dari youtube pasal darama korea yg semalam dia membasahkan tisu di jejarinya itu…

        tak pasal2 maza pun sama terperangkap dlm sentimental! ADERKKKKKK….

        PSST: utk rekod, boss maza lelaki sejati ya…heheheh

  9. January 26, 2011 at 10:23 am

    huiyai..

    dup-dap-dup-dap jantung ni kak tie !

    pastu terus…hahahaha…

    • Tie
      January 26, 2011 at 5:31 pm

      Kak tie rasa kelakor gak, punyalah takut semalam, hehe…

  10. January 26, 2011 at 11:34 am

    Tie

    Terhenti 20 saat napas kita taw … nasib baik tak tercekik kek coklat pithang🙂

    • Tie
      January 26, 2011 at 5:32 pm

      Ehehehe…….

      Err…..

      Ada lagi ke kek cokelat pithang tu ??😆

  11. zue
    January 26, 2011 at 12:21 pm

    mmg tergelak dok baca citer tie ni..dpt lak nasi berkat (org jawo kata bontrot)

    • Tie
      January 26, 2011 at 5:33 pm

      Bontrot ?

      First time dengar tu….😛

  12. January 26, 2011 at 12:27 pm

    kena pasang cctv depan pintu😀

    • Tie
      January 26, 2011 at 5:34 pm

      Tu lar….
      Pintu kat sini tak ada tingkap bersebelahan.
      Susah nak teropong orang kat luar.

  13. DrSinga
    January 26, 2011 at 3:19 pm

    CISSSSSSSSSSSSS…………
    jaga ko Tie!!!

    • Tie
      January 26, 2011 at 5:35 pm

      Err….
      Er…..
      .
      .
      .
      Lariiii…………👿

  14. January 26, 2011 at 4:24 pm

    Hmm… makin hebat2 blogger nie semua kasi kena..
    walaubagaimanapun tengok gambar tu buat perut menjerit-jerit…

    • Tie
      January 26, 2011 at 5:36 pm

      Kita tak sengaja nak kenakan orang tau. Kita tengah taip, rezeki datang, terus terungkai misteri tu, hihihi….

  15. zareda
    January 26, 2011 at 5:22 pm

    memang misteri sungguh.. sebab ketukan itu membawa rezeki.. hehehe

    • Tie
      January 26, 2011 at 5:36 pm

      Oh… alhamdulillah…
      Kenyang kita hari ni, hahaha….

  16. January 26, 2011 at 5:50 pm

    alaaa tak suka la citer2 misteri ni… ka tie ni noti la… hehehee… saya memang penakut org nya.. mulut je kuat, badan je besor..

    • Tie
      January 27, 2011 at 8:12 am

      Ooo…. tak pe..
      Nanti kak tie citer kisah lain lak ya.. hehe..

  17. January 26, 2011 at 10:16 pm

    Syoknya dapat ketukan mistri yang mengenangkan tu. Bila pulak si Tie ni nak ketuk pintu rumah kak long dan bawak nasi kerabu ke, nasi dagang ke…

    • Tie
      January 27, 2011 at 8:12 am

      Alamak!

      Dah lama tak buat nasi kerabu dan nasi dagang.

      Nanti laaa.. tunggu rajin, ekk!😆

  18. January 26, 2011 at 11:34 pm

    tie ni…. bulu roma kakpah baru nak meremang tau!!!! Terbantut..

    • Tie
      January 27, 2011 at 8:13 am

      Ooo… ye ke ?

      Waakakaa…..:mrgreen:

  19. January 27, 2011 at 12:39 am

    suspen je!! hahahahaha
    tgk lauk tu… issshhhh mmg terliur sgt2 ni
    nasib tak menitis kat atas keyboard je ni😛

    • Tie
      January 27, 2011 at 8:14 am

      Adila,

      Lain kali kena pakai baby bib tu…😛

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: