Home > Pengetahuan > Herba Ubatan

Herba Ubatan

Err……..

Malas nak layan putera-putera katak tu. Baru je kita sergah empat ekor katak tadika, sebaya pulak tu tengah dok mesyuarat kat ceruk dapur. Tambah lagi beberapa ekor bolehlah kita tubuhkan pasukan bola sepak putera katak !!

 

Ni saja nak tunjuk kalian buku yang abang kita belikan. Dah lama……. tapi kita belum habis mentelaah lagi.ย  :mrgreen:ย  (Tu bekas MBย  Dato Idris Jusoh )

Buku ini mencatat segala tumbuhan herba yang terdapat di seluruh Malaysia, khasiat ubatan, habitat, ciri-ciri istimewa dan kaedah pembiakan. Abang kita memang minat benda-benda gini.

Kalau boleh nak tanam semua tumbuh-tumbuhan herba ni di rumah atap biru tu. Kebiasaannya orang sana lebih suka buat rawatan sendiri menggunakan herba-herba bila sakit.

Ada bermacam jenis dan spesis tumbuhan herba ni. Kita jadi rambang mata lak. Tapi kita amat tertarik dengan tumbuhan di bawah ni.

 

Tumbuhan Celaka Merah ni (ada Celaka Biru), amatlah berbahaya. Sesetengah bidan (zaman dulu laa….) menggunakannya untuk menggugurkan kandungan seseorang.Takut lak kita! Nama lainnya Nyonya Makan Sirih.

.

.

.

.

Ni pokok ati-ati. Biasanya kita buat perhiasan di taman. Sebenarnya pokok ati-ati ada khasiatnya. Air rebusan campuran pokok ini (sampai 1/3 kering) ditapis dan diminum untuk mengubati sakit jantung, demam, merancang keluarga dan sakit perut. Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal pada bisul…. Err……. ada bisul ke ?

* Lagi 3 hari abang kita balik. Ingat nak buat surprise,tapi …… tapi…… nak surprise apa ekk??

 

  1. January 25, 2011 at 10:13 am

    mau suprise.. volley…
    maza ada idea..

    apa kata Tie cuba mini skirt 10 thn lalu, kendian tepekkan bedak agak tebal2.. biar kedut hilang.. lepas tu letak lipstik warna pink menyerlah gitew…

    jgn lupa eye shadow warna biru laut dan blusher warna kuning oren…

    abg balik jer mula2 nyorok belakang pintu.. lepas tu, Tie terpa kat abg sebaik dia buka pintu.. laungkan dgn kuat, “ABG SURPRISE!!!!

    tontulah en abg kana surprise besar…

    apa mcm, brilliant tak ideanya… hahahahhaa

    • Tie
      January 25, 2011 at 12:35 pm

      Ooo… gitu ke ?

      Maza suka ke kalau orang perempuan gitu ?

      Kalau Tie buat, sure abang terkejut! Tapi terus lari laa…. ekekeke….

      • January 25, 2011 at 1:11 pm

        err.. maza tak pernah merasa lagi.. hehehe

        tapi pernah gak suruh darling menari macam prempuan maghribi yg tak segan2 menari depan suaminya…

        tapi darling balas, ‘tak kuasa nak bergedik dgn anak berderet’ .. aderkkk!!!..

        hahahaa

        • Tie
          January 25, 2011 at 4:01 pm

          Tak pe, nanti bila budak-budak tu dah tidor bolehlah ajak darling dancing sama-sama.

          Pasang lampu tidur, biar suasana romantik sikit. Kalau tutup lampu kang ada pulak yang tergolek guling-guling, ekekeke…..

  2. January 25, 2011 at 10:30 am

    LOL Celaka Merah… Nama sadis sungguh

    • Tie
      January 25, 2011 at 12:35 pm

      Sesuai dengan fungsinya, kot.

  3. zareda
    January 25, 2011 at 11:07 am

    yg pakai topi oren tu bekas pengarah terengganu kat jabatan zar.. dha pencen pun dia. kami pun banyak buat research tentang tumbuhan ubatan ni.. ada banyak buku ..

    • Tie
      January 25, 2011 at 12:38 pm

      Hehe….
      Tu la…. buku ni memang dah lama, entah dah berapa tahun abang belikan.๐Ÿ˜†
      Patutlah Zar selalu masuk hutan, rupanya buat research… best jugak!

  4. January 25, 2011 at 11:46 am

    salam ziarah kak Tie..

    kadang2 byk pokok herba disekeliling kita tapi kita tak kenal. mcm pokok misai kucing.. pokok ati2 tu.. masa sy kecik dulu bersepah kt rmh atuk.. tp kitaa tk tau pun khasiatnya. pastu tebas camtu je..

    • Tie
      January 25, 2011 at 12:38 pm

      Kak tie ada daun misai kucing yang dah kak tie keringkan… Sesekali buat juga teh misai kucing. Bagus untuk penyakit darah tinggi dan kencing manis.

  5. January 25, 2011 at 2:41 pm

    samalah macam ayah, suka sangat tanam pokok herba kat rumah, tapi kalo sakit gi klinik pulak๐Ÿ˜€

    • Tie
      January 25, 2011 at 4:02 pm

      Hehe… ye la. Bila sakit, nak cepat baik je.. terus zoom ke klinik!

  6. January 25, 2011 at 3:16 pm

    nice info

    • Tie
      January 25, 2011 at 4:02 pm

      Thanks.

  7. zue
    January 25, 2011 at 3:46 pm

    mmg seronok klu rumah dikeliling dgn pokok herba ni..tapi malas tahap gaban tu yg pokok kering semuanya akhirnya tinggal pasunya aje.

    nak surprise kan che abg ek..ehem2 je le..hi3.

    • Tie
      January 25, 2011 at 4:03 pm

      Ehehehehe…….

      Malu laa……….๐Ÿ˜†

  8. January 25, 2011 at 4:11 pm

    agak2 putera2 katak tu dapat mengSURPRISEkan papa tak??

    ๐Ÿ˜€

    takde ke pokok herba yg boleh halau katak tu??

    • Tie
      January 26, 2011 at 9:14 am

      Papa tak heran dengan putera-putera tu. Bila mama suruh buangkan, dia kata, ” Alaaa….. kecik je tu….”

      Mama tak tahu sebarang pokok herba yang boleh menghalau katak2 tu.

  9. January 25, 2011 at 4:15 pm

    rajin betul kaktie bab2 pokok ni.. mmg ebrjiwa sungguh..
    tiny mmg fail ler bab nih!!.. huhuhu..

    surprise?.. toksah duduk umah.. biar cik abang balik pintu berkunci.. jgn jawab tepon.. pastu malam skit baru balik… mmg surprise.. (jgn kaktie yg dpt surprise pulak pas tu.. kehkehkeh…).. okeh.. idea ni mmg takleh pakai k.. hihihihi…

    • Tie
      January 26, 2011 at 9:17 am

      Hehe….. kak tie rasa tak mampu nak keluar rumah sebab tak tahu nak ke mana. Setakat nyorok belakang rumah tu boleh laa… Lagipun, abg kak tie tu bila balik memang cari kak tie dulu. Macam dah habit dia….๐Ÿ˜›

  10. January 25, 2011 at 4:20 pm

    besar sungguh pokok di dalam gambar background buku tu. Mesti berusia beratus ratus tahun tu.

    • Tie
      January 26, 2011 at 9:17 am

      Betul tu. Entah berapa tahun la umornya, yek.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: