Home > Santai, Selingan > Budak sekolah sekarang 2

Budak sekolah sekarang 2

Anak pompuan comel :

Mama, tadi kat sekolah kecoh laa…. kat toilet ada banyak darah!

Mama comel :

Ooo…..biasalah orang pompuan… !

Anak pompuan comel :

Eh …takkanlah darah banyak sangat. Cikgu sibuk panggil 2-3 orang. Ada sorang tu menangis…..

Mama comel :

Laa……kenapa pulak ? (mamanya masih innocent lagi )

Anak pompuan comel :

Cikgu syak ada orang keguguran… Kat sekolah kita ada ramai orang ditangkap khalwat !

Mama comel :

Aaii ?? Kecik2 dah gelenyar nak kahwin ?? Issh….. macam2 budak2 nih ! Kamu ni elok jadi reporter laa……

love-picture-ducks-lab2112

Entahlah….apa nak jadi . Hari tu main sumpit2 dgn jarum. Ni pulak keguguran……tentu hasil dari berzina…. hu hu … Ini di hulu . Mana pulak pergi makbapak mereka ni. Didiklah anak2 tu…… sayang betul !

Psst – comel tu bukannya bermaksud comel………. ada banyak versinya……..ūüėÄ

myspace layouts

AWARD DARI ZYMA SAAD

Kali ini Tie dapat Award dari Zyma Saad. Terima kasih, ya dek! Tag tu kak tie dah buat. Jadi Kak tie copy paste je dari entry yang lalu…..

http://kayteeze.wordpress.com/2009/01/06/tag-dan-kad-dari-tera-dan-ei_da-serta-kad-dari-suzi/

1. Seorang makcik, yang hidupnya dah 42 tahun dan telah mengalami banyak peristiwa suka duka (macam lah orang lain tak pernah, ekk.)

2. Dulu masa muda (baru2 dpt anak) agak garang, selalu guna hanger tu nak train mereka…tapi sekarang dah insaf, hu hu…. tak nak jadi ibu pendera….nak jadi ibu baik ati….

3. Masa kecik pernah rasa nak runaway from home…sebab kecik ati kat mak…(dimarah tanpa usul periksa…) tapi balik rumah semula bila fikir takut jalan sorang2…hu hu…

4. Pernah buat sorang guy jadi sakit(demam…seminggu tak ke kuliah) sebab antar ’surat sedarkan diri’ bila dia asyik stalking je….pastu rasa nyesal….(memang teruk betul makcik nih….so jgn ingat makcik baik sangat tau!)

5. Pernah menangis byk kali…. sampai bengkak2 mata kerana terlalu duka tapi lepas tu boleh happy semula sebab rasa lega…..(kesian pulak kat hubby dapat wife camni, ekk!)

6. Pernah jadi orang gaji utk sebuah keluarga Ceylon….boleh baca dlm entry yang lepas…(dapat belajar buat capati, tau!)

7. Dari kecik sampai tua ni….selalu ditegur samada keturunan cina atau jepun…last sekali minggu lepas….memang boring betul…budak2 tu pulak ketawakan mama dia..hu hu..

8. Suka memasak tapi tak suka mengemas….hi hi…(tapi kena buat jugak laa…kalau tak tentu rumah ni jadi pasar pulak!)

9. Tak tahu menahu pasal IT atau computer ni….belajar sendiri je (nasib baik tahu english sikit2) . Masa minta kerja dulu tipu boss tu konon2 tau komputer, pastu masa lunch terkial2 belajar sendiri…hi hi….(dulu guna wordstar je….kacang!)

10. Dulu sorang yang pendiam, pemalu dan kurang yakin. Tapi sekarang dah ok sikit. Masih malu2 tapi bila dah kenal rapat mudah mesra (harap2 gitu laa…)

679756vtql6ozj6a.gif Blue Floral image by cateyberry

Categories: Santai, Selingan Tags:
  1. ima
    May 28, 2009 at 9:00 am

    risau juga ada anak perempuan ni…..tapi anak lelaki pun kena risaukan juga….macam2 yang berlaku sekarang ni, diluar jangkaan kita…..nak salahkan
    siapa tu ekk???

    kak tie…pemalu rupanya, tengok melalui tulisan ni kak tie seorang yang mudah mesra dan ramah…
    kak tie terbalik pulak dgn ima,suka mengemas tapi malas betul nak masak ……terutama masak lauk pauk ni

    p/s…kak tie comel versi apa ekk??????

    • Tie
      May 28, 2009 at 9:45 am

      Entahlah Ima………………

      Ada banyak sebab sebenarnya…… Tak boleh nak salahkan ibubapa semata2, walaupun itu adalah tanggungjawab mereka. Anak2 sekarang berlagak bijak. Mereka ni sukar dikawal. Kalau dah tak boleh dengan tangan… hanya doa sajalah dapat melindungi mereka dari segala kemungkaran… Ibu kena mainkan peranan mereka……………..

      Kak tie memang pemalu …… Kak tie ada banyak rahsia, tapi biarlah ia terus menjadi rahsia, ya……

      Blogging ni adalah salah satu terapi bagi Kak tie.. Kak tie selalu mengharapkan agar diri kak tie sendiri seperti yang teman2 harapkan….

      Psst – Nanti kak tie buat entri pasal comel, ya………… kih kih …..!!

      • May 29, 2009 at 12:13 am

        erk! dengan raso tak malu dan sogan…

        dgn ini den nak umumkan bahawa Doktor Terapi itu ialah…. Den lah org nyo..

        wakakakkaa

        erk! gulp.. hehehe

        • Tie
          May 29, 2009 at 6:53 am

          Ooo….Doktor Maza,

          Silakan…….. jemput minum… cengkodok pun ada, ekekeke…….

  2. kutaksempurna
    May 28, 2009 at 9:04 am

    anak sapa la tu??
    ishhhh… betul keguguran ke??
    gerun mendengarnya
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    mama,
    sapekah jejaka malang yg demam tu??
    hahahahaha..

    like mama like daughter..

    tapi angie tak pernah jadi org gaji..
    org gaji kat umah sendiri tu dikira gak ke??
    hikkkssss

    • Tie
      May 28, 2009 at 9:51 am

      Anak orang laa………………..
      Mungkin ya, mungkin tidak…………
      Nanti ada kisah lain……………..
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      Jejaka malang tu ? Kisah gelap mama……..ekekeke…………..
      Tapi mama tak rasa bangga , malah rasa kesal kerana buat dia jatuh sakit….. Kerana itu mama terus layan dia atas dasar simpati…… Sampaillah mama grad, dia masih berusaha calling2 kat rumah… Lastly dia giveup sebab mama terang2 beritahu dia yang mama sudah ada pilihan lain…. iaitu PAPA……….huaaaaaa………

      Angie jangan pulak buat gitu………. Sebab orang sekarang suka pakai bomoh…. bahaya tu….

      Angie jangan jadi orang gaji laa……… Kalau terpaksa, boleh kerja kat nursery, atau tadika swasta tu…. lebih glamour, ekekekeke………. lagipun atas sebab2 keselamatan….. Orang gaji hanya sesuai untuk makcik2 macam mama ni…. tak de siapa pun yang nak buat khianat………..

      Tak pun, jadi orang gaji kat rumah mama ni….

      Pergi lipat kain cepat !!

  3. Tirana
    May 28, 2009 at 9:04 am

    Gerun bila terbaca senario bagini..Semakin kita maju semakin runtuh akhlaq…

    • Tie
      May 28, 2009 at 9:53 am

      Sekarang ni Tirana,

      Bukan senang nak didik anak……. Tie amat terasa sekali……….

      Berbeza zaman kita dulu…….., rasa hormat dan takut serta malu tu menebal lagi……

  4. ain
    May 28, 2009 at 9:25 am

    keguguran di sekolah..??Masyaallah…apa nak jadi ngan bdk2 sekarang? dimana sebenarnya kepincangan yg berlaku?? Ibu bapa kenalah perhatikan tingkah laku anak walau sibuk mcm mana pun. kalu dah lagu ni, sapa yg susah..???ibu bapa gak yg akan dipersalahkan kan menanggung malu. Dan yg paling penting, didikan agama mesti menjadi tunggak dan asas hidup.Insyaallah godaan syaitan dpt dielakkan.

    psst…saya ni pun ada 3 anak pompuan, 1 anak lelaki. Mudah2an saya boleh mendidik mereka supaya jd anak yg baik. Insayaallah…

    • Tie
      May 28, 2009 at 9:56 am

      Memang didikan agama tu adalah tunjang dalam kehidupan kita, namun perhatian dan perasaan kasih dan menghargai pun mesti ada.

      Adakalanya ibubapa terlalu garang, lalu anak2 lebih suka berkawan rapat dengan orang luar, yang negatif pemikirannya…

      Sama2lah kita berdoa agar anak2 kita sentiasa dilindunginya…………..

      • May 29, 2009 at 12:39 am

        revamp and overhaul all social and education system is most needed in today scenario…

        back tu basic… back to fundamental.. i.e Islam….

        we have to educate not only the kids but parent too…

        last night I have met with one of my best friend. He is working with JAIM (Jabatan Agama Islam Melaka).

        As per his experience, sometimes parent also do not know or neglecting his own faith in God and do not practice the things should do by muslim, Like solat, fasting,… Thus, the children do not have some one could give them a good exemplary. He suspected that the even took place due to the parents too much concerned in gaining materials life rather than soul and religious practices.

        There have a case when one couple had been caught by JAIM officer which had committing vice activities. The next morning the parent have been called to the office for bailing their children.

        Irony, the father was not angry upon the daughter deed. Beside, he was saying, “Macam mana dah makan ke? Tidor malam tadi kat sini ok tak? Dah jom kita balik ya sayang!”

        Some other case a father of a daughter dont bother where his child sleep or up to with whom!

        The other case was there have a parent who got confuse by themselves in religious and western culture. They thought when a couple have engaged they have right to ‘duduk berdua2an di tempat sunyi”.

        And again, the JAIM officer was assaulted and scolded by the mum. She says, “Kenapa ustaz tangkap anak saya. Dia kan dah bertunang. Biarlah dia duduk berdua-duan nak berbincang perkahwinan dia orang!”

        Allahu akhbar… can you imagine how much destruction could cause to our next generation?!

        • Tie
          May 29, 2009 at 6:56 am

          Memang begitulah keadaannya…….

          Ada sesetengah ibubapa langsung tak ambil berat tentang pergaulan anak2… dan anak2 mereka pula mempengaruhi anak2 orang lain……..

  5. May 28, 2009 at 9:37 am

    salam kak tie.. takut la bila dengar masalah2 remaja sekarang nih.. mintak selisih la malaikat 44 dari anak2 kita, kann.. huhu.. saya pun penah lari dari asrama gara2 takut ngan cikgu math.. cikgu tu kata selagi tak jumpa buku latihan math tu, jangan datang sekolah.. jadi, saya lari gi kl.. nasib baik masa tu orang jahat lom ramai macam skang nih..

    • Tie
      May 28, 2009 at 9:58 am

      Erk………kak tie pula pernah lari dari rumah…….. tapi sekejap je…… takut pulak!!

      Kadang2, kita tertekan…. dan bila pemikiran tidak matang… syaitan merasuk lalu terjadilah perkara munkar….

      Kerana itu kita kena merapatkan jurang perhubungan dengan anak2… supaya kita dapat tahu masalah mereka.

  6. May 28, 2009 at 9:42 am

    Kak Tie,
    Tima acih sudi menerima award dari sy.
    I lap you….muahhhh,muahhh,muahhhh

    • Tie
      May 28, 2009 at 9:59 am

      Kak tie love you tu…………..

      Psst , tak de cokelat ke nak hulur2 kan…..?? Ekekekekeke…………..

  7. May 28, 2009 at 10:56 am

    sekolah menengah ke kak tie? tulah budak zaman sekarang, pergaulan terlampau bebas, mak ayah pulak sibuk kerja,,,,belum masuk pengaruh tv, internet..err..blog hahaha

    • Tie
      May 28, 2009 at 11:28 am

      Sek Men laa……

      Dah terpengaruh agaknya….. budak2 sekarang cepat matang dari segi fizikal, tapi dari segi mentalnya….. jauh ketinggalan………..

  8. May 28, 2009 at 11:02 am

    bebudak sekarang tengok pon gayat…saya dulu nak cakap ngan budak pompuan pon segan tak hengat…sekarang baru darjah 5 dah ada pakwe makwe dah….

    • Tie
      May 28, 2009 at 11:29 am

      Betul tu……….

      Kak tie pun takut kat budak2 sek sekarang…… Mereka lak dok jeling kat kita….

  9. May 28, 2009 at 11:21 am

    Wahaha..
    rock giler bebudak zaman krg nie..

    ingatkan budak yg dimaksudkan tu datang bulan mengembang..

    tub.. tub..

    adedede…

    parah!

    • Tie
      May 28, 2009 at 11:29 am

      Errk………….. memang dah parah laa…………….

  10. iza
    May 28, 2009 at 11:28 am

    mak aih… ingatkan bendera jepun…rupanya bendera lain. anak2 zaman la advance dalam semua segi.

    pernah gak rasa nak lari dari rumah…errk sebab abah larang tengok tv sampai tengah malam, cerita belum habis dia suruh masuk tido sebab esok tu nak pi sekolah .. hahaha poyo betui zaman kenit dulu :D:D

    ooo comel yang tak berapa comel yer kak tie..ekekeke

    • Tie
      May 28, 2009 at 11:32 am

      He he he………. agaknya kalau kita tubuh kelab ‘ex pelarian dari rumah’ camna, ek ??

      Kak tie lari sebab kena tuduh tak jaga adik kecik sampai jatuh tergolek…. punyalah sedih…. dahlah sedih tengok adik nangis benjol kepala……. Gitulah zaman kecil dulu…. tak seindah khabar…..

      Comel kak tie tak secomel yang disangkakan…………

  11. May 28, 2009 at 11:35 am

    k tie,

    itula yang paling saya takut.. ank zaman sekarang. time kita dulu ada juga… bukan takda tapi terkawal… zaman sekarang….gegaq lutut makcik gak… (selalu berharap dan berdoa supaya ank2 jauhkan diri dari perkara2 diluar akal)… (-selalu pesan kalau tak mau ibu sawan – buat perangai leklok — ada sawan ke zan ni… mana tau ye k tie – tiba2 sawan datang tengok yang tak semenggah – takut gak …… huhu… tak mau sawan)… takut nengok entry k tie tu…

    — saya ni kan sejak menjak tido baring kat kayteeze’s blog ni kan dah kurang cikit malu …. haru ada lar…. hahaha… k tie jangan mareeee….

    • Tie
      May 28, 2009 at 11:47 am

      Ya…….. sama2lah kita berdoa untuk anak2 dan keturunan kita……….

      – Err………. kak tie tak perasan lak Zan dok tido baring kat sini………….,

      Kak tie nak gak baring2 guling2……ekekekeke………… Agak2 muat ko??

  12. May 28, 2009 at 1:31 pm

    nauzubillah… tak suka bebeno ler dgn berita macam tu. selisih malaikat 44ūüė¶

    • Tie
      May 28, 2009 at 3:11 pm

      Memang tak suka………….. moga2 dijauhkan………

  13. May 28, 2009 at 1:35 pm

    comel itik itu..

    tapi ehem ehem.. dia buat perlakuan tak elok dikhalayak ramai .. huhuhu

    • Tie
      May 28, 2009 at 3:11 pm

      Anak2 itik tu bawah umor……….

      Innocent lagi laa…………. ekekekeke…………….

      • May 29, 2009 at 12:41 am

        masih innocent tu lah hendaknya kita didik.. bukan dah besor tua, umur dah separuh abad baru nak didik.. huhuhu

        “Melentur buluh biar dari rebungnya!”

        hehehehe

        pendapat tak bermaya dari maza.. huhuhu

        • Tie
          May 29, 2009 at 7:00 am

          Eh………. Tie hanya fikirkan tentang anak2 itik tu laa……….. ekekeke……….

          Tentang anak2 kita tu, hmm…… memang kena pantau dan didik sejak kecil lagi.

          Kena tegur dan tunjukkan yang baik.

          Tie pernah tengok dua orang adik beradik, buat french kiss (umor 1 dan 2 tahun) , terus kena sergah dengan hubby Tie……., sebab tak de siapa berani tegur….. kesian kat budak2 tu… entah apalah lagi perangai buruk yang mereka tiru… boleh pitam nih!!

  14. May 28, 2009 at 2:41 pm

    Hat Tag no.10 tu…

    nak tambah mesra dgn maza, kenalah pekena ayam golek dari TIe. wakakakkaa

    • Tie
      May 28, 2009 at 6:48 pm

      Nanti laa………

      Tie boleh gak buat ayam panggang… senang je… cuma… nak ajak Maza datang makan tu, seganlah……

      Tak pun gini laa……. Nanti bila Tie dah buat, Tie snap gambornya… pastu Tie tepek kat blog… Maza boleh tengok sambil bayangkan Maza makan dengan penuh selera… boleh kan ?? Waaakakakaka…..

      • May 29, 2009 at 12:43 am

        Tak adil.. tak adil..

        huhuhuhu

        ni macam mahu baut piket kat jabatan buruh nie.. huhuhu

        hehehhe

  15. May 28, 2009 at 4:30 pm

    slam…sy ada kenangn la zmn skola..dah dua kali masuk lokap..hu3..tp skrg nie budak2 lagi dasyhat……kitorang dulu pun nakal dengan benda2 je….diorg zmn skrg lagi pro…smpi termengandung anak org….ish3……dunia2….banyak org kene tipu….

    • Tie
      May 28, 2009 at 6:07 pm

      Amboi……… tak sangka fuad pernah masuk lokap !!

      Macam mana rasanya ? Nanti tulislah pengalaman tu… boleh juga dijadikan ikhtibar….

      • May 29, 2009 at 4:44 pm

        slam…saya segan la kaktie….teruk sangat…..sy dulu nakai la…..hampir dihalau kluar dri rumah disebabkan kenakalan saya……hu3 malu la saya nk cter…….

        • Tie
          May 29, 2009 at 4:49 pm

          Tapi, Fuad dah insaf, kan ?

          Kalau tak tentu Fuad tak rasa segan. Kak tie ingin benar nak tahu, kenapa dan apa yang buatkan Fuad insaf dan jadi seperti sekarang ini…

          Kak Tie punya anak2 remaja…. Kak tie selalu berdoa untuk mereka, supaya mereka boleh fikir dengan lebih matang… Kak tie tahu, kekadang… anak2 nakal masa kecil, tapi bila besar, mereka jadi orang yang lebih baik….

          Kak tie rasa Fuad pun begitu, kan? Berkat doa ibu la tu……………

  16. May 28, 2009 at 5:12 pm

    kan kak T kan…mencabar betoi kehidupan skrg ni

    • Tie
      May 28, 2009 at 6:08 pm

      Adoi……..Intan…

      Kak tie sebagai ibu ni sentiasa tercabar rasanya….. mujur jantung kak tie ni masih gagah lagi….

  17. May 28, 2009 at 5:47 pm

    itik tu wlupn kicik sungguh kurang sopan…

    x belajar sivik…

    errrrkkk sat sat rabun la…

    ala itik tu dok dekat2 aje… sejuk…

    • Tie
      May 28, 2009 at 6:09 pm

      he he he….

      cian itik2 tu… asyik kena tegor je…. hehehe….

      Tu laa…. lain kali pakai spec tu….. ekekeke………

  18. May 28, 2009 at 5:55 pm

    gerunnya tie…nnt update cerita ye

    • Tie
      May 28, 2009 at 6:10 pm

      Nanti…….. Tie update, ya…….. tunggu reporter buat lapuran terkini….ekekeke…..

  19. May 28, 2009 at 5:56 pm

    setakat yang akak tahu..kat sekolah anak akak ni kes gaduh gaduh berebut pakwe ada lah akak dengar..tapi kes gugur anak atau terberanak dalam toilet belum lagi laa..atau akak tak tau….mintak di jauh kan lah hendak nya..itu sebab kita sebagai mak ni kena ambik tahu dan cemburu dengan anak anak ni…dengan siapa dia berkawan dan kena selidik sendiri apa anak kita buat…..dan kita perlu terang kan pada mereka apa akibat nya kalau terlau bebas…banyak contoh dalam drama melayu ni….pahat kan dalam kepala mereka apa itu dosa besar dan sbgi nya..

    • Tie
      May 28, 2009 at 6:12 pm

      Hah…..

      Kat sini pun ada, anak tu cerita….. ada budak2 tu berebut boyfriend. Malu betul tengok! Macam citer drama….. siap tarik2 tudung lagik!!

      Memang sebagai ibu ni, tanggungjawab berat betul. Tu yang buat Tie ni selalu dapat migraine. Anak2 perempuan Tie setakat ini tak de masalah, tapi sibujang tu, selalu buat Tie berendam air mata………. sabor je laa…………..

  20. May 28, 2009 at 6:43 pm

    eish..takut kan mende2 camni..
    tula..zaman ibu bapa sibuk dengan kerjaya ni..anak-anak pun terhanyut dalam ‘kerja’ mereka yang tak sepatutnya..maklumlah kebebasan yang diperolehi telah merosakkan mereka..
    tp ntahlah,nak salahkan ibu bapa 100% pun tak wajar jg.. didikan agama tu sebenarnye yang boleh jadi dinding pada semua gejala negatif ni..moga2 mereka bertaubat dan sedar kesilapan ni dan tak ulang semula di kemudian hari..

    • Tie
      May 28, 2009 at 11:06 pm

      Hmm……. bukan senang nak didik anak2 sekarang, Nadine…….. Tak semudah yang kita sangkakan.

      Walau bagaimanapun, doa seorang ibu amatlah penting. Kerana itu seorang ibu sentiasa berdoa mohon yang baik2 untuk anak2nya…

  21. May 28, 2009 at 8:18 pm

    risaukan benda2 camni…nak didik anak2 sekarang cukup mencabar…terutama anak perempuan sbb dalam byk keadaan bila berlaku benda2 camni anak perempuan byk dipersalahkan.

    kak tie saya pun tak suka mengemas….hihihi tapi dah terpaksa..kan….

    • Tie
      May 28, 2009 at 11:07 pm

      Kita jalankan tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa sebaik mungkin…, berdoa dan bertawal laa…. Mudah2an anak2 dan keturunan kita sentiasa dilindungiNya.

  22. May 28, 2009 at 9:15 pm

    Kak Tie, hidup setiap manusia tak akan pernah sama….dahulu mahupun kini.
    Tak mungkin akan sama.
    Hidup di mana2 pun pasti ada pancaroba….
    Byk perkara yg terjadi pd hari ini (zaman skrg)…..sbb byk anasir dr luar menceroboh masuk ke dlm pemikiran anak2 zaman skrg. VCD lucah la….disco la…pub la….pil2 estascy la……pelacuran….
    Jiwa anak2 muda mudah terpengaruh & dipengaruhi……..
    Hanya ibubapa yg perlu mainkan peranan utk m`corak kehidupan anak2.

    Ada one girl ni, last 2 years ikut my lil`sis balik berhari raya di rumah sy. Parents that girl pegi oversea – utk berhari raya. Can u imagine it,Kak Tie?? That girl ni student UiTm Shah Alam. Bijak, baik, cantik, anak somebody lak tu. Pd pagi raya (Hari raya pertama), that girl menangis2 teringat kt parents dia, tp the parents buat tak tahu. Ucap Selamat Hari Raya pun tak. So, kitaorg a whole family, bawa that girl balik kampung nenek sy utk berhari raya dgn my relatives yg lain.

    Itu la parents pd zaman sekarang. Kejar kemewahan…..abai anak2. Bila anak2 jd tak elok, baru terfikir & buka mata.

    Mcm2 ada….mcm ASTRO!!!!

    • Tie
      May 28, 2009 at 11:09 pm

      Kesiannya……….. tentu dia rasa hiba sekali, terutama melihat kawannya yang mewah dengan kasih sayang…….. Harap2 dia dapat menjaga dirinya dengan baik walaupun ibubapanya tidak menghargai kehadirannya….

  23. May 28, 2009 at 9:30 pm

    Akak Tie, ni present utk Akak. Takde cokelat ekkkkk. Sudi la kiranya terima hadiah yg tak seberapa dr sy. ūüôā

    **LIFE`S LITTLE INSTRUCTIONS**

    1. Take time to dream – it hitches your soul to the stars.
    2. Take time to work – it is the price of success.
    3. Take time to think – it is the source of power.
    4. Take time to play – it is the secret of youth.
    5. Take time to read – it is the foundation of knowledge.
    6. Take time to worship – it is the highway of reverence and washes the dust of earth from your eyes.
    7. Take time to laugh – it helps with life’s loads.
    8. Take time for health – it is the true treasure of life.
    9. Take time for friends – they are the source of happiness.
    10. Take time to love – it is the source of joy.

    • Tie
      May 28, 2009 at 11:10 pm

      Oooo……….terima kasih dek!!

      Nanti kak tie cuba tepekkan di sini….hi hi…..

  24. Kak Long
    May 29, 2009 at 1:03 am

    Mmg byk kes yg bukan-bukan kat sekolah skrg ni. Pelajar skrg bukan mcm dulu….Skrg ni byk sgt pendedahan. Cuma bila dah terlebih maju dan bijak, silap-silap ada yang ‘terpijak’!

    • Tie
      May 29, 2009 at 7:02 am

      Ooo……. Kak Long, cikgu kan ?

      Tentu sukar bagi Kak Long mendidik murid2 di sekolah. Berbagai ragam semuanya.

      Tie pernah jadi cikgu sekejap. Tapi Tie tak cukup sabar….. Terus henti saja sebelum Tie mula bantai anak orang…ekekekeke………..

      • Kak Long
        May 29, 2009 at 5:38 pm

        Byk pelajar, byk ragamnya.
        Tapi tang nak sabar melayan ragam yg pelbagai tu lah cabaran paling indah jadi cikgu ni. Bukan takat ragam pelajar, tapi ibu bapa pelajar sekali.
        Apa-apa kerja pun banyak cabarannya kan!

        • Tie
          May 29, 2009 at 5:42 pm

          Memang semua kerja banyak cabarannya….. terutama bila kerja dalam bentuk perkhidmatan…

          Namun sebagai ibu, cabaran mendidik anak2 ni terlalu hebat. Dalam rumah tak banyak masalah, tapi bila di luar, bukan saja pengaruh tapi faktor keselamatan tu ………bimbang sangat2!!

  25. May 29, 2009 at 1:04 am

    Untung bebudak sekarang.. muda2 dah ,mengecap nikmat

    • Tie
      May 29, 2009 at 7:03 am

      Nikmat ?

      Tu bala la dek !!

  26. May 29, 2009 at 8:59 am

    Salam Tie… itulah kekadang tu… kalau dah comel tapi tak pandai nak menjaga kecomelan tu… tu yang akan jadi keguguran tuh!… hih!… takut gak bila memikirkannya kan?… Tetapi kekadang tu, tak boleh gak nak salahkan budak pompuan tu jer, mungkin dia kena rogol ke, mungkin boleh juga termengandung tuh!… apa-apa hal pun, marilah kita berdo’a agar anak cucu kita sentiasa selamat dari segala mara bahya dan kemaksiatan itu…

    • Tie
      May 29, 2009 at 4:18 pm

      Ya la Nekcun….. macam2 boleh terjadi, kan…..

      BImbang sangat ni, bukan saja terhadap anak2 kita, tapi semua anak2 gadis kita di luar tu…. Kesian juga kerana ibubapa mereka tak ambil berat tentang diri mereka…. Rasa nak tolong je tapi apakan terdaya…. anak sendiri pun susah nak kawal…

  27. May 29, 2009 at 9:15 am

    ishh..takutnya…
    berani betul bebudak sekarang nih..
    tahap moral anak melayu dah makin teruk sekarang!

    • Tie
      May 29, 2009 at 4:43 pm

      Budak2 tu bukan saja berani, tapi tiada panduan…..

      Memang anak2 Melayu ni jauh lebih teruk dari bangsa lain. Kak tie sendiri tak faham… mungkin kerana kaum Melayu suka dan mudah benar dipengaruhi… entahlah…

  28. May 29, 2009 at 12:45 pm

    Hari ini ramai remaja kita malu untuk kelihatan seperti org2 alim.. atau malu bila dipanggil usataz…

    Tetapi mereka tidak segan silu pula untuk memaparkan sikap jalang, perangai nakal, perangai tak elok!

    Maza pernah lihat di ibu kota ini, seorang gadis Melayu dgn bangganya memakai T-Shirt dengan perkataan I’M Bitch..

    Ada pula sorg wanita tanpa segan silu menampal stiker “I’am Bitch driver”.

    Itu tak masuk pula ramai lelaki2 yg berperangai gampang dan dia pula dipuja2 berperangai sedemikian rupa!

    huhuhu…

    Kita harus benteras dan bertegas dalam soal ini.

    • Tie
      May 29, 2009 at 4:42 pm

      Tak ada sifat malu, ya………. betul tu…

      Masa Tie ke KLCC dulu, anak2 Tie dibesarkan di Ganu… Jadi mereka ni macam kena cultural shock melihat pakaian budak2 perempuan… Ternganga anak2 Tie….jadi jakun pulak!

      Namun walaupun mereka kecil lagi… sek ren… mereka dapat rasakan budaya begitu tidak baik… Siap kata lagi, “dia tak malu ke, mama?”

  29. kin
    May 29, 2009 at 11:29 pm

    Sedih mengenangakn akhlak budak2 sekrg. Takut dan bimbang mengenangkan anak2 kita akan terjun ke dalam masyarakat yg boleh kata ‘sudah tak aman’ lagi. Hanya mampu berusaha selagi terdaya utk membntuk anak2 dengan akhlak yg mulia, dan selebihnya berdoa semoga anak2 kita kuat jati diri sebagai muslim.

    • Tie
      May 30, 2009 at 7:04 am

      Tu la yang kak tie risaukan…

      Kita ni hanya mampu mendidik dan berdoa….

  30. May 30, 2009 at 6:01 am

    eh! ade pulak keguguran… issshhh
    ingatkan time sy skolah dulu tu budak2 dah teruk, skrg bertambah2 teruk pulak~
    aiyark! menakutkan la budak2 skrg ni
    terlebih advance!

    • Tie
      May 30, 2009 at 7:05 am

      Hmm…… baru keluar kisah sorang budak 16 tahun melahirkan anak, kerana dirogol…. kesian betul laa…………

  31. hanz-azdi
    June 18, 2009 at 1:30 am

    iskhh 3x … budak-budak la ..hmmm..hampehhh tui…. kecik-kecik remaja lagi dah kawin …ni mungkin sebab depa tak tau penggunaan seks secara selamat kot? tadak ka cikgu kat skolah ajar pendidikan seks? depa tak tau ka kempen yg anak Dr.M si Marina tu kot? Tu dia la sah depa tak pakai kondom.. kuang 3x…acah saja… gurau ja secara sinis….hmm.. sebenarnya tu semua ujian buat kita supaya beringat…hat emak pak yg ada anak pompuan tu hati-2 ler di akhir zaman ni mcm mcm masalah leh mai…pendidikan di rumah penting, penting akhlak islam sejak drp kecik selain ilmu agama fikh dll tu… mak pak jgn harap cikgu kat skolah saja. Nak harap cikgupj sound bebudak ni, mana dia larat nak kaunseling semua…hehe

    • Tie
      June 18, 2009 at 9:43 am

      Hmm…… budak2 sekarang terlalu sosial. Walaupun di ulu, mereka ni (kebanyakannya) tak segan2 berpakaian ‘baju adek’.

      Mungkin mak bapak pun dah tak larat nak tegur. Bila dah degil kena pukul pun takkan serik.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: