Home > Jenjalan, kehidupan, Rezeki > Jom ke Langkawi

Jom ke Langkawi

Alhamdulillah. Abang kita dah selamat sampai malam tadi. Bawa balik rezeki untuk adeknya, hehehe… Mujur tak bawa balik kedai!

Di sini kita nak kongsi beberapa keping gambar, khas untuk kalian yang belum berkesempatan ke sana, macam kita laa…..

.

.

.

Selamat Datang ke Langkawi...... yeh yeh!!

.

.

.

Okay, cepat naik! Siapa lambat kena tinggal!

.

.

.

Haa..... dah sampai pun tempat shopping. Jangan segan-segan ya...

Terima kasih pada Kenari kerana bagi idea untuk melabur beberapa RM di sini🙂 Abang kita terkejut bila dapat senarai ‘pendek’ hari tu, ekekekeke………….. Sebenarnya banyak lagi kedai, tapi gambar tak lawa (guna hp), jadi kita tepek gambar ni je.

.

.

Ini buah apa ? Ini buah kelubi, ya anak-anak..... Kita baru kenal, hihihi...

.

.

.

 

Rasa macam pernah tengok. Oh ya. Baru je keluar di TV3 , hehehe....

.

.

.

 

Hmmm…… ini tempat suami dan yang lain-lain bermalam selama 4 hari yang lepas.

 

Gambar jajan kita tak tergamak nak pamirkan. Kita takut ada yang pitam lak !! Maaflah ya. Pada Zareda, terima kasih kerana beri cadangan beli cokelat Celebrations tu…  Memang sodap! Habislah rancangan kita nak slim!!

Oh, segala minyak gamat, krim , balm, sabun, kain batik, dan  cadar serta beg beroda tu (cadangan dari Kenari) pun ada. Beg tu murah, tau ! Pendek kata, semua yang ada dalam senarai. Sudu dan senduk yang tak ada dalam senarai pun abang kita belikan.

Abang kata, kalau nak pergi (dari Ganu ni), lebih baik naik bas… sebab letih driving. Dari pagi, sampai malam. Tu pun sampai Kuala Perlis. Keesokannya baru ke Jeti.

Jadi, kalau sesiapa belum berminat nak ke sana, fikirlah lagi. Kalau ada peluang, pergilah melabur di Langkawi di samping melawat ke tempat-tempat bersejarah. Abang kita tak sempat nak pergi. Siang malam sibuk dengan kelas dan seminar.

 

 

  1. January 29, 2011 at 9:46 am

    Tie… kelebu tu dah lama tak makan, dah tua2 ni jeruk2 macam macam tu dah tak berselera.

    kekeke..kita masa p sana dulu pun beli beg roda..masa nak balik dgn bot siap tanda ikat dengan kain pasai ramai orang beli beg yang serupa takut tertukar. lagi pun beg baru…kita tak berapa nak kenal dan ingat sangat mana satu beg kita.

    • Tie
      January 29, 2011 at 2:36 pm

      Ye laa….
      Abang pun kata gitu. Ramai yang beli beg rupanya, hehehe…..

      Buah tu Tie tak pernah makan sebenarnya. Tengok pun baru first time. Abang beli jeruk sekali. Ni pun kita berhajat nak letak kat dapur rumah atap biru tu. Sesiapa yang datang tolong bukak lampu tika kita tak ada bolehlah rasa. Orang sana suka makan.

  2. January 29, 2011 at 9:46 am

    typo – kelubi* jadi kelebu pula

    • Tie
      January 29, 2011 at 2:37 pm

      Haiish!!… Ingat ada nama lain, kah kah …!!

  3. January 29, 2011 at 10:00 am

    Tie
    Okaaaay, kita ikut dari belakang ..

    Psst… lulus dah tu, boleh jadi pemandu pelancong, heheh.

    • Tie
      January 29, 2011 at 2:37 pm

      Ooo.. ye ke ?

      Kita memang suka jadi pemandu pelancong… sambil kunyah2 apa-apa yang patut.

  4. January 29, 2011 at 10:56 am

    buah kelubi tu yg tak tahan tengok meleleh air liur..dulu zino pernah pi ambik ke dalam hutan tu hehe

    • Tie
      January 29, 2011 at 2:38 pm

      Wah… pernah ambik sendiri rupanya. Hebatlah Zino ni.. Kita ni pokok kelubi pun tak kenal.

  5. January 29, 2011 at 1:53 pm

    wahhh nampak best.. buat kelubi tu bentuk mcm epal ke?… tk pernah tgk. sy mmg tak pernah pergi langkawi atau pulau2 yg ada dimalaysia ni. byk juga negeri2 didlm malaysia yg sy tak pernah jejak. insyaAllah satu hari nanti jika ada rezeki.

    • Tie
      January 29, 2011 at 2:39 pm

      Buah kelubi tu macam buah salak sikit rupanya… kulitnya macam bersisik. Asalnya dari hutan kot. Kita baru tahu….

  6. January 29, 2011 at 3:45 pm

    buah kelubi tu paling best. Boleh makan mengalahkan orang mengidam🙂

    • Tie
      January 30, 2011 at 9:34 am

      Kita tak makan la buah kelubi tu. Nak beri kat mentua dan ipar-ipar je…

  7. marc
    January 29, 2011 at 5:42 pm

    kelubi dgn salak rupa je nak sama, kelubi masam, salak manis2 kelat

    • Tie
      January 30, 2011 at 9:35 am

      Ooo… masa mula-mula tengok ingat suami beli buah salak, tak ingat pokoknya macam mana rupanya.

  8. January 29, 2011 at 7:08 pm

    Rindunya nak ke Langkawi lagi……..

    Tapi sejak baru baik dari demam panas tempoh hari……sy rasa mcm duduk dlm washing machine je. Jadi biol daaaaa……
    Kalau naik boat atau ferry, gamaknya sy akan pitam daaaaaaaa……..
    🙂

    • Tie
      January 30, 2011 at 9:36 am

      Patutlah senyap sunyi je Zyma, rupanya demam… alhamdulillah, dah sihat, ya..

      Baby Arissa sihat juga, kan?

      Nanti bila dah okay, boleh bawa anak-anak shopping dan makan angin di sana. Kak tie tak tahulah bila dapat peluang begitu.

  9. January 29, 2011 at 9:28 pm

    Tie..wahh wahhh banyak la yg di-shopping oleh hubby dari Langkawi ye. Kalau sesiaoa melancung ke Langkawi mesti (wajib) jejak kaki ke Haji Ismail Group atau Idaman Suri. Kalau pada awalnya tak ada niat nak membeli-belah tapi bila dah tengok berbagai barang pada harga yang murah pasti tergoda nak shopping jugak. Kalau Tie nak pegi Langkawi calling2 sy ye🙂

    • Tie
      January 30, 2011 at 9:40 am

      Shah, shopping sekali sekala, hehe. Kalau kak tie pergi sama, tentu tak banyak macam tu, sebab kak tie ni berkira sikit, haha…. Lagipun dia ada belikan buah tangan untuk anak-anak buahnya, mentua dan mak.

      Idaman Suri tu bahagian pinggan mangkuk, kan.. Abg tak masuk pun, dia dah pening tengok banyak sangat barang. Kalau Tie pergi, insyaallah, akan contact Shah.

      • January 30, 2011 at 1:37 pm

        Tie, kalau Tie pegi sendiri sy rasa kena beli 2 beg beroda yg besaaaaaaaarrrrrr punya! Drpd berkira sikit terus jadi tak berkira langsung, atas alasan bukan selalu dpt dtg ke Langkawi, kat tempat lain mana nak dpt harga murah mcm ni hehehe…

        • Tie
          January 30, 2011 at 4:15 pm

          Haha….. Ish takut pulak! Takut terlebih belanja nanti!

          Tapi, betul laa.. Abang kata memang murah!

  10. January 29, 2011 at 10:32 pm

    Saya gi 2009. best giler ok!😉 chocolate murah… and suka ikan bakaq kat sana .. and mmg banyak benda boleh digambar jugak..

    ps. gambar kedua tu setail la.. pandai abg kak tie ambik gambar. angle dia setail hehe..

    • Tie
      January 30, 2011 at 9:43 am

      Betul Nono, cokelat memang murah. Abang kak tie beli penuh satu beg beroda tu. Terkejut kak tie, kah kah … Kena sorok separuh sebab takut budak-budak tu tak makan benda lain.

      Gambar ada stail ? Ye ke ? Entah, kak tie bukannya tahu hal2 gini. Kebetulan je kot! Abg kak tie tu lagilah blur pasal photography ni.

  11. January 29, 2011 at 11:13 pm

    wahhhh….byk abg kak tie shopping ye. milla dah pegi hjg thn 2009 dulu, kononnye dah berniat tak nak menyopping tapi dah sampai kat sana lupa diri lak…shopping sakan sampai kena marah dgn hubby sbb dia yg letih angkut brg nak naik feri keh keh keh…

    • Tie
      January 30, 2011 at 9:52 am

      Haha, Milla, kita kena simpan duit dulu sebelum ke sana. Kang menyesal kalau tak cukup RM.😛

  12. January 30, 2011 at 7:56 am

    sukanya kat kedai hj ismail group tu !

    • Tie
      January 30, 2011 at 9:53 am

      Ada banyak lagi kedai Reen…. Boleh tawar menawar lagi.

  13. ima
    January 30, 2011 at 9:06 am

    wahhh baiknya abang kak tie tu belikan banyak barang…w/pun tak de dalam senarai…tak dpt pergi pun dah rasa macam pergi lah jugak sebab banyak dapat barang tu…hehe,ima pernahlah gi sekali tu pun 8 tahun dulu…lama tu,huhu,tak tahulah bila leh gi lagi…

    • Tie
      January 30, 2011 at 9:54 am

      Ima, sesekali orang lelaki shopping ni mengalahkan kita orang perempuan. Beli 3-4 pek macam orang nak meniaga lak!

  14. January 30, 2011 at 12:21 pm

    kalau gi langkawi mesti pi beli coklat kat hj ismail tu. pertama kali gak saya tgk buah kelubi, meriahnya buah tu, banyak kan..langkawi mmg best..

    • Tie
      January 30, 2011 at 4:16 pm

      Kak tie pun first time tengok buah kelubi tu. Tapi kak tie tak makan, dah cuba yang jeruk, kurang minat. Nak beri kat mentua je…. (bagus punya menantu!)

  15. January 30, 2011 at 12:49 pm

    he he kita dah dua kaligi langkawi, tapitak jumpa pulak jeruk2 tu dan kelubi tu. Nampak gayanya kena ke sana lagi ni. Nak beli set pinggan mangkuk pulak.

    • Tie
      January 30, 2011 at 4:17 pm

      Ooo…. ye ke ?

      Tak pe, nanti pergi lagi cari sampai dapat! Kalau kaum pompuan pergi memang tak sah kalau tak beli set pinggan mangkuk, ekk!

      Oh… baru tanya kat abang, jeruk tu dia beli kat R@R Gurun, Kedah.

  16. January 30, 2011 at 3:29 pm

    coklat ada lagi tak???

    .
    .

    err.. dah habis😦 ok… jeruk pun takpe laaa

    • Tie
      January 30, 2011 at 4:18 pm

      Ada… banyak lagi. Mama simpan takut terlebih makan.

      Jeruk kelubi tu mama nak eksport rumah atap biru. Orang sana suka makan.

  17. January 31, 2011 at 12:42 am

    wahh… langkawi tak dilanda hujan lah.. hehee

    gambar jeruk tu, memang mencongkam.. meleleh air liur weiiii

  18. January 31, 2011 at 12:46 am

    aduhh.. camner lah tak perasan nama tak bertukar.. dah komen pakai nama org lain..aderkkk

    harap2 kak tie faham aje udah ler.. aderkkkk

    psst: kak tie, harap2 kak tie rahsia hubungn maza dgn si darling itew.. segan sehhh

    • Tie
      January 31, 2011 at 8:15 am

      Oooo….. nak rahsia konon.

      Tak tahu ke ? Satu dunia dah tahu laa… kah kah !!

      Maza pun suka jeruk, ekk? Kat Pulau pinang (biasa pergi tak?) ada berlambak la Maza. Gambar kat atas tu di Kedah, hentian rehat dekat gurun. Bukan kat Langkawi, hihi.. kita baru tahu, tanya abang tadi.

      Tu Darling dah nak gi Langkawi lagi, katanya. Bolehlah singgah Kedah cari Jeruk. Kesian darling, takut kempunan lak. Oh ya, jangan lupa beli set pinggan mangkuk sekali. Sesekali shopping untuk isteri, apa salahnya.:mrgreen:

  19. February 10, 2011 at 12:04 pm

    Su ingat nak bawah mak dan ayah ke Langkawi dlm thn ni… Dia org dah lama teringin nak ke sana. Nanti bolehlah Su mintak nasihat Kak Tie bila dah confirm nak pegi.

  20. Tie
    February 10, 2011 at 12:06 pm

    Hahaha…. Su ni, buat malu Kak Tie je.
    Kak tie tak pernah pergi pun. Suami kak tie yang pergi, ada seminar kat sana, hihihi….
    Tapi tak pe laa… kalau Su ada problem, nanti kak tie tulis kat blog ni, mintak pandangan kawan2 di sini.😛

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: