Home > kehidupan > Anak kita lembut ?

Anak kita lembut ?

Err…………

Janganlah terkejut. Bukan anak kita, tapi anak orang. Tapi kira anak kita juga , kan…..  ya laa… semua anak-anak harus dianggap seperti anak kita. Ke , kalian dah confuse ni ?

Kisahnya begini. Sibongsu tu sibuk menceritakan kisah classmatenya yang lembut. Siap ada nama glamour lagi. Baru tingkatan satu laa…. Guru-gurunya dah hilang ikhtiar. Tegur dan marah pun dia tetap dengan gayanya bagaikan puteri.

.

.

(Isha, sempat posing ketika mamanya sibuk menggeledah dalam kedai pinggan mangkuk di Pengkalan Kubor hari tu )

 

Kita marah juga kat sibongsu tu. Jangan panggil nama tu. Panggil nama jantan dia. Kita tak suka memberi galakan negatif. Takut dia terus bangga dan suka jadi ‘puteri’. Tapi, sibongsu tu kata, dia tu garang, walaupun lembut. Nanti dia marah… Aderk!

Kita ni kasihan juga pada budak tu dan ibubapanya. Macam manalah perasaan seorang ibu, bila anak jantannya berkelakuan seperti perempuan. Tentu kecewa, kan. Lebih-lebih lagi bila menghadapi masyarakat sekeliling.

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, pantaulah anak-anak kita. Tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Janganlah sampai yang lelaki jadi puteri dan yang perempuan pula jadi  ganas macam lelaki.

 

*Sekarang ni golongan lembut ni dah menjadi-jadi. Baru di peringkat sekolah je tu. Di IPTA@IPTS tu tok sah kata laa…. Kalau setakat lembut, rajin masak atau menjahit tu tak de hal. Ni kita takut lembut sampai menggadai maruah diri jer……………..

 

Categories: kehidupan Tags: , ,
  1. January 28, 2011 at 3:56 pm

    mereka yg ‘lembut’ ni mmg baik. tapi tu laaa… kalau ‘lembut’ tak songsang takpe, kan

    .
    .

    haaihh.. takut skrg ni. mcm2 gejala

    • Tie
      January 28, 2011 at 8:38 pm

      Kat sini ada seorang pakcik tu lembut(anak buah abg kak tie, pandai masak dan rajin. Hias pun pandai, dia dah berkeluarga, ada anak-anak… tak ada masalah. Sifat lembut gitu sebenarnya bawa rezeki kepadanya.

      Cuma ada orang suka mengejek, panggil dia dengan nama perempuan, sampai abang kak tie marah. Takut pakcik tu terpaut ke jalan yang salah lak.

  2. January 28, 2011 at 4:08 pm

    aduhh.. hat ni memang payah sikit nak cakap…
    maza pun ada anak sedara yg lembut2 mcm tu..

    dlm kes anak sedara maza tu, maza salahkan mak dia..
    mak dia (ahkak maza) yg mengada2 benar…aderkkk

    • Tie
      January 28, 2011 at 8:41 pm

      Kalau abg kita, mesti dia marah sebab biarkan dia begitu. Tengoklah setakat mana lembutnya. Kalau lembut biasa tu, tak pe Maza. Tapi kalau dah start gelar dengan nama2 perempuan tu tak baguslah. Kita sebenarnya yang salah sebab menggalakkan dia.

  3. January 28, 2011 at 4:29 pm

    anak kita pun, bukan lembut
    tapi bukan jenis nak kisah2 riuh rendah dgn lelaki
    budak2 pompuan suka – sebab dia bukan jenis ckp kotor

    tapi bukan lembut lah kot..dah bermisai berjanggut pun
    cuma bukan jenis lelaki lasak..hehe

    harap2 jgnlah tergelincir pula
    mak bapa mcm kita ni yg selalu baca mcm2 kat internet, lebih risau sebab kita tau mcm mana keadaan kritikalnya generasi kini

    doa utk anak2 kita tie

    • Tie
      January 28, 2011 at 8:47 pm

      Girls memang tertarik dengan sifat lelaki gentleman gitu, Jie… Tie pun suka, hihihi…. Tapi selalu menjauhkan diri dari yang bermisai berjanggut tu. Seram…

      Risau, kan… Sebab kekadang benda-benda gini terjadi tanpa diduga. Ada juga kerana asalnya mengajukkan seseorang, lalu terjadi pada diri sendiri.

      Insyaallah.. kita sentiasa berdoa agar semua anak-anak kita terlindung dari perkara2 luar tabii ni…

  4. January 28, 2011 at 6:13 pm

    Salam Akak Tie :-

    Apa khabar, Akak? Sihat ke? Montel tak? Hihihihihihi…..

    Skrg ni mmg ramai lelaki lembut, walhal ketika d`lahirkan oleh ibunya kelihatan normal je. Ishhhhh, macam2 la budak2 zaman skrg ni…..
    🙂

    • Tie
      January 28, 2011 at 8:48 pm

      Salam Zyma,

      Kita sekarang sedang berusaha untuk mengurangkan montel, haha…. Punyalah susah!

  5. January 28, 2011 at 7:16 pm

    umm… sebab apa ek org jd lembut?
    psl mmg semulajadi? je psl dia terikut2? mcm.. kalau semua adik bradik perempuan, dia sorg je lelaki, yg lain2 layan dia ala2 mcm dia perempuan jugak?

    • Tie
      January 28, 2011 at 8:50 pm

      Kak tie tak pasti la Adila, ada banyak sebab kot.
      Mungkin kerana sifat semulajadinya, atau terikut-ikutkan seseorang yang rapat dengannya. Ada juga kerana putus cinta. Entahlah …..

  6. January 28, 2011 at 9:36 pm

    alahai kak tie..takutnya dgr cete ni…sebab zaman sekolah dulu takde lak masalah ni..huhuhu…mohon Allah jauhkanla masalah ni terjadi pada kita.

    • Tie
      January 29, 2011 at 9:41 am

      Betul ct. Zaman sekolah kita tak ada pun. Tapi sekarang ni, anak kak tie kata, ada beberapa orang di sekolahnya (menengah). Heran laa…

  7. January 29, 2011 at 7:43 am

    tee..memang kesian ngan ibu bapa yang anaknya lembutkan..jika baru diperingkat awal..belum terlambat..

    • Tie
      January 29, 2011 at 9:42 am

      Kena selalu ambil perhatian, kan…. Bila nampak ada perubahan kena tanya dengan perihatin.. supaya ia faham perbuatan tu salah…

  8. January 29, 2011 at 8:36 am

    masa iwan kecik2 dulu pun zan takut klu2 ada jiwa yang begitu. jiwa lembut tak mengapa jgn sampai punya impian nak menukar nama sebagai … jiwanya dah kacau. harap2 kwn sibongsu k tie tu akan menjadi lelaki sejati.. amin.

    • Tie
      January 29, 2011 at 9:43 am

      Tak pe la Zan, sebab Zan cepat perasan. Ada orang dia buat tak tahu atau terlalu sibuk dengan urusan sendiri. Tu yang kesian… kesian pada anak-anak je.

  9. January 29, 2011 at 1:49 pm

    semakin ramai org yg dah terpesong keperibadian dr asal kejadiannya.. yg mmg dilahirkan khunsa susah kita nak kata. yg mmg sah2 dilahirkan sbg perempuan atau lelaki kadang2 mcm tk terima dia dilahirkn dn jantina itu.

    • Tie
      January 29, 2011 at 2:33 pm

      Tu la kan. Kita tak dapat nak faham perasan orang sebegitu. Macam mana boleh timbul naluri nak jadi perempuan pun kita tak tahu.

  10. fyfy
    July 23, 2011 at 3:38 pm

    semuanye adalah anugerah TUHAN, smua manusia ingin kesempurnaan.. apa yg berlaku bukan sje2,, jgn kesian kn ibu bapa yg dpat ank2 lembut jer, rmai lg ibu bapa yg dpt anak normal pun lagi menyusahkn ibu bapa…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: