Cerita hantu

Wanie yang cerita, pengalamannya bersama rakan-rakan di sekolah minggu  lepas.

Mulanya seorang pelajar perempuan menangis di sudut belakang surau. Lalu seorang rakan satu dorm Wanie pergi untuk bertanya khabar dengan niat membantu. Pelajar yang menangis tu nampak sesuatu di luar surau (beliau cuti dari solat). Rakan Wanie, Anna (bukan nama sebenar) pegang beliau, dan ramai-ramai baca yassin dan ayat Al Kursi. Masa tu, hanya pelajar-pelajar je berada di surau.

Malangnya Anna mula rasa tak selesa. Dia sakit pinggang dan kepala, dan minta pertolongan rakan BADAR (Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani). Pinggangnya berat, tak boleh bangun, rakan-rakan sedorm cuba tolong, tapi agak sukar. Maklumlah sesama pelajar, perempuan pula tu.

Wanie picit kepalanya, kerana dia mengadu pening. Ketika itu, Wanie pun terasa sakit kepala yang teramat. Memang dapat rasa kehadiran makhluk yang tidak diundang tu.

Yang membuatkan kita rasa bangga, semuanya saling membantu, ramai-ramai pakat baca alquran, surah2 yasin dan ayatul Kursi. Mereka berniat untuk membuat pendinding dalam dorm sendiri, tapi tak berani sebab menurut ustazah, kalau tak cukup ilmu tak boleh, takut benda tu datang mencabar.

Tapi kita ralat, guru kaunselornya tidak ambil berat, anggap ianya berpunca dari stress. Ustazah tiada, hanya ada guru-guru yang menurut Wanie, tak tahu nak buat apa. Mungkin tiada pengalaman.

Jadi, Wanie dan rakan-rakannya berusaha , dengan air yassin, merenjis-renjis pada rakannya yang terkena. Dua orang rakannya mempunyai 6th sense dan berpengalaman  . Buat sementara, dapatlah meredakan keadaan Anna tu. Dan untuk seketika Anna nampak okay, jadi masing-masing ingat beliau semakin pulih.

Namun suatu malam, ketika pulang dari prep, seorang kawan Wanie, menegur dan menyentuh bahu Anna dengan tujuan bertanya khabar. Tiba-tiba, rakannya nampak pucat, terkejut, terus menarik tangannya dari bahu Anna. Rupanya tangannya berasa kebas semacam dan Anna melirikkan matanya dengan begitu seram sekali. Menurutnya  macam dalam cerita hantu!

Anna pula terus menggeletar, dan menerkam rakan Wanie, memeluknya dan rebah. Kesian betul. Cuti sekolah ni harap-harap Anna dapat pulih semula seperti sedia kala.

Asalnya benda-benda begini terjadi kerana ada pelajar yang pengotor. Tak tahu lah, mungkin mereka tidak sedar yang pad yang telah digunakan harus dicuci sebersih-bersihnya sebelum dibuang dalam tong sampah.

Kita sarankan agar poster ditampal dalam pintu tandas, mengingatkan tentang kebersihan ini.  Budak-budak ni kalau tak kena leter oleh ibu-ibu, macam tu la jadinya.

.

33 Comments (+add yours?)

  1. maza
    May 26, 2011 @ 22:39:47

    aduhaiiii… kenapalah jadi mcm ni…takkan ler tak tau! amek sambil lewa lah tu.. dah kena baru tau, kan?

    skrg sendiri gak yg susah,.. kengkawan pun terganggu aderkk…

    elok pulihkan segera jgn sampai melarat! huhuhu

    Reply

    • Tie
      May 27, 2011 @ 09:13:46

      Entahlah, Ada pelajar-pelajar ni pengotor. Yang tak mandi pun ada. Takpun tak basuh baju, tu yang berbau macam nak pengsan (Wanie selalu mengadu…).

      Kat tandas tu, macam-macam dijumpai. Susah tinggal dengan orang yang tak tahu jaga kebersihan. Tu yang syaitan suka.

      Reply

  2. nahmy
    May 27, 2011 @ 01:01:48

    panggille mereka yg ada ‘kepakaran’…insyaAllah

    Reply

  3. Adila
    May 27, 2011 @ 02:31:34

    ada kwn sy ckp, ustaz ckp xcuci pun xpe
    ntah la kan huhu~

    Reply

  4. kakpah
    May 27, 2011 @ 07:24:28

    kena pergi berubat tu. halau pengacau tu pergi. sian anak2 tu..

    Reply

    • Tie
      May 27, 2011 @ 09:16:47

      Harap kawan wanie tu dapat dipulihkan. Kesian betul, niat nak tolong, tapi dia yang kena. Cuti sekolahnya tentu keluarga dia akan uruskan.

      Reply

  5. mulan
    May 27, 2011 @ 08:17:33

    maap kak tie.. saya baca yg atas je.. takmo baca detail dah… saya penakot…!!! hehehee….

    Reply

  6. juliet
    May 27, 2011 @ 10:45:14

    masa dok asrama dulu selalu jadi hal gini, mcm kaktie cakaplah, sebab ramai yg pengotor padahal perempuan. dulukan masuk tv, sekolah kat kuantan rasanya ada kes macam ni jugak.

    Reply

    • Tie
      May 27, 2011 @ 18:55:55

      Tak faham budak-budak ni, Wanie selalu mengadu, mereka ni macam tak mandi. bau busuk betul. Perempuan lak tu, terutama form 1 & Form 2. Agaknya dah biasa ibu masing=masing kerah mandi tiap hari.

      Reply

  7. DrSinga
    May 27, 2011 @ 14:22:34

    dah start cuti sekolah kan…???

    Reply

  8. zue
    May 27, 2011 @ 16:44:03

    mana2 sek mesti ada perkara2 yg menakutkan…ni juga salah satu anak zue takut nak duduk asrama.
    tie> sek tu kan sek baru..knapa lah budak2 ni x tahu jaga kebersihan luaran dan dalamankan..agaknya budak2 ni dah trbiasa kat rumah…itu pasal dibawanya ke hostel.

    Reply

    • Tie
      May 27, 2011 @ 18:59:47

      Kalau lemah semangat, memang tak digalakkan masuk asrama ni. Masa kawannya diganggu tu, wanie nampak ada 2 tanda bulat kecil warna hitam di tapak kakinya. Sangat jelas kelihatan, tapi bila keadaan dah reda, tanda tu jadi samar-samar, hampir hilang…. takut lak kita. Macam dalam movie lak!

      Reply

  9. Azrina3.7
    May 27, 2011 @ 19:09:39

    Dari dulu sampai sekarang sama aje puncanya. Kebersihan si pomfuan ni.

    Semoga Anna pulih sepenuhnya. Orang kata ‘benda’ ni kalau dah berkenan kat orang tu dia dtg kat dia aje.

    Bila teringat masa saya kena usik di hostel dulu..meremang bulu tengkuk.

    Reply

  10. kak erna
    May 27, 2011 @ 20:53:15

    assalam tie..seram betul akak kalau baca cerita2 macam ni..zaman duduk diasrama dulu pun pernah ada kawan kena..tempiasnya..akak yang demam..sebab lemah semangat dan penakut..

    Reply

  11. Neeza
    May 28, 2011 @ 19:59:44

    masa disekolah dulu, ada kawan suka main spirit of the coins tu.. macam memanggil hantu setan.. pas tu bila dia datang, dah susah nak hantar balik.. lagi satu, setan ni memang suka kalau orang tak solat, dok melalak2 time maghrib.. kalau rajin mengaji dan solat, InsyaAllah setan jauhkan diri..

    Reply

  12. Kak Long Mawar Merah
    May 30, 2011 @ 00:42:08

    Zaman Kak Long sekolah tu pun ada kisah seram juga di asrama.

    Reply

  13. Sabahan Bloggers Club
    May 30, 2011 @ 01:24:45

    Salam kenal.
    Waktu saya sekolah dulu pun ada gak macam ni kat asrama. Tapi biasanya akan meningkat bile time nak SPM, STPM. Bila dah selesai dan disiasat, memang budak-budak yang kena tu sebab dorang datang bulan dan tak jaga kebersihan.

    Reply

  14. Ctnik
    May 30, 2011 @ 14:27:14

    Sb tu org tua bising kalau ank dara tgl pad terbuka.seingt ct mak mg ajar cuci smpi xkuar drh bru bungkus lam paper n buang.tp mg beto ada segelintir even bini orgpun jenis buang xbasuh.kalau duk asrama lglh kena lg teliti pasal dia suka anak2 dara

    Reply

  15. shameel
    May 30, 2011 @ 17:23:12

    salam.

    Kat sekolah terutamanya asrama, gangguan makhkuk halus trmasuk histeria biasa berlaku. Dulu kat sekolah saya di sek men sains lahad datu, gangguan makhluh halus mejadi2 selepas aktivit penebnagan pkok kat belakang sekolah berleluasa. kata jin tu( menerusi perantraan budak2 yg kena histeria), dia marah krn rumahnya(pokok) dirobohkan.

    Reply

  16. nurul
    May 31, 2011 @ 09:41:00

    kat asrama memang selalu jadi macam tu kan kak tie..asrama penuh kebanyakannya kat kawasan pedalaman sikit bagi tenang sikit nak study..pastu susah sikit nak merayap keluar tanpa kebenaran..sebab kiri kanan semua hutan dengan kebun orang je macam sekolah saya dulu..

    tapi tu la banyak makhluk yang kita tak nampak la kat kawasan tu..sebab tu kat asrama setiap hari ada bacaan surah al-mulk..seminggu sekali ada bacaan yassin..kebersihan memang perlu diutamakan..

    lain kali dengar cakap mak ye adik-adik..jaga kebersihan..rajin mandi..cuci kain baju..solat..mengaji..kemas tempat tido..mak berleter ada sebab..terima kasih mak..

    Reply

  17. mekar
    Jun 02, 2011 @ 19:42:28

    Salam kak,

    Masa sekolah dulu2 pun ustazah ada siap pesan, kalu period , darah tu kena cuci bersih2 samada kat pad, kat tandas tmasuk kat seluar kecik.
    Tambah2 lagi dah duduk asrama memang macam2 jenis manusia la yg kita jumpa. ada yg kuat agamanya dan ada yg goyah.

    psst: sya seriau la nk cerita lebih2. kebetulan singgah blog ni time magrib. Bye kak.

    Reply

  18. Ismail N
    Jun 02, 2011 @ 21:17:29

    aik mana pigi daaa?… pencen ke Kak? 😀

    Reply

  19. Ali ridha
    Jun 04, 2011 @ 12:36:17

    masa mak aku kerja diamrama pelajar perempuan.
    ada terdapat gangguan.seram bila aku mendengarnya.
    bukan sekali.selalu sangat.bagaimana mak rumah
    boleh tahan.orang lain yang pemalas, kata mak
    aku yang malas.

    Reply

  20. en_me
    Jun 06, 2011 @ 08:28:55

    salam pagi senin akak tie ittewww.. ehehe

    Reply

  21. nekcun
    Jun 06, 2011 @ 14:33:27

    Tak tahulah kenapa dekat asrama selalu boleh jadi camtu… dulu masa nekcun duduk asrama masa sekolah dulu pun, benda2 yang suka kacau-kacau ni dah ada… cuma masa tu kita tak hebohlah macam sekarang ni… Tapi bila ingat-ingat balik, hei… seram juga dibuatnya!… Mungkin jugalah agaknya ramai yang tak jaga kebersihan dengan betul, jadi benda tu suka kacau!..

    Reply

  22. atiqah
    Sep 09, 2014 @ 16:04:53

    kata cerita ini seram. tapi tak seram pun
    ha,ha,ha lawak ya

    Reply

  23. atiqah
    Sep 09, 2014 @ 16:06:55

    kata best tapi tak best pon

    Reply

Leave a reply to Tie Cancel reply