Archive

Archive for the ‘Anak’ Category

Hooray utk JeSS

March 14, 2016 Leave a comment

Alhamdulillah

Setelah 2 tahun Isha berjaya dlm SPM nya di JeSS iaitu merupakan salah seorang dari 20 pelajar yg mendapat 9As.

FB_IMG_1457504040267

FB_IMG_1457504092728

Walaupun baru batch ke2 SPM , JeSS berjaya memperoleh keputusan GPS 1.84 dan merupakan tertinggi di Kelantan juga Zon Timur.

Semoga semuanya terus cemerlang , insyaallah.

Categories: Anak, kehidupan, Uncategorized Tags:

Cerita hantu

May 26, 2011 33 comments

Wanie yang cerita, pengalamannya bersama rakan-rakan di sekolah minggu  lepas.

Mulanya seorang pelajar perempuan menangis di sudut belakang surau. Lalu seorang rakan satu dorm Wanie pergi untuk bertanya khabar dengan niat membantu. Pelajar yang menangis tu nampak sesuatu di luar surau (beliau cuti dari solat). Rakan Wanie, Anna (bukan nama sebenar) pegang beliau, dan ramai-ramai baca yassin dan ayat Al Kursi. Masa tu, hanya pelajar-pelajar je berada di surau.

Malangnya Anna mula rasa tak selesa. Dia sakit pinggang dan kepala, dan minta pertolongan rakan BADAR (Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani). Pinggangnya berat, tak boleh bangun, rakan-rakan sedorm cuba tolong, tapi agak sukar. Maklumlah sesama pelajar, perempuan pula tu.

Wanie picit kepalanya, kerana dia mengadu pening. Ketika itu, Wanie pun terasa sakit kepala yang teramat. Memang dapat rasa kehadiran makhluk yang tidak diundang tu.

Yang membuatkan kita rasa bangga, semuanya saling membantu, ramai-ramai pakat baca alquran, surah2 yasin dan ayatul Kursi. Mereka berniat untuk membuat pendinding dalam dorm sendiri, tapi tak berani sebab menurut ustazah, kalau tak cukup ilmu tak boleh, takut benda tu datang mencabar.

Tapi kita ralat, guru kaunselornya tidak ambil berat, anggap ianya berpunca dari stress. Ustazah tiada, hanya ada guru-guru yang menurut Wanie, tak tahu nak buat apa. Mungkin tiada pengalaman.

Jadi, Wanie dan rakan-rakannya berusaha , dengan air yassin, merenjis-renjis pada rakannya yang terkena. Dua orang rakannya mempunyai 6th sense dan berpengalaman  . Buat sementara, dapatlah meredakan keadaan Anna tu. Dan untuk seketika Anna nampak okay, jadi masing-masing ingat beliau semakin pulih.

Namun suatu malam, ketika pulang dari prep, seorang kawan Wanie, menegur dan menyentuh bahu Anna dengan tujuan bertanya khabar. Tiba-tiba, rakannya nampak pucat, terkejut, terus menarik tangannya dari bahu Anna. Rupanya tangannya berasa kebas semacam dan Anna melirikkan matanya dengan begitu seram sekali. Menurutnya  macam dalam cerita hantu!

Anna pula terus menggeletar, dan menerkam rakan Wanie, memeluknya dan rebah. Kesian betul. Cuti sekolah ni harap-harap Anna dapat pulih semula seperti sedia kala.

Asalnya benda-benda begini terjadi kerana ada pelajar yang pengotor. Tak tahu lah, mungkin mereka tidak sedar yang pad yang telah digunakan harus dicuci sebersih-bersihnya sebelum dibuang dalam tong sampah.

Kita sarankan agar poster ditampal dalam pintu tandas, mengingatkan tentang kebersihan ini.  Budak-budak ni kalau tak kena leter oleh ibu-ibu, macam tu la jadinya.

.

Categories: Anak, Hantu Tags: , ,

Tak cukup susu atau tak cukup amanah

May 18, 2011 30 comments

Wanie nampak, makcik dinning hall tuang susu dalam jag, pastu dituangkan air hingga penuh. Kira kandungan susu lebih cair…. dalam 50-50.

Kita boleh bekalkan wanie susu, beli susu kotak. Tapi, kita tak faham, kenapa makcik dan pekerja kantin tu, yang sah-sah orang Melayu lagi Islam  menipu dan mencuri untung.

 Kenapa tak ada perasaan bersalah, atau sekurang-kurangnya merasa belas pada anak-anak yang makan dan minum apa yang mereka hidangkan.

At least, fikirkanlah keberkatan hidup kita. Tak takut pada Allah ke ?

* Kes susu hanyalah sebahagian dari tindakan tidak jujur mereka.

Categories: Anak Tags: ,

Riang ria di Shah Alam (part 3)

May 4, 2011 31 comments

Adik bawa kami  ke  Colmar Tropicale, Bukit Tinggi (dah bukan di Shah Alam lagi 😛 ). Ingat dapat juga merasa angin dingin sepoi-sepoi tu, tapi kecewa betul. Tak sejuk pun….

.

.

.

Model kita

.

.

.

Eh, sejak bila budak ni pandai posing, ekk? Mamanya hanya tahu berdiri tegak jer….

.

.

.

Ibu dan anak sedang memeriksa ketahanan kayu jambatan.

.

.

.

Alamak! Sepatutnya mama yang posing kat situ!

.

.

.

Badut kat belakang tu sengaja pose macam tu. Dia perasan lak!

.

.

.

Terasa macam berada di France lak. Macamlah kita pernah pergi 😛  .

.

.

.

Isha bersama sepupunya Dira

.

.

.

Anak-anak saudara, 3 orang ni jer. Damia, Qimi dan Dira.

.

.

.

Posing lagi.

.

.

.

Isha ajar Black Swans tu mengira,  :lol:…..

.

.

.

Sempat bermain dengan rabbits.

.

.

.

Rabbit : Tolong lepaskan saya, makcik ooii….. habis bulu-bulu saya gugur ni….

Makcik : Mana boleh.  Malam ni makcik nak makan satay rabbit!! :mrgreen:

.

My precious ones

April 19, 2011 28 comments

.

.

.

Credit to Hana Yori Dango – Planetarium Music Box version

.

Categories: Anak

Kembang Kempis

April 14, 2011 28 comments

Tengahari tadi Wanie talipon.

Katanya pengetua jumpa dia. Ucap terima kasih kerana promote sekolah tu kat blog…. (eh, kenapa Wanie dapat nama?).

Rupa-rupanya dia ingat Wanie yang tulis. (memang sah karangan budak-budak)

Wanie malu-malu, terus cakap bukan dia yang tulis. Hasil kerja mamanya yang tak ada kerja.

Alamak!

Rasanya pengetuanya dah baca entri tu sebelum kita pindah! Harap-harap dia tak baca entri-entri merapu tu.

Aderk!  Lepas ni kena pakai saji bila nak lawat Wanie !

 

 

.

 

Eksyen dengan baju rasmi sekolahnya…… Dah macam baju raya..

 

Shhh…. dia tak tahu kita tepek gambor dia kat sini. Dia dah pesan jangan bubuh gambar dia di blog sinun tapi dia tak cakap kat blog ni, kah kah kah…!!

 

 

.

* Jangan sebut nama sekolah tu kat sini, ya……

Sensitif!!!    Takut bila google terus keluar lak blog ni :mrgreen:

 

.

 

Categories: Anak, blog Tags: ,

Dengki

February 27, 2011 39 comments

Entri luahan hati……

.

.

Kita ni dah habis sabar dengan orang-orang begini. Masa kita mengandung anak kedua tu, anak sulong baru je umor 9 bulan. Macam-macam kita dikutuk. “Degil, tak nak ikut cara mereka berpantang dulu, sebab tu cepat ‘lekat’ “.  Pergi mana-mana berderet bawak anak-anak kecik, orang kata macam keretapi. Padahal cuma 3 orang ni jer.

Tapi sekarang, anak-anak cepat besar, dah tak nak ikut kami ke mana-mana pun. Jadi bila hanya kita berdua suami isteri ke sana ke sini bagai pasangan kekasih(memang pun!), kita disindir-sindir pula.

Ada ke patut kita digelar  Mak Datin ??

Aderk ! Sakitnya hati bila hal-hal kecil yang peribadi begini pun nak dijadikan bahan cerita. Salah ke kami berdua ke hulu dan ke hilir tanpa membawa anak-anak? Dah naik bosan bila soalan yang sama diutarakan.

“Berdua sahaja ke ? Anak-anak mana ? Amboi… jadi mak datin dia….. “

Kita dulu tak pandai nak rancang beranak macam kalian yang 4-5 tahun jaraknya. Anak sulung dan anak kedua bezanya setahun setengah. Yang bongsu je beza dekat 3 tahun.

Jadi kalian janganlah cemburu bila semua anak-anak kita semua dah  remaja. Sedangkan kalian masih lagi dok berdukong dan bergelumang dengan pampers tu…….

 

~ Kalau kita betul-betul jadi Mak Datin, macam mana ???  :mrgreen:

.

.

.

~ Kalian tu ditujukan pada yang menyindir-yindir kita, bukan kalian yang membaca ni, tau!

.