Home > Adat dan budaya > Yes ! Kita orang Johor !

Yes ! Kita orang Johor !

Hari tu Tie baca balasan komen dari Somuffins di blognya……

.

.

Ya.

Memang betul tu. Tie berasal dari Johor. Tok (sebelah ayah) dulu asal dari Wadihana…. kemudian pindah ke Kg Melayu kerana kawasan Wadihana tu agak ‘panas’. Arwah mak sedara Tie asyik kena rasuk sebab tempat tu orang buang benda kotor.

Tok Bah… tinggal nama je………………

.

Mak Tie didik kami adik beradik cara lama. Kalau tak tahu kena cakap ‘ kurang periksa’. Cakap kena berlapik. Kerja berhalus. Ketuk-ketuk kuali dan periuk dilarang sama sekali. Memang kena senyap sunyi di dapur kecuali kedengaran tumisan bawang tu….Silap sikit kena jeling, dan lastly kena cubit. Adoi……..

Tapi, sejak jadi isteri abang ni, dah lupa amalkan semuanya. Lebih-lebih lagi tinggal berjauhan di Ganu ni. Dah terikut-ikut dengan budaya keluarga abang . Yang lebih straight to the point tutur katanya, berbanding dengan cara mak yang suka berkias-kias. Bukan sengaja tapi kekadang susah nak amalkan apa yang mak ajar. Biasanya mereka akan tanya 2-3 kali sebab tak faham.  Bukan kerana adat dan budaya negeri lain tidak baik cuma kekadang ada terfikir perasaan mak. Mungkin dia berkecil hati sebab apa yang diajarnya sia-sia sahaja….

Masakan pun dah berbeza, walaupun cuba kekalkan rasa Johor yang asli. Cuma ada satu je Tie tak boleh dapat ilmu dari mak. Tie masih tak pandai buat nasi impit cara mak . Selalunya hasilnya lembik, menyakitkan hati je. Mungkin sebab kurang sabar nak tunggu sampai nasi tu betul-betul kering sebelum bubuh dalam loyang.

Dulu masa mula-mula berumahtangga, Tie sering hidangkan masakan Kelantan.. abang memang tak jauh dari singgang dan percik. Tie belajar dari mentua. Tapi, lama kelamaan abang tertarik dengan masakan Johor, terutama bila pulang ke rumah mak. Dari situlah Tie ajar abang makan gulai asam pedas, dalca , roti telur berlapis , rendang, botok-botok dan macam-macam lagi. Sekarang ni dah pandai hirup kuah asam pedas lak! Malah siap suruh tanam pokok puding supaya senang nak buat botok-botok!

Tempat jatuh lagikan dikenang. Walaupun bahasa dah jadi rojak, kejap kecek Klate, kejap bunyi Ganu, Johor tetap di hatiku, ekekeke…………. (dah mengidam air kathira… ni semua Dr Singa punya pasal!)

.

.

Err…… kalian yang dari negeri lain sudah tentu  ada keistimewaannya. Bolehlah start mengarang, ya, hihihi…………

Categories: Adat dan budaya Tags:
  1. July 22, 2010 at 4:33 pm

    ckLah pun oramg Johor. Bapak cklah Jawa Rengit kawin dengan mak cklah Jawa Sabak Bernam…..(jauh benar jodoh orang dulu-dulu ni) Bapak ckLah murid pondok bapak mak ckLah di Bt 38 Sabak Bernam…

    ckLah jadi Jawa Teluk Intan…Perak.

    • Tie
      July 22, 2010 at 4:50 pm

      Ooo….. gitu rupanya…

      Tapi kan… tak semua orang Johor ni orang Jawa. Tie bukan orang Jawa, tapi minat betul masakan orang Jawa. Mak Tie asal Pontian, tapi duduk di setulang Jb dulu.

  2. July 22, 2010 at 4:51 pm

    salam…

    apa kabar? lama tak mai sini…

    eh, abgdin orang Johor!!! Johor best…. hehehee…. especially, makanannya…

    abgdin dah duk lama kat selangor ni, masakan org Johor juge yg terbaik! hehehe….

    • Tie
      July 22, 2010 at 5:15 pm

      Salam Abgdin,

      Sibuk, ya abgdin ?

      Orang Johor ? Uwaaa…… tak sangka lak!

      Bab makan ni, uuiisshh!! Tie kat Ganu ni kena masak sendiri laa.. susah nak cari yang sama macam di Johor. Tapi di Selangor tak ada masalah, kan…

  3. July 22, 2010 at 5:13 pm

    arwah nenek pun selalu jeling2 kalo dok bising2 kat dapur. hal lain pun banyak pantang larang gak samapi tak buleh nak ikut😛

    • Tie
      July 22, 2010 at 5:16 pm

      Pantang larang orang dulu memang leceh sikit. Macam mentua kak tie tu, nak basuh beras, 3 kali. Kak tie basuh banyak kali sebab tak puas hati, hihihi….

  4. July 22, 2010 at 5:49 pm

    Salam Tie.. *sambil tunduk tersipu2*

    WadiHana n Kg Melayu .. very familiar places. Wadi Hana ramai bangsa Arab, ek? Kalau I korek2 cerita, harus orang yg Tie kenal, I juga kenal…

    Cakap berkias, cakap beralas .. tapi yg paling orang tak perasan; bila menjamu tetamu mesti bentangkan ‘saprah’.

    • Tie
      July 22, 2010 at 7:04 pm

      Haha… Kot-kot kita ni bau-bau bacang tak ? Atau bau-bau durian ? waakakaaka…
      .
      .
      Saprah ? Sudah tentu. Tie siap jahit sendiri lagik! Nak ikut mak la katakan….hihi…

  5. BCP
    July 22, 2010 at 5:59 pm

    saya pun khiwn org lain..sorang KB so pp..kekekeke….kak tie,1 negeri pun lain budaya ni kan lain negeri.yang penting lain sebab didikan dan sejarah keluarga.ada keluarga sejarahnya sopan je,ada keluarga majoriti ckp menjerit2.

    • Tie
      July 22, 2010 at 7:09 pm

      Betul tu. perbezaan ketara oleh didikan keluarga sebenarnya.

      Keluarga kak tie jenis cakap perlahan. Kak tie adik beradik dulu jenis senyap je.. tak reti nak buat bising. bergaduh pun tak pernah. Konon-konon baik la tu, ekekeke…..

      Tapi , anak-anak kak tie ni, lain macam lak perangainya. Kak tie tetiba jadi tarzan sebab nak kawal rekrut-rekrut ni… sakit dada dibuatnya.😛

  6. July 23, 2010 at 12:44 am

    maza sama juga mcm Tie..kan tie kan?

    cuma maza dan tie ini pemalu..
    hanya berselisih kat bandar Kota tinggi atau tiram aje.. heheheheh

    • Tie
      July 23, 2010 at 8:35 am

      Err…… pemalu ?

      Waakakakaa……………..😆

  7. July 23, 2010 at 12:48 am

    err…Wadihana tu kat belah mana ek?

    hehehhehe
    ya ampun tuan tanah!

    • Tie
      July 23, 2010 at 8:36 am

      Ehehehe…….

      Wadihana sekarang dah berubah… penduduk asalnya dah kaya raya kot, sebab tanah tu dah dimajukan.

  8. fadhilahtahir(dilla)
    September 25, 2010 at 2:16 pm

    salam, tie kak dilla baca rasa teruja nak konsi pengalaman. zaman adam orang kata kak dilla besar kat jln md taib atas wadihana tepi jln nk naiksekolah arab. 15 tahun di situ nikah d ganu orang lipis. tinggal d pj. adt sopan johor kekadang dah gagal di pertahan kan. kene2 anak2 dah pandai melawan. pasal berhalus dan saperah synnonim dgn kami. anak2 kata pakai place mat je.dulu masa tumbuk sambal dlm lesung di jerit2 d perli2 oleh mak sebab lentam lentum.dia kata dah gatal ke nak beri tau orang sekampung yg awk dah besar. masa tu pening kepala nak tumbuk camna ha. silap ta hancur lada kene cubit lagi.tapi dah jadi nenek baru tau sebenar nye mereka sangat bersopan.dari mulut ni keluar gak. kata2 kepantangan tok moyang akubila anak2 short cut. tumpang tanya ganu kat mana.keep up rasa terobat rindu pada yg memahami nye.

    • Tie
      September 25, 2010 at 3:08 pm

      Salam Dhilla,

      Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.
      Memang betul, anak-anak sekarang tak sama dengan kita dulu. Kita dulu bila mak jeling jer dah ketar satu badan. Tapi sekarang ni, bila kita tenung je anak, dia boleh kata.” Apa ?” Adoi laa… Silap kita ke sebagai ibu ? Atau dah fesyen orang muda sekarang…

      Kekadang rasa nak balik semula ke zaman sopan dan penuh dengan tertib dulu…walaupun takut sangat pada mak dan ayah….

      Psst…: Mohd Taib tu arwah Tok Tie dulu…. rindu kat dia.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: