Sibuk

Assalamualaikum semua,

Err…….. macam lah ada orang nak menyinggah di sini, ya. Tak mengapa. Saja nak beritahu yang kita ni agak sibuk, pura-pura sibuk dan sengaja menyibuk dalam 2-3 hari ni.

Baru balik dari Selising, dan agak keletihan dek jalan yang penuh dengan kereta (entah dari mana datangnya…) . Punyalah sakit hati masa di Ketereh hari tu, traffic light kojol tapi tak ada pun seorang polis traffic yang sanggup terpacak mengawal keadaan sedangkan balai polis tu betul-betul berada di simpang tu.ย  Pulak tu hari sabtu, hari pasar minggu, ishh…….

Pemandu-pemandu pulak jenis kalau boleh nak terbang, masing-masing nak menunjukkan betapa kerasnya kepala mereka, ekekeke……. sementara petugas masjlis bandaran pulak berselayau mencari mangsa untuk disaman, aderk! Tu laa…. Ni mesti tak bayar lektrik, sebab tu lampu traffic tak menyala, kah kah!!

 

Oh, kita baru je merasmi notebook baru (abg juga yang senget), dari Toshiba. Dah install Photoscape dan lain-lain dan sekarang ni dalam proses mencari games yang sesuai , untuk mengasah minda (yang agak berkarat) juga baik untuk latihan koordinasi tangan dan mata. Susah juga nak cari free full version games yang boleh di download. Kita jumpa dua website ni, nanti kita tulis kat bawah, ya….

Dalam banyak-banyak games yang kita suka, selain dari games hidden object, point and click, dan RPG, kita jumpa satu game yang menarik iaitu TRIO. Kelakar lak tengok benda alah tu, ekekeke………. Game ni boleh di download percuma, tak yah bayar dan boleh main puas-puas. Tapi, pastikan semua kerja rumah dah beres tau.

 

Okay, kalau kalian minat games, di bawah ni kita sertakan 2 link. Bolehlah download full version games unlimited . Tapi tak banyak pilihan, jadi laa…. untuk budak-budak dan mak budak.

http://www.gametop.com/

http://www.myplaycity.com/

 

28 Comments (+add yours?)

  1. kak erna
    Feb 06, 2011 @ 18:21:19

    waalaikumussallam kayteeze..
    tahniah dapat laptop baru…
    boleh main game lagi..terima kasih la bagi
    link untuk game tu..nanti boleh cuba download..
    masa cuti ni..mana2 pun kereta banyak dijalan raya..

    Reply

    • Tie
      Feb 07, 2011 @ 07:52:35

      Haha.. tengah godek-godek cari games la ni. Kekadang kita balik Selising, tak ada line )tak beli broadband sebab slow , membazir nanti), jadi bolehlah main games tu.
      Nanti kalau jumpa link untuk download games Tie akan update kat situ.

      Reply

  2. Kujie
    Feb 06, 2011 @ 18:25:13

    Tie…saya tak serasi nak guna laptop
    ada kat rumah…tapi tak dapat feeling kalau nak menaip guna laptop
    entah pasai pa….masih guna desktop yang bertahun2 ni
    serasi bersama agaknya…

    hehehe…sibuk tu tanda aras kita masih ada kehidupan

    Reply

    • Tie
      Feb 07, 2011 @ 07:55:25

      Sebenarnya Tie pun tak selesa dengan notebook ni, tapi terpaksa beli sebab senang nak angkut bila nak balik rumah atap biru tu. Desktop Tie dah 5 tahun, kekadang nyanyuk lak. Selagi boleh guna, Tie guna je… senang nak print kerja2 sekolah budak2 tu….

      Reply

  3. Bcp
    Feb 06, 2011 @ 19:41:13

    Wah..wah…hebat tu main games.hihi.ank2 xjeles ke?selising tu tmpt lahir kita tau.ada warih warah ko ktie sano?

    Reply

    • Tie
      Feb 07, 2011 @ 07:56:59

      Budak-budak tu dah kurang teruja dengan games, sekarang ni hantu Fb. Selalu kena bebel dengan mamanya, hihihi…. Tapi, homework kena buat dulu. Kalau tak sakitlah telinga dengar mamanya bagi ceramah free ๐Ÿ˜›

      Reply

  4. zareda
    Feb 06, 2011 @ 22:37:13

    Waalaikum salam

    wah notebook baru… best best.. boleh cuba pelbagai games

    Reply

  5. zino
    Feb 07, 2011 @ 01:25:59

    laptop saya tak boleh download game.. nanti adik melekat kat sini hehe

    Reply

    • Tie
      Feb 07, 2011 @ 08:01:17

      Ooo… ye ke ? Dulu masa anak-anak kecil lagi, kita download educational games, terutama spelling dan maths. Bagus juga…

      Reply

  6. Adila
    Feb 07, 2011 @ 07:38:21

    kak tie try la gunbound
    sy suka sgt game tu dulu2
    skrg suka jugak tp dah lupa username ngan password
    so kena buat lain la lps ni hihihihihi

    lg plak takut main sgt lupa nak buat keje lain, last2 sy uninstall je hihihihihi

    Reply

    • Tie
      Feb 07, 2011 @ 08:05:30

      Dah jumpa, nanti kak tie tengok.

      Kalau adila tahu mana-mana website yang boleh download full version games, beritahu kak Tie tau.

      Reply

  7. somuffins
    Feb 07, 2011 @ 09:48:37

    Tie
    Baru dapat netbook baru ka? Ewah2 senyum sket..

    I nih tak reti main game yg canggih. Kalau nak main pun, Solitaire jer yg I reti, uhuk uhuk.

    Reply

    • Tie
      Feb 07, 2011 @ 11:20:56

      Dah senyum ni Som…. buat kerja pun laju je, sebab teruja dengan notebook ni. Nak menaip pun senang, taklah tersangkut-sangkut , kah kah….

      Tie pulak tak faham langsung game Solitaire tu. Abg suka main, pastu kita kutuk sebab game tu tak mencabar langsung, ekekeke………. Som, cubalah main game Trio kat atas tu, memang best.

      Reply

  8. Ismail N
    Feb 07, 2011 @ 10:01:10

    Tu dia… bergaya dengan laptop BARU ehhh… Terus SIBUK main GAME lagi tuh he he…
    Pinjam… ๐Ÿ˜€

    Reply

  9. maza
    Feb 07, 2011 @ 10:38:56

    amvoiiii.. berkilat2 lappy bari berjenama Toshiba (mahal tu..) .. sungguh abg sayang adik tuu.. hahahhaah.. mesti dapat upah besar lepas ni.. ahaks..

    tahniah dgn lappy baru.. lepas ni volleh rempit laju2 kat internet ..dan tak payah nak mengendeng-ngendeng lappy 1malaysia si Risha punya.. hahahha

    Reply

    • Tie
      Feb 07, 2011 @ 11:27:56

      Tie pilih Toshiba sebab ianya lasak, tahan lama.. Adik yang rekomenkan, dah memang jurusan dia dulu.

      Internet lak slow sekarang ni, sabor aje laa…. Isya siap merungut sebab netbook dia dah tak laku, hihihi…..

      Reply

  10. Nono
    Feb 07, 2011 @ 12:26:43

    Pilihan yang bagus. Toshiba. sangat durable hehe ๐Ÿ™‚

    ps saya juga sibuk wuu~

    Reply

  11. mulan
    Feb 07, 2011 @ 13:39:46

    semua nya busy 2-3 hari ni… busy dok umah memasak melayan tetamu.. busy kenduri kawin. busy ke sana ke mari kan… hehee…

    best nya dapat toy baru.. kongsi ya..

    Reply

    • Tie
      Feb 07, 2011 @ 16:26:22

      Kak tie pun busy semalam, ada tetamu. Nasib baik dia tak aktif blogging (sempat buat soal siasat lak!). Dia nampak resepi bahulu rose tergantung kat dapur, ekekeke…… Kalau tak pecah tembelang kita!

      Reply

  12. en_me
    Feb 07, 2011 @ 15:14:09

    barunyerrr laptopp.. ehehe

    Reply

  13. Neeza
    Feb 07, 2011 @ 15:56:51

    waaaaa!!! bestnya dapat laptop baru… lepas ni rancaklah akak main games.. hehee..

    pssttt.. Kak Tie pernah try rempah selising tak? mak neeza kalau balik kelantan, selalu beli.. ๐Ÿ™‚

    Reply

    • Tie
      Feb 07, 2011 @ 16:29:37

      Sebenarnya Neeza, kak tie ni asyik sibuk cari games je.. Mainnya tidak, kah kah!

      Rasa macam pernah masak guna rempah selising tu.. tapi ada beberapa jenis. Kekadang guna rempah kerutuk, tapi tak pandai laa.. macam ada yang tak kena je..

      Reply

  14. aida
    Feb 07, 2011 @ 16:06:47

    amboi kak tie, promote game tu…
    he he he… kita ni pun kaki game… dalam hati nak beli psp, tapi tahankan nafsu demi anak-anak… ๐Ÿ™‚

    Reply

    • Tie
      Feb 07, 2011 @ 16:32:29

      Kak tie main game ni bila tak boleh nak online, hihi… Game Trio tu okay gak, relax je, sesuai dengan kak tie yang selalu blur ni, haha…

      Pasal Psp tu, rasanya kalau anak-anak kuat main game lebih baik toksah beli dulu. Nanti terus melekat kat situ.

      Reply

Leave a comment