Jenjalan di Selising

 

Kacang panjang purple Tie dah berbuah! Haha…. tersangatlah suka, walaupun ada 2-3 urat je. Tapi….. bukan Tie yang tanam,  mentua laa… di rumah atap biru (Selising) tu.

Sebenarnya kita langsung tak ingat tentang kacang panjang purple ni. Masa buat rondaan di tepi pagar tu tak sangka dapat surprise!!

.

.

.

[Sila abaikan tangan yang banyak isi tu, ya…]

Dulu kita pernah buat entry pasal kacang panjang purple ni di sini. Kebetulan seorang sahabat abang beri benihnya. KIta tinggalkan pada mek.

Dia terus tanam di tepi pagar, tanpa mengetahui yang benih tu kacang panjang warna ungu. Mek dah lama tak ke rumah atap biru tu kerana kurang sihat (sekarang dah ok), jadi bila kita beritahu pokok kacang tu dah berbuah dan berwarna ungu, terkejut gak dia, ekekeke………..

Lepas tu jumpa pula bunga telang (pewarna asal nasi kerabu).

.

.

.

 

Ada satu ni jer. Rupanya mek dah guna untuk buat nasi kerabu sebelum ni… Patutlah, hehehe….. Benihnya ada 4-5 papan. Kalau ada sesiapa yang berminat boleh antar alamat (melalui email). Nanti Tie poskan…. rm10 satu, ekekekeke………… (gurau je laa…. ).

.

.

Hanya yang betul-betul minat nak tanam dan jaga (pokok ni menjalar) serta suka masak nasi kerabu je akan dilayan. Err…… macam mana kita nak tahu ? Nanti kita telek dalam geluk pak belalang, kah kah…..!!

Oh ya, masa ronda-ronda  di kebun adik ipar (kita jalan keliling kampung), kita jumpa tapak kaki ni.  Kalian pernah tengok tak ??

.

.

.

Ini tapak kaki siapa ? Nampak tak tu?  Yang macam lubang-lubang kecil tu……. (Itu bayang-bayang kita tau, bukan monster, hihi)

Siapa boleh teka ?

 

 

 

34 Comments (+add yours?)

  1. Mak Su
    Feb 08, 2011 @ 10:02:21

    rajinnya kan, berbudi pada tanah dpt buah-buahan dan sayur

    berbudi pada orang [saya lah], dibalasnya dengan taik 😦

    Reply

    • Tie
      Feb 08, 2011 @ 10:24:22

      Alaa…. maksu ni, janganlah gitu. Kita sedih lak.

      Kalau kita berbudi dengan orang pun tak minta balas, lagipun biasanya orang lain pula akan berbudi dengan kita. Life goes round and round… 😛

      Reply

  2. mrs azmi
    Feb 08, 2011 @ 10:05:14

    tapak kaki khinzir hutan kah??

    Reply

  3. maza
    Feb 08, 2011 @ 10:20:20

    sohih bukan pocong.. sebab pocong lompat2 ..

    hmmm… kijang?

    Reply

  4. somuffins
    Feb 08, 2011 @ 10:33:48

    Tie
    Kita tak pernah tau ada kacang panjang rona purple. Samalah masa dulu kala duk JB. Selalunya tengok terung warna putih tapi bila tiba KL, terong purple aje yg ada. Heran gak but now heran no more, hehe.

    Tapak kaki monster? Pempuan ke lelaki? Hehe, dah bitau masih nak tanya lagi.. Anyway, tapak apa yg bulat2 tu ek? Wo pu cher taw Tie..

    Reply

    • Tie
      Feb 08, 2011 @ 12:25:04

      sayur-sayur warna purple ni ada lebih sikit khasiatnya… Lagipun menarik sikit nak makan. Kacang panjang purple tu belum popular lagi. Mungkin payah nak cari benihnya.

      Ooo…. lama tak dengar Pu cher taw tu, rindu lak pada geng2 chinese kita dulu, huhu..

      Reply

  5. jm
    Feb 08, 2011 @ 11:15:34

    tu mesti tapak seleman kak..ekekek

    Reply

  6. k.zue
    Feb 08, 2011 @ 16:44:05

    org tua2 kata..klu tgn panas..tanam apa2 pun x akan menjadi betul ke…
    tie ni mmg betul2 dah jadi org pantai timur ek..semua perkara dah tahu.

    Reply

    • Tie
      Feb 08, 2011 @ 17:10:22

      Tak pastilah Zue,

      Tie ni kekadang okay tanam menanam, tapi ada kala tak hidup jugak.

      Ada banyak lagi perkara yang kita tak tahu tentang adat, budaya dan aktiviti orang sini…. 😆

      Reply

  7. aida
    Feb 08, 2011 @ 17:14:53

    tak pernah tengok pun kacang panjang purple ni. rasa sama je ke cam kacang panjang hijau tu kak tie? dan bunga nasi kerabu tu, mati2 kita ingat tukang masak buh inci biru dalam nasi tu… tak terpikir langsung warnanya datang dari bunga tu. he he he… bertambah lagi pengetahuan kita… hi hi hi

    Reply

    • Tie
      Feb 09, 2011 @ 07:42:25

      Rasanya sama je Aida, tapi mungkin lebih rangup kot, lupa lak.

      Orang dulu-dulu tak ada pewarna, jadi bunga tulah pewarna asli. Masih lagi ada orang kampung guna bunga telang tu. Kebanyakan orang sekarang guna pewarna biru yang sedia ada tu.

      Reply

  8. kaktiny
    Feb 08, 2011 @ 18:21:27

    kaktie.. nanti tiny nk terjah umah akak.. akak buatkan nasi kerabu eh.. lauknya nak yg best2.. dan banyaaak.. hihihi..

    erkk… tapak kaki ‘varvie’ hutankah kak?.. huhuhu… ngerinya.. jgn disondol udah ler..

    kalau tapak kaki kijang, mesti kena pegi carik nih.. daging kijang sodaaaapppp.. kehkehkeh…

    Reply

    • maza
      Feb 08, 2011 @ 23:57:18

      lagi sodap kak tie masak dan kito makan free… heheheh

      alahai dondang sayang gitew.. ahaks..
      lantun jangan tak lantun Tie.. hahahhah

      Reply

      • Tie
        Feb 09, 2011 @ 07:35:32

        @ Maza,

        Kita masak ala-ala ibu mithali gitu. Tak ada yang istimewanya. Tapi kalau ada sesiapa nak makan free kena bawak pengeras dulu. 😆

        Reply

    • Tie
      Feb 09, 2011 @ 07:33:45

      @Tiny,
      Sebenarnya kijang ni salah satu endangered animals. Salah kalau kita tangkap, bunuh atau makan… Nanti kena dakwa. Aderk! Takutnya makcik!!

      Itu varvie hutan cari ubi keledek… pokok pisang pun dia gali.

      Reply

  9. kak erna
    Feb 08, 2011 @ 20:11:06

    kayteeze..suka tengok tanaman2 tu..lebih2 lagi bila dah berbuah kan..

    Reply

  10. Azrina3.7
    Feb 09, 2011 @ 01:33:00

    festaim tengok kacang pepel ni Kak Tie..
    Jakun pulak saya dibuatnya.
    hehe..

    Reply

  11. aida
    Feb 09, 2011 @ 09:16:43

    kacang kaler pepel? bertuah dpt tgk kt blog kak tie ni. tak tau pulak ada kacang spesis ni. sama ke rasa dgn kacang biasa tu?

    Reply

  12. ima
    Feb 09, 2011 @ 09:36:15

    kak tie…pertama kali ima tengok kacang warna purple ni…cantik..lepas tu kak tie masak apa dgn kacang tu…hihihi

    ima tak layaklah nak dptkan benih bunga telang tu…sebab tak pernah masak nasi kerabu sendiri…huhuhu…

    Reply

    • Tie
      Feb 09, 2011 @ 11:53:06

      Laa… hari tu sibuk sangat, langsung lupa nak petik. Tak pe, nanti suruh mek ambik je, hehe…

      Pokok telang tu menjalar, jadi kena tanam kat pagar. Ada orang tak suka sebab nak berserabut dan semak. Sesuai tanam di kawasan kampung je Ima..

      Reply

  13. Trackback: Laparnya! | Passionate About Blogging – Versi Bahasa Malaysia
  14. Suriya
    May 20, 2011 @ 14:01:08

    ee…saya nak tanya… kat mana pokok bunga telang tu eh? Saya duk kat KL. Susah nak cari, nak buat nasi kerabu tapi tak nak guna pewarna. Tu yang tengah sibuk-sibuk tanya orang nih…maaf menggangu ye.

    Suriya

    Reply

    • Tie
      May 20, 2011 @ 14:18:16

      Kalau di KL tu, kita tak tahu. Tapi di rumah kita (klate) ada. Kalau nak benihnya kita boleh pos, tapi lama sikit laa… sebab nak balik , entah bila…. Kalau ada laman, dan minat nak tanam, kita boleh pos, bagi alamat melalui email kita, kaytieze@gmail.com

      Reply

      • Tie
        May 20, 2011 @ 14:21:19

        Oh, baru teringat, kalau kebetulan sedang berbunga, kita boleh pos jugak, bunga telang ni, kalau kering pun masih boleh diguna jadi pewarna, gak.

        Reply

Leave a comment