Kacang parang

Dulu pernah tunjukkan kacang parang , kan…? Haa…. hari tu masa balik kejap, sempat snap gambar kacang parang ni . Masa gini la sedap dibuat ulam (rebus kejap) atau di masak sayur . Rasanya lemak. Makan sekali nak lagi, hi hi hi………

.

.

Orang kata, anak-anak tak elok makan kacang parang. Jadi Tie pun googlelah sebab nak tahu gak. Rupa-rupanya kacang parang mengandungi bahan kimia kanavilin dan sekutu dengannya serta ureas yang merupakan sebatian yang merencat pertumbuhan.

Sebatian kimia konkanavalin A melekat kepada sel-sel usus dan mengurangkan keupayaan tubuh menyerap nutrien dari usus. Jadi, jangan beri anak-anak makan kacang parang samada dalam bentuk sayur ataupun dalam bentuk kacang. Takut nanti jadi ketot , macam makcik ni, hehehe….

Jangan makan biji kacang parang yang tua jika tak tahu cara memasaknya dengan betul. Ianya beracun.  Bagaimanapun, biji atau buahnya mempunyai khasiat. Ia direbus dan airnya diminum membantu penghadaman.

Kacang parang bersama bijinya boleh merawat sakit pinggang dan bengkak setelah dibakar, diambil abunya sebagai salap dengan mengosok ke tempat yang sakit.

.

.

59 Comments (+add yours?)

  1. kenari
    Jan 08, 2010 @ 13:24:56

    kacang parang ni kalau dimasak bersama dgn ikan parang atau ikan keli limbat ok tak Tie…maunye berperang dalam periuk iye :p

    Reply

  2. Tirana
    Jan 08, 2010 @ 13:59:01

    Walaupun dulu2 duduk di kampung tapi saya tak makan kacang parang. Mak saya pun tak pernah masak kacang parang bagi anak-anak dia makan sebab tu la agaknya saya tak reti makan kacang parang tapi saya ketot jugak..hehehe

    Reply

  3. kaktiny
    Jan 08, 2010 @ 15:03:02

    ooo… itu rupanya bentuk sebenar kacang parang.. (baru tahu….hihihi)..
    suka makan yang dh jadi kekacang tuuu jeerr.. feveret tuh… hihihi…

    Reply

  4. Yunus Badawi
    Jan 08, 2010 @ 15:03:19

    Anak saya yg kedua tu tak makan kacang parang pun ketot jugak huhuhu

    Reply

  5. DrSinga
    Jan 08, 2010 @ 15:08:10

    ada G6PD pun tak boleh makan kacang parang..

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 16:59:39

      Ooo… sudah tentu!

      Ada seorang ibu tu, doktor dia siap bagi warning lagi. Tak boleh makan kekacang terutama kacang parang.. Bimbang bawa maut ! Tie pulak yang takut !

      Reply

  6. shais
    Jan 08, 2010 @ 15:23:02

    anak saya no.2 ada G6PD….jadi kami sekeluarga turut serta tak makan kacang parang.

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 17:00:54

      Eloklah berhati-hati. Kena beritahu anak tu. Manalah tahu kat sekolah kawan bawa kacang parang. Kena tunjukkan kacang parang padanya supaya dia kenal.

      Reply

  7. Mak Su
    Jan 08, 2010 @ 17:25:56

    anak2 g6pd kena elakkan kacang parang ni, bahaya ek.

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 23:20:25

      Ye laa… tapi eloklah jangan diberi langsung kepada anak-anak, tak kira la samada mereka tu g6pd atau tidak.

      Reply

  8. nekcun
    Jan 08, 2010 @ 18:22:00

    Tie, kacang nie sedap masak dalam sayur campur… kalau beli kat pasar, boleh tahan gak harganya…

    Reply

  9. maza
    Jan 08, 2010 @ 18:56:52

    wooo.. dicelur kemudian dimakan buat ulam rupanya..
    rasanya maza pernah makan kacang parang ini. huhuh

    psst; mampukah kacang parang merawat kekejangan suami yg bakal mendapat baby baru?

    Reply

  10. nrina
    Jan 08, 2010 @ 20:43:46

    susah nak jumpe kacang parang ni..tapi kalau ade penyakit g6pd pun mmg tak boleh makan. lebih baik tak yah makan je kan.. (cakap org yg malas masak hihihi..)

    Reply

  11. Kak Long
    Jan 08, 2010 @ 20:50:13

    Sebelum ni, Kak Long cuma tahu yang orang yang ada G6PD aje tak boleh makan kacang parang.

    Dulu masa sekolah rendah, Kak Long ada tanam kacang parang kat belakang rumah. Seronok sangat bila pokok kacang parang tu berbuah.

    Reply

  12. izan
    Jan 08, 2010 @ 20:52:28

    k tie,

    zan suka betul kacang parang goreng yang kat supermarket tu, tambahan kalau dia letak lebih garam…. alamatnya lepas makan berkole air zan telan. tapi sungguh sukar nak ditolak kalau orang pelawa kacang parang…

    tapi yang masak bersayur memang tak pernah jumpa. kalau takda k tie beritahu… memang tak tahu. besar ye kacangnya… atau orang lain panggil kacang sepat. yang tu ke k tie. selalunya bila ada kebaikkan mesti ada sikit x bagus tuk kesihatan kan. tapi selalunya bila dah sedap kan….. mak mentua lalu belakang pun tak sedar… licin sepiring hihihi….

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 23:26:28

      Yang dah siap digoreng tu tak keras ke Zan ? Kak tie makan memilih sikit. Kalau empuk boleh gak ngunyah. Tapi yang keras macam kayu tu terpaksalah mengalah. Gigi dah tak kkuat macam dulu. Hi hi..

      Reply

  13. Zymazara
    Jan 08, 2010 @ 21:13:57

    Salam Kak Tie…..

    Sy tak pernah makan kacang ni. Tgk pun tak pernah.
    Kesian kan…..

    Huhuhuhu

    😉

    Reply

  14. Love2cook
    Jan 08, 2010 @ 21:25:14

    Love never had this b4…:)

    Reply

  15. nekPP
    Jan 08, 2010 @ 22:32:42

    i i doktor tie!!! heeeeeeeeee heeee ;)))
    salam tahun baru mokcikkkkkkkk

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 23:30:59

      Doktor ?

      Err….. okay la tu…hi hi…

      Salam tahun baru jugak ! Pergi manalah budan ni ? Baru balik bertapa ko ?

      Reply

  16. ima
    Jan 08, 2010 @ 22:48:40

    kak tie,rasanya ima pun tak pernah makan kacang parang dibuat sayur ni…sedap ekk, kalu kacang utk dikunyah tu sukalah,tapi sejak tahu kekurangannya terus tak beli lagi…hihihi

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 23:31:53

      Ima, nanti balik Klate, singgahlah rumah kak tie, kalau ada rezeki boleh gak kak tie bagi kacang parang sebilah dua, hi hi.. 😛

      Reply

  17. pakcikli00
    Jan 08, 2010 @ 23:08:55

    maaf dan ampun terlebih dahulu ya !

    pakcik pernah diberitahu kacang parang sebagai penawar suami yang senjatanya tumpul.

    Reply

  18. irfat
    Jan 09, 2010 @ 00:20:27

    bole la bagi makan kat kanak2 yang tlebih berat..kih3..makan bnyak..tapi serap siket..hehe

    Reply

  19. cpj
    Jan 09, 2010 @ 01:03:47

    Kacang parang ni kalau tengok kepada rupanya macam usus atau perut kita, jadi kalau ikut petua orang tua, ianya amat baik untuk kesihatan perut dan usus, sedangkan bijinya pula baik untuk kesihatan buah pinggang.Allahuaqlam.

    Reply

  20. Faridrashidi
    Jan 09, 2010 @ 05:37:01

    Kacang parang ye, kacang golok ada tak? 🙂

    Apapun setiap ciptaanNYA pasti ada hikmah tersembunyi. Harus fikir selalu.

    Reply

  21. iza~de~bintang
    Jan 09, 2010 @ 11:57:34

    rasanya2 iza tak pernah makan..dulu2 lagi teruk sayur pon tak makan, sekarang dah mula suka, cuma bukan semua sayuran yg iza lalu makan 😀

    Reply

  22. kakpah
    Jan 09, 2010 @ 17:18:44

    takut nak makan. nanti yang dah bantut bertambah bantut plak ekeke

    Reply

  23. nahmy
    Jan 09, 2010 @ 22:18:15

    serghonok dok mkn kacaag parang goreng…terlupa yg ianya juga boleh dibuat sayur…

    Reply

  24. bloginformasis
    Jan 10, 2010 @ 00:32:00

    Tak pernah dengar lagi pasal ni kak tie… bagus juga kak tie kongsi ni..kite pon ketot gak. kena tanya mak ada bagi makan kacang parang tak masa kecik.kihkihkih… senang2 baik takyah makan la kacang nie kan 🙂

    Reply

    • Tie
      Jan 10, 2010 @ 08:37:35

      Laa…….baru teringat.

      Dulu masa kecik memang suka makan kacang parang.. goreng pedas tu.. terutama time raya. Agaknya pasal tu jadi ketot sampai sekarang, hi hi hi..

      Reply

  25. zainura66
    Jan 27, 2010 @ 18:07:35

    Assalamualaikum,

    Makcik minta izin ambil gambar kacang ni untuk diabadikan didalam weblog makcik kerana gambarnya cantik dan jelas untuk tatapan umum di weblog

    http://wannura.wordpress.com/

    Harap Tie tak marah ye! Terima kasih dan salam ceria selalu.

    Reply

  26. zainura66
    Jan 30, 2010 @ 13:20:59

    Assalamualaikum

    makcik nak ucapkan terima kasih kerana sudi mengizinkan makcik ambil gambar Tie.

    Salam ceria selalu.

    Reply

    • Tie
      Jan 30, 2010 @ 17:28:31

      W’salam..

      Kalau ada apa-apa gambar yang menarik, ambil laa… tapi beritahu Tie dulu, ek. Kot-kot terkejutlah kita, hehe..

      Reply

  27. muiz
    Jul 25, 2012 @ 18:37:33

    Assalamualaikum, kacang parang juga x elok untuk org yg ade G6PD deficiency..org yg mngandung jugak x elok makan..wallahualam.. 🙂

    http://kidshealth.org/parent/general/aches/g6pd.html#

    Reply

  28. muiz
    Jul 25, 2012 @ 18:40:59

    Assalamualaikum, kacang parang juga x elok untuk org yg ade G6PD deficiency..org yg mngandung jugak x elok makan..wallahualam..

    http://kidshealth.org/parent/general/aches/g6pd.html#

    Reply

  29. muiz
    Jul 25, 2012 @ 18:41:32

    Assalamualaikum, kacang parang juga x elok untuk org yg ade G6PD deficiency..org yg mngandung jugak x elok makan..wallahualam.. 😉

    http://kidshealth.org/parent/general/aches/g6pd.html#

    Reply

  30. azhardaudahmad
    Apr 23, 2013 @ 14:40:52

    mana nak dapat kan kacang parang ni?

    Reply

  31. azhardaudahmad
    Apr 23, 2013 @ 14:43:48

    kat pasar mana ada jual…cer cite

    Reply

  32. Rosli
    Aug 16, 2014 @ 16:23:22

    saya dah beli dan nak masak petang ni. Beli kat pasar pagi (hari giliran) kat Kuala Berang, Trg. Tak mahal pun RM2 = 7 kpg.

    Reply

  33. imaan alia
    Apr 30, 2018 @ 20:47:59

    assalamualikum.. boleh saya kongsi serba sedikit ttg kacang parang ni?
    kacang parang ni mmg tak boleh dimakan oleh pengidap G6PD, sebab kacang ni high oxidative yang menyebabkan sel sel darah merah pecah. Namun jangan risau, klau pengidap itu ada mild G6PD, dia cuma akan lesu sahaja tetapi kalau ia ada severe G6PD, ianya mungkin akan menyebabkan severe hemolysis. ianya bergantung kepada tahap keseriusan pengidap itu sendiri.
    Fyi, pengidap G6PD juga mungkin ada alahan terhadap pewarna tiruan, ubat gegat, ubat nyamuk dan beberapa ubat tradisional.
    untuk maklumat lebih lanjut boleh la melawat portal ni
    http://www.myhealth.gov.my/kekurangan-enzim-g6pd/

    apa apa pun terima kasih kak tie atas info yg diberi. saya baru tahu kacang ni boleh guna dlm masakan..hihihi

    Reply

Leave a comment