Home > kehidupan > Tolong, tolong…ada ular !!

Tolong, tolong…ada ular !!

Adoi…. tengahari tadi mokcik terlompat-lompat terkejut dek ular ni. Tetiba entah dari mana, ia cuba  masuk rumah (mujur pintu tertutup rapat). Anak yang nampak, kebetulan dia di luar. Dengar je pekikkannya, mama dia dah tak tentu arah. Bila bukak pintu nampak si panjang ni menjulur dan merayap!!

Gambar ni Tie snap dari jauh. Bila edit baru nampak jelas. Takut gak dan geli tak terkira, hi hi…..

ular

(Nampak perut dia boncit sikit, mungkin lepas lunch , kot!)

Hai…. nasib baik cik abang ada di rumah. Berbekalkan batang penyapu buluh tu ( wife comel dia yang sarankan…hi hi), ular tu dihalau jauh ke pokok buluh hiasan di depan rumah. Biasanya  dia cuba bunuh ular yang datang bertandang (rumah ni dekat hutan), tapi tengahari ni, mood dia baik sikit, hehe.

Lagipun ular tu tak nampak bahaya. Ular yang bahaya berdesir dan melawan bila diganggu. Yang ini  lari walaupun nampak sedikit teragak-agak pada permulaannya. Di sini, bila musim hujan selalu kena beringat-ingat. Ada sekali ular sawa besar cuba masuk dalam rumah. Mujur ada jiran yang nampak dan beritahu. Kalau tak tentu haru dan kecoh mokcik ni. Dan pernah seekor ular tedung hitam dok berlingkar bawah bag badminton cik abang… Yang tu dah jadi arwah….

Namun peristiwa yang paling menakutkan ialah masa Tie sedang asyik  membelek pokok bunga dulu. Nampak ekor, ingatkan mengkarung… jadi Tie tak ambil peduli dan terus mencantas pokok bunga kertas tu (konon2 nak buat macam bonsai…) Bila anak pekik, baru perasan… ular tedung, garang betul. Eee… kalau kena patuk mesti terus pitam!

.

.

.

.

.

.

Ooo…. Ini birthday card dari Pearls. Baru sampai tadi., sebelum Si Panjang tu datang, ekekeke………

birthday card from Pearls

Kad Birthday berwarna pastel green ni cantik dan manis, macam Pearls juga. Warna lembutnya (rasa nak makan pulak!) benar-benar menceriakan Tie hari ini. Tak kisahlah lambat sebulan atau setahun. Tie terima dengan senang hati. Terima kasih Pearls. Kak tie rasa amat terharu.

.

.

Categories: kehidupan Tags: ,
  1. zareda
    November 1, 2009 at 4:45 pm

    mak aihhh.. ular pacat tolonglah jauh jauh daris aya.. dulu katak cicak pun zar geleman tapi sekarang dah ok sikit

    • Tie
      November 1, 2009 at 5:29 pm

      Tu la… kita mokcik2 ni memang sensitif bab2 benda yang merayap. Rasa nak terus panjat naik atas meja je, hi hi..

  2. Tirana
    November 1, 2009 at 4:46 pm

    Ular yang dalam gambar tu tak merbahaya kot..tapi saya tak kira, merbahaya ke tidak, kalau nampak ular, mesti kecut perut…takut bukan main padahal ular tu kadang-kadang kecik aje..hehehe

    • Tie
      November 1, 2009 at 5:30 pm

      Suami Tie dah warning kat ular tu. Kalau ia datang lagi, mesti kena sekeh!!

  3. November 1, 2009 at 4:50 pm

    aduhai.. x pe ke kalau x bunuh? x datang balik?

    macam detektif lak tanya.. ekekekekke

    • Tie
      November 1, 2009 at 5:31 pm

      Entahlah, hari ni suami kak tie tak bunuh pulak. Dia dah pesan kat ular tu , jangan datang lagi, hehe…

  4. November 1, 2009 at 5:25 pm

    alhamdulilah tak de sesapa yg cedera dipatuk ye. arwah abah sy sntiasa simpan sebatang buluh dlm rumah utk balun ular jika terserempak di sekitar rumah

    • Tie
      November 1, 2009 at 5:32 pm

      Tie pun ada buluh tu… buluh kayu penyapu, hihi. Buluh yang besar tu entah mana pergi, suami Tie pinjam ke kawan dia, sampai sekarang tak pulang… tak ingat pulak pada siapa.

  5. November 1, 2009 at 5:34 pm

    Tie,
    sungguh menakutkan.. akak kalau jumpalah ular macam tu, baiklah akak pengsan dulu… tak sanggup bertentang mata..

    • Tie
      November 1, 2009 at 5:55 pm

      Eh… jangan pengsan dulu. Jerit kuat-kuat, baru boleh pengsan. Waakakaa….

  6. November 1, 2009 at 5:42 pm

    eeeee…takutnya, bab2 binatang yg merayap2 ni mmg sensitif, tak kiralah bahaya ke tak bahaya milla mmg takut. sempat lagi kak tie snap gambar ‘en. ular’ ni….

    • Tie
      November 1, 2009 at 5:56 pm

      Kak Tie siap beritahu suami suruh tunggu dulu, jangan apa2kan ular tu, sebab nak snap gambor … idea untuk blog dah kering, hi hi…

  7. ain
    November 1, 2009 at 7:32 pm

    eeeeeeee…takutnya kakkkk!!! teringat dulu saya pun terserempak ular kat luar umah. punyalah terkujat2. terus tutup segala lubang pintu. takut sehhhh!!!! mau 2 3 hari tak berani sapu laman!!!!

    • Tie
      November 1, 2009 at 9:20 pm

      Hi hi…. kak tie pun takut gak ! Sebab ada suami tika itulah jadi berani sikit !!

  8. November 1, 2009 at 7:45 pm

    mimpi jumpa ular tak apa….

    • Tie
      November 1, 2009 at 9:21 pm

      Dah banyak kali mimpi ular… jin tu boleh jelma jadi ular, kan ?

  9. Blog Resipi
    November 1, 2009 at 8:38 pm

    Aduiii..takutnye…sempat lagi akak capai kamera snap tue…canggeh! hehe.. panjang betul ulornye…eiiiii….

    • Tie
      November 1, 2009 at 9:21 pm

      Memang panjang pun. Kak tie rasa dalam 2 metre…..

  10. ima
    November 1, 2009 at 9:21 pm

    mak oiiiii….panjangnya ular tu…memang mengelikan…tengok gambar pun dah geli geleman…hehehe,hebat jugaklah kak tie ni..dalam dok kalut tu sempat lagi nak ambil gaambar tu…

    • Tie
      November 1, 2009 at 9:24 pm

      Alaa…. Ima…. kak tie dah terlompat-lompat kegelian !

      Masa tu tengah dok pikir2 nak update blog. Bila sipanjang tu datang , terus dapat idea! Tu yang bersungguh benar snap gambornya….hehe…

  11. November 1, 2009 at 9:50 pm

    Hello Tie, aha, you ada pondok baru ni. Very nice.
    Alamak, ular masuk rumah? Looks like maybe a cobra.
    Kalu oranf Cina terus da lari….bukan chabut takut. Lari beli empat ekor, ha ha.
    Some believe good luck. Kalu kena gigit, then I wonder apa…..ha ha.

    How come boleh ada ular datang ke rumah Tie? Tepi rumah ada hutan ke oil palm estate?
    Ahhhh, bila saya muda sekolah Form 1 to Form 3, saya suka ular, tetapi tu grass snake, harmless.
    Saya bring secretly to sekolah, and bila chegu giving lessons, saya lepas kan, heh heh heh.
    If you have never seen chegu’s in sarong kebayas or cheong sums panjat atas mejah angkat sarong macham ha ha, nite club table top dancers, or Olympic hurdles, itu la dia.

    Best saya lepas kan dalam cinema bila tengok midnight show. Orang perumpuan screaming, climb up on the chairs, lampu switch on, tu Byee jaga lari masuk, cinema manager pun heran how ada ular dalam cinema, ARHAAAA HA HA.

    Ada dua kali saya lepas kan atas tu double decker bus. Upstairs. Old days in the 50’s ada double decker buses….saya lepas kan, then chabut turun.
    Nasib baik pass exam sekolah, ha ha.
    Have a nice day, Tie…..Lee.
    Ps, nak pergi nite club menari, *wink*, ha ha ha.

    • Tie
      November 1, 2009 at 10:02 pm

      Cobra ? Ooo….. takutnya !

      Nak beli empat ekor ? Tapi nak cari nombor kat mana ? Tak nampak nombor di badannya, la pulak!

      Rumah Tie dekat dengan hutan. Kadang2 ada juga sesekali kerbau pendek tersesat masuk. Takut juga, sebab ia main sondol2 je… Terus tak keluar rumah sehari.

      Mak ooi…. uncle ni hebat juga masa kecik dulu. Nakalnya ! Kalau Tie terserempak dengan uncle tentu dah lari jauh-jauh… he he…

      Nak pergi dancing ? Pergi laa…. Tie tak boleh ikut. Nanti hubby denda !! Waakakaa…..

  12. November 1, 2009 at 9:54 pm

    Asalamualaikum

    Ular kena halo, beraninya !.

    Terima kaseh salam hormat.

    • Tie
      November 1, 2009 at 10:03 pm

      Walaikummussalam….

      Kat sini memang kerap juga ular menjelma…. terutama musim hujan.

  13. November 1, 2009 at 10:07 pm

    Kak Tie…..

    Panjang ekkkkk itu ular. Ngeri la.

    Ular ni pun mcm kita. Kalau boleh tak nak terserempak dgn manusia. Sbb kalau terserempak dgn manusia,ular2 ni akan kehilangan rezeki selama 44 hari. Ada org tua pernah cakap kat sy. Ntah la….
    🙂

    • Tie
      November 2, 2009 at 8:45 am

      Tu laa… seram tengok. Terjengket-jengket kak tie dibuatnya..

      Hilang rezeki 44 hari ? Tak pernah dengar pulak.

      • November 2, 2009 at 9:21 am

        Hilang rezeki selama 44 hari tu mcm tak dpt makan la. Ye la, manusia kalau dah terserempak dgn ular mesti dibunuhnya habis-habisan,Kak.
        Ular mcm manusia jugak….tak nak berada dlm keadaan bahaya. Ular jugak mencari makan mcm kita manusia yg mencari rezeki setiap hari.
        Ular ni mmg berbisa, macam kita jugak, Kak. Hati kita juga ada “bisa” nya. Kita pasti lakukan apa shj demi keuntungan diri sendiri. Ular pun mcm tu gak, akan lakukan apa shj utk selamatkan diri. Apa yg ALLAH sediakan atas dunia ni adalah utk kita saling kenal-mengenali, tolong-menolong, sayang-menyayangi.
        🙂

    • Aykay
      November 3, 2009 at 10:19 am

      ular hilang rezeki 44 hari? wow! siapa yang dah pernah jadi ular dan jadi manusia semula utk cerita hal ini? hebatnya…

      maaf, biasa saya tak usha komentar sesiapa, tapi yg ini sangat menakjubkan, dan menggambarkan saya terlampau tak tahu hal2 cerita org tua2…

      • Tie
        November 3, 2009 at 1:42 pm

        Orang dulu-dulu.. selalu je buat cerita, hehe…

  14. November 1, 2009 at 10:25 pm

    rumah kat hutan bse lah kaktie. rumoh kito pon dlu lagu tu jgk. bukey ular jah, hok hidung tigo segi pon ado mari. huhuhuh

    • Tie
      November 2, 2009 at 8:45 am

      Ooo… yang idung tiga segi tu ada di belakang rumah. Kekadang termasuk juga dalam pagar. Ramai anak beranaknya… besor-besor pulak tu.

  15. cpj
    November 1, 2009 at 10:29 pm

    Si diatu(ular) nampaknya baik dan penyayang, ntah2 dia sayangkan kak tie tak?Nasib baik abang chikpun penyayang jugak, kalau tidak dah berkuburlah sidia yang comel tu…hehe…cpjpun geli dan takut jugak….ekekekee…

    • Tie
      November 2, 2009 at 8:46 am

      Ular ni tak boleh dipercayai.. Tengok lidahnya dah tahu..bercabang, hi hi….

  16. November 1, 2009 at 11:27 pm

    apela hidangan lunch ular tu ye? buncit je perut…

    • Tie
      November 2, 2009 at 8:47 am

      Mungkin cicak, anak katak atau mengkarung. Kat sini banyak binatang2 kecil. Tupai pun selalu datang menjengah.

  17. November 2, 2009 at 12:07 am

    laaa..kata selalu mimpi ular..bukan dah geng ke ngan ular tu hehe..

    masa duduk rumah mak dulu pun selalu gak terserempak dgn ular..rasa kaku je seluruh badan bila nampak dia tengah melintas depan mata..jantung macam nak tercabut dibuatnye..kes tangkap dan bunuh ni dah byk kali gak ler..

    sampai skrg pun masih ada org nampak ular berkeliaran kat sekeliling rumah mak tu..hish..anak2 plak suke main kat luar..risau betullah..

    • Tie
      November 2, 2009 at 8:48 am

      Hehe… mimpi tu lain nrina…. kak tie takut gak yang ni. Laju je ia menjalar..

      Rumah ni dah banyak kali masuk ular. Orang dulu kata, kalau rumah dimasuki ular, tandanya akan berpindah. Hmm.. dah dekat 5 tahun, tak juga pindah-pindah!

  18. November 2, 2009 at 9:08 am

    Tie, dulu sy suka nk tanam pokok buluh jepun buat landskap
    tapi ada org kata, ular suka kt pokok buluh..terus terbantut niat

    • November 2, 2009 at 2:44 pm

      Kujie,
      nak menyampuk sikit…
      Bukanke ular takut ngan buluh?

    • Tie
      November 2, 2009 at 3:57 pm

      @ Jie, Kak Long,

      Memang pelik gak, orang kata buluh boleh melemahkan ular, tapi kenapa pulak ia suka tinggal di pokok buluh? Confius la pulak!

  19. November 2, 2009 at 9:49 am

    kak tie…LOL anta kat sha gak…tp posmen tak anta pon…kad kawen blogger pon lesap…hukhuk…

    adik sha yang tinggal sorang2 kat umah pernah panggil bomba suruh carikan ular dalam rumah. mmg teruklahhh…sbb tak jumpa. seram betul. sini dahlah byk kes ular. bila panas terlebih, ujan terlebih..mmg slalu jd macam kes kak tie…

    * apalah ular yang dtg…bukan jodoh:p

    • Tie
      November 2, 2009 at 4:02 pm

      Kad ilang ? Laa….tersilap masuk karung agaknya. Kalau ada rezeki tu, sampai juga akhirnya nanti. Sabor je laa…

      Err…kalau ular dah masuk rumah memang haru laa…

      * Jangan bimbang, nanti datang juga jodoh tu… mesti extra special untuk Sha, hihi…

  20. November 2, 2009 at 9:55 am

    wife yg chomeyyy tewww.. ihiks

    • Tie
      November 2, 2009 at 4:02 pm

      Oooops…😳

  21. November 2, 2009 at 12:23 pm

    pandai betul ala ular tu jadi port utk lunch…
    kita 5 bintang la kot..

    • Tie
      November 2, 2009 at 4:03 pm

      Ada makanan dia kot. Anak katak banyak juga… musim hujan. Hari2 dengar bunyi ong..ong.. hehe..

  22. November 2, 2009 at 12:30 pm

    k tie,

    sy dh tak thn cuti lama2… hehe.. windu nak mengkomen…

    ya ampunnn… pnjg gitu k tie kata dia baik saja… serammmm

    org kata ular ni klu dtg berpasangan…. klu slh seekor kita rembat… selang 2 – 3 hari pasangan dia datang pula. jd kalu dh arwah cik lar tu kita kena buang jauh2 dari rumah kita…. kebenarannya x dpt dipastikan mungkin kebetulan….😀

    • Tie
      November 2, 2009 at 4:06 pm

      Ehehehe….

      Memang sunyi bila Izan tak de.. Kak tie rindu gak nak baca celoteh Izan ni…

      Berpasangan ?

      Tak tahu la. Jangan takutkan kak tie.. Kak tie ni dahlah rabun. Kang tak perasan macam dulu.. Dulu, kak tie jalan hampir2 terpijak ular.. kak tie langkah je, ingat ranting kayu. Bila toleh belakang, baru nampak, ular tu bergerak masuk bawah kereta!!

  23. November 2, 2009 at 12:31 pm

    k tie,

    cun lar k tie…. hehehe… (tertinggal pula…)

    • Tie
      November 2, 2009 at 4:06 pm

      Cun ?

      Ular tu ke ? Waakakakaa……..😛

  24. kaktiny
    November 2, 2009 at 1:17 pm

    wooo… ular??!!!…

    kata org tua2.. ular masuk rumah.. tandanya rezeki nak datang tuh… dpt durian runtuh nanti.. hihihihi..

    • Tie
      November 2, 2009 at 4:07 pm

      Rezeki ?

      Hmm… kalau betul, alhamdulillah…. makin tembam la kak tie ni, hi hi…

  25. November 2, 2009 at 2:43 pm

    Kak Long takut dengan semua ular,
    lagi takut kalau ular yang datang dalam mimpi…wakaka

    • Tie
      November 2, 2009 at 4:08 pm

      He he….

      Tapi, kata orang ular dlm mimpi tu jelmaan jin, kan ? Err.. takut gak!

  26. November 2, 2009 at 2:49 pm

    kalau ular masuk ke dlm rumah, jgn terus bunuh!
    Sergah ular itu sebanyak 3 kali sambil selawat ke atas nabi Sulaimai a.s.

    kalau dia tak bergerak juga.. masih terjelir2 setelah diusir… terus aje tamatkan riwayatnya….

    sesungguhnya ular itu adalah jin yg menganggu anak adam!
    erk! tapi Tie bukan anaknya En. Adam kan?
    Jadinya masih selmaatlah tu. heheeheh

    • Tie
      November 2, 2009 at 4:13 pm

      Tok sah harap Tie nak sergah 3 kali la maza ooii!!

      Kena sergah ular tu sekali pun dah cabut lari.

      Err… teringat masa tinggal di quarters JB dulu.. yang berhantu tu.. Ada satu malam, Tie tersedar, nampak tali kasut warna hitam di tepi dinding. Rasa heran, lalu terus bangun nak tengok. Tetiba ia bergerak dan berdesir. Panik betul.

      Kejutkan abang.. abang baru nak pelangkung je dia dah terus hilang.. entah pergi mana. Tak tahu la samada ular betul atau makhluk lain.. Tie rasa jin laa.. Memang rumah tu ada Jin. Rumah yang Tie duduk sekarang ni pun ada Jin. Tapi tak berapa aktif, pemalas kot, hehe….

      • November 3, 2009 at 1:30 pm

        woo.. jin skrg tu jin jinak.. dah biasa dimanja2kan gitew. hehehhe

        psst: maza juga risau kalau ada jin kat rumah tu.. rasa malu pun yea tau.. terutama bila nak landing tidur gitew

      • Tie
        November 3, 2009 at 1:44 pm

        Alaa… toksah malu-malu laa…

        Kat mana2 pun ada Jin. Cuma atas diri dia laa.. samada nak menunjuk2 atau tidak.

  27. syayassir
    November 2, 2009 at 8:45 pm

    aduh kak…
    bukak2 je blog akak terus ternampak..
    terpaksa la baca dari bawah..
    nak klik komen pun, terpejam2 mata saya..
    nauzubillah, jangan lah saya terjumpa..
    takut pengsan terus…

    • Tie
      November 3, 2009 at 6:53 am

      Ha ha…. ular memang berbahaya. Ia suka senyap-senyap menyusup masuk. Kak tie pernah panjat atas sofa bila nampak ular kecik masuk rumah.. kecoh macam pasar jadinya.

  28. November 2, 2009 at 8:58 pm

    salam… alahaiii lyn mmg takut betul ngan si panjang ni kak tie tak kiralah jenis apa kalau jumpa mmg terus lari pecut punya ati-ati kak tie caya kak tie.

    • Tie
      November 3, 2009 at 6:53 am

      Salam Ilyn,

      Kak tie pulak tak boleh nak pecut. Terus jadi kaku pulak!

  29. November 3, 2009 at 1:00 am

    Dulu pernah juga kena sergah ngan ular masa tengah mandi. umah lama, buruk, ada lubang…tetiba jer kepala ular tedung senduk tejojol, punyalah Iza melompat huhu… sama2 terkejut, tapi akhirnya ular tu jadi arwah kena belasah ngan abah dan sepupu huhu.

    • Tie
      November 3, 2009 at 6:54 am

      Ular jantan ke tu ? Amboi… nak intai Iza mandi… dah jadi arwah, hihi…

  30. November 3, 2009 at 3:01 am

    erkkk!! ular!! larikkk!!
    kat rumah sy slalu gak ada ular.. ular hijau tu ha

    slalu bila nmpk je, adik pegi panggil bomba sukarela haha
    bomba tu rumah dia selang beberapa bijik je
    tp.. bila bomba tu sampai, ular tu pun dah masuk nyorok kat bumbung
    iskk~

    • Tie
      November 3, 2009 at 6:56 am

      Ular hijau yang kecik tu ke ? Tu ular daun. Biasa tak berbahaya, tapi tetap mengelikan, hu hu…

      Kesian bomba, pasal ular pun kena kerja, ekk. Kak tie dulu mintak tolong kat jiran, kebetulan cik abang tiada di rumah. Macam marah je bini dia , takut benor kak tie nak kenyit mata kat hubby dia, ekekeke……

      • November 3, 2009 at 1:34 pm

        kalau Tie kenyit mata kat I.. I rela u..

        wakakakkak

  31. Tie
    November 3, 2009 at 1:41 pm

    Oooiitt !!

    Tak berani laaa… kang terus lebam la pulak!!

  32. November 4, 2009 at 3:49 pm

    scarynya…. laju gileeerrrr.. serious, x suka ular. pasal laju.. huhuh. ngeriii

    • Tie
      November 4, 2009 at 6:21 pm

      Memang ular tu laju, kak tie terpekik-pekik..sampai jiran kat depan rumah tu pun keluar tengok, waaakakakaa……….

  33. nur
    November 4, 2009 at 11:24 pm

    salam kak tie,

    seram pulak nur tengok ular tu…ish geli semacam…ngeri berbau takut ni.

    • Tie
      November 5, 2009 at 8:43 am

      Err… sekarang ni dah musim hujan. Kak tie memang takut ni.. kena sendal bawah pintu tu dengan kayu. Takut dia merayap masuk tumpang teduh!

  34. nekPP
    November 5, 2009 at 8:41 am

    k tie..masuk nie dah 3 kali nak post comment kat n3 nih..
    sever slow gegiler k tie oii..tensen nekpp..
    bila terrrbaca sang melingkor nihhh…kecut jadiknya!!
    pernah mengalami benda yg sama..
    masa baru2 pindah kat taman nekpp nie..
    2 3 kali gek masuk kat garden nekpp ahaks..
    1 kali masuk kat depan pintu rumah
    yg best tu..daddy b siap cakap..kahkahakah
    kalu betul nko nie ular…nko melawan hehe
    kalu betul nko nie ‘tetamu’ nko berlalu ler pergi!! wahahaha
    kelakar k tiee…saya masa tu fobia giler xleh nak wat pape
    peluh keringat turun dengan derasnya!!! wahhhh
    dipendekkan cita..daddy b guna rotan panjangnya sedepa
    kalu pelangkung kepala nekpp sure kong! hahaha
    daddy b kuis2 sang lengkor tu..dia melawan..
    ermm sah!!! betul2 sang lengkor…hahaha
    ape layiii..malang sungguh ler nasib dia..kena balun..terus mati!!
    alhamdulillahhh legaaaaa teman!!
    pas tu dok diam xleh nak wat pape..kena pulih semangat dulu hehe..

    sekain sahaja..karangan pendek saya cikgu tie!! kui kui kuiii…

    • Tie
      November 5, 2009 at 8:47 am

      Memang slow la… kak tie pun susah nak komen, terutama kat blogspot. Selalu kena loading banyak kali.

      Tu laa.. biasa cik abang tu pelangkong je, tapi hari tu macam tak sampai hati pulak. Lagipun tengok dia baru lepas makan.. perut dia boncit sikit. Tapi kalau dia datang lagi, memang sah-sah akan jadi arwah!!

      Kak tie dah banyak kali jumpa ular ni. Dulu masa kat johor, siap temankan kak tie tidur lagi. Kelam kabut bangun kejutkan cik abang tu… ular tu berdesir, kak tie ingat bukan ular laa.. mungkin Jin, sebab tetiba boleh hilang gitu je… ooo..tatot laa…

  35. kin
    November 5, 2009 at 11:56 pm

    Saya sgt takut dgn ular. Tak pernah ada pengalaman dekat dgn ular nih, tp kalau tgk gambar pun rasa geli geleman jer….

    • Tie
      November 10, 2009 at 9:56 am

      Memang menakutkan. Lebih-lebih lagi ular tu menuju ke arah kita…huhu..

  36. nekPP
    November 10, 2009 at 2:46 pm

    k tiee..ular yg suka gan k tie tuu..ular miang lah!!! wahahahah ;)))

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:31 pm

      Err…. ular miang ?? Ooo…. takut laa…

  37. November 11, 2009 at 11:49 pm

    Jumaat lepas sahabat karib saya telepon … seekor ula sawa masuk kawasan rumah dia … terpaksa panggil bomba untuk tangkap.. Munurut bomba ada makanan dalam perut ular sawa…. Sah 2 ekor kucing (seekor Parsi seekor yg biasa telah ditelan oleh reptilia tersebut. Kesian … kesian kat ular tu kena tangkap…

    • Tie
      November 12, 2009 at 8:53 am

      Amboi…. banyaknya dia makan. Tak cukup seekor… Lapar sangat kot. Kalau tolong telan tikus kan lebih baik, hehe..

  38. azacun
    November 13, 2009 at 12:49 pm

    panjangnye ular tu ye tie..agaknye dia sesat nak cari husband dia kot..maybe dia tengah pregnant la..nampaknya subulan dua lagi,tie akan jumpe dia jalan2 ngan anak2 dia..nape le hubby tie tak….kill jer…eeee..

    • Tie
      November 13, 2009 at 2:08 pm

      Eee… takut la Aza.. Entah kena abang tak bunuh dia.. Tie pun tak tahu..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: