Bomoh, Saka dan Menderhaka pada ibu (part 1)

Setiap kali Tie pulang ke kampung (Kelantan) ada saja yang ingin diluahkan oleh seorang ibu tunggal kepada Tie. Walaupun anak-anaknya dah besar-besar, dah berumahtangga , namun dia juga tidak lari dari masalah dan dugaan hidup.

Di sini Tie ada 3 kisah untuk dikongsikan. Sama-samalah kita ambilnya sebagai ikhtibar dan sempadan dalam hidup.the_Bomoh

Bomoh

Mek Nab ni tinggal bersama anak bongsunya (perempuan). Dia sebenarnya risau kerana umur Mek Su sudah meningkat. Ramai yang datang meminang, tetapi ditolaknya. Ada beberapa orang yang dia suka, tapi ada saja halangannya.

Entah macam mana dia berjumpa dengan seorang bomoh. Tie tak sangka dia percayakannya, mungkin juga kerana sifatnya ingin tahu. Tetapi, menurutnya, bomoh ni guna ayat suci Alquran sahaja. Harap-harap benar laa…..

Bomoh tu tahu perihal anak Mek Nab dengan sendirinya.(Ni mesti khadamnya pro, ekekeke…..)  Menurutnya, ada seseorang telah ditolak cintanya oleh Mek Su tujuh tahun yang lalu. Dia berdendam lalu menanam 3 butir telur yang dijampi di depan tangga rumah Mek Nab.

Mek Nab kenal orang tu. Dia  merupakan suami orang, kerana itu Mek Su tak layan. Mek Su dikenakan oleh si lelaki itu supaya sukar mendapat jodoh.

Mek Nab pulang ke rumah lalu menyuruh salah seorang anak lelakinya mencari benda2 yang ditanam tu. Memang jumpa. Dah jadi hitam dan berkecai. Dan dibuangnya jauh-jauh.

.

.

Masyarakat kita masih lagi mengamalkan ilmu-ilmu hitam begini., lebih menyedihkan  di kampung suami. Tie lihat ramai yang mengambil berat tentang ibadah, terutama solat tetapi amalan syirik ini tetap segar seperti dulu. Kesal sungguh.

Moga-moga kita semua dilindungi  sifat dendam, dengki dan dari syaitan yang menyesatkan. Rezeki , jodoh dan mati adalah rahsia Tuhan.

Bersambung~

.

.

68 Comments (+add yours?)

  1. pakcikli00
    Sep 03, 2009 @ 17:44:57

    Asalamualaikum

    Halooo anakanda tie yang disayangi
    Artikal ni perli Dukun Asmara ke ?

    Kalau bomoh gunakan ayat alQuraan pun tie tak percaya
    apatah lagi dukun asmara yang menggunakan ayat ayat cinta
    letih.

    Terima kaseh salam hormat

    Reply

    • Tie
      Sep 03, 2009 @ 17:50:42

      Waaakakakaa……..

      Tak teringat langsung kat pakcik ni, ekekeke…..

      Tak de laa…. bukan tak percaya bomoh guna ayat Alquran, cuma takut dia ada selitkan benda2 syirik je…. mana tau kan… He he…

      Reply

  2. ain
    Sep 03, 2009 @ 18:22:25

    benda2 ni semua sudah jd budaya. so tak kiralah menjaga solat ke atau ibadah2 lain, klu dh jd budaya atau adat resam, pasti akan mempercayainya.

    Reply

  3. hashim habeed
    Sep 03, 2009 @ 18:39:01

    Assalaimulaikum kak tie

    Dah lama tak masuk tetibe je masuk dah pindah kat word press
    ape kabar harap harap cihat bersama keluarga
    Ni topic macam misteri nusantara plak

    btw happy annivesary

    Reply

    • Tie
      Sep 03, 2009 @ 21:50:36

      He he he…..

      Kak tie sekeluarga sihat, alhamdulillah.

      Misteri ? Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri………ekekekeke…..

      Reply

      • hashim habeed
        Sep 03, 2009 @ 22:01:17

        Saya pernah drive selama 4 jam pergi dan 4 jam balik ke sebuah kampung orang asli untuk berjumpa dengan seorang bomoh….
        tapi bukan untuk saya seorang kawan..
        Layan je dengan tok bomoh tu….

        Reply

        • Tie
          Sep 03, 2009 @ 22:18:48

          Arwah tok sedara suami tu ada beberapa kebolehan. Tie tak fikir dia bomoh.

          Dia tahu beberapa perkara yang akan berlaku di masa depan… cuma dia tak beritahu kecuali bila ditanya. Kami tak berani nak tanya. Takut. Takut tak boleh nak terima.

  4. ima
    Sep 03, 2009 @ 19:05:19

    betullah kak tie……masih ramai yang percayakan bomoh ni, tapi kita kena percaya ada sesetengah penyakit tu tak dapat dikesan dan diubati oleh doktor…kan..kan.

    p,s: tahun ni beraya kat johor ye….ima baru je rancang nak gi raya kat rumah atap biru tu….ekekkeke.

    Reply

    • Tie
      Sep 03, 2009 @ 21:52:53

      Kat kampung ‘kita’ tu ada lagi la orang buat-buat orang ni. Kak tie jadi seram pulak! Pasal penyakit2 tertentu tu, seperti dibuat orang, mungkin kena guna cara halus juga. Tapi kena pastikan caranya tidak bertentangan dengan agama.

      Kak tie berhasrat untuk beraya di Johor. Tak ada rezeki nak jumpa laa….

      Reply

  5. irfat
    Sep 03, 2009 @ 19:17:57

    salam,,
    lame tak tinggal jejak,,huhu,,

    em,,sy pnah sekali tgk bomoh tunjuk menda2 yg org hantar kat org lain tu,,
    ada rambut,,paku,,macam2,,
    huhu,,takot gak,,
    mintak2 dijauhkan,,

    nway,,selamat ulangtahun perkahwinan,, =)

    Reply

    • Tie
      Sep 03, 2009 @ 21:54:21

      Salam irfat. Sibuk dengan nyamuk lagi ke ?

      Tu la … takut bila ada orang guna jalan sesat ni… Kak tie tak biasa dengan keadaan begini.

      Mekasih atas ucapan itu… 🙂

      Reply

  6. Neeza
    Sep 03, 2009 @ 19:28:01

    ada jin yang boleh buat benda-benda tu.. cumanya kita takleh percaya yang jin tu lebih berkuasa dari Allah.. betul kan Kak Tie.. tapi takutlah dengan orang yang suka guna ilmu hitam ni..

    Reply

  7. INTAN
    Sep 03, 2009 @ 20:47:38

    salam kak T….kat tempat keje sy pun ada menda2 ni..yg best semua tu para cerdik pandai yg menggelarkan diri mereka pensyarah….sabo aje lah…

    Reply

  8. izzah
    Sep 03, 2009 @ 21:21:41

    salam kak tie..
    menakutkan la..saya nie dengar perkataan bomoh ker pawang ker..benda alah yang bersangkut paut dengannya memang elergic betul..jauhkanlah dari perkara2 macam nie..tak aman hidup…

    Reply

    • Tie
      Sep 03, 2009 @ 22:02:54

      Salam Izzah,
      Kak tie pun takut. Kak tie memang susah nak percaya benda2 begini. Mungkin kerana didikan, suami kak tie pun tak suka.

      Reply

  9. Zymazara
    Sep 03, 2009 @ 21:29:51

    Salam Kak Tie comel….

    Jgn la kita m`amalkan bomoh-m`bomohkan org.
    Jika kita percaya adanya Pencipta yg SATU ini…..Insya Allah, kita tak perlu m`cari jalan hitam cenggini.
    ALLAH lebih tahu apa yg terbaik utk hamba-Nya.

    take care ye,Kak Tie…

    Reply

  10. zino
    Sep 03, 2009 @ 21:46:48

    di zaman moden ni masih ada lagi yg bergantung kepada tok bomoh ..

    Reply

  11. nekPP
    Sep 04, 2009 @ 01:10:50

    rrr tak jadik nak baca ler mokcik..jah takuttt ekeke…2 pagi weii ..siang ari jer lahh baca wahahaha…

    selamat bersaho kak tieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee…

    Reply

  12. maza
    Sep 04, 2009 @ 02:07:17

    erk! perubatan tradisional melayu pengamalnya dipanggil Bomoh,Pawang, Dukun….
    kepentingannya pun ada sebenarnya… tak dinafikan..

    Cuma oleh kerana perkataan Bomoh, Pawang, Dukun ini tidak seglamournya perkataan barat, seperti Doctor, specialist, Phlisophy Doctor.. mengakibatkan ia tidak popular bahkan ditelan bulan2 oleh penutur dan pengamal budaya melayu sendiri.

    Mereka lebih cenderung dgn Doktor dari bomoh dan dukun atau pawang..
    walhal bomoh dan dukun itulah tabib pertama yang merawat bangsa Melayu dgn Islamnya itu sebelum hadirnya Doktor.

    Cuma barangkali kehadiran perkataan bomoh sudah acapkali dicemari. Bahkan dibesar2kan ke’hitaman’, juga salah amalan dan guna kuasa.. menyebabkan masyarakat melayu sendiri berpaling tadah. Bahkan adakalanya begitu jijik waema mendengarkan perkataan bomoh, pawang, dukun dsbnya.. walhal dlm kalangan mereka masih ramai mengikut nas2, sunnah2 dan al quran sbgi as-syifaq..

    Tetapi perkara ini tidak pula terjadi kepada tabib cina.. Mereka masih dikira sejajar dgn taraf doktor perubatan hari ini, kalau tidak pun lebih atau selangkau tingkat bawah sahaja..

    Barangkali sudah tiba masanya, kita menyucikan dan mengangkat darjat bahasa dan perubatan Melayu agar tidak diinjak2 lagi.. Perkataan bomoh, pawang dan dukun harus diketengahkan, dihormati dan sanjung.. mereka juga golongan profesional seperti doktor2 pakar yg ada…

    Lantaran itu bertepatan sesetengah hospital kerajaan dan swasta sudah mula menawarkan perkhidmatan alternatif.. dan malang sedikit perkataan bomoh, pawang dan dukun masih allergic utk digunakan di sana.

    mereka memanggil gologan pengamal perubatan alternatif ini sbgi perubatan paranormal, atau homeopathy dan sebagainyaa…

    walhal watak dan perlakuan pengamal itu tak ubah seperti bomoh, dukun dan pawang juga!

    Apa salahnya jika memanggil dukun, bomoh dan pawang di hospital2 yg menawarkan perubatan alternatif itu.. selain dipaksa mereka dipanggil doktor juga?

    hmmm?

    (maza merapu di subuh hari.. hehhehhe)

    Reply

    • Tie
      Sep 04, 2009 @ 09:26:35

      Tapi, lebih baik tidak guna perkataan bomoh, dukun atau pawang untuk pengamal perubatan alternatif ni. Supaya orang macam Tie ni tidak keliru dan tidak was-was. Sedangkan pada asalnya bomoh dan suku sakatnya guna jampi serapah . Tabib cina hanya guna ubat2 je. Bomoh cina yang jampi2 tu…

      Err….. Maza masih lagi bomoh ke ? Uwaaaaa……

      Reply

      • Zymazara
        Sep 04, 2009 @ 09:50:55

        Sekarang sy nak gelar Kanda Maza sbg Pak Dukun Maza…..OK tak???
        Huahuahuahua……

        🙂

        Reply

        • maza
          Sep 07, 2009 @ 12:57:09

          ekau nak gelarkan den duku ko, pawang ko boleh yo.. tapi sebolum ekau gelar’an tu, ekau den bagi pilih..nak sonduk ko, belakang periuk ko, tak pun kuali..

          bukan apo nyer der… sajo jo den nak hempuk dulu kek kepalo tu ha! wakakaka

      • maza
        Sep 04, 2009 @ 15:41:32

        Kalau anak kita dipanggil Doktor pastinya kembang kempis hidung kita.

        Sebaliknya kalau kita atau anak kita dipanggil bomoh, sedangkan bomoh juga merwat pesakit, memberikan perkhidmatan perubatan, serta ahli dalam ilmu perubatan tradisi, mempunyai kepakaran dan hikmah dlm pengubatan.. harammm bapa atau isteri mahupun anak2 rasa bangga.

        Malahan sentiasa dicurigai.

        Soalnya sekarang ialah kita telah dikaburi dengan frasa BOMOH itu sendiri.

        Bomoh bermaksud pengamal perubatan tradisi yang ilmunya diwarisi turun temurun. Mereka tidak semestinya menggunakan jampi serapah untuk mengubati pesakit, Mereka mahir menggunakan hikmah dan khasiat dari sesuatu bahan dan tumbuhan untuk manfaat manusia.

        Sesetengah amalan perbomohan yang dipanggil jampi dan serapah itu ialah merupakan doa-doa as-syifaq.

        Ada hadis shahih mengatakan bahawa bunyinya lebih kurang seperti ini:-
        “telah datang seseorang kepada Rasulullah SAW lalu ditanyailah olehnya kepada Baginda. ‘Wahai Rasulullah, bolehkah kami beramal dengan jampi dan mentera. Sesungguhnya jampi dan mentera itu datangnya dari warisan nenek moyang terdahulu.

        Jawab Baginda SAW, “bacakanlah mentera itu. Biar aku mendengarkannya”

        Lalu orang itu membacakannya. Kemudian Nabi SAW bersabda, “mentera ini tidak ada salahnya digunakan. Selagi mana ia tidak menyukutkan Allah”

        Sebaik bercakap perihal bomoh serta merta teringatkan geluk berisi air di hadapan tok bomoh berserta dgn tepak bara berintikan kemenyan. Kemudian pengamal perubatan itu pula akan terkumat-kamit membaca mentera, jampi serapah. Lalu membuahkan presepsi negative dan menyatakan itu perbuatan menghampiri syirik kalau tidak pun dituduh syirik.

        Arakian mereka yg menunduh bomoh tersebut pun tidak reti dan tahu ilmu perubatan itu. Jauh sekali mengenali serta mendalami ilmu2 perubatan dan ilmu2 amalan tok bomoh tersebut. Oleh kerana perasaan yang sering dicucuk2 oleh syaitan lalu dituduhnya semua bomoh mengamalkan ilmu yg boleh membawa syirik.

        Hakikatnya, Doktor perubatan yang berada di hospital2 besar atau doctor pakar yg yuran mereka jauh lebih mahal dari kos perbomohan, yg adakalanya mencapai puluhan ribu ringgit, – juga boleh membawa kita kepada kesyirikan! Hingga ada dalam kalangan masyarakat kita yg mendewa-dewakan mereka.

        Walhal bukan semua perlakuan perbomohan demikian rupa. Adakalanya langsung tak perlukan itu semua. Bahkan mereka menggunakan ramuan2 teradisional seperti akar kayu, buah kayu, sayuran yang terdapat di sekitara kampong. Dan adakalanya saling tidak tumpah amalanya seperti amalan tabib cina.

        Cuma bidang perbomohan ini banyak telah dimomok2an. Hakikatnya kebanyakan mereka berkhidmat dengan ikhlas dan kebanyakan mereka tidak mengenakan bayaran yang beribu-ribu ringgit atau beratus-ratus ringgit. Rata-rata amalan mereka bergantung kepada pengeras yang rata2 mudah didapati. Yurannya pula seikhlas pesakit. Jarang sekali kita dengar mereka mengenakan beratus2 ringgit atau ribuan ringgit.

        Kalau ada yang mengenakan yuran begitu mahal, mungkin memang patut. Sebabnya dengan kepakaran, kemahiran dan ilmu yg diperolehinya bukannya sesuatu yg mudah.

        Berbanding pengamal perubatan di hospital besar seperti Dokor pakar, doktor perubatan bahkan hingga ke doktor falsafah. Dengan tambahan frasa Doktor dipangkal nama sahaja adakalanya bisa merungsingkan kepala jika tidak berduit dan badan tidak sihat untuk mendapatkan khidmat nasihat mereka.

        Doktor2 ini kelihatan lebih profesional walhal profesion mereka kurang lebih seperti bomoh juga; merawat masyarakat dan pesakit. Tinggal doktor ini diangkat mulia yang lebih tinggi. Barangkali dengan yuran yg mahal, tempat yg selesa, promosi yg berlebihan menjadikan mereka cukup mulia hingga meninggalkan tok bomoh yg kelihatan kusam (tak bermodal seperti doktor2 itu), tiada tempat yg seindah hospital, tiada promosi yg galak!

        Walhal sejak dahulu kala lagi bomohlah datuk, nenek, moyang, uwan dan sebagainya rujuk tatkala deman panas, selsema mahupun memulihkan semangat yang hilang!

        Sepekara lagi barangkali kita perlu buat pencerahan yang jelas ttg bomoh itu sendiri. Ini kerana tangapan bomoh hari ini acapkali di-associate-kan dengan amalan ilmu hitam dan sihir. Yang mana kedua subjek tersebut berbeza tetapi boleh wujud dlm satu tempat sama.

        Seperti org merujuk pengamal sihir (yg juga berselindung dgn kata nama BOMOH) utk mengenakan guna2.. itu bomoh yg dimaksudkan tersebut ialah pengamal ilmu sihir. Org jenis harus dipisahkan daripada perkataan bomoh. Dan seharusnya dipanggil penyihir, bukan bomoh!

        Tetapi barangkali benar juga jika mahu memanggil mereka dlm kalangan bomoh. Ini kerana mereka juga menyembuhkan penyakit, iaitu penyakit dengki dan iri hati dengan mengenakan org lain! Hmm!

        Tetapi kalau dibandingkan dengan doktor. Pun ada yg doktor putih dan doktor hitam. Yg putih merawat penyakit kanser, demam dan sebagainya. Yg hitam pula membuat bom nuklear, mencipta virus demi keuntungan konglomerat! Hmm!
        Akhir kalam, maza ingin mengusulkan perkara gila2 ini, agar perkataan BOMOH kembali disuburkan ke dalam masyarakat kita. Lalu mengantarabangsakannya.

        Dlm masa sama kita telah melakukan satu lagi kebajikan dengan mempromosikan kekayaan Malaysia. Juga kita membantu para pesakit serata dunia yg terkena penyakit yg tidak atau sukar diubati dgn rawatan saintifik!

        Kalaulah Vodoo boleh diiktiraf, tabib cina juga difikirkan suci, kenapa tidak diketengahkan perkataan BOMOH ke dlm industri perubatan alternatif negara?! Kenapa tidak disebariskan Bomoh dgn kata nama gah doktor, walhal kata nama doktor pun kita cilok dari Inggeris. Kenapa tidak gunakan kata dasar ini utk pengamal perubatan dlm BM?

        Hmm.. maza cuba bayangkan kalaulah kita ubah frasa nama Doktor kepada Bomoh, agak2nya bunyinyer mcm ek? Heheheh Doktor perubatan – Bomoh perubatan, Peringkat Doktor PHD, – jadi Peringkat Bomoh falsadah PHD.. wakakakka

        Hambik ko Tie, hehehehe. Berbuih nak membacanya..wakakkaka

        Psst.. kalau terkena sihir atau vodoo, agak2nya nak jumpa siapa ek? Wakakkaka

        Tie – Adoi…..!!!

        Naik berpinar mokcik membacanya, uwaaaaa………..

        Adik Tie pernah dapat sakit, penat bawa dia ke spital, tak baik2… jumpa pakar pun tak menjadi. Akhir sekali, mak baca selawat di air minumnya….. Tengahari tu mak mimpi ada beberapa orang hitam, datang rumah, mengasapkan seluruh rumah….. naik seram bila mak cerita. Malam tu pulak, orang hitam tu datang dalam mimpi mak lagi, mengadu sakit. Adik Tie tetiba beransur baik…hinggalah sekarang sihat seperti biasa. Tak sangka mak jadi bomoh, ekekeke………

        Reply

  13. shais
    Sep 04, 2009 @ 08:03:33

    ada segelintir yang mudah terpengaruh….mungkin tak ada keyakinan yang tinggi. Waallahhulam.

    Reply

  14. suzi
    Sep 04, 2009 @ 08:53:08

    masa sy sekolah dulu selalu je dengar cerita2 org kena ilmu hitam ni…sampai sekarang masih ada lagi ye…

    kena tingkat keyakinanbahawa hanya Allah berkuasa, makhluk tiada kuasa apa2…

    Reply

    • Tie
      Sep 04, 2009 @ 09:28:48

      Kerana itu kita harus penuhkan hati kita dengan iman…. mudah bagi kita untuk menepis benda2 syirik ni.

      Reply

  15. Kujie
    Sep 04, 2009 @ 09:35:27

    jarang terlibat secara cerita org terdekat atau pun kenal dukun/pawang/bomoh ni…
    seramlah Tie

    Reply

    • Tie
      Sep 04, 2009 @ 11:52:46

      Ish… Tie pun seram. Cuma pokcik tu je yang teruja…

      Reply

      • Kak Long
        Sep 05, 2009 @ 10:31:49

        Pakcik Maza ni kreatif…boleh merayau ke alam ghaib!

        Sebagai orang Islam patutnya kita percaya apa yang berlaku semua dengan kehendakNya, kan!

        Tie – Ekekekeke……..Maza tu pernah jadi bomoh masa kecik2 dulu, hi hi…

        Reply

  16. izah
    Sep 04, 2009 @ 10:42:46

    salam..k.tie ni duk k.berang ke? sebab saya pun asal sana jugak..salam kenal2..:-)

    Reply

  17. ateh
    Sep 04, 2009 @ 11:53:15

    seram jugak klu percayakan benda2 mcm ni kan..tp kan kak tie.org malay ni memang suke dengki mendengki la kan..aduh geram betul la ateh tngk.rase mcm nak cepuk2 je muke dia smapi jadi lempeng

    Reply

    • Tie
      Sep 04, 2009 @ 11:55:32

      Hmm.. dengki tu penyakit hati. Susah nak cuci hati melainkan dia sendiri yang insaf.
      Amboi….garangnya, nak smack orang,ekekeke…. Kak tie lebih suka pulas telinga, he he…

      Reply

  18. Kakak
    Sep 04, 2009 @ 12:19:20

    Susah kalau terlalu percayakan bomoh walaupun sememangnya kita tahu bahawa benda-benda ghaib ni memang ada.

    Reply

    • Tie
      Sep 04, 2009 @ 13:45:04

      Sesetengah orang2 melayu terlalu bergantung kepada bomoh yang dilarang. Hingga berlakulah kejadian ilmu2 hitam ni. Sifat malas, dengki dan dendam menjadi punca mereka menjadi syirik terhadap Allah.

      Reply

  19. izan
    Sep 04, 2009 @ 13:01:16

    k tie,

    zan memang dari dulu takut dgn perkara2 mcm ni. satu perkara yg zan jauhkan dari hidup ialah berniaga. walaupun mak ayah asalnya berniaga … mmg laris. tp skrg dah tak ada, zan pun tak mau ambil alih. waktu mengemas barang2 yang nak dilegokan ketika ini lar kami jumpa berbagai rupa dan jenis. kalau ayah zan tu dulu selalu sakit. adik yg no. 2 pun dulu terkena sedikit. memang waktu dicari zan mcm tak percaya, tapi itu semua kuasa tuhan. tak dapat nak menghalang.

    sebab tu izan paling elak kalau org ajak berniaga terutama, barang runcit dan makanan. tetapi k ipar dan adik ipar skrg berniaga runcit. dan skrg adik ipar zan mengalami mcm2 dugaan.

    percaya atau tidak, minta dijauhkan dari dugaan sebegini. Amin.

    Reply

    • Tie
      Sep 04, 2009 @ 13:55:25

      Adoi Zan…. naik seram Kak tie dibuatnya.

      Memang pernah dengar, ada satu pasangan suami isteri, berniaga di gerai makan di suatu tempat di Johor. Mak sedara Tie yang cerita. Ada seseorang yang dengki, maka isterinya menghidapi penyakit kulit, yang doktor tak dapat ubati atau kesan puncanya. Lama-kelamaan melarat, hingga mereka terpaksa menutup kedai.Sekarang ni tak tahu la apa nasib mereka.

      Dan ada satu kisah, pengusaha restoran yang terkenal , yang mana pelanggannya tidak putus2 datang…. rupa2nya menggunakan ilmu hitam. Ilmu pelaris, dimana rahsianya terbongkar apabila seseorang ustaz yang punya kebolehan untuk melihat benda2 halus ternampak makhluk2 hodoh, melambai2 dari dalam restoran tersebut. Juga dilihatnya syaitan sedang kencing,b—-k, ludah, dan muntah ke dalam makanan yang dihidangkan. Nak pengsan dibuatnya… hu hu….

      Tu laa… perasaan dengki tebal sungguh, hingga sanggup mengkhianati sesama manusia, lebih2 lagi seagama. Yang buatnya dah tentu bangsa kita sendiri. Tie tak fikir bangsa lain sanggup berdengki guna ilmu hitam, kan? Dan ada di antara kita yang menggunakan khidmat bomoh terlarang untuk mendapatkan sesuatu dengan cara tidak halal seperti pengusaha restoran tersebut.

      Reply

  20. etomyam
    Sep 04, 2009 @ 14:17:33

    Salam, hakikatnya semakin moden dunia hari ini, semakin banyak keperluan utk gunakan ilmu hitam dalam mendapatkan kepentingan materialistik spt wang, pangkat, pengaruh, glamor etc. sebabnya semua kebendaan tersebt diperlukan dengan pantas dan segera…

    Bila baca artikel ni teringat pulak pengalaman pernah jadi ‘pemandu’ kepada ustaz untuk merawat kes2 ilmu mistik sepanjang tahun lepas…banyak, terlalu banyak cerita dan pendedahan yang sukar orang nak dipercayai….pernah lihat ustaz keluarkan janin bayi dari perut seorang wanita yg terkena sihir….dan juga ustaz keluarkan 3 ekor kala jengking yg masih hidup dari perut seorang lelaki….macam2

    Reply

    • Tie
      Sep 04, 2009 @ 17:19:52

      Eeee……takutnya !

      Kenapalah ada orang begitu busuk hatinya! Kesian bila tengok orang menderita begitu. Mujurlah ada orang yang boleh membantu, dengan izin Allah. Semoga kita sentiasa diLindungiNya.

      Reply

  21. kuina
    Sep 04, 2009 @ 14:51:28

    sy prnh mendpt rawatan alterntif nie.. itupun setelah 5 hari kat ICU. Alhamdullilah sembuh… bukan BOMOH tetapi iman sebuah masjid.

    Reply

    • Tie
      Sep 04, 2009 @ 17:22:58

      Kuina sakit teruk, ya…?

      Haa… kalau imam atau ustaz tu memang diharuskan mendapat bantuan darinya. Seorang sahabat Tie tu, pernah berjumpa dengan seorang imam, kerana dia diganggu oleh hantu raya di bilik tidor… Kakak iparnya mahu meruntuhkan rumahtangganya kerana minat kat suaminya… Boleh pitam nih! Sekarang dah okay. Alhamdulillah. Harap2 Kuina pun dah okay, ya….

      Reply

  22. cpj
    Sep 04, 2009 @ 18:34:21

    benar sekali kak tie, cpj pun perasaan.sepatutnya semakin kita maju, kita tinggalkan amalan-amalan syirik spt cerita tu, tetapi nampaknya terbalik pulak…syabas kak tie perihatin kepada ibu tunggal dan yang senasib dengannya…cpj pun tak sabar nak tunggu sambungan ni…ekekekekee…

    Reply

  23. iza
    Sep 04, 2009 @ 18:57:25

    ada jugak dengar2 cerita macam ni, minta di jauhkan..seramlah 😦

    Reply

    • Tie
      Sep 05, 2009 @ 17:40:10

      Tu laa… kesian kat orang2 yang terkena dengan ilmu hitam.

      Kena minta bantuan dengan pengamal perubatan yang dipercayai…

      Reply

  24. cheryna
    Sep 04, 2009 @ 22:06:18

    dalam pade diorg nieh islam…diorg nieh melayu jugak kak tie…so tak terlepas dr mende2 cenggini…

    Reply

  25. syayassir
    Sep 04, 2009 @ 22:45:14

    tak tahulah ye..
    tak pernah gunakan khidmat bomoh lagi…
    tapi, memang kesian dengan orang yang terkena ni kan?

    err, bila sambungannya ni? 😛

    Reply

  26. kenari
    Sep 05, 2009 @ 00:40:13

    Kak T perasan tak cerita2 kat TV skrg pun bnyk expose watak2 bomoh ni…mengingatkan kita supaya jgn mudah percaya pd jampi serapah bomoh. keizinan menyembuh penyakit atau musibah hanya dari Allah

    Reply

    • Tie
      Sep 05, 2009 @ 17:42:25

      Memang kak tie perasan.

      Cuma rasa nak ketawa bila tengok antu2 tu terbang… kelakor pulak, ekekeke……

      Reply

  27. cikwan
    Sep 05, 2009 @ 07:11:47

    salam kak tie,timeacih wish besday untuk saya,siap nyanyi lagi..dh rekOd dah..next year kalO panjang umO buleh ulang suara…kekekekee..
    \
    \amalan ni kadang macam dh sebati dengan Org melayu,,kt maner2 pOn ader citer begini,lebeh teruk lagi sekarang stesen tv lumba2 menayang lepas satu satu cerita kan kak tie.alhamdullillah..keluarga saya tiada sebarang amalan dgn bOmOh2 ni..hehehehe…nnt cOnti stOry kak tie lalingg….

    Reply

    • Tie
      Sep 05, 2009 @ 17:45:17

      Ekekeke…..suara kak tie agak rock sikit, kalah Ella tau, hi hi…

      Tu laa… sekarang ni makin menjadi2 pulak citer2 ilmu hitam ni. Takut penonton2 semakin teruja dan nak cuba2 , bahaya tu…

      Reply

  28. atie
    Sep 05, 2009 @ 08:41:53

    eee..takutnye…

    Reply

  29. milla
    Sep 05, 2009 @ 11:13:55

    salam kak tie,

    entahlah kak tie….milla mmg tak percaya bomoh2 ni, apatah lagi yg melibatkan perkara2 syirik, tak diterima amalan kita kalau percaya perkara2 syrik ni tul tak? semakin moden kita semakin kita disogokkan dgn cerita2 hantu2, bomoh2, jampi serapah yg mengarut tu….milla mmg tak bagi budak2 tengok cerita2 mcm tu kak tie … tak gemar betul teman. semuanya tu sebenarnya kerja syaitan yg dilaknat ALLAH!

    p/s: kak tie balik johor yer…bolehlah kita konvoi, milla pun balik johor juga tahun ni yeah yeah !!

    Reply

    • Tie
      Sep 05, 2009 @ 17:49:59

      Milla tau, kak tie pernah bawa anak kak tie berubat cara alternatif ni.. memang dia tu boleh dipercayai, guna ayat2 Alquran je.

      Tapi, hati kak tie ni susah nak percaya, tak menjadi la…. Kalau orang lain, memang boleh sembuh dengan izinNya. Agaknya , kena mohon sendiri dengan Allah, tak boleh cara perantaraan…. Sekarang dah kurang sakitnya, mungkin berkat doa ibunya sendiri.

      Reply

  30. 13may
    Sep 05, 2009 @ 18:10:45

    Salam KakTie,

    Bomoh urut takpe…bomoh ilmu hitam yang masalah tuh 😀

    Reply

  31. kin
    Sep 06, 2009 @ 23:47:31

    Bab2 ilmu hitam nih mmg wujud kan. Tulah, ilmu kebatinan ni mmg terdedah kpd unsur2 syirik jika pengamalnya tak berhati2. Org yg suka/percayakan sgt benda2 syirik ni pun satu hal jugak. Selalunya ilmu2 hitam ni digunakan utk membalas dendam atau mengenakan org lain yg dianggap sebagai musuh. Dah lah percaya kat benda2 syirik gitu, menyusahkan hidup org lain pulak lagi.

    Betul macam kak tie cakap, ada sesetgh org mmg percaya sgt2 kat ilmu2 macam tuh, walaupun kita tgk org tu hidupnya ok je..normal je ibadah seharian. Saya ada sorang sedara yg percaya gak benda2 gitu. seme benda nak rujuk kat bomoh… hatta perihal anak kat sekolah pun nak gi jumpa bomoh. Pernah mak saya ‘terpengaruh’ bawak kakak saya berubat yg kononya lambat dapat jodoh. Ikutkan cadangan sedara tu lah. Berangkat lah kami 3 beranak dari negeri pantai timur ke negeri nun jauh di utara (nama tempat rahsia..hehhe..) Ayah pun tak tau kami gi sana, bagitau ayah gi melawat sedara tu. Saya pun ngikut jugak mak dan kakak gi berubat..hehhe..Mmg la bomoh tu nampak macam guna ayat2 quran..tp, siap ada mandi bunga bagai..hehhehe… Bomoh tu bagi jaminan, lebih kurang 6 bulan gitu pasti mujarab. Padahal lebih setahun tak kawen2 jugak kakak saya tuh..saya pulak yg langkah bendul! hehehh.. Kelakar pulak mengenangkan saat tuh..hehehh..

    Perkara jodoh pertemuan, ajal maut ni mmg Allah dah aturkan. Cepat atau lambat, rahsianya Allah je yg tahu. Memang kita perlu ikhtiar, tapi biarlah dgn cara yg betul. Sekrg ni kakak saya dah pun bahagia dgn 3 cahaya mata. Saya kawen cuma awal 4 bulan je darpd kakak saya..hehehh..

    Pjg lebar plak komen kali ni..hehehh..Semoga hati2 kita dibersihkan drp benda2 berunsur syirik sebegitu.

    Reply

    • Tie
      Sep 08, 2009 @ 11:33:38

      Memang ada orang begitu. Asyik-asyik nak jumpa bomoh. Demam sikit pun jumpa bomoh. Percaya sangat guna benda2 seperti organ2 binatang buat ubat.

      Ipar kak tie macam tu laa… Kadang2 rasa nak ketawa tengok perangai dia. Kalau ditegur, marah pulak. Hmm… biar dia insaf sendiri laa..

      Reply

Leave a reply to cheryna Cancel reply