Home > Terkenang > ANAK ANAK (ENTRY ULANGAN DARI BLOG MEMORY)

ANAK ANAK (ENTRY ULANGAN DARI BLOG MEMORY)

September 4, 2009 Leave a comment Go to comments

Walaupun anak2 Tie sedang masuk ke alam remaja, Tie masih teringatkan telatah mereka masa kecil2 dulu. Ketika itu kami tinggal di Johor iaitu di Keluang dan kemudian di Johor Bahru. Kerana jauh, kami akan pulang ke klate sekurangnya sekali setahun…he he..kesian hubby rindukan maknya..
.

Meski pun jarang balik, anak2 Tie amat mesra dengan Tok Mek mereka , ibu serta bapa saudara di klate. Anak2 Tie ni jenis aktif, rajin bertanya dan kepoh…(macam mama mereka sejak jadi blogger nih!) Kami ada bilik special di dapur tapi malangnya di belakang bilik itulah stesen asal kambing biri2 Mek.

.

[Salah seekor biri-biri Mek]
.
Memang setiap pagi, malah kekadang di malam hari, biri (org klate suka cakap shortcut je….) akan berbunyi dengan nyaringnya. Mungkin kerana sudah bosan… anak sulong Tie yang ketika itu berumur lebih kurang 2@3 tahun bertanya , ” Mama, kenapa kambing tu asyik panggil Tok Mek je…bisinglah!!)
.

Dan Tie secara spontan terus jawab, ” Dia panggil mek dia laa… bukan panggil Tok Mek! “. Memang Tie perasan. Bunyi biri2 tu jelas sekali memanggil mek. Lalu Tie pun terfikir… kenapa kambing bunyi macam tu , ekk?? Ada sapa2 tahu tak sebabnya?? Peti suaranya kemek ke??

.

Suatu pagi anak kedua terus berlari ke arah Tie dan berbisik. Katanya, ” Ma…..Tok Mek pandai buat magic!! Betul!! (bila dia tengok muka tak percaya Tie!)” Tie pun jawab, ” Magic apa pulak??” Dia pun sambung cerita, ” Wani nampak Tok Mek bawak keluar giginya dan gosok dengan berus gigi……….pastu dia masukkan semula dalam mulut!! Dia sorokkan dari Wani, tapi Wani nampak laa….” Hish!! Budak nih!… memang dia nampak excited betul! Tok Mek dia senyum je bila dengar cerita ini.

.

Kami suka duduk di depan tangga rumah sambil minum petang. Tok Mek mereka rajin melayan kerenah budak2 ni. Masa tu Tie dah pun pindah di Terengganu. Budak2 pun dah mula sekolah. Jadi kami pula jarang balik Johor, 1 atau 2 kali setahun (hubby sibuk dgn kerja). Kebetulan kami baru pulang dari rumah mak di Kota Tinggi. Mek mulalah sesi soaljawab terhadap cucu2 nya.

.

Mek : Wani….., suka tak balik jumpa Tok Mak dan Tok Ayah??
Wani : Suka. Boleh gi shopping…… (amboi….pecah rahsia mama!!)
Mek : Ada apa kat rumah Tok Mak?
Wani : Tok Mak pun ada kambing juga, Tok Mek. Warna hitam. Ada 2 ekor………

Hish!! Kambing mana pulak?? Dalam hati Tie terkejut!! Takkan Wani ni buat cerita!
So… cepat2 Tie cakap. Mana ada kambing! Wani ni………

Wani : Abis tu….yang kat luar tu kan kambing…yang garang tuh!

.

Adoi!! Memang teruk betul!! Dah sekolah pun tak boleh beza antara kambing dengan anjing!! Salah Tie juga, sebab tak beri penerangan secukupnya. Sebab semenjak duduk ganu ni memang selalu nampak kambing berkeliaran di tepi2 jalan. Tak pernah jumpa anjing pun.
.

Bermula dari hari itu, Tie serta merta jadi tourist guide. Kalau ke mana2, Tie akan terangkan terutama bila lihat sesuatu benda buat pertama kali. Tapi………kadang2 Tie pun silap juga, lembu disangka kuda! (kes mata rabun laaa) Budak2 tu apa lagi………..ketawakan lah! Kah! Kah! Kah! (malu pulak mama nih!)

Categories: Terkenang Tags: ,
  1. ain
    September 14, 2009 at 2:30 pm

    dan baca dah n3 ni masa umah lama kak tie tp tetap lucu bila dibaca lagi. anak2 sy pun masa mula2 tu, tak kenal ayam, tak kenal kambing. jenuh gak nak kenalkan dia org ngan binatang2 kampung ni.hehe

    kak tie…SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI UNTUK KAK TIE SEKELUARGA DAN MAAF ZAHIR BATIN!!!

    kali ni raya mana dulu, kota tinggi ke..??

  2. September 14, 2009 at 3:37 pm

    kak tie…blog list sha telah menjadi gila. lepas tu sha jadi tak nampak posting kak tie sbb dia letak di bawah sekali! hoh…geramnye.

    anjing tuh besar dan bulu panjang ke kak tie? biaselah tu…budak2…
    adik sha satu mase dulu pon camtu. ade ke dia kate kaki lembu tuh ada “pasu” – bahagian yg keras tuh.

    maybe lepas nieh kak tie leh jd cikgu..ehehe..

  3. September 14, 2009 at 10:11 pm

    Salam Kak Tie….

    Ke manakah kakak kesayangan daku ini telah b`sembunyi?? Akak sembunyi kat belakang oven bakar biskut raya ekkkkk? Atau Akak sedang bersembunyi kat celah2 pokok serai?? Jgn sembunyi lama sgt……rakyat M`sia sedang menanti kemunculan Akak dgn new n3 nihhh.

    Jgn lupa amik KAD RAYA kat blog sy tau. Huhuhuhu

  4. September 14, 2009 at 10:12 pm

    Salam Kak Tie….

    Ke manakah kakak kesayangan daku ini telah b`sembunyi?? Akak sembunyi kat belakang oven bakar biskut raya ekkkkk? Atau Akak sedang bersembunyi kat celah2 pokok serai?? Jgn sembunyi lama sgt……rakyat M`sia sedang menanti kemunculan Akak dgn new n3 nihhh.

    Jgn lupa amik KAD RAYA kat blog sy tau. Hahaha

  5. ain
    September 15, 2009 at 10:07 am

    slm kak tie…sng2 dtg umah amik kad raya ye. tq kakkkk!!!!

  6. September 15, 2009 at 6:13 pm

    Kelakarnya citer ni..
    Budak2 sekarang, ayam, itik, kambing, kucing dia tak kenal.
    Tapi kalau segala macam kartun tu, dia kenal pulak kan!
    Saya pun kena terangkan macam Tie juga.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: