Home > Anniversary, kehidupan, Terkenang > 17th Wedding Annivesary

17th Wedding Annivesary

September 1, 2009 Leave a comment Go to comments

Hari ini 1 September 2009, genaplah usia perkahwinan Tie dan suami selama 17 tahun. Syukur alhamdulillah. Semakin meningkat usia perkahwinan kami, semakin bahagia dan semakin intim perhubungan kami. Dah macam belangkas laa…..hi hi…

images

Teringat masa mula2 ke pasar bersama-sama. Abang suruh tokey ikan tu siang ikan tu sekali. Malu pulak Tie. Abang ingat Tie tak pandai siang ikan. Ekekekeke…….. Sebenarnya selama bertunang 6 bulan tu, mak dah bagi kursus di dapur. Setiap hujung minggu, dapur mak akan jadi hak milik Tie. Jadi Tie tak segan2 nak  operate ikan atau ayam.

Walaupun kami dah kenal selama 5 tahun sebelum tu, Tie masih lagi kekok bersama suami ketika mula2 jadi isteri dulu. Err… malu laa…. (sekarang pun malu lagi, ekekeke……….) Abang selalu puji Tie (dah abis kembang ni!), sampai Tie bimbang mentua dan  ipar2 kecil hati.

Kepada abang, terima kasih kerana sentiasa kasih dan percaya terhadap Tie.  Sabar dengan sifat Tie yang kadangkala moody ni, tolong Tie di dapur bila diperlukan dan bawa Tie pulang jumpa mak dan ayah di Johor sekali sekala.

Terima kasih kerana amat menyayangi diri Tie dengan sepenuh hati , manjakan Tie dan buat diri ini rasa istimewa   . Moga-moga hidup kita terus kekal bahagia bersama sepanjang hayat.

.

Edit- Baru dapat sesuatu istimewa dari NekPP…….

2000698ny8uw3ss5t

Dan

Anniversary_Cake3

Terima kasih lah NekPP…… bersusah payah kerana Tie.

.

.

  1. zareda
    September 1, 2009 at 2:06 am

    Tie

    Happy Anniversary yang ke 17.. semoga kekal abadi bersamam bahagia dunia dan akhirat

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:25 pm

      Terima kasih. Juga untuk Zar sekeluarga.

  2. September 1, 2009 at 4:26 am

    selamat ulangtahun perkahwinan ke 17 buat kak tie dan juga suami..alhamdulillah semOga bertambah aman bahagia dan kekal ke akhirnya..
    g lah hOneymOOning sekali lagi kak tie..kekekee

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:26 pm

      Insyaallah,

      Honeymoon ? Sekali pun belum. Tunggu anak2 besar panjang baru boleh pergi berdua, ekekeke…….

  3. September 1, 2009 at 4:33 am

    Tie, saya 18 September 1991…huhuhu

    Selamat Ulangtahun Perkahwinan Tie, moga diberkati Allah

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:27 pm

      Oooo….beza setahun. Tak lama lagi tu , hi hi..

  4. September 1, 2009 at 5:43 am

    selamat ulang taun perkahwinan ke 17 kak T….sweet 17th gitew…

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:28 pm

      Sweet 17th…..ekekeke…….. Rambut dah memutih, gigi pun dah kurang, waakakaa…..

  5. ain
    September 1, 2009 at 7:52 am

    HAPPY 17TH ANNIVERSARY TO THE ROMANTIC COUPLE!!!! semoga kekal bahagia hingga akhir hayat!!! semoga diberkati dan dirahmati Allah selaluuuu!!!!!

    psst….any special celebration..???kek tarak ka..??hehe

    • September 1, 2009 at 7:59 am

      Salam Ramadhan,
      Selamat ya…semoga kekal bahagia…

      • Tie
        September 1, 2009 at 8:30 pm

        Mekasih dik!

        Moga adik pun temui pasangan yang membahagiakan…hi hi..

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:29 pm

      Romantic ? Hi hi…. tak de laa…. Tapi suami kak tie tu suka sakat , lagi kak tie marah lagi dia buat!! Sampai terpaksa kak tie mengalah, hu hu…

      Tak celebrate pun…, kek pun tak de.. Cuma bersyukur, kami sihat, bahagia dan tak gaduh2, ekekeke……..

  6. nekPP
    September 1, 2009 at 8:11 am

    selamat ulangtahun perkawinan mokcik oiii…
    sweet seventeen gitewwww..ahaks..same ler kita mokcikk..
    tapi nekpp bulan november..

    nnti nekpp buatkan kek menrangkap kek merdeka!!!! wahahah..
    pikir dtg nak makan kek!!! hampehhhhh

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:32 pm

      Mekasih nekPP.

      Moga2 rumahtangga kita kekal bahagia.

  7. September 1, 2009 at 8:19 am

    Happy 17th Anniversary to kak tie n hubby!!!
    Alhamdulillah moga terus bahagia dan romantika d’amor selamanya.
    Malam ni kira flashback malam pertama ye kak tie ehemm ehemmmm😉

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:34 pm

      Malam ni ? Err….hi hi… (sorok muka dlm saji)

      Kenari bila lagi nak berpasangan ni…? Jangan tunggu lama2, ehehe….

  8. September 1, 2009 at 8:24 am

    happy anniversary utk kak tie n hubby. moga kekal bahagia. anak2 dah besar boleh bykkan masa berdua je hihihi…

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:35 pm

      Mekasih suzi,

      Budak2 tu besar saja, perangai macam budak2 tadika.

      Kena tunggu beberapa tahun lagi baru boleh pergi honeymoon..hu hu..

  9. September 1, 2009 at 9:05 am

    Asalamualaikum

    Selamat hari ulang tahun perkashwinan, bila perkahwinan menjadi kian matang kehadiran itu adalah lebih pentig dari kegagahan, terima kaseh salam hormat.

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:37 pm

      Waalaikummusalam…..

      Betul tu….., terima kasih kerana sudi singgah sini.

  10. September 1, 2009 at 9:09 am

    Salam Tie..
    Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-17.
    Insya Allah, semakin lama perkahwinan kita, semakin matang dan dewasa menghadapi cabaran.
    Semoga Tie bahagia selama-lamanya.
    – Bagus ya, dah siap kursus dapur 6 bulan.
    Patutlah suami sayang dan selalu puji..

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:53 pm

      Terima kasih kakak.

  11. September 1, 2009 at 9:26 am

    Selamat ulangtahun perkahwinan. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:54 pm

      Insyaallah….

  12. September 1, 2009 at 9:29 am

    sungguh romantik..
    rs mcm nk kawen cpt2 aje..
    by dway happy annivesary…
    moga kekal smpy ke akhirat..
    amin…

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:55 pm

      Haa…tunggu apa lagi?

      Cepat2 ambil kursus di dapur tu, hi hi..

  13. September 1, 2009 at 9:44 am

    Selamat Ulangtahun Kak Tie.. baguslah makin lama tempoh perkahwinan makin erat.. alhamdulillah!

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:55 pm

      Mekasih… adik pun begitulah hendaknya..

  14. September 1, 2009 at 10:06 am

    salam ramadhan kaktie. tahniah untuk ulang tahun perkahwinan yang ke-17. semoga perkahwinan yang bakal mencecah 20 tahun ini akan memberi banyak kebahagiaan kepada kaktie dan keluarga.
    kakchik doakan kebahagiaan itu berterusan hingga ke akhirat.

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:57 pm

      Mekasih kakchik.

      Tie pun doakan untuk kebahagian rumahtangga kakchik dan teman2 yang lain. Amin…

  15. September 1, 2009 at 10:32 am

    slm kak tie…happy anniversary yg ke 17 ye kak tie. semoga kebahagiaan kak tie berkekalan hingga ke akhir hayat.

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:57 pm

      Salam milla,

      Insyaallah… moga2 rumahtangga kita terus kekal bahagia.

  16. September 1, 2009 at 10:38 am

    sweet 17th gitew kak tie! ::smile::

    moga kak tie n hubby terus dilimpahi rahmat dan sentiasa dibawah lindunganNya

    saye jauh lagi nak capai 17th tuh!! yang pertama pon belum capai lagi! hehe

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:58 pm

      Insyaallah…. adik pun akan mencapai sweet 17th anniversary tu…😛

  17. ROSE PURPLE
    September 1, 2009 at 10:43 am

    TAHNIAH DAN SEMUGA KEKAL KE AKHIR HAYAT. BERSYUKUR DAN BERDOA BANYAK2 DI ATAS LIMPAH KURNIA ALLAH INI.

    • Tie
      September 1, 2009 at 8:59 pm

      Terima kasih.

      Sesungguhnya Tie amat bersyukur..😀

  18. September 1, 2009 at 10:47 am

    Kak tie…..

    Happy anniversary utk Akak dan Hubby. Semoga berkekalan hingga akhirnya, Insya Allah.

    Jaga kesihatan diri…..senyum sokmo…….hapuskan kedutan fizikal dgn ceria2 sokmo!!!! 🙂

    • Tie
      September 1, 2009 at 9:00 pm

      Ya Zyma,

      Thanks a million.

      Kedut ? Err…tak kira lagi, ekekeke…😆

  19. nekPP
    September 1, 2009 at 11:03 am

    mokcikk dtg umah amek kek!!!

    • Tie
      September 1, 2009 at 9:01 pm

      Ha ha…dah tepek pun!! Mekasih!!

  20. September 1, 2009 at 11:05 am

    tahniah..
    moga bahagia hingga ke akhir hayat

    • Tie
      September 1, 2009 at 9:01 pm

      Terima kasih.

      Moga2 Kuina pun bahagia juga….

  21. September 1, 2009 at 11:14 am

    Salam K’Tie,

    Warh dah 17 tahun yer..kena blajar petua dr K’Tie nie🙂
    BTW, Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 17, smoga ikatan ini akan terus berkekalan hingga akhir hayat🙂

    smoga ‘tempias’ kebahgiaan k’Tie kena kat Ezan n Hubby🙂

    • Tie
      September 1, 2009 at 9:04 pm

      Terima kasih Ezan.

      Petua ? Hmm… kena banyak2 bersabar, tidak kedekut, rajin, tidak berkira, ada senda gurau, bila boring buat sesuatu yang baru , pandai ambil hati….dan elakkan rasa curiga serta selalu berdoa dan memohon dari Allah.

      Moga2 Ezan dan suami juga kekal bahagia bersama…

  22. September 1, 2009 at 11:29 am

    HAPPY ANNIVERSARY UTK KAK TIE DAN SUAMI

    SUNGGUH INDAH KATA2 ITU.

    ROMANTIK

    SEMOGA BERKEKALAN..

    • Tie
      September 1, 2009 at 9:05 pm

      Err…..romantik ke ? Tak perasan pulak, ekekeke…….

      Thanks Pearls !

  23. ima
    September 1, 2009 at 12:08 pm

    Romantikanya kak tie dan suami….bagai merpati sekuali…errkk sejoli.
    Selamat ulangtahun perkahwinan ke17
    semoga sampai yang ke70…hehehe

    p.s…tahun ni raya kat mana?

    • Tie
      September 1, 2009 at 9:07 pm

      Sekuali ? Waaakakaka….. kak tie dan suami memang selalu jadi tukang masak bila balik kampung… Kalau nak makan gulai itik boleh tempah kami, ya, ekekeke…….

      Raya ni suami kalah undi…. kami balik Johor!!!

  24. September 1, 2009 at 1:19 pm

    waduh!! tahniah Tie, seronoknya, dah 17 tahun dah usia perkahwinan Tie… moga kekal dunia dan akhirat, insyallah, amin

    • Tie
      September 1, 2009 at 9:08 pm

      He he… kita sama je la mak su. Moga2 perkahwinan kita kekal bahagia, ya… insyaallah…

  25. September 1, 2009 at 4:42 pm

    wah dah 17 thun.. kalau anak dara, pastinya sweet seventeen gitew.. heheheh

    apa2 hal pun jangan nakal2 naaa…. wakakakka

    • Tie
      September 1, 2009 at 9:09 pm

      Nakal ?

      Mana ada….. Tie ni sentiasa innocent tau, ekekeke……

  26. cpj
    September 1, 2009 at 6:48 pm

    Tahniah kerana telah berjaya mengemudi bahtera hidup bersuami dan berkeluarga selama 17 tahun!….

    • Tie
      September 1, 2009 at 9:09 pm

      Terima kasih cikgu.

      Cikgu bila lagi ? Janganlah tunggu lama2….😛

  27. September 1, 2009 at 7:05 pm

    Alhamdulillah dan semoga terus berkekalan sampai bila-bila, buleh le share tips yang elok untuk jaga rumahtangga ni…..

    • Tie
      September 1, 2009 at 9:10 pm

      Tips…?

      Hmm…. kena saling terima pasangan kita seadanya…:D

  28. September 1, 2009 at 8:40 pm

    selamat ulangtahun perkahwinan kak tie! waaahhh…jeles pulak sha rasanya. harap nanti satu hari sha dpt hepi macam kak tie juga. 17 tahun…lepas nieh tambah 10 tahun lagi..lagi..lagi…:)

    • Tie
      September 1, 2009 at 9:12 pm

      Insyaallah.

      Sha akan melaluinya.

      Jangan terlalu memilih, Sha…. umur dah meningkat tu, ekekeke…

  29. syayassir
    September 1, 2009 at 10:18 pm

    happy anniversary kak tie..
    semoga bertambah bahagia..😀

    • Tie
      September 3, 2009 at 5:58 pm

      Terima kasih….😛

  30. September 1, 2009 at 11:22 pm

    Tahniah kak tie dah 17 tahun bersama..dapat 3 org anak hehe..bila nak tambah lagi tu hihihi…

    • Tie
      September 3, 2009 at 5:59 pm

      Tambah lagi ?

      Err….tulang dah reputlah Nrina, hi hi… lagipun rezeki setakat ni je..

  31. Kin
    September 2, 2009 at 12:35 am

    Selamat ulangtahun kak tie…17 tahun..wow! sweet 17 gitu! hehheh…semoga kak tie dan suami kekal bahgaia di dunia sehingga ke akhir hayat, dan bersambung ke syurga pulak nanti, insyaAllah…

    • Tie
      September 3, 2009 at 5:59 pm

      Insyaallah…. moga2 doa Kin termakbul, amin….

  32. September 2, 2009 at 8:27 am

    Happy Annivesary yang ke 17.

    semoga happy dan semoga dipermudahkan ALLAH swt dan kekal hingga ke syurga abadi

    • Tie
      September 3, 2009 at 6:00 pm

      Terima kasih.

      Harap Shais pun begitu..😀

  33. Aykay
    September 2, 2009 at 12:06 pm

    selamat ulang thn yg ke 17 (sweet 17 gituew).

    semoga bahagia sehingga ke akhir hayat dunia dan seterusnya kekal selepas itu, bersama…

    dan kehidupan tenang berdua

    • Tie
      September 3, 2009 at 6:01 pm

      Alhamdulillah….

      Mudah-mudahan begitu laa…..

  34. September 2, 2009 at 1:01 pm

    Salam Kak Tie…
    Adush… su terlewat sehari la. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan buat kak tie dan suami.

    • Tie
      September 3, 2009 at 6:02 pm

      Terima kasih Su.

  35. September 2, 2009 at 1:27 pm

    k tie,

    zan ucapkan epi anniversary …..

    smga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik dan sihat, kehidupan yang ceria dan bahagia selalu….

    walaupun zan terlewat …. tapi kesempatan tetap ada kannn….

    • Tie
      September 3, 2009 at 6:02 pm

      Insyaallah…. mekasih Zan.

  36. iza
    September 2, 2009 at 5:21 pm

    Amboi comelnya baca kisah kak tie ni..beruntung dapat suami romantika di amore hehehe. Selamat ulang tahun perkhawinan yang ke 17.. semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat🙂
    maaf lah iza lambat sampai, kapai terbang baru hantar balik semalam😀

    • Tie
      September 3, 2009 at 6:03 pm

      Ekekeke…. mana ada comel?

      Biasa je…

      Baru balik, ya… Kak tie belum lawat lagi blog iza..

  37. Kak Long
    September 2, 2009 at 10:03 pm

    Tie,
    Happy Anniversary.
    Semoga bahagia dan kasih sayang berkekalan.

    p/s Kak Long pun lewat tiba…
    Satu kapal terbang dengan iza.🙂

    • Tie
      September 3, 2009 at 6:04 pm

      Hi hi…. satu flight ?

      Terima kasih Kak Long.

  38. September 3, 2009 at 7:34 am

    peweeeet~
    slamat ulangtahun😀😀

    • Tie
      September 3, 2009 at 6:05 pm

      Oooiitt !!

      Apa peweeet-peweeet ni ?

      Kang kak tie sepit moncong tu !! Waakakaka….

  39. September 3, 2009 at 11:11 am

    Congratulation to both of you. Semoga ke cucu, cicit, piut dsb. Saya belum capai 15 tahun lagi tapi rasanya byk juga cabarannya utk mencapai 2 angka usia perkahwinan, so tabik buat tuan punya blog, RESPECT to you and your hubby.

    P/S: Selalunya rumahtangga yg aman ni sbb masing saling faham-memahami, cinta mencintai dan cik abang tak nakal2… betul tak?🙂

    • Tie
      September 3, 2009 at 6:07 pm

      Terima kasih Ismail.

      Betul tu, kena saling bertimbang rasa, hormat, sabar dan banyak lagi.

      Nakal ? Adoi…… suami Tie ni nakal di rumah je… Tie tak tahan kena sakat laa….

  40. September 3, 2009 at 3:01 pm

    Salam tie,

    Mudah-mudahan kehidupan rumah tangga tie akan selalu dilimpahi rahmat dan kasih ALLAH.

    Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 17.

    • Tie
      September 3, 2009 at 6:07 pm

      Insyaallah.

      Terima kasih Chekdee…😛

  41. September 3, 2009 at 7:26 pm

    Happy Anniversary Kak Tie.. semoga kasih Kak Tie dan suami sentiasa segar macam mula mula kahwin sehinggalah ke akhir hayat….

    • Tie
      September 3, 2009 at 9:46 pm

      Alhamdulillah….

      Begitulah yang diharapkan. Neeza dan teman2 kita yang lain pun begitulah ya…

  42. September 3, 2009 at 9:21 pm

    happy anniversary kak tie
    sweet 17 hehee..
    alhamdulillah..semoga kekal ke akhir hayat n hapy2 selalu ye kak tie 1 family =)

    • Tie
      September 3, 2009 at 9:46 pm

      Terima kasih, Fatrina…

      Kak tie tunggu kad undangan dari Fatrina tau, hi hi…

  43. nekPP
    September 6, 2009 at 9:09 am

    tak susah mokcik tie oii..CNP aje! ahaks..demi mokcik yg tercinta!!! kiss2..

  44. Tie
    September 6, 2009 at 10:14 am

    Uwaaaaa………gelinya…..ekekeke…….😆

  45. September 6, 2009 at 6:00 pm

    selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 17 tahun kak tie… semoga kebahagiaan kekal milik kak tie dunia akhirat. insha Allah😉

    • Tie
      September 6, 2009 at 8:50 pm

      Terima kasih Nono….

      Harap2 Nono pun akan temui kebahagiaan berumahtangga nanti, hehe….

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: