Kisah tahun lepas (2)
Ok, mula-mula Tie buat lah apa-apa yang Isha suruh. Dia yang bagi idea. Buat keychain untuk digantung pada beg sekolahnya. Macamlah tak cukup berat beg tu nak dipikulnya..
Buat keychain domo, angry bird, ais kerim.. entah apa-apa laa… ikut jer apa yang budak tu minat. Kemudian kawan baiknya start order.. suruh bubuh nama. First time buat huruf ni terasa betapa seksanya. Lepas tu Isha suggest print jer huruf2 tu dari photoscape… dia cari font, downloadkan.. jadi Mamanya cuma tambah sikit kerja sikit dan print.
Ha… barulah nampak rupa huruf felt tu, haha… Sabor je laa..
Sebenarnya Tie tak sangka jadi bisnes makcik ni. Sebab kita ni kan pemalu.. manalah sanggup nak jual itu ini. Rasa nak sorok bawah saji jer. Tapi bila berkraft, terus lupa sifat malu ku…
. Order pula dari budak-budak, mereka tulis kat kertas, mereka lukis, design sendiri siap tulis warna yang diminati.. Jadi Makcik ni cuma buat, kirim kat Isha . Isha pun tetiba jadi glamour, kekadang bawa balik banyak jugalah pitihnya.. sampai kita pulak rasa takut. Takut cikgu marah laa…
Bila dah ada customers, timbul pulak masalah nak dapatkan barang mentah. Ajak abang buka acc maybank… belajar buat transaction online sendiri (test kat acc adik dulu…)… haha.. punyalah suka. Sebab dah rasa boleh berdikari. Cuma harus ku kawal nafsu , nak membeli online kuasanya terletak di hujung jari…
Acc Maybank dah ada, jadi mudahlah nak beli craft supply ni, kerana kebanyakan barang-barang craft tak dijual di kedai…. Dan kena pandai cari supplier yang jual harga yang berpatutan, barang berkualiti dan servicenya tip-top. Memang sukar, tapi terpaksalah , trial and error.
Pelanggan Tie kebanyakannya offline, yang paling banyak order adalah dari sekolah Wanie… amboi.. mentang-mentang budak-budak SBP, punyalah canggih-canggih idea mereka. Terasa tercabar lak bila dapat order, dengan design yang kekadang susah la jugak nak merealisasikan… Tapi kepuasan mereka tu la jadi kepuasan diri Tie. selalu tanya Wanie untuk dapatkan feedback… Setakat ini alhamdulillah… Bak kata Wanie, mereka tu ‘menggelepor suka ‘.
Lama-kelamaan, sikit-sikit Tie dapat pelanggan online. Ada yang dari blogger sendiri, yang dah lama ‘kenal’ Tie. Tak tahulah samada mereka puas hati atau tidak, sebab kekadang tiada reaksi la pulak. Risau juga.. pada mereka ini, Tie ingin mohon maaf kiranya hasil kerja tangan Tie tidak sempurna.. memang Tie akui.. sebab Tie ni bukan pakar bab jahit menjahit atau berkraft.. mula tahun lepas bulan Julai… jadi baru jer 6 bulan kot.
Namun ada juga yang beritahu Tie betapa sukanya mereka. Alhamdulillah. Ada yang order untuk dihadiahkan pada sahabatnya… Pernah buat diary panda… rasanya itulah antara hasil terbaik Tie… sampai rasa sayang nak pos..
Tapi, Tie takkan dapat hasilkan diari ini tanpa panduan customer itu sendiri… Warna , kedudukan huruf , dan lain-lain adalah kehendaknya. Agaknya tuannya rajin menulis tak, ekk….
.
.
.
Sambung lagi, ya… dah panjang pulak posting ni…
Kisah tahun lepas (1)
Tie nak cerita sikit, apa yang telah Tie buat tahun lepas…. pertengahan tahun…
Sebenarnya Tie ni suka buat serak, gunting itu ini, tampal itu ini, buat greeting card sendiri , entah apa-apa laa… tapi tak pernah menjadi. Eh.. baru teringat, ada buat satu greeting card dengan mulut burung ternganga, dan cikgu Arif (atau Wanie) siap puji lagi…. kah kah….!
Dah lama Tie minat pada benda ‘FELT’ ni, sejak nampak di blog Shada.
Kerana masalah duit… ye… semua orang ada masalah DUIT, Tie pendam kan aje. Tapi, sampai ke satu tahap, hati bergelodak, meluap-luap, nak cuba berkraf dengan FELT ni.
So, satu hari, dengan muka yang tak malu (kita ni biasanya pemalu), mintalah pertolongan dari Shada supaya belikan kita beberapa keping felt. Shada ni adalah blogger yang kita tak pernah kenal atau jumpa. Cuma baca blog dia dan cemburukan hasil kerja seni dia. Pernah beli bag sandang Isha darinya.. CANTIK tau!
Shada dengan ikhlasnya belikan FELT tu, pos ke kita walaupun kita tak bayar lagi.. Bayangkan 2 minggu kita berhutang dengan dia, siap ‘kerjakan’ FELT tu, dengan muka tak bersalah! Cuma Tie malu (masih lagi pemalu) nak tepek gambar hasil kerja ‘seni’ Tie kat blog, hinggalah hubby depositkan duit tu ke acc Shada, hehehe…
.
.
.
.
nanti Tie sambung cerita, ya…. nak jemur kain la pulak!
2011 in review
Rindu…
Itulah yang Tie rasakan bila mengimbau kembali blog ini.
Rindukan celoteh teman-teman yang datang bertandang.
Rindukan gurau senda kalian.
Tapi, masa telah merubah segala. Mungkin masing-masing terlalu sibuk dengan urusan yang lebih penting. Tie pun sama.
Namun, kalian semua tetap dalam ingatan ini.
Terima kasih kerana telah bersama buat sekian lama. Terima kasih atas nasihat dan simpati di kala Tie dilanda kesulitan.
Salam tahun baru 2012 buat semua dari Tie di sini.
Update mengenai Telekung (kain sembahyang)
Tie baru dapat sepasang, jadi nak komen sikit. Tie punya yang warna putih harga rm70 (tak termasuk kos penghantaran). Kainnya cotton chiffon, lembut dan ringan. Tie paling suka bahagian muka…..
Tali pengikat tu pun Tie suka, jenis getah. Senang nak pakai, sauk je terus. Sangat selesa, dan saiznya sepadan dengan Tie…. err…. comel jer, ekekeke…..
Ada 2 pasang available telekung warna putih ni. Coraknya berlainan, seperti di entri sebelum ni. Jadi kalau ada yang berminat, cepat-cepat email Tie. Kalau lambat, Tie nak jual ke orang lain….
Telekung yang berwarna tu pun masih ada… Cepat tau. Tie bagi tempoh 2 minggu lagi.
Salam
Salam Aidil fitri semua. Lama tak jenguk blog ni sampai hampir-hampir terlupa passwordnya, hihihi…… Sibuk sikit makcik ni, mata dah nak rabun pun masih nak menjahit lagi. Bukan jahit baju tapi jahit felt craft tu… Tak sangka diriku yang tak suka menjahit tetiba bila dah masuk senja ni jadi minat laks….
Ni saja nak tunjuk sikit beberapa pasang telekung dan sepasang kain untuk dibuat baju kurung. Mana tahu ada yang berkenan untuk diri sendiri atau nak hadiahkan pada seseorang terutama mak atau mentua, kan….
Silalah belek, ya… jangan segan-segan nak tanya.
Kalau ada yang berminat email sahaja kat Tie… nanti Tie bagi no account, bila dah selesai buat payment, beritahu Tie, nanti Tie akan poskan… Harga setiap barang tidak termasuk kos penghantaran… iaitu pos laju, rm6.. dah naik sekarang ni.
Telekung 1 ni harganya rm6o sahaja. Tak termasuk kos penghantaran. Bolehlah hadiahkan isteri tu. Saja bagi surprise, kan… mesti dia suka..
.
.
Telekung 2 ni pun lawa. Sesuai bagi yang sukakan warna terang. Harganya juga rm60.
.
.
Kalau tak suka warna terang, boleh pilih yang ni Telekung 3. Boleh juga dihadiahkan pada ibu atau mentua… biasa orang tua sukakan warna begini. Harganya juga rm60 sahaja…..
.
.
Hmm… kalau tak suka juga cer tengok yang ini, Telekung 4… warna putih bersih. Mesti terpikat, kan… Harganya rm70 sahaja. Tentulah berkualiti, kan.. Diperbuat dari cotton chiffon kalau tak silap. Err… kita cuma tolong promote kat sini.
.
.
.
Telekung 5 ni yang terakhir. Kalau tak dapat pilih juga, rugilah… Hanya ada 5 pasang ni sahaja. Yang ini juga harganya rm70 . Nanti kalau berkenan, cepat-cepat book dulu ya… Takut melepas lak.
.
.
Haa…. ini kain pasang, siap dengan selendang sekali. Yang bertudung pun masih boleh berhias dengan selendang ni. Lawa tau.. Harganya cuma rm70. Kainnya bercorak batik. Hanya ada sepasang ni jer… Cepat lah book, nanti melepas lak.
.
.
Satu Dirham….
.
.
.
.
Adeh…… ngantuk lak! Nanti kita citer, ekk……
.
.Err… lupa lak. Kalian boleh nampak tak gambar kat atas tu? Kita tak boleh nak upload melalui wordpress ni, jadi kita copy paste dari post di blogspot…
.
.
27 Julai…. Baru teringat nak tepek benda ni. Kalian boleh baca dan cari website yang dipaparkan…

Port makcik IKS
Sejak kita ambil alih port study Isha… (baik betul mama dia), netbooknya pun dah jadi tempat kita berinteriaksi dengan customer…. sentiasa online supaya mudah nak dapat maklum balas . Lagipun Isha suka buat homework di meja makan, sebab bukunya besar gedabak.
Tak pe, mama sewa bulanan, dapat untung kita makan ais kerim,
Sambil menyengkang mata, kita dengar radio era online… harap-harap jejari cepat kurus supaya boleh sarung cincin lama tu, ekekeke….
.
.
Isha dah jadi PA kita. Tapi PA kecik ni kuat membebel lak. Katanya penat je dia kemas dan organise things, tapi mama buat selerak semula, kah kah… Sabor je laa….
.
.
Pin Cushion
Tetiba dapat idea, buat pin cushion ni…. haha……
.
.
.
.
Other items and prices can be found in http://dangarumbia.wordpress.com/felt-craft/
.
.
Bookmarks… angry bird
.
Other items and prices can be found in Felt Craft (http://dangarumbia.wordpress.com/felt-craft/)
.












Recent Comments