Home > Bincang > Salam

Salam

1568033826_18595f5cb4

Assalammualaikum semua,

Makcik nak tanya laa…. Bagaimanakah cara yang terbaik kita bersalam dengan seseorang (muhrim je tau…) selain dari mengucapkan salam.

Walaupun dah jadi makcik ni, rasa macam bengong sikit. Masa kecik2 (Tie orang Johor), diajar bersalam dengan kedua belah tangah, kemudian tangan kanan diletakkan di dada. Mungkin tujuan utk menunjukkan keikhlasan di hati.

Bila bersalam dengan ibu/bapa atau ahli keluarga yang lebih tua…Tie disuruh supaya mencium tangan. Kira okay la tu… tanda kita amat2 sayang dan menghormatinya.

Bila berkahwin dengan hubbyΒ  (org klate), tengok orang bersalam gaya lain pulak. Semasa bersalam (elok digenggam erat), diucapkan selawat kemudian kedua2 belah tangan dirautkan ke muka. Tie ikut cara tu kini, kerana rasa ia lebih baik. Mentua pulak tak berkenan tengok orang bersalam dan meletakkan tangan didada …. Nak tanya sebabnyaΒ  terasa malu pulak. Tanya hubby tapi hubby kata cara tu dah lama dipraktikkan….


funny-pictures-how-animals-kiss-0qo

Dan sekarang pulak (dah bertahun juga) wujud trend berlaga pipi…. (bab lelaki dan pompuan tu citer lain, ek) Tie betul2 tak selesa ni. Adakah ia digalakkan dlm Islam ?Ada tak sesiapa yang tahu cara bersalam yang paling baik dalam masyarakat kita?

Tie rasa cium tangan tu sesuai utk ahli keluarga je. Walaupun ada gak kelihatan mencium tangan pemimpin (nampak kelakar je…hi hi). Dan berlaga pipi tu… hmm…. macam tak sesuai pula.

Tie rasa geli semacam. Tapi terpaksa gak, bila orang terus peluk (pompuan lah!) dan berpipi-pipi. Takkan nak tolak dia…hu hu…

Haaii……. Siapa lah punya angkara yang mulakan trend berpipi-pipi ni… ?Β  Jadi serba salah dibuatnya……😦

679756vtql6ozj6a.gif Blue Floral image by cateyberry

Categories: Bincang Tags: , ,
  1. kutaksempurna
    April 26, 2009 at 4:17 pm

    aihh… first ke arini

    • Tie
      April 26, 2009 at 4:21 pm

      Waa…. pecah rekod ni !! Kih kih !!

  2. kutaksempurna
    April 26, 2009 at 4:18 pm

    hik hik hik…
    betul laaa…

    kak tie,
    sy pun tak biasa bila org bersalam pastu laga2 pipi..
    tp klu org mulakan dulu, sy ikut je…

    klu tak, salam biasa je…

    • Tie
      April 26, 2009 at 4:22 pm

      Ye ke ?

      Ingat orang muda2 ni suka peluk2 dan laga pipi…..hi hi….

      Bila orang mulakan dulu, terpaksa la, ek…. kalau tak malu pulak dia tu…he he…..

  3. April 26, 2009 at 4:48 pm

    kat sini saya selalu konfius bila nak salam…cara mcm mana sbb mcm2 bangsa…mcm2 caralah pulak kan. selalu saya tunggu dan ikut je …kalau laga pipi maka laga pipilah…tapi dgn kwn2 rapat biasanya salam laga pipi. salam laga pipi pun saya konfius gak ada 2 kali je ada 3 kali…hihihi…
    tapi rasanya dr apa yg saya baca cara betul bersalam kena tengok muka n senyum dan gengam tgn( betulkan kalau saya silap…)

    • Tie
      April 26, 2009 at 5:12 pm

      Hmm…… kak tie rasa gitu juga la suzi…

      Salam dengan erat dan lihat wajah orang yang disalam dengan senyuman ikhlas… baru rasa seronok, kan…..πŸ˜€

  4. April 26, 2009 at 4:51 pm

    salam…hi..hi…cita orang pompuan, lelaki boleh nyebuk ke ni? kira boleh la…kan? hi..hi..hi..ari ni punya cita lagi lucukan? bukan apa, kalau pipi tu gebu takpe la kan?…hi…hi..hi…(sengeh sendirian ni…)

    • Tie
      April 26, 2009 at 5:14 pm

      Eh…. orang lelaki pun salam , kan……

      Ada yang peluk, dan tepuk2 belakang dengan mesra…. baguslah tu… Tapi ada gak yang berpipi pipi ni… walaupun jarang tengok.. (dlm tv je..hehe….)

      Ooo…pipi gebu ke, kerepot ke…. terasa geli gak!! waaaakakakaa……!!

  5. pu3
    April 26, 2009 at 5:11 pm

    kak tie, cara terbaru bersalam ngan orang, ngan memberi award.
    hehe
    sila dtg umah pu3 ea. amek award khas buat all bloggers.
    sila2.
    =D

    • Tie
      April 26, 2009 at 5:15 pm

      Aaa..?

      Ada award lagi ?? Nanti kak tie gi ambik, ya… hi hi…

  6. ain
    April 26, 2009 at 5:35 pm

    saya amalkan cara org2 johor bersalam. cium2 pipi tu..tengok pd keadaan lah.

    • Tie
      April 26, 2009 at 8:21 pm

      He he…. Tie bila balik johor, kena tukar cara bersalam.. nanti mak naik heran pulak…hi hi…

  7. nekPP
    April 26, 2009 at 8:49 pm

    salah tuu tie..hikhikhik..budaya tu lama dah cuma kita kat mesia tak praktikkan lagii..nampak janggal tapi benornya tidak..baik pompuan ataupn lelaki..tok2 dan minah2 arab nie kalau depa berjumpa mesti diorg peluk dan laga pipi ke pipi haaa mcm maner nak habaq ekh ekekeke..nak demo????wahahaha…ada juga yg cium pipi ke pipi..kononnya lebih mesra giteww…wallahualammm…

    • Tie
      April 26, 2009 at 9:35 pm

      Haaa….. itu laa…. Tie biasa nampak tok2 arab buat gitu… lelaki sesama lelaki… tak kisah laa…

      Tapi budaya melayu tak gitu… baru beberapa tahun ni je…Kalau dah memang mesra tu tak menjadi masalah. Ni baru jumpa sekali dah peluk2 dan berpipi-pipi…., Kita tak biasa laa…. tapi kalau itu adalah yang terbaik, terpaksalah buat, ek… he he… geli geliman pulak !! Kih kih ….!!

  8. nekPP
    April 26, 2009 at 8:50 pm

    hihikhik lupe..nak share lagii..anak teruna nekpp kalau bersalaman bukan cium tangan dia letak tangan tu kat pipi dia!!!boley giteww..heyy mcm2…

    • Tie
      April 26, 2009 at 9:36 pm

      Kih kih ….!! Tak kisah laa…. asal masing2 selesa……ekekekekee……

  9. April 26, 2009 at 8:59 pm

    Bersalaman….dengan perempuan….tengok mata…genggam erat …tanda ikhlas ……. kalau salam alahai jer …..cam tak ikhlas….heheheheh

    • Tie
      April 26, 2009 at 9:37 pm

      Tie biasa salam gitu.

      Tapi pernah sekali, orang tu salam hujung jari, muka tengok lain…. kecik mengecut hati ni… hu hu….

  10. April 26, 2009 at 9:00 pm

    kat tempat keje sy ni pun..kaedahnya gitew…laga2 pp…..apakehei…kkdg slalu jumpa….jumpa kat function U..masih nk laga2 PP…..x suka langsung….rasa cam plastik je….

    sy pun x pasti mana kaedah yg betui…biasanya mmg letak kat dada

    • Tie
      April 26, 2009 at 9:39 pm

      Ha ha…. macam plastik ek ?

      Ye laa…. kalau orang yang sememangnya rapat dengan kita, tak menjadi hal…. peluk ke cium ke… suka je…

      Tapi yang jumpa sekali sekala, dan tak mesra tu…hmm…. macam tak best je…keh keh !!

  11. ima
    April 26, 2009 at 9:23 pm

    salam cium pipi n peluk2 ni agaknya budaya org arab….sebab masa abang ima baru balik dari mesir dulu,cam gitulah gaya dia….salam cium pipi dan peluk2…malu dan geli ima dibuatnya….tapi tahan aje lah.

    • Tie
      April 26, 2009 at 9:42 pm

      Hmm…..menurut NekPP memang budaya Arab.

      Tapi takkanlah kita nak ikut je… kita kan ada cara bersalam tersendiri…. atau salah ke cara kita bersalam, ek?

      Mana la pok lebai kita ni ?? Nak jugak pandangan dari mereka…..

  12. April 26, 2009 at 9:43 pm

    kadang2 terperangkap ngan situasi yg mane kite rase taknak salam ngan seseorang coz bile pk2 kite bukan muhrim tp sbb org lain slambe je salam n die pun hulur tgn kt kite, terpakse la salam jgk.. rase nak pakai sarung tangan je kan kak tie..hehe

    tp kalau ngan perempuan nadine tk kisah sgt peluk2 ni tp janganla peluk kuat2/lame2 sgt plak kan..!hehehe

    • Tie
      April 26, 2009 at 9:50 pm

      Pasal salam bukan muhrim tu…. dulu orang kurang arif atau tidak ambil berat. Tapi sekarang rasa2nya ramai bukan muslim tahu. Entahlah… Kak tie dah tak kerja, jadi pergaulan dah terbatas.

      Sarung tangan tu elok juga dijadikan trend. Kak tie suka…. kalau ada yang berani memulakan…. tentu bagus, kan…

  13. nekPP
    April 26, 2009 at 11:39 pm

    yg pasti…jadik diri sendiri..yg pasti ikhlas dan niat kita tuhh…kau takat salam laga2 pipi…nak salam pon mcm angin lalu aja…tepok dada tanya selera…wallahuaamm wal mmap… ekeke wahh mcm ustazah pp plakk…

    psttt..biasanya kalau baru2 kenal..tak ler salam peluk2 laga2 pipi..menguhulurkan dua tangan…manisss mukaa maintain ayu dan jelita tanda keikhlasan persahabtan..haha ..tu nekpp ler..

    • Tie
      April 27, 2009 at 6:41 am

      Haa…. kalau dah mesra memang tak kisah pun laga2 pipi ni.

      Tapi bila orang dah buat, terima je laaa…cuma rasa tak selesa. Tie lebih suka salam style dulu, sambil salam sambil bertanya kabar…

  14. nekPP
    April 26, 2009 at 11:40 pm

    lupa lagiii..bukan muhrim..xyah ler salam..wakaka..takat maintan senyum aje! hahahaha

    • Tie
      April 27, 2009 at 6:43 am

      Biasa orang yang bekerja dan selalu berhubung dengan orang ramai memang selalu berdepan dgn masalah ni… Kena tegas laa pendirian tu. he he….

  15. April 27, 2009 at 12:02 am

    laga-laga pipi tu style org arab kot…

    kalau saya tgok kawan2 saya, tak silap saya yg alim2 mulakan salam camtu, lebih mengeratkan ukhwah kot huhu…bukan la maksud nak gedik2 tapi rasa lebih dekat dihati gitu hehehe

    tapi salam ni, lain tempat lain cara, yg penting ikhlas huhuhu

    • Tie
      April 27, 2009 at 6:45 am

      Hmm….tak semua orang selesa dengan cara tu. Kalau dah mesra tak kisah pun….kih kih…

  16. April 27, 2009 at 12:05 am

    Salam laga pipi memang budaya Arab.. tunjukan kemesraan..

    Apatah lagi berpelukan sesama teman tersebut.. tanda keakraban dan persaudaraan.. itulah sebaik2nya..

    Paling tidak, salam dengan memangang dua belah tangan dengan erat. Kemudian renung mata teman tersebut. Selepas itu berikan senyuman. Itulah sebaik2nya.. Dan itulah juga sunnah yang patut diamalkan baik selepas solat atau bertemu sua!

    Bagi mereka yg bersalaman tetapi tidak melihat muka teman yg disalami itu, petanda seolah2 sombong! Tidak ikhlas… Penakut.. atau ada agenda tersembunyi…

    Lantaran itu bukanlah terbaik utk dipanggil salam utk eratkan silaturahim!

    Kalau kita salam dan tidak melihat muka saudara kita.. jauh sekali bersedekah dengan senyuman.. maka bagaimanakah mungkin menjawab soalan mungkar-nangkir di alam kubur.. “SIAPAKAH SAUDARA-SAUDARA KAMU?”

    Bagaimana mahu mengaku saudara2 kita ialah orng2 Islam, sedangkan lihat muka saudara seIslam ketika salam pun tidak mahu. Bagaimana mahu mengenalinya pula, lalu mengaku di depan mungkar nangkir Muslimin itu ialah saudara2ku.. melainkan lidah menjadi kelu, dan siap sedia dibalun dengan cokmar!…maka bertaburanlah tulang-temulang.. kemudian bercantum kembali, dan dibalun lagi oleh malaikat tersebut!

    Salam yg diiringi dgn senyuman adalah yg sebaik2nya….

    • Tie
      April 27, 2009 at 6:49 am

      Oooo….ustat dah sampai pun….ekekekeee……

      Biasa bersalam atau berlaga pipi ?? Selesa yang mana, ek ?

      Tie pernah gak terkena dengan orang yang salam sipi2 je, muka pun tengok ke lain… Ya laa…. mokcik ni memang tak glamour…. orang tu pun bini orang besor… sabor je laa… memang dah sedor diri ni…hu hu…cuma harap2 mokcik sendiri tak buat gitu kat orang lain… takut gak lupa diri….

      • April 27, 2009 at 9:54 am

        kalau den diberi pilihan, den suko salam dengan diberi senyuman..

        kalau dengan org perempuan lak, terutama anak daro, den suko laga2 pipi ni ha! Kalau dengan nenenk dan makcit *tu*, tak lago pipi pun tak pe derr.. takut pipi den lak berparut!

        Tapi adoko org nak lago pipi dgn den ek?!
        hmm

        psst: kato org kek sebolah den, bukan gatal, cumo merapatkan silaturahim..

        wakakaka

        • Tie
          April 27, 2009 at 10:21 am

          Amboi….. bukan main lagi pokcit ni !!

          Entah siapa la nak berpipi2 dengan pokcit ooii !!

          Mak Lampir kot !! Kah kah !!:mrgreen:

  17. April 27, 2009 at 1:41 am

    Hye Kak Tie..
    Pearl lagi ar kena kejutan.
    Pearl susah skit nak biasakan berlaga-lagi pipi nie. sangat xbiasa.
    Pearl lebih selesa kot kalau salam..

    Kalau nak laga2 pipi, xtau plak nak 2 kali (pipi kanan, pipi kiri) ke 3 kali..
    Kekadang Pearl nengok 2 kali, ader plak 3 kali..

    **Elakkan laga pipi coz nnt jerawat berjangkit. Pearl byk jerawat. huhu

    • Tie
      April 27, 2009 at 6:53 am

      Waaakakakaa….

      Nasib laa, sapa2 yang kena jangkit jerawat tu….(ada ke jerawat berjangkit ?)

      Tapi, Pearls…. kristian pun laga2 pipi ke?? Oo….baru teringat… ada juga, kak tie nampak (dlm tv, ekekekee……)

      • April 28, 2009 at 2:50 pm

        Pearl kurang pasti ar Kak..
        Yang Pearls didedahkan ialah juz shake hand.
        Enough.
        Tapi, ader plak yang hug2…
        best gak kena hug tapi kurang selesa..
        huhu..

        **kalau yg pearls berkenan, best kot hug2..
        ngeeee…

        • Tie
          April 28, 2009 at 8:07 pm

          Ahah !!

          Pearls suka hug sapa tu ?? Ehem…ehemmmm………!!πŸ˜†

    • April 27, 2009 at 9:57 am

      erk! kalau ekau tak reti nak salam lago pipi…. hmm den boleh ajarkan..

      percumo jo..

      **promosi ini tertakluk kepada waktu terhad, dan utk anak daro jo.. makcik2 tak boleh…. makcik2 keno beli pada hargo semaso.. diskaun hanya diberikan utk anak daro.. yg cun.. percumo.

      wakakakkaa

      • Tie
        April 27, 2009 at 10:16 am

        Ooo…..toksahlah nak promosi pipi kedut tu …!!

        Kita mokcik2 pun tak hingin !! Penuh dengan jerawat batu pulak tuh !! Waaakakakaka……………!πŸ˜†

        • April 27, 2009 at 1:00 pm

          “Jerawat batu!”

          Siapo?

          Pearls kah?

          wakakkaa

        • Tie
          April 27, 2009 at 5:20 pm

          Eh….bukak ke muka pokcik yang penuh jerawat tu ??

          Waaakakakaa……….

  18. April 27, 2009 at 8:14 am

    Salam Tie.

    …kalau tie datang Kuantan ..kita salam dan peluk-peluk tanda mesra ye..tapi kalau masa tu akak lepas main bowling, tak payahlah..berlengas peluh…tak sesuai lah pulak..memadai dengan bersalam sudah memadai kot..

    • Tie
      April 27, 2009 at 10:10 am

      Tak kisah la…kita dah kenal ni, peluk2 pun tak pe… tapi jangan komplen bau hangit pulak….kih kih !!

      Oo….main bowling, ek… Tie cuma tau main dlm game tropics tu je…. main dengan ketam guna buah kelapa……he he…

  19. April 27, 2009 at 8:47 am

    salammm pagi senin akak t yg jeliter tewww.. ahaks

    • Tie
      April 27, 2009 at 10:11 am

      Salam………

      Jelita….??

      Ooo…… mekasih….mekasih….πŸ˜›

  20. April 27, 2009 at 9:01 am

    salam tie…

    errrkkk klu sy jumpa Tie sy nak salam tangan & salam pipi wlaupun sy tahu pipi sy tak gebu…

    • Tie
      April 27, 2009 at 10:12 am

      Ye ke ??

      Kot2 bila tengok nanti terus sorok muka lak…he he..

      Pipi Tie pun dah kurang gebu…. biasalah…. dah jadi mokcik ni….πŸ˜€

  21. April 27, 2009 at 9:14 am

    salam kak tie, huhu.. macam2 cara ‘ek nak bersalam.. tapi bagi saya yang paling penting sekali, keikhlasan masa bersalam tu.. genggaman tangan kena kuat.. itu menunjukkan kita ikhlas bersalam dengan dia.. tang laga2 pipi tu, itu trend je kot.. kalau saya salam dengan mak dan kakak2 ipar, kami saling cium pipi masing2.. bukan main laga2 jer.. hehe.. mesra gitu..

    • April 27, 2009 at 10:00 am

      hmm biaso eh..

      kalau salam sampai laga2 pipi dan cium2 pipi, tibo2 ado bendo yg tak puas hati ko, tak pun gaduh2 sikit2 ko,… terus jo dio org baling kerusi ke arah lawan masing2..

      tak pun sanggup tak bertegur sapo lamo2…hmm

      betul ko daniella?

      hehheheh

      • Tie
        April 27, 2009 at 10:15 am

        Eh…..pokcik gi main jauh2 laa…..

        Ni cerita mokcik2….. !!

        Silap2 kang hilang lak gigi sebatang dua kena kerusi tu , waaakakakaa……..!πŸ˜›

    • Tie
      April 27, 2009 at 10:13 am

      Betul tu betul !!!πŸ˜›

      Laga idung macam mana pulak ek ?? kih kih …..!

  22. April 27, 2009 at 10:34 am

    salam kemudian peluk tu dgn org terdekat saja. kami biasa kat surau lepas majlis – biasanya yassin dan tahlil kemudia buat bulatan bersalam dan peluk..mmg ada yg menegur …tapi itu bukan wajib..kalau selesa buat kalau tak selesa jgn buat.

    kadang2 benda2 mcm ni kita kena ikut budaya setempatlah…tiap org tiap tempat lelain…walaupun niat yg sama.

    kalau tak memudaratkan , ikut je…dah jauh2 merantau..luas pengetahuan..dan pengalaman jadi mana yg baik kita ikut

    • Tie
      April 27, 2009 at 10:56 am

      Tu laa… kerana tu Tie jadi bengong kejap.

      Kalau kat kampung hubby, lain lak fesyen nya…, balik johor, tukar gaya. Dan bila kat sini terpaksa gak ikut cara laga2 pipi tu….he he…. semacam je rasanya…

  23. April 27, 2009 at 10:39 am

    a’ah lah Tie, betul cakap kak Jie.
    Meh, meh nak peluk Tie meh…

    • Tie
      April 27, 2009 at 10:56 am

      Eeee……..eeee………geli la , hi hi…..geli…..ekekekekee…….

  24. April 27, 2009 at 11:53 am

    salam…doa salam bukan selawat tp doanya “Yagfirullah,hulana,walakum”(semoga Allah ampunkan dosa engkau dan aku)kita doa kebaikan pd org,malaikat doa 10 kali pd kita)malaikat tu,malaikat kn maksum,paling hampir dgn Allah,,,salam cium tangan untuk ibu-bapa,alim ulama dan orang2 tua…yang lainnya x di galakkan cium tangan,tp sekadar tunduk rasa hormat…semasa salam mata perlu tengok orang yang di salam…tp bila slam cium tangan x perlu tgk mata dah,,,ok oooriteeee…

    • Tie
      April 27, 2009 at 12:02 pm

      Salam…..

      Terima kasih la banyak2. Biasa orang2 kat kampung tu, tie dengar mereka selawat sambil salam…hehe….nak tanya malu lak…

      Oooo…gitu rupanya doa salam…. Nanti Tie cuba hafal… walaupun pendek ciput je.. makcik ni dah kerepot..hi hi… kena ulang banyak kali baru melekat kat otak…ekekeke….

      Jadi….tak perlu ikut cara tok2 arab ke? Yang berlaga2 pipi tu ?? Kih kih …!!

      • April 27, 2009 at 2:36 pm

        salam,,,doa tu saya amik pada ulama face tu face,,mula2 otak nie pun dah berat nk ingat tp,,,nset ada trus saya record..ha3..peluk tu,,bukan amalan org arab la kak tie,tu sunnah nabi saw tu….itu bergantung pada kita la…slalunya peluh tu macam nk berpisah dan baru berjumpa…….lagi satu ,bila bertembung diantara salam dan memberi salam,,,maka memberi salam per;u di utamakn…sebab pahala beri salam sangat tinggi…hingga amalan memberi salam ini boleh dijadikan pengerat silaturrahim…..>>>>….

        • Tie
          April 27, 2009 at 5:19 pm

          Okay….baik ustat !!πŸ˜†

        • April 28, 2009 at 10:54 am

          sallam….saya bukan ustad……la….bukan pelajar sekolah agama ke,,lulusan agama pun bukan,,,yang saya belajo xde kaitan lgsung dgn agama,,,,hu3,,,,,,,student keduniaan je…..kuEng3 dan paling penting salam……..x de langsung dgn lelaki dan wanita…..kecuali ada ikatan dan talian……yang len xde …..pegang diorg ,ibarat pegang bara api….dan dah hias dah satu seksa kt kubur…..kui2

        • Tie
          April 28, 2009 at 8:05 pm

          Salam…….

          Laa…….kak tie cuma gurau je…… hi hi…πŸ˜†

  25. April 27, 2009 at 12:41 pm

    bersalam sambil senyum sampai telinga sambil tgk muka dia ..itu ok..

    • Tie
      April 27, 2009 at 5:06 pm

      Ye ye…..

      Senyumlah sampai ke telinga….kih kih…!!πŸ˜›

  26. April 27, 2009 at 2:17 pm

    k tie,

    selalu nampak pak arab kat dalam tv aje yang buat….

    zan pun kurang senang… kdg2 tu mereka yg teringin nak laga2 pipi sanggup tarik bahu kita. kadang dah tersadung kita yang kecik ni dibuatnya.

    tapi nak bagaimana kan… kena juga menghormati, takut tolak terang2 nanti kecil pula hati… kan k tieπŸ™‚

    • Tie
      April 27, 2009 at 5:07 pm

      Ha ha…..

      Kak tie pun sama, kena tarik…pastu jadi bengong, nak laga pipi berapa kali…..kihkih… macam2 pesyen laa…..πŸ˜€

  27. nahmy
    April 27, 2009 at 3:52 pm

    adess..payah gak nak jawap/komen. rasanya kena tanya mereka yg arif bab hukum-hakam. tp klu tak jawap ‘salam’ mmg berdosa….rasanya itu semua org tahu…saya pun menengok adik lelaki yg kahwin org kelate – bila dia bersalam dgn mak mertua dia laga-laga pipi…naik meremang gak bulu…bulu roma…!!

    • Tie
      April 27, 2009 at 5:18 pm

      Ha ha ha……kalau tak biasa memang rasa macam tu…..

      Sabor je laa……πŸ˜›

  28. iza
    April 27, 2009 at 5:51 pm

    Kak Tie,
    Kalau setakat salam dan peluk2 ngan kengkawan memang dah biasa sangat lah. Memang dah sejak zaman sekolah2 lagi bila selesai soat jemaah…benda tu terbawak2 sampai keluar.. tapi ngan kawan2 rapat jer lah..

    Iza ada pengalaman lawak lah pasal budaya arab yg satu ni. Iza baru tau kalau mak2 arab ni kalau peluk, dia siap buat bunyik lagi. Ni pengalaman Iza kat Dubai.. Depa salam pipi kanan, Iza dengar bunyi ciup.. bukan dia cium pipi, laga ja, tapi ada bunyi, salam pipi kiri pun bunyik ciiupp…. haha….iza punya lah tersengih2, nak gelak kuat2 nampak sangat jakun nya.. mula2 rasa macam pelik pulak, tapi bila dah banyak kali, dah boleh terima lah… rupa2nya tu tanda kemesraan, dan depa mmg baik sangat melayan tetamuπŸ™‚

    • Tie
      April 27, 2009 at 8:06 pm

      Ooo..??

      Ada bunyi ?? Waaakakakakaa…… oooppss… terlebih pulak !!

      Tak pe laa…. satu pengalaman yang menarik !

      Cuma, bagi kak tie, kalau baru kenal, susah nak bermesra….rasa macam kayu je…kih kih …!!

  29. April 27, 2009 at 6:24 pm

    Salam Tie… sebenarnya nekcun pun kalau salam dengan kekawan (sama pompuanlah!..) nak pulak kalau yang dah lama tak jumpa, mesti peluk cium pipi ke pipi… bagi nekcun itu tak salah kerana untuk menunjukkan keikhlasan dan kerinduan kita pada mereka. Dengan anak-anak pun nekcun selau peluk cium juga bukan takat berslaman sahaja. Kalau nekcun jumpa Tie pun, nekcun nak juga peluk cium pipi ke pipi… nekcun akan rasa lebih mesra… eeemmm.. tak tahulah apa pendapat orang lain, tapi bagi nekcun, kalau sesama pompuan atau muhrin kita sendiri tidak mengapa kita menunjukkan keikhlasan dan kasih sayang begitu…

    • Tie
      April 27, 2009 at 8:08 pm

      Ye ke ??

      Nak ke peluk2 Tie ni…….(walaupun ada bau bawang ??)

      Hi hi….malu laa…. Tak biasa…. Makcik ni jakun sikit.

      Dahlah dok kat ulu, tak pulak keluar rumah…. asyik terperap depan pc….kih kih ..!!

  30. April 27, 2009 at 6:39 pm

    Salam Tie..

    Active di wordpress pulak ke? Padanlah rumah kat blogspot tu senyap aje…Adehhhh…saya ni tertinggal keretaapi…hehehe…Jap kena update balik address…

    • Tie
      April 27, 2009 at 8:12 pm

      Salam….

      Baru je pindah sini. Dah bosan dengan blog lama tu, berkurun tunggu loadingnya, he he…..

      Tie jadi silent reader je kat blog Tirana. Jangan kecik ati, ek.

      Terpaksa ngaku laa… Tie kurang ilmu nak komen bab2 intelek ni…. kelu rasa jejari ni. Tapi setiap info yang Tirana hidangkan tetap Tie hargai…πŸ˜›

  31. April 27, 2009 at 9:09 pm

    hohooho laga2 pipi tu slalu je kat sini
    mula2 sy pun kekok lame2 terbiasa pulak hehe
    yg laki pun ramai yg buat mcm tu…
    bkn stakat yg pakai jubah, yg rock2 pun buat hihihi

    eh baru sy prasan.. dgn kwn2 sy, instead of salam, trus laga2 pipi je haha
    cara nak tunjuk silaturrahim.. kot?
    sambil muah muah tu sambil tanya khabar wakakaka
    agak2 nya cara utk tak cakap kuat2 kot?

    dgn bukan muhrim.. seb baik xde yg mau laga2 pipi ni WAKAKAKAK
    mau pengsan kalau ada
    masa sy mula2 dtg sini dulu kekok giler bila org sua tgn mau shake hand la katanya
    org kasi hints pon dia tak tangkap errrkk
    slalo mmg kwn2 laki yg buat gitu
    diorg mmg jenih shake hand bila jumpa geng2
    so sampai skrg klo jumpe sure dia akan shake hand haha
    kengkadang tu kita tak sua, dia tetiba amik tgn kita pastu shake hand
    pelik2 betul
    ternoda tgnku~ errkkkk!!!

    ade gak kwn2 sy yg phm n amik hints yg sy xmo
    ade gak yg tak phm2 hoho susah mau explain~

    yg bengangnya.. klo time tu tgh tahan air smayang hohoho
    klo keluar gi jalan2 ke, kalau tgh tahan air smayang (yo lar, kengkadang xjumpe tpt smayang, last2 smayang kat park je – mana mau carik tpt amik air smayang kan?) mmg pakai glove hehe
    cuaca sejuk xpe la kan

    kalau tgh2 panas? ade gak org kata gilo ka pakai glove hahaha
    so, cara lain, sila la pakai baju tangan panjang
    leh memanjangkan lagi lengan tu kasi cover tgn ke hape huhu
    klo tak pun, taruk je tgn dalam poket xmo kasi berlaga dgn tgn sape2 ntah hehe

    • Tie
      April 27, 2009 at 9:31 pm

      He he……rupanya kat london pun gitu jugak . Dah terikut2 dgn pak2 arab kot !

      Tak pe laa…. asal jaga tatasusila agama, tak jadi masalah kot. (makcik ni je yang jakun….kihkih !)

      Kalau terkena pipi yang licin gebu tu memang seronok. Tapi yang penuh dengan kawah2 dan yang tak mandi tu, camna, ek ?? Tahan napas kot !!

      Ooo……tangan adila dah ternoda ? Haa…. turun saham….ekekekee…….

      Lain kali bila musim panas, pakai glove yang lace tu…cantik gak !! Nak salam pun boleh, nak cium tangan pun ok…..oooppss !!😳

  32. April 27, 2009 at 9:14 pm

    huhoo..apa-apa pun salam kena ikhlas..syd biasa salam ngan tok-tok arab dan negro yang kat uia tu salam kuat..tak macam orang-orang melayu..lemah lembut gemalai…hehe..bila dah bersalaman cam tu syd lebih suka practice macam tok arab tu..hehe…

    tang cium pipi tu syd tak penah lagi la..tapi kalau tak salah mmg asal dari timur tengah jugak dan area-area dekat pakistan, india dan afghanistan…sebab selalu orang-orang dari negara ni salam cam tu~

    • Tie
      April 27, 2009 at 9:34 pm

      Ho ho ho……

      Sayyid dan Adila macam berjanji je datang sama kat ‘rumah’ kak tie ni……kih kih !!

      Jangan berpimpin tangan tau !! Dosa…….!! Waaaakakakakaa………..

      Salam ala tok2 Arab tu salam tangan je ke ?? Tak de peluk2 ??

      Laga pipi tak pernah ke ?? Huuuaaaaa…………….πŸ˜›

  33. kin
    April 27, 2009 at 10:47 pm

    Kalau saya, yg penting bila salam kena tengok mata org yg bersalam ngan kita. Org kata tanda ikhlas, bukan acuh tak acuh je. Kalau org2 yg rapat tuh, saya suka kalau disusuli dengan cium2 pipi…rasa lebih mesra. Saya mula kenal ngan budaya salam2 cium pipi ni masa zaman blaja dulu. Tu pun biasanya, org yg mulakan. Kalau tak salam tengok muka je lah. Biasanya, salam2 cium pipi ni org pompuan je kot. kalau lelaki, dorang biasa salam2 biasa, paling kuat pun peluk2 je kot.

    • Tie
      April 28, 2009 at 9:50 am

      Masa kak tie belajar dulu, memang pernah tengok, sis yang bertudung labuh atau berpurdah bersalam, berpelukan mesra. Masyarakat luar tak lagi.

      Tapi sekarang ni dah menular ke kampung pulak…hehe… Kak tie ni jakun dan kolot sikit. Susah nak terima benda2 asing….. mungkin kalau ianya baik, terpaksa ikut je laa…..

  34. OD
    April 28, 2009 at 2:05 am

    Tie, kalau kawan rapat tu biasalah, bersalam laga pipi dan sampai peluk-peluk. Tak tahulah kat orang lain tapi dengan opah memang biasalah cam gitu. Bersalam yang Tie sebut (cara Johor dan Klate tu) dua-dua baik. Buat mana yang dirasakan bersesuaian dengan diri. Tak tahulah pulak ada hukum ke tidak bab bab bersalam ni. Kena ustaz/ustazah yang menjawab. Tapi kalau OD, apa yang Tie buat tu kira dah okey ler tu.

    • Tie
      April 28, 2009 at 9:52 am

      He he…..ustat dah pun datang dan jawab kat bawah tu…..

      Cuma Tie heran, masyarakat Melayu ni laju je bab2 meniru… Tak kiralah yang baik maupun yang dilarang….. Tie ni dah terbiasa bersalam style lama. Mungkin sebab jarang berhubung dengan orang ramai…. asyik terperap je kat rumah.:mrgreen:

  35. April 28, 2009 at 3:04 am

    Salam,

    Berbicara soal salam ini ingin saya sebutkan di sini:

    1.Salam sesama lelaki dan wanita ajnabi adalah membatalkan wudhuk di sisi mazhab syafie.

    2.Berlaga pipi biasanya diamalkan oleh masyarakat selain Malaysia. Sesama jantina tidak ada masalah jika tidak menimbulkan fitnah.

    3.Kalau boleh elakkan bersalaman lelaki perempuan walaupun orang hulurkan dulu. Tegas dalam lembut.

    4.Tidak ada masalah samaada dua tangan atau satu tangan.

  36. Tie
    April 28, 2009 at 9:57 am

    Salam ustat,

    Terima kasih. Kalau di kampung, Kak tie lihat lelaki dan perempuan bersalam (saudara tapi bukan muhrim) bersalam berlapikkan kain (tudung contohnya ). Kira okey la tu, ….kan? Itu pun kerana tanda hormat… biasanya sepupu, dll………

    Alhamdulillah……. baru rasa jelas semuanya…. Terima kasih sekali lagi…..πŸ˜›

  37. April 28, 2009 at 1:06 pm

    tie…sori la ekkkk tak tinggalkan komen lepas baca entry ni 3 hari lepas. sibuk sgt selepas balik dari Kuching. Petang ni ke Langkawi pulak. Nnti kita update blog k. take care…

    • Tie
      April 28, 2009 at 8:03 pm

      Ish…..

      Tak payah la sorry2 ni… Bukannya wajib pun baca dan komen blog kak tie ni….hu hu… tak nak menyusahkan sesiapa pun. Kak tie saja usik kenari… Ingat dok buat apa… rupa2nya sibuk terbang, ek..

      Tak pe laa. Asal sihat dan selamat, kak tie rasa suka je… he he…

  38. April 28, 2009 at 6:25 pm

    terlebih tengok cerita james bond kot… or kusyuk sgt tgk cerita cleopatra. eh! ada ker?

    • Tie
      April 28, 2009 at 8:04 pm

      Eh……ada lagi ke citer cleopatra tu ?? Suka tengok rupa dia je….kih kih ..!!

  39. ctnik
    April 29, 2009 at 7:41 am

    kak tie kelate ni kan?dulu pakai blogspot kan?ct kemain carik balik ur blog,dh tutup da..ingt dh private sume.ada facebook?please add mee at this name>>siti norhernani

    • Tie
      April 29, 2009 at 8:07 am

      Eh…….pandai juga cari, ek. Kak tie ingat ct dah tak online lagi…. Kak tie dah invite kat facebook tu… nanti cari laaa. Tapi, kak tie jarang bukak facebook. Jarang update pun. Sebab segan nak citer2 hal personal ni…

      Kak tie sebenarnya orang johor, hubby yang klatenya… tapi dah ada rumah kat klate…..tunggu hubby dapat posting kat sana, entah bila agaknya… susah betul, kih kih..!!

      Kalau nak contact, antar je email, atau blog kat sini. Tak kisah pon…

  40. ctnik
    April 30, 2009 at 12:20 am

    kak tie,tak jumpa pun invitation tu..nanti dabel cek,ok?ingt tp pc ct ni dh 2 kali reformat terus lupa ur url.blogspot tu pan cari dlm blog org.ni pun jumpa kt blog org.

    Reply : Kesian….sampai tercari2 dlm blog orang, ekekeke…..

    • Tie
      April 30, 2009 at 9:14 am

      Laa…… ye ke ?? Kak tie guna email haneehana tu laa…..

      Macam mana, ek…. cuma cari nama Nor bt Yahya kat facebook tu… kalau ct add as a friend, nanti kak tie balas laa….. he he…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: