Page Kaytieze Craft

Sesiapa yg berminat untuk tempah, boleh ke page Tie di sini. https://m.facebook.com/profile.php?id=199369186759367&_rdr 

Screenshot_2014-10-11-03-08-32

Chelsea cushion

Material dari velboa @ short plush.

Kepada yg berminat sila email ke kaytieze@gmail.com atau pm ke page kaytieze craft di fb.

CYMERA_20140928_213014

Mickey dan Minnie cushion

CYMERA_20140917_142505 Untuk tempahan, sila email ke kaytieze@gmail.com atau pm ke page Kaytieze Craft di fb. Tempahan yang tak urgent sahaja diterima.

 

Personalise cushion lagi…

Semua tempahan dan design adalah atas permintaan customer. Yang berminat sila email ke kaytieze@gmail.com atau pm di page Kaytieze Craft.

Material -velboa, felt, fiber dan butang…

IMG_352233659801020IMG_20140819_130044

JeSS – Jeli Science School

Alhamdulillah..

Walaupun lambat terima surat, akhirnya ada juga rezeki sibongsu di sini…

10255948_718176728225549_3064707533927157224_n

Sekolah baru juga, macam SAHUT (sekolah kakak dia dulu). JeSS baru menerima pelajar tahun lepas, 2013. Jadi Isha adalah pelajar tahun kedua.. 2nd batch, masuk ke form 4…

.

.

10167952_718176678225554_7044401908003203361_n (1)

Ada ruang tempat menunggu di luar… satu pembaruan, kat Sahut tak ada….

.

.10253996_718176701558885_1650151092797074152_n

SBP ni terletak di atas bukit.. ada bertangga-tangga… haha… sakit pinggang mamanya…

.

.

10271610_718176888225533_7018198295946282282_n

Sebelah kiri bawah, dekat tangga tu adalah pejabat pengetua, pengetuanya Tuan Haji Idris kalau tak silap, sangat mesra.. mudah sangat kami berurusan.. alhamdulillah… Guru kaunselor pun ok… memang dah ditakdirkan rezeki Isha di sini, walaupun macam2 sekolah dia pilih…

.

.

1907312_718176914892197_3233299482457411573_n

Kantin… masa ni dah kul 1 pm.. jadi semua pelajar berada di kelas. Kelas habis kul 2.10pm, pastu terus gi surau, solat zohor, kemudian baru gi makan di dewan makan…

.

.

10254010_718177151558840_774720761796271076_n

Yang sebelah kiri tangki air tu Dewan.. bawah dewan tu lah terletaknya dewan makan.. (ada pulak underground, haha..), sebelah kanan tangki air tu surau.. jenuh naik tangga… Ni pandangan dari hostel pelajar perempuan. Sebelah kanan sekali adalah deretan kelas.

.

.

10177287_718177048225517_9068796173955139974_n

Pandangan dari hostel Isha. Itulah kelas.. yang bawah sekali form 1. Bangunan2 semua berdekatan, tapi kerana banyak tangga, rasa jauh lak nak sampai. Hostel ada 6 blok, 3 blok utk pelajar perempuan, 3 blok lagi utk pelajar lelaki. Blok pelajar lelaki terletak di belakang, Paling kiri Dewan kat atas tadi.

.

 

 

 

10314708_718176988225523_1638611923750354902_n

.Bilik…. yg menempatkan 8 pelajar setiap bilik. Katil bawah jer.. ok la tu.

1557730_718177008225521_392821841465798698_nBilik utk gosok baju..

.

.

1609941_718177221558833_5240893019898472946_n

Ok.. bye bye Isha… semoga selesa dan seronok belajar di sini…

.

.

Ooops… sebelum tu mama dah seludupkan rabbit… takut tak dpt tido nanti, hahaha…

IMG_1948

 

Bantal hiasan

IMG_1919

Material – velboa/short plush
Applique – polyfelt
Size 11x11in

 

 

IMG_1924

Olaf !!
Material – velboa/short plush from MAS Craft Supplies
Applique – polyfelt
Size – 10inx12.5 in

Bantal untuk pengantin

IMG_1630

Material – velboa putih (depan), rose embossed velboa pink belakang)
Applique – velboa (kereta dan pengantins), polyfelt (wordings)

Velboa dan felt dari MAS Craft Supplies

Utk tempahan sila email ke kaytieze@gmail.com

Bilik Pengantin

Alhamdulillah… majlis anak telah selesai disempurnakan.

Gambar-gambar ini sengaja dikongsikan untuk dijadikan inspirasi buat bakal raja sehari yang inginkan kesederhanaan.. insyaallah.

 

857231_769998876365451_5847412895802572944_o ee ff www

 

 

 

 

 

 

 

Panjang tangan….

Kita dah lama pendam rasa stress ni..

Nak marah tak boleh, nak tegur pun tak boleh..

Kekadang kita rasa macam nak jadi jahat!!

Mana taknya… setiap kali balik rumah kampung, ada saja barang yang ‘orang’ ambil.

Pantang ada lebih sikit… asal berkenan jer ambil buat macam hak sendiri.

Baru-baru ni perasan, getah paip air dah kena potong… patutlah rasa makin pendek.. nak siram pokok pun tak sampai.

Dahlah potong kedua-dua hujung.. sampai nak pasang pada kepala paip pun tak boleh..

Penyambung paip dah lama hilang.. asal tinggal jer apa2 barang kat rumah , terus lenyap.

Selipar buruk kita pun hilang.. kes terlupa nak simpan dalam rumah.

Apa jenis manusia la gini.. rasa nak nangis guling-guling..

Tu sebab kena simpan makanan berlebihan dalam bilik.. bukan dalam dapur.. walaupun teringin nak buat pantry macam orang lain.. tak boleh ada lebih sikit.. ada jer yang teringin nak bawa balik.. hoho… hati sakit tak terperi…

MH370 – Mengharap Keajaiban

Hari ini merupakan hari ke 8 pesawat milik Mas hilang.

Kita sangat-sangat bersimpati pada keluarga penumpang dan crew pesawat.

Tiada apa-apa yang dapat diluahkan selain dari doa ikhlas agar mereka semua dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Ya Allah….

Ada ketika kita nak sangat berlaku satu keajaiban.

Mana tahu tetiba jer kedengaran suara Cptn Zaharie memohon kebenaran untuk mendarat di KLIA…. membawa pesawat MH370 bersama semua penumpang dan crew dengan selamat…..

Biarlah bunyinya macam merapu.. tapi kita yakin dengan kuasa ALLAH….

Previous Older Entries Next Newer Entries