Kecurian lagi

Kali ini bukan tong gas atau duit tapi gambar yang Tie susah payah snap dan edit tu. Orang ni senang-senang copy paste tanpa minta kebenaran atau sekurang-kurangnya bagi la kredit atau tulis link.

Ni, bukan sahaja gitu, malah siap crop untuk buang watermark yang tak seberapa tu. Sila lihat di bawah ni. Memang betul-betul chap ayam punya orang !

.

.

Boleh nampak dia crop dan buang watermark tu… Tie perhatikan, memang perangai gini agaknya orang kat my sembang net ni….. Tak tahu adab langsung. Pandai je ambil gambar orang (bukan Tie sorang), pastu senang-senang buat cerita.

Yang sorang tu ambil gambar kacang parang, jelas lagi…. tapi dia tak crop, jadi nampaklah kayteeze kat bawah tu. Tie ni bukannya gila glamour, tapi… penat gak kita ni terteleng-teleng ambil gambar tu. Walaupun gambar tu tak berharga (buruk tu ada laa…),  ianya ada nilai sentimental buat Tie.. Semuanya ada kisah di sebaliknya.

Patkal je mereka ni tak ada blog. Kalau tak memang Tie nak pulas telinga si Chap Ayam tu!

Oooii… Chap Ayam ooiii… kita tak redha gambar kita dicrop gitu tau !!

.

.

~ Kisah cerita mek nab pun ada yang copy paste.. orang forum laa… siapa lagi. Sesiapa yang biasa berforum ni terutama dalam my sembang net tu, tolonglah sound sikit pada orang begini. Belajarlah bertimbang rasa!

40 Comments (+add yours?)

  1. en_me
    Jul 28, 2010 @ 07:23:00

    bengang kannns..

    Reply

  2. Zymazara
    Jul 28, 2010 @ 07:41:04

    Tarik nafas ……………tahan nafas……….lepaskan nafas tu.



    ‘Lega atau semput??




    Jgn marah2 ye, nanti darah meningkat naik mcm harga gula.

    Hihihihihihi………..

    🙂

    Reply

  3. somuffins
    Jul 28, 2010 @ 09:01:11

    Tie
    Tak kiralah gambar kita tu buruk atau cantik, terang atau kelamayar, kan Tie kan? Nama dia tu pun Chap Ayam. Memang very dot3.

    Reply

    • Tie
      Jul 28, 2010 @ 11:20:56

      Waakakaka….

      Sebenarnya Tie tahu ada beberapa blog ambil gambar2 tie ni, tapi kerana mereka bubuh link, jadi Tie tak marah malah suka sangat.

      Tapi si Chap Ayam ni siap buang watermark kita… kurang ajar betul, kan…

      Reply

  4. Ismail N
    Jul 28, 2010 @ 09:04:57

    Boleh sue tu kak ooii..Copyright. Tapi tak perlu lah kan? Sekurang-kurangnya terbukti bahawa hasil2 blogger Tie ni mendapat perhatian umum dan perlu di respect! 😀 Cool down.

    Reply

  5. Ismail N
    Jul 28, 2010 @ 09:06:52

    Btw, marah ni sbb kena curi atau pencurinya Chap Ayam??? Kalau Tom Cruise ke yg pinjam guna gambar .. maybe tersenyum jugak kot? 😀

    Reply

    • Tie
      Jul 28, 2010 @ 11:23:15

      Ekekeke…….

      Tak di laa… kalau Pierce Bronsnan pun buat gitu Tie marah jugak. Baru boleh sue sebab dia kaya, hihi…

      Reply

  6. DrSinga
    Jul 28, 2010 @ 10:09:12

    macamana Tie tau ia telah dicilok?
    (agak rabun IT disini..)

    Reply

    • Tie
      Jul 28, 2010 @ 11:24:33

      Err…. kita rabun IT jugak ni!
      .
      .
      Kita saja google nama2 gambar yang kita tepek kat blog… pastu jumpalah gambar sendiri tapi linknya lain. Tu yang berdesup gi siasat ala-ala csi gitu…

      Reply

  7. juliet
    Jul 28, 2010 @ 10:46:36

    bukan glamor yg kita carik, tapi sedikit penghargaan kalo nak cilok pun kan.

    Reply

  8. aida
    Jul 28, 2010 @ 10:55:47

    gambar yg diambil adalah ekskulisf.. bila kita yg tangkap gambar tu.. semua selok belok gambar kita kenal.. latar belakang segala bagai kita ingat.. kala crop pun kita masih boleh tahu

    Reply

    • Tie
      Jul 28, 2010 @ 11:27:38

      Betul betul betul !

      Gambor tak cantik macam pro tu… kamera pun cikai je, tapi ianya ada cerita di sebaliknya.

      Kalau nak tahu, orang yang beri kami timun betik tu baru je meninggal, 2 bulan yang lepas. Sakit kencing manis. Arwah seorang yang suka bersedekah, masa sakit dulu siap pesan kat kami supaya ambil anak pokok limau kenit yang dia semai.. Ada kat belakang rumah kita di kampung sekarang….

      Reply

  9. Sakinah
    Jul 28, 2010 @ 11:07:42

    Salam kak tie,

    nampaknya kak tie kena letak watermark tu kat tengah dan jelas..biar orang susah curi.

    p/s: baru tahu ada timun betik

    Reply

    • Tie
      Jul 28, 2010 @ 11:28:27

      Salam Sakinah.

      Kak tie tak suka buat gitu sebab akan merosakkan gambar. tapi… entahlah. Mungkin kena buat gitu jugak lepas ni..huhu….

      Reply

  10. lee lin
    Jul 28, 2010 @ 12:03:50

    dah namanya pun chap ayam kak, hehe…
    eh tapi sardin cap ayam sedap 🙂

    Reply

  11. zareda
    Jul 28, 2010 @ 12:58:01

    yerlah kak tie

    at least bagilah kredit sikit dari mana gambar tu diambil kan…

    Reply

  12. Bro Framestone
    Jul 28, 2010 @ 13:08:28

    cara terbaik kak tie buh je watermark atas gambar tue.. dorg xleh nk buang ke ape.. if edit pun org tahu yg dorg teu edit..

    sy xkisah dorg nk amik pic ke ape.. jnji xmakan bandwidth saya je

    Reply

  13. suzi
    Jul 28, 2010 @ 13:34:47

    salam kak tie,
    makin menjadi2 benda2 camni…memang tak patut betul.
    ingat nak senang diaa je..pastu tak berterima kasih langsung sabor jelah…

    Reply

    • Tie
      Jul 28, 2010 @ 16:14:45

      Benda gini perkara biasa, kak tie dulu ambil gambar orang gak (masa tak cerdik lagi), tapi tak de la sampai buang watermark tu… Kak tie tak marah kalau orang ambil gambar kak tie, rasa suka gak. Cuma bila dia buang watermark tu yang buat kak tie naik hangin ni, huhu..

      Reply

  14. zue
    Jul 28, 2010 @ 15:04:57

    cap ayam2..nape le ko gi copy & paste dah tu ko gi buang watermark. apa lagi naik angin le tie..apa2 pun tie kena cool…perkara ni mmg biasa brlaku.

    Reply

  15. yonna
    Jul 28, 2010 @ 15:17:28

    akak,sy suggest,watermark tu akak letak tgh2 gambar. biarlah gambar nampak buruk kan. hahaha.dr org dok curik gambar2 kita.sakit hati gak 🙂

    Reply

  16. pB
    Jul 28, 2010 @ 17:13:01

    salam kak tie

    Reply

  17. bcp
    Jul 28, 2010 @ 18:52:11

    kak tie,mcm2 perangai org skrg.takleh cuti real,curi alam maya.agaknya ingt curialam maya tak dpt dosa kot.pastu tak dpt tangkap.kalau curi kt kedai,ada cctv.kekeke

    Reply

    • Tie
      Jul 28, 2010 @ 22:41:46

      Hehe…. kak tie dah lega sikit. Dah tak marah macam tadi, cuma harap-harap sesiapa yang nak guna gambar orang ni janganlah buang watermark tu.

      Reply

  18. Kujie
    Jul 28, 2010 @ 19:41:36

    suspen je, ingat ke rumah kena …..
    tak berani nk tulis

    gambar sy paling ramai guna – gambar mauripan..hehehe

    Reply

  19. maza
    Jul 28, 2010 @ 23:00:57

    wahh.. maza sudah lama tinggalkan mazab forum ni.. huhhu

    yg sembang.net tu pun maza tak pernah menyinggah.. barangkali gambar2 encem maza pun ada kat situ kot? aderkkkkk

    bengang kan…huhuh

    Reply

  20. nrina
    Jul 29, 2010 @ 15:42:42

    aha…dah marah..tak tahu hehehe…

    Reply

Leave a comment