Home > Uncategorized > Dapat berapa A ?

Dapat berapa A ?

Sekarang ni musim exam (trial). Dan gejala straight A’s dah makin menjadi-jadi, bermula dari zaman penilaian darjah 5 lagi. Kita cukup bosan bila orang telepon (sebelum ini senyap sunyi) bertanyakan keputusan anak-anak. Kali ini Tie fikir nak cakap ‘lulus’ je tak kira apa-apa keputusan pun.

Anak-anak  dan guru-guru dah semakin stress. Guru-guru tertekan dari pihak atas, lalu terus ligat mengajar untuk memastikan A’s ada dalam tangan. Sampaikan budak-budak ni dah fasih bentuk-bentuk soalan exam . Guru-gurunya cukup bimbang jika murid-murid tak dapat A. Siap upah lagi belanja di McD bagi sesiapa yang berjaya dapat straight A’s (mamanya juga  nak tumpang , gak!)

Kita faham bagaimananya rasa tertekan. Lalu, bila ada ujian je, Tie cuma cakap jangan lupa semak sebelum hantar jawapan tu… Kalau mereka ada kesukaran untuk buat latihan di rumah, Tie tolong je mana-mana yang patut. Tak de la dok tercongok tunggu dan pantau homework mereka macam dulu.

Ya, dulu dari tadika lagi Tie memang terlalu taksub dengan pencapaian di sekolah. Beli buku latihan dan pastikan sekurang-kurangnya 1 jam sehari buat ulangkaji dan latihan. Tiap petang tau, kalau tak buat tak boleh keluar main.

Tapi, sejak satu peristiwa… baru lak makcik ni sedar. Apa yang paling penting ialah mereka gembira ke sekolah, belajar bersama kawan-kawan dan guru-guru. Tiada ertinya jika mereka  cemerlang dalam pelajaran tapi rasa terpaksa dan benci ke sekolah.

.

.

.

Err…….. kita minum dulu ! Ada air nyior je . :P  Nampak buruk lak bila tepek watermark di tengah-tengah.

.

.

Sambung semula…….

Kepada teman-teman , janganlah keterlaluan macam Tie dulu. Bersyukurlah bahawa anak-anak kita masih boleh bersekolah, sihat dan tiada masalah untuk belajar. Tak semua anak-anak berpeluang berbuat demikian. Lagipun dengan kelas tambahan siang malam tu, dah lebih dari cukup .

Pencapaian akademik sahaja tak menjamin masadepan. Seseorang yang mempunyai pencapaian yang sederhana, tapi akhlak yang baik dan berkeyakinan adalah lebih bermakna dari yang dapat straight A’s tetapi tiada haluan. Bila dah masuk U nanti, tiada siapa nak pandang A’s kita. Bila dah kerja nanti, sifat bertanggung jawab dan rajin itulah yang akan membantu kepada kejayaan seseorang.

Akhir sekali ( eh.. macam surat lak!).

Kita boleh tolong anak-anak ni dengan menyediakan makanan yang seimbang (yang mereka suka) , belikan alat tulis yang mereka minati (biarlah maknya pakai baju raya tahun lepas..) atau sesekali bawa mereka jenjalan , makan luar (sila elakkan kopitiam yang tak halal, ya) untuk lepaskan tension (window shopping pun okay, hihihi…), sebagai galakan untuk mereka bersemangat menimba ilmu di sekolah. Oh ya, jangan lupa puji dan sokong mereka.

Maaflah kiranya catatan Tie kali ini menyinggungkan perasaan kalian. Ini hanyalah pendapat seorang surirumah yang pernah melalui penangan straight A’s ni. Kali ini mama hanya berkata  ‘Buat je yang terbaik !” (macam AF lak!).

~ Mungkin cara Tie ni  tak menepati citarasa kalian sebagai ibubapa. Setiap orang  punya kebolehan dan penerimaan yang berbeza (walaupun keluar dari perut yang sama :lol:). Setengah orang lambat sikit matang berfikir. Apa-apa pun bersederhana lah. Tie sendiri baru sedar betapa mudahnya aljebra masa di semester 1 sedangkan di sekolah dulu tak pernah lulus add maths pun. Aderk !!

Categories: Uncategorized Tags: , ,
  1. pB
    July 29, 2010 at 8:44 am

    salam Kak Tie

    anok pB ado sorghe tahun ni UPSR .
    Tahun depae 2 orghe PMR.

    pB pun srupo dengan Kak Tie .
    Asal demo tu senae hati n janji blajar sungguh sungguh ….

    Tok gitu ?

    • Tie
      July 29, 2010 at 9:07 am

      Hmm….. alangkah bagus kalau semua orang fikir begitu.😛

    • July 29, 2010 at 9:14 am

      Salam kak tie,

      Kita dulu pun kejar A jg hihi..betullah kak..hmm macamana kalau ada yg stress dapatkan straight A utk penuhi desakan ibubapa, yang akhirnya sebab stress terkandas dlm gejala tidak sihat utk mengatasi stress.. aduii takutnya..belum ada anak lagi ni..terima kasih perkongsian ini, ada pengajaran utk saya bagi persediaan mendidik anak2.. yup, yang penting akhlak sahsiah anak2..lagipun keputusan exam itu tidak semestinya menggambarkan keupayaan sebenar seseorang.

      • Tie
        July 29, 2010 at 5:25 pm

        Salam Sakinah,

        Ye laa.. Kak tie dulu asyik ingat A’s je. Bila dah kerja, baru tahu kebolehan dan kemahiran adalah lebih penting.

    • Tie
      July 29, 2010 at 6:14 pm

      Eh… baru perasan, pB ni ada anak kembar, ke ? Dua orang ambil PMR ?
      Oh… Tie minat betul pada kembar ni. Dulu siap berangan nak pregnant anak kembar, macamlah boleh mintak-mintak, gitu….

  2. July 29, 2010 at 9:04 am

    Tie – anak2 saya tak tusyen – sabtu dan ahad adalah hari kami keluar bersama. belajar waktu sekolah, habis waktu sekolah masa anak2 dgn ibubapa .

    kenduri ziarah sedara mara boleh buat hari sabtu ahad ,tak suka jadual tusyen mengikat aktiviti hujung minggu.

    tak perlu stresskan anak2 – dia gembira dia boleh belajar. kalau sebaliknya adalah hal2 lain yang kita tak sedar, tak nampak….itu kelemahan diri kita sendiri.

    • Tie
      July 29, 2010 at 9:09 am

      Jie, sebelum ini Tie tak pernah hantar budak-budak tu tuisyen, tapi kali ini sekolah anjurkan. Cikgu mereka bising kalau tak benarkan mereka hadir. Lagi pun bayar untuk malam je. Siang hari tu percuma.

      Kat sini Jumaat & Sabtu, cuti. Cuma sibongsu tu selalu gak kena pergi kelas maths pagi jumaat. Kesian gak. Kalau kita larang, dia pulak yang marah balik!

  3. zareda
    July 29, 2010 at 9:12 am

    zar pun walaupun anak sorang, tak mahu pressure dia lebih sangat. cukuplah dia bersekolah siang malam tu.. selebihnya biarlah dia happy dan enjoy zaman sekolah dia..

    • Tie
      July 29, 2010 at 5:20 pm

      Baguslah anak-anak suka ke sekolah. Tie dulu benci ke sekolah. Sebab kita tak pandai.

  4. July 29, 2010 at 1:07 pm

    betul kak tie.. bila dah masuk alam pekerjaan sebenarnya kemahiran lagi perlu dari A yang berlambak2 tapi tak pandai nak comunicate….

    nak berjaya rasanya yang penting usaha…barisan A tu bukan pengukur yang tepat utk tentukan seseorang berjaya atau tidak

    • Tie
      July 29, 2010 at 5:23 pm

      Itulah yang kak tie alami. Tak de gunanya A’s bila tak berkeyakinan untuk memimpin dan berinteraksi.

  5. BCP
    July 29, 2010 at 6:38 pm

    kak tie,kitapun start stress bila tgk anak org lain sebaya anak kita leh membaca tetapi bila di rujuk pada speech terapist dan cikgu2 di sini ckp,biarlah kelebihan dan kelemahan dia setanding dgn umurnya.Dont go beyond that.Biar dia happy pergi sekolah.itu matlamat utama katanya.Kita cool down kejap,tetapi bila org sibuk cerita anaknya sudah pandai buat ayat nulis itu ini,kita terus jadik gabra.

    Tetapi tetiba kita ingat…kita dulupun bukannya pandai tp dh takdir Allah bg kita kenal universiti,masuk jugak.ada kwn yg bijak pandai,dpt masuk uni tp last2 keje biasa je.mcm kita masuk uni,last2 tersadai kt umh gak..so what point to be pandai kan?last2 tersadai kt umh sbb certain reason.Cuma ilmu itu buat kita lain dr yg lain.itu je.tp nowadays,ada duit,semua leh jln.tak perlu tgu nk jadi pandai.

    betul kata kak tie tu keyakinan dan motivasi utk berjaya penting.bila pandai tp takde keyakinan,bila orang herdik takut bersuara,terus org ckp bodoh org ni.org yg bodoh lak nmpk pandai sebab dia yakin.sekali shout out,dia relax je,kita nk shout out..mengigil.hohohoho

    Pengajarannya..biarkan mereka menikmati alam kanak2.tetapi jgn jauh sgt pesongnya.

    Kak tie…pe kisah smpi kak tie terus tak pressure derang?Derang jatuh sakit ke?

    • Tie
      July 29, 2010 at 6:48 pm

      Salah satu sebabnya, CT. Ketiga-tiganya jatuh sakit, terbaring kat ruang tamu dengan nyawa-nyawa ikan.

      Masa tu la Kak tie rasa kesal sangat. Dalam hati kak tie berkata, biarlah mereka tak pandai dalam sekolah asal dapat menikmati alam kanak-kanak dengan gembiranya.

      Sayu tengok anak-anak kita yang selalu kita kerah untuk berjaya di sekolah jadi tak bermaya, bernafas tercungap-cungap . Mereka kena asthma.

  6. BCP
    July 29, 2010 at 6:57 pm

    ooo,adeii ct dgr terus insap.kita paksa pasal nmpk sihat,bila kita renungkan org yg sakit sepanjang masa,bru kita tahu sememangnya tak bagus paksa derang…huhuhu..ct kalau jadi kak tie pun panik n nyesal.kalau gitu,tak mo paksa derangla.takut masuk hospital,kita susah

    • Tie
      July 29, 2010 at 7:12 pm

      Begitulah CT.

      Bersyukurlah anak-anak kita ni sihat, boleh bangun, main dan belajar. Kalau dah terbaring kaku,tentunya sedih…..

      Apa-apa pun bersederhana lah. Jangan pula biarkan aje. Cuma selalulah puji, beri dorongan dan sentiasa sokong minat mereka.😛

  7. July 29, 2010 at 7:24 pm

    perkhhh.. watermark ada gambar kiss tu.. heheheh

    ouch gitew… aahahahhaha

    • Tie
      July 29, 2010 at 8:25 pm

      Ooo……. suka ke ? hihihi……….

  8. kak ct
    July 30, 2010 at 12:01 pm

    salam..

    kak ct dulu senang je..

    kalau anak2 tak mau pegi sekolah ikutkan aje asalkan dia duduk rumah..tido ke tgk tv ke..mesti ade sbb dia tak suka pegi sekolah..bila dah naik menengah baru anak2 kak ct suka sangat pegi sekolah alhamdulillah..semua anak2 masuk u cuma yg no.3 tak sempat habiskan degree kerana dipanggil menemuiNya..

    • Tie
      July 30, 2010 at 12:38 pm

      Salam kak ct,

      Alhamdulillah….. suka dengar kisah kak ct.

      Harap-harap anak-anak kita semuanya dapat peluang begitu. Risau sangat sekarang ni.

      Alfatihah buat yang bongsu tu. Tuhan lebih menyayanginya, kak ct.

  9. July 31, 2010 at 9:33 pm

    alahai Kak Tie, milla pun berdebar2 jugak, ank sulung milla UPSR thn ni. tak lama je lagi. apa yg mampu kita buat bagi dorongan & semangat & berdoa byk2 utk kesejahteraan & ketenangan diorang kan…semoga anak2 kita berjaya dlm kehidupan mrk di dunia & juga untuk akhirat. Amin.

    • Tie
      July 31, 2010 at 9:43 pm

      Milla, kak tie di sini hanya perlu jaga makan minum,kesihatan dan beri sokongan. Latihan yang dibuat di sekolah sudah cukup. Tuisyen pun sekolah yang buat… tu yang rasa relax je. Guru-guru di sekolahnya yang stress ni.

      Harapan kita begitu laa… Biar berjaya di dunia dan akhirat gak.

  10. August 14, 2010 at 10:13 pm

    Saya setuju. tu je saya boleh cakap…

    keterujaan untuk ke sekolah dan minat untuk belajar perlu ada. lain org lain penerimaannya. dan tak semestinya yang pandai masa sekolah kekal pandai sampai U. and tak semestinya yang score gila kat U, dalam dunia pekerjaan dia boleh survive. rezeki Allah luas kak tie… so dont worry.. (;

    jangan put too much pressure on them. diorang pun ada limit.. if positivism diorang tinggi and if diorang jenis extra optimistic mungkin diorang chillax (chill & relax) je. if anak2 rebel, bahaya kak tie.. wuwuwu.. anak2 zaman sekarang expressive tau. takut diorang silap express jadi lain pulak. afterall, yang kita nak, anak-anak (and even saya sendiri) jadi orang yang baik, tau tanggungjawab, positive and berjaya dalam hidup dunia wal akhirah!

    (;

    • Tie
      August 15, 2010 at 7:14 am

      Betul tu Nono….. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada penerimaan anak-anak. Ada yang perlu disuntik semangat (kena kerah laa.. hehe), tapi ada yang sedar dan matang dengan sendirinya.

  11. fndrocka
    August 25, 2010 at 2:08 pm

    silap pulak bc time bulan posa..air nyior tu macam terasa lak kat anak tekak ni.

    yaa…saya pun tak galakkan sgt adik tension. .pi tusyen..beli buku itu ini..asal ada masa lapang je kena study…tu smua tak membangunkan keplaa otak..sakit emosi ada la.kena seimbgkan dgn bc buku crita..main2 anak patung..dn lain2. hehe

    • Tie
      August 25, 2010 at 5:23 pm

      Air nyior mahal sekarang ni. Kak tie biasanya orang beri, kita buat sendiri laa..

      Sekarang ni anak-anak suka memberontak. Kalau tak tunjuk pun mungkin dalam hati. Sebab tu, kita tak suka bising-bising suruh belajar. Selalu cakap, kalau nak senang, belajarlah dengan sungguh-sungguh. Biar ikhlas, bukan dengan paksaan.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: